Isnin, 3 Jun 2013

Solok Lada

Selalunya solok lada sinonim dengan nasi kerabu.. tapi tak semestinya dimakan dengan nasi kerabu.. Sebenarnya, solok lada ni boleh dimakan bila2 masa je.. dengan nasi putih atau nasi kerabu.. atau dimakan begitu saja... tak kiralah apa jenis lauk sekalipun.. gulai ayam ke.. gulai daging ke.. gulai ikan.. dan sebagainya.. yang pastinya solok lada dikategorikan sebagai makanan pembuka selera.....dan selalu menjadi hidangan dimajlis2 kenduri kendara..
Sebenarnya saya dah post gambar ni kat facebook... jd saya nak share resipi dan cara membuatnya.. Orang lain, mungkin lain caranya.. cara saya, cukup mudah...
Bahan2
20 - 25 biji lada solok, dibelah jangan putus..keluarkan bijinya.. kemudian rendam dalam air kelapa 10 minit dan toskan.. (Kalau takde lada solok macam dalam gambar tu, boleh guna cili merah, cili hijau atau capsikum...)
1/2 cawan pati santan
kacang panjang atau pucuk ubi untuk mengalas periuk
Bahan2 isian
1 mangkuk isi ikan mentah (ikan kembung, selayang, selar, tenggiri... ikut suka lah ye) yg pasti saya guna isi ikan selayang jer..
2 mangkuk kelapa parut, pilih kelapa yang masih hijau kulitnya...
1 sudu kecil garam secukup rasa
3 sudu gula - boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa
5 biji bawang merah, sehiris dua halia dan sedikit lada hitam
sesudu kecik air asam jawa
Cara: Mula2 tumbuk bawang, halia dan lada hitam sampai lumat.  masukkan garam dan gula secukup rasa.  Masukkan isi ikan dengan kelapa dan tumbuk sampai lumat dan bergaul sebati.  Kemudian sumbat bahan-bahan yang telah ditumbuk dalam lada yang telah siap dibelah.  Di dasar periuk, susunkan kacang panjang.. kemudian letakkan lada yang telah siap tadi dan siramkan santan pekat.  Tutup periuk dan masak atas api sederhana sampai mendidih.  Kemudian, kecilkan api dan masak sampai kering kuahnya..  Siap untuk disajikan
note : boleh juga digunakan isi ikan rebus atau ikan bakar, tapi kena tambah sebiji telur untuk melekatkannya.. kalau tidak, isi solok akan berderai..
Selamat mencuba.

Tiada ulasan: