Isnin, 24 Jun 2013

Google Lancar Belon Udara Ada Internet

Google Lancar Belon Udara Ada Internet

Google melepaskan sejumlah belon udara panas dilengkapi pencawang internet ke stratosfera Bumi untuk menyalurkan perkhidmatan dalam talian ke seluruh dunia yang dinamakan Projek Loon.
Sekitar 50 isi rumah dahulu mula menerima perkhidmatan internet yang dipancarkan daripada belon berisi gas helium tersebut. Belon tersebut mampu terbang pada ketinggian 19.2 kilometer dari Bumi.
Pihaknya berharap dapat melancarkan beribu-ribu belon udara panas ke kawasan pedalaman di seluruh dunia.

Perkhidmatan internet tersebut lebih murah tanpa perlu membina kabel fiber optik. Ianya mempunyai panel solar dan belon-belon udara itu dikawal oleh stesen kawalan yang dibina pada jarak selang 100 kilometer.

Setiap belon menyalurkan perkhidmatan internet seluas 2020 kilometer persegi atau dua kali ganda saiz bandar raya New York di Amerika Syarikat. Ia mampu memancarkan isyarat internet ke kawasan pergunungan, rimba dan lembah.

Tiada ulasan: