Jumaat, 30 Disember 2011

SBPA – Satu Kegagalan Sistem

Sejak dari pengumuman mengenainya dalam Belanjawan 2012, SBPA menjadi satu perkara yang dinanti-nati oleh hampir 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara. Apa yang diharapkan dari sistem saraan perkhidmatan awam adalah kurangnya jurang pemisah antara gred yang tinggi dan rendah. Satu peningkatan taraf hidup penjawat awam. Sebuah perubahan kepada sistem saraan yang akan merapatkan jurang pemisah yang sememangnya telah jauh. SBPA diharapkan adalah satu  sistem saraan yang dibentuk dari asas yang kosong (zero based development) bukannya penambahbaikan, peningkatan dari sistem saraan yang sebelumnya tidak kira samada SSM, SSB, JKK1976 dan juga yang sebelumnya seperti Benham, Suffian, Harun dan sebagainya.

SBPA sepatutnya mengambilkira akan keperluan perkhidmatan awam dengan mengambilkira kualiti pendidikan dan perkhidmatan yang hendak diberikan, disampaikan dan dibangunkan. Sememangnya Malaysia merupakan sebuah negara yang pernah dijajah di bawah British dan banyak daripada peninggalan British masih menjadi teras perkhidmatan awam di Malaysia. SBPA sepatutnya melihat akan keperluan semasa dalam pelbagai bidang sosial, politik dan ekonomi.

Sejak dari DEB yang diperkenalkan, tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan jurang pemisah ekonomi diantara rakyat Malaysia di bandar dan diluar bandar. Dan setiap Rancangan Malaysia meneruskan tujuan tersebut, namun dengan pendedahan SBPA ianya jauh dari sasaran dan tujuan untuk mengurangkan jurang pemisah ekonomi. Kenapakah ini berlaku?

Mari kita lihat konsep ilmu. Ilmu itu milik Allah dan tidak ada satupun yang ada dimuka bumi ini bukan miliknya termasuk musuh kepada manusia iaitu iblis. Iblis juga dicipta oleh Allah kerana kekuasaan dan kebijaksanaanNya. Mampukah kita mencipta makhluk yang bernyawa. Tentulah tidak. Berbalik kepada itu, biarlah kita mengambil kesimpulan bahawa setiap perkara ada pakarnya. Adakah anda setuju dengan penyataan tersebut? Tentulah sekiranya anda adalah orang yang berilmu.

Namun, dari segi kajian yang dijalankan. Adakah pakar dari perkhidmatan berkenaan atau wakilnya dijemput bersama-sama untuk melihat dari sudut yang berbeza? Kebanyakannya adalah ketua perkhidmatan yang dijemput dan mereka ini terdiri daripada pakar dalam pengurusan sumber manusia bukannya perkhidmatan yang diwakilinya sebagai ketua perkhidmatan. Sebagai contoh, ketua perkhidmatan gunasama adalah JPA. Adakah mereka ini pakar dalam bidang yang diwakilinya.

Rabu, 21 Disember 2011

SBPA – Lampiran C (Reveal)

Untuk pertama kalinya dan yang pertama mendedahkan Lampiran C, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011. Tentunya anda semua masih mencari-cari dimanakah Lampiran C.

Lampiran C yang menjadi sumber segala persoalan dan pertikaian antara CUEPACS dan Perkhidmatan Awam. Semoga dengan pendedahan ini membuatkan anda lebih memahami kenapa Lampiran C tidak dipamerkan kepada umum.. Sila Klik Disini… LAMPIRAN C.

Semoga anda membaca dan memahaminya, dan jangan dihebohkan kepada lain atau individu diluar perkhidmatan awam…

Perniagaan Top-Up


Bila anda join , anda akan dapat beli topup dgn hrga agen,
contoh anda daftar sebagai pakej 1 Manager(MG), keuntungan anda dapat
Celcom (5.00%), Maxis (3.40%), DiGi (2.30%), contoh ada org nak beli topup celcom dgn anda RM10, anda beli topup celcom dengan server RM9.50 sahaja,mksdnya anda untung bagi celcom
adalah 5% daripada RM10 jadi RM0.50.
Anda juga boleh cari agen bawah anda, yuran anda tentukan sendiri,
Contoh anda kenakan yuran RM100, server akan tolak hanya
RM5 SAHAJA untuk daftar agen baru, Jadi anda untung RM95!!!
Anda juga akan dapat komisyen daripada jualan agen bawah anda,
Lebih ramai agen bawah anda, lebih bnyk anda akan dapat komisyen
daripada jualan agen bawah anda.

Jadi anda akan dapat income dari jualan topup anda dan komisyen dari agen bawah anda.
Kalau anda tidak cari agen bawah tak ape,
anda hanya akan dapat untung dari jualan topup anda sendiri.
Adakah masalah ini yg bermain di fikiran anda???

Anda tiada Pengalaman Jual Topup???

Tidak tahu cara mengendalikan bisnes topup???
JANGAN RISAU!!!
Saya akan ajar anda cara2 mengendali bisnes topup ini.
Anda Berminat???
Untuk daftar klik ikon 'Daftar Sekarang!!!' di bawah ini,


Selasa, 20 Disember 2011

Dimanakah Keikhlasan

Ikhlas, biasa kita dengar perkataan ini diucapkan… Antaranya: “Saya tolong kerana ikhlas.”,” Betul saya ikhlas, ambillah.”,”From the bottom of my heart.” dan bermacam-macam lagi ayat-ayat yang menyatakan keikhlasan dalam sesuatu perbuatan ataupun perlakuan dalam kehidupan seharian kita.
Sebelum itu, mari kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan Ikhlas. Ikhlas bermakna kita melakukan sesuatu perkara atau pertolongan atau pemberian atau sebagainya tanpa mengharapkan sesuatu sebagai balasan ke atas yang telah kita lakukan, kerjakan atau sumbangkan. Ini bermakna “We do it for nothing.” Kita melakukannya kerana kita suka melakukannya bukan kerana apa yang kita lakukan itu satu perkara yang baik atau melakukannya demi Kuasa, Pangkat, Harta, Nama, Kegemilangan atau sebagainya.
Apakah ukuran Ikhlas? Ikhlas adalah satu perkara yang tidak dapat diukur, dinilai atau sebagainya. Ianya tidak boleh dilibatkan untuk pengiraan quantitatif. Ianya melibatkan hati, iaitu perasaan. Selalunya bila kita memberikan sesuatu kepada orang kita akan rasa sayang terhadap barangan atau perkhidmatan yang diberikan itu. Ini bermakna Keikhlasan kita belum lagi mencapai tahap sempurna iaitu 100%.
Seseorang yang ikhlas, tidak akan merasa kerugian atau ditinggalkan sekiranya seseorang yang lain mendapat kebaikan dalam kehidupan atau pekerjaan. Setiap individu lain yang mendapat kebaikan akan diucapkan tahniah di atas pencapaian yang diperolehinya.
Seseorang yang ikhlas juga akan bersaing secara adil untuk mendapatkan perkara yang diingininya tanpa menggunakan sebarang pengaruh yang ada, diberikan, berkaitan dengannya.
Kesimpulannya keikhlasan itu adalah suatu pembolehubah qualitatif yang tidak boleh diukur, dinilai, ditimbang dan diperdagangkan. Keikhlasan itu adalah kerana percaya dan yakin akan konsep semuanya adalah milik Allah dan hanya berlaku dengan pengetahuan dan izinNya.

SBPA - Terima atau Tolak

TERIMA/ TOLAK SBPA; Persoalan yang dibangkitkan dan timbul dari penantian yang penuh penyiksaan mengenai SBPA. Jika sebelum ini, sejak dari pengumuman oleh YAB PM mengenai Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam menjadi pertanyaan dan satu isu yang hangat diperkatakan. Pelbagai andaian dan khabar angin mengenainya tersebar di mana-mana sahaja yang memiliki penjawat awam yang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Malaysia di seluruh dunia, asalkan ada penjawat awam berkenaan.

Namun sejak dari keluarnya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011, Bilangan 13 Tahun 2011 dan Bilangan 14 Tahun 2011 secara rasmi, segala pertanyaan dan persoalan yang sedia ada telah terjawab namun timbul lagi banyak persoalan mengenainya yang menghantui setiap minda penjawat awam. Ramai yang bertanyakan mana Lampiran C? Kenapa Lampiran C tidak dipamerkan kepada umum? Kenapa tempoh untuk membuat pilihan terlalu singkat? Bagaimana Kaedah Pemindahan Gaji? dan pelbagai lagi persoalan yang perlukan penjelasan dari JPA sebagai Peneraju Perubahan Perkhidmatan Awam yang bertanggungjawab sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab untuk Membangunkan organisasi perkhidmatan awam yang mantap melalui penyusunan semula struktur organisasi, skim perkhidmatan dan perjawatan secara berterusan selaras dengan skop tanggungjawab semasanya supaya dapat berfungsi dengan optimum.

Releven kenapa Jadual Gaji Sebaris (JGS) tidak dipamerkan kepada umum… Penjawat Awam pada hari ini mempunyai banyak masa lapang dan oleh kerana itu mereka ada masa untuk membandingkan gaji yang diterima oleh setiap orang di Skim Perkhidmatan dan Gred yang berbeza. Lampiran C juga tidak dipamerkan kepada umum kerana mengelakkan pihak luar yang cuba mengambil kesempatan terhadap kenaikan gaji yang diterima oleh penjawat awam… contohnya Along, Institusi Kewangan dan sebagainya. Bukan mereka sahaja yang berminat dengan gaji penjawat awam. Peniaga-peniaga dan retailer juga berminat untuk mengetahui gaji penjawat awam… Ini akan menyebabkan mereka berusaha untuk menaikkan harga barangan keperluan berfaktor dengan kenaikan gaji penjawat awam.

Semua korporat atau swasta juga tidak mengumumkan gaji yang diterima oleh mereka setiap bulan, kerana ianya adalah berkonsep Private and Confidential. Pernahkah kita mengetahui gaji yang diterima oleh mereka diluar sana… Begitu jugalah dengan Perkhidmatan Awam…

Khamis, 15 Disember 2011

Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia boleh diperolehi dari 10 Disember 2011 sehingga 1 Januari 2012. Tetapi bagi yang memiliki kemudahan talian dan capaian ke internet boleh memuat turun borang berkenaan di sini. Untuk memudahkan anda semua saya bawakan kepada anda.

Untuk pengetahuan semua, Borang Permohonan BR1M boleh diperolehi secara percuma

Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Isi rumah yang layak memohon merujuk
kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
Warga emas sebatang kara

Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.
Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

 

SIARAN MEDIA
MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA
MAKLUMAT TAMBAHAN: BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan bermula pada hari Sabtu, 10 Disember 2011 sehingga 10 Januari 2012

Penjelasan mengenai pendapatan kasar isi rumah
• Pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan bekerja yang tinggal serumah

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama

Ketua isi rumah
 Borang permohonan BR1M :
 Salinan kad pengenalan pemohon
 Slip gaji terkini (jika berkenaan)
 Salinan kad pengenalan tanggungan (sama ada suami/ isteri/ anak)

Tanggungan:

Kesemua dokumen di atas, perlu dikepilkan bersama borang permohonan bagi mempercepatkan proses dan mengelakkan sebarang kesulitan.

Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh didapati secara percuma di semua Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN, Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi-agensi Kerajaan serta Lobi Utama Kementerian Kewangan, Putrajaya dan sekolah-sekolah terpilih mulai 10 Disember 2011, bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Perrtanyaan lanjut
Untuk maklumat lanjut sila layari www.treasury.gov.my atau hubungi talian 1-800-222-500 (Hari bekerja jam 9 pagi sehingga 5 petang)
Talian juga akan beroperasi pada 10 Disember 2011 (Sabtu) dan 11 Disember 2011 (Ahad).
Kementerian Kewangan Malaysia
9 Disember 2011

Rabu, 14 Disember 2011

SBPA Disebalik Penantian

Alhamdulillah, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011, secara rasminya telah dikeluarkan oleh JPA, sebagai Agensi Pusat Perkhidmatan Awam. Segala Persoalan yang selama ini menjadi teka teki telah terjawab, namun disebalik jawaban yang diperolehi semakin banyak persoalan yang timbul di benak fikiran penjawat awam di seluruh negara dan yang berada nun jauh di perantauan.

Secara positifnya kenapakah tempoh pemberian opsyen cuma selama 15 hari, adakah tempoh yang diberikan mencukupi bagi penjawat awam untuk menimbang segala kemungkinan, implikasi dan risiko disebalik SBPA.

Secara keseluruhannya SBPA jauh lebih baik daripada SSM dari segi perkhidmatannya dan sebagainya cuma apa yang menjadi persoalan dimanakah Lampiran C iaitu Jadual Gaji Sebaris (JGS)… Kenapa JGS tidak dipamerkan. Apakah muslihat disebaliknya. Adakah JGS lebih baik berbanding dengan JGM? atau hanya satu silap mata yang cuba ditunjukkan oleh JPA untuk membuatkan penonton rasa kagum.

Bagaimana dengan perpindahan gaji dari JGM ke JGS, adakah ianya berbaloi. Itulah persoalan yang perlu difikirkan oleh CUEPACS sebelum menerima SBPA.

Adakah Silap mata yang cuba dipertunjukkan oleh JPA sebenarnya satu kenyataan atau sekadar satu ilusi untuk mengaburi keburukannya. Kenapakah Lampiran C, tidak dipertontonkan kepada umum.

Ya, Lampiran C sememangnya intipati yang perlu dipertontonkan kepada umum sekiranya mahukan SBPA mendapat sambutan daripada semua Penjawat Awam. Lampiran C menyemburnyikan segala keburukan dan kelemahan SBPA yang cuba di sembunyikan. Sejauh manakah penutupan ini boleh bertahan.

Kepada CUEPACS, diharapkan agar mendapatkan Lampiran C sebelum membuat keputusan samada untuk menerima atau menolak SBPA. Ini seolah-olah satu penipuan yang nyata yang cuba di permainkan oleh kerajaan.

Sekiranya SBPA jauh lebih baik daripada SSM, kenapa Lampiran C perlu disembunyikan kepada umum. Semoga pihak yang berkenaan dapat menjawab persoalan yang dikemukakan…

SBPA satu penipuan terhadap penjawat awam…

Khamis, 8 Disember 2011

Jadual Gaji Perkhidmatan Perguruan

Seseorang guru boleh mencapapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat. Syarat sah dalam perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI yang dijalankan.
Untuk makluman, selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54. Semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.

Perubahan Gred DG
1) Guru DG41
Ditukar kepada 1-1
Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun
2) Guru DG 44
Ditukar kepada 1-2
Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun
3) Guru DG 48
Ditukar kepada 1-4
Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun
4) Guru DG 52
Ditukar kepada 1-5
Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 290
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun
5) Guru DG54
Ditukar kepada 1-6
Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320


Kirakan Gaji yang anda akan terima pada 1.1.2012 dibawah SBPA

Secara rasminya, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11, 13 dan 14 Tahun 2011 telah boleh diperolehi dari laman web agensi-agensi kerajaan yang  telah diintegrasi bersama sebagai memudahkan capaian dan penyampaian perkhidmatan kepada semua.

Namun pun begitu, adakah anda faham apa yang diterangkan dalam pekeliling perkhidmatan yang berkenaan. Sekiranya anda ada persoalan boleh dikongsikan bersama disini. Antara persoalan yang biasa adalah gaji yang akan anda terima… Berapakah gaji yang akan anda terima? Banyakkah? Sedikitkah? Adilkah? Untungkah anda atau ruginya anda jika dibandingkan dengan batch junior anda?

Kami akan menjawab setiap persoalan anda… Sila tinggalkan

Nama; Skim Perkhidmatan; Gred; Tangga Gaji Sekarang.. serta TPG anda kepada kami.. Kami akan menjawab persoalan anda secepat mungkin berdasarkan kepada maklumat yang dibekalkan kepada kami…

Isnin, 5 Disember 2011

Pengiraan Gaji Baru 1 Januari 2012

Kira sendiri jumlah gaji yang akan anda terima mengikut SBPA

Gaji yang akan anda terima pada 1 Januari 2012

Sila nyatakan skim perkhidmatan, Gred dan tanggagaji sekarang;

Contoh pengiraan GAJI SBPA

         
  Gaji Sekarang  Tn (SSM)  
  Gaji Akan Datang T(n+1) (SSM) 1219.66  
  Gaji Permulaan SBPA P1T1 955.00  
  Gaji Maksimum SBPA P1T20 2760.00  
  KGT 95.00  
  Gaji Diterima Pada 1.1.2012 P1T4: 1240.00  
         
Pada TPG akan datang P1T5: 1335.00

Nilai Pengundi Kelantan cuma cukai bakul.

Itulah yang boleh ditafsirkan melalui apa yang dikatakan oleh Awang Adek mengenai Kelantan. Apa yang boleh dijanjikan oleh UMNO Negeri Kelantan melalui petikan dari berita tempatan semalam:

UMNO Kelantan janji hapus cukai bakul jika berkuasa
2011/12/04

BACHOK: Badan Perhubungan UMNO Kelantan berjanji akan menghapuskan cukai bakul yang menjadi masalah baru kepada peniaga kecil jika rakyat negeri itu memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata ini kerana ribuan peniaga kecil di negeri itu kini menghadapi masalah berikutan hasil jualan yang kurang memuaskan.

"Pendapatan mereka hanya cukup makan sahaja menyukarkan mereka untuk membayar hasil bakul kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, ia sebagai ulangan apa yang terdapat dalam manifesto BN pada PRU ke-12 yang lalu.
Katanya, disebabkan kegagalan kerajaan negeri mencari punca pendapatan baru terutama menarik pelabur asing melabur di negeri ini, mereka terus mengharapkan kepada sumber pendapatan lama terutamanya hasil balak dan cukai bakul daripada peniaga termasuk penjaja kecil.
"Ini menunjukkan Kelantan tidak mampu mentadbir walaupun diberi peluang lebih 21 tahun memerintah Kelantan dan masalah itu tidak seharusnya berulang," katanya. – BERNAMA

Daripada kata-kata yang diucapkan itu menunjukkan bahawa UMNO begitu terdesak untuk mengambil alih pentadbiran negeri Kelantan pada Pilihanraya Umum ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kenapa UMNO begitu beria-ia untuk mengambil alih pentadbiran Kelantan dari PAS yang sememangnya diakui pentadbirannya memerintah Kelantan sejak mengambil tampuk kepimpinan negeri itu. Apakah matlamat yang sebenarnya yang diinginkan oleh UMNO. Itulah persoalan yang sepatutnya dijelaskan ole UMNO sekiranya ingin mengambil kelantan dari Pas.

Mengikut beberapa sumber yang boleh dipercayai, ianya adalah disebabkan oleh jumlah simpanan petroleum dipesisir pantai Kelantan yang begitu banyak. Oleh kerana penipuan yang diadakan selama sebelum ini yang mendorong UMNO untuk mendapatkan hasil Petroleum yang tidak pernah dikecapi oleh Kelantan yang diperintah oleh kerajaan PAS. Oleh kerana terlampau banyak perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk mendapatkan/ mengekalkan pemerintahan maka satu usaha untuk mendapatkan dana perlu bagi menampung segala kos yang telah dikeluarkan termasuk beberapa insiatif yang telah diberikan kepada rakyat.

Mengikut konsep pelaburan setiap pelabur hanya akan melakukan pelaburan sekiranya difikirkan melalui analisa-analisa yang telah dijalankan akan mendatangkan hasil. Begitu jugalah apa yang berlaku dalam dunia politik. Setiap sen perbelanjaan yang dikeluarkan mestilah mendapat hasil seperti yang dirancang.

Betulkan sekiranya apa yang saya tulis ini tidak ada kesahihannya…

Jadual Pembayaran Gaji 2012

Dikemukakan maklumat tarikh bagi menguruskan anda merancang perbelanjaan anda..

Khamis, 1 Disember 2011

UMNO sebuah parti JUMUD

Kenapa saya melabelkan UMNO sebagai parti JUMUD.. Ikutilah rentetan penubuhan UMNO oleh Dato’ Onn Jaafar
Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 persatuan Melayu menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman. Hasil daripada mesyuarat, sebuah badan yang mewakili orang Melayu menentang Malayan Union akan ditubuhkan. Kongres Melayu Ketiga kemudiannya diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei, 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai president yang pertama.
Pada 1 Oktober 1946, Dato' Onn Datuk Jaafar dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, Dato' Onn meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO. Di bawah kepimpinan Dato' Onn, UMNO telah berjaya memaksa kerajaan British membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan dan memberi hak istimewa Melayu.
Dato' Onn bercadang untuk membuka keahlian UMNO kepada semua orang tanpa mengira kaum. Cadangan tersebut ditentangan. Oleh yang demikian, Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai president UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 dan 26 Ogos 1951.
Natijahnya, Dato' Onn mempunyai pandangan yang berbeza dengan ahli-ahli UMNO yang lain. Beliau ingin membuka pintu UMNO kepada kaum-kaum lain menyertainya tetapi ahli-ahli UMNO menggangap tindakan ini sebagai satu ancaman. Walau bagaimanapun, Dato' Onn tetap merupakan seorang yang berani dan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi negara dan bangsa.
Namun begitu, UMNO telah menggabungkan parti-parti yang dianggotai oleh kaum lain iaitu MCA dan MIC menjadi parti Perikatan pada tahun 1955. Tidakkah usaha isi adalah sama seperti yang dicadangkan oleh Dato’ Onn cuma caranya berbeza.
Sejak dari 1955 hingga sekarang, UMNO tidak pernah bertanding di atas tiket UMNO, UMNO hanya bertanding dan memenangi kerusi yang dipertandingkan melalui pakatan Barisan Nasional. Oleh itu mwmang wajar UMNO dilabelkan sebagai sebuah parti politik JUMUD… Tidak diperlukan dalam politik negara.

Rabu, 30 November 2011

Fast Food Restaurant

Fast Food Restaurant (Restoren Makanan Segera) - satu penjajahan dimensi baru. Ketika zaman kolonial, 3G adalah satu motto yang membawa kepada kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu (Gugusan Kepulauan Melayu). Gold, Gospel, Glory (Emas, Agama dan Kehebatan) menjadi faktor yang mendorong kepada usaha perluasan kuasa dari barat terutama dari Eropah untuk menjelajah dan seterusnya menjajah Tanah Melayu.

Tanah Melayu yang kaya dengan hasil buminya seperti rempah-ratus, bijih, petroleum dan tanahnya yang subur dan  sesuai untuk penanaman komoditi utama dagangan pada masa itu. Atas faktor inilah mendorong kuasa asing mengerah usaha untuk mendapatkan keuntungan. Oleh kerana kemajuan sosio peradaban yang dialami oleh mereka pada masa itu membolehkan mereka memperkotak-katikkan pentadbiran kesultanan melayu yang wujud pada masa itu.

Disamping untuk mendapatkan hasil bumi, mereka juga menyebarkan ajaran kristian kepada penduduk tempatan. Sambil menyelam sambil minum air. Oleh kerana itu juga membuatkan mereka hebat dimata pesaing mereka dari Eropah.

Malangnya sejarah yang telah dialami oleh Tanah Melayu tidak dijadikan iktibar oleh pemimpin yang ada pada masa ini, membuatkan mereka sekali lagi menjajah kita tanpa kita sedari. Tidak ingatkah lagi kita akan kesengsaraan yang dihadapi oleh nenek moyang kita era kolonial dahulu. Nenek moyang kita telah bertungkus-lumus berjuang membebaskan negara dari belengu penjajah.

Sudah lupakah kita, berapa banyakkah hasil bumi yang telah dibawa keluar dari Tanah Melayu pada waktu itu. Sanggupkah kita melihat dan mengalaminya kembali. Tentunya kita tidak sanggup untuk mengalaminya kembali.

Tetapi tanpa kita sedari, kita merelakannya berlaku kembali. Kita menyokongnya, kita yang membuka peluang itu kepada mereka sepertimana yang berlaku kepada nenek moyang kita dahulu. Bezanya nenek moyang kita dahulu mengalaminya kerana kejahilan mereka ditipu oleh mereka yang berkuasa yang mempunyai niat tersembunyi disebalik apa yang mereka rancangkan. Usaha mereka untuk menipu masyarakat dan rakyat demi mendapatkan apa yang mereka impikan dan kerana perbalahan dan sengketa sesama sendiri berebutkan kuasa, telah mendorong kedatangan penjajah ke Tanah Melayu. Penjajah bagaikan sudah mengantuk disorongkan bantal mengambil segala kesempatan yang ada. Disebalik itu tanpa disedari oleh mereka yang tamakkan kuasa untuk menipu telah ditipu oleh bangsa penjajah.

Kembali kepada hari ini, zaman ini.. Ingin dinyatakan dan ditegaskan bahawa anda semua bodoh.. Tentunya anda semua marahkan saya.. tetapi itulah hakikatnya yang berlaku. Kita bukannya bodoh; sekiranya kita bodoh kita tidak akan mampu mendirikan pusat pentadbiran kerajaan yang gah. Masih lagi berada dalam zaman penjajahan. Kita mampu mentadbir urus satu sistem perladangan yang berjaya yang diakui oleh dunia melalui FELDA. Korporat mencemburui pentadbiran FELDA.. Tentulah kita tidak bodoh.. Tapi kita alpha.. Kita Lalai.. dan kita sentiasa mengambil mudah atau “take it for granted”.

Kita alpha.. Kita Lalai.. dan kita sentiasa mengambil mudah atau “take it for granted”. Kita tidak pernah belajar dari kesilapan, kita tidak pernah cuba memperbaiki kesilapan masa lalu yang dilakukan oleh mereka yang terdahulu, kita melakukan kesilapan yang sama sepertimana yang pernah dilakukan oleh mereka yang terdahulu.. akhirnya kita gagal, kita gagal mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara. Kita gagal mempertahankan ekonomi malahan kita yang menghancurkannya.

Berbalik kepada tajuk kita, mari kita fikirkan dan rumuskan.. Tidakkah kita sedar akan semua yang dilakukan oleh restoren makanan segera itu terhadap kita adalah satu bentuk penjajahan ekonomi yang baru (GOLD) cuma caranya berbeza.. tetapi matlamatnya sama…

Selasa, 29 November 2011

Al-Quran

Al-Quran, Kitab suci yang diturunkan sebagai panduan untuk ummat Islam seluruh alam. Al-Quran adalah satu panduan, petunjuk dan pedoman. Didalm Al-Quran dinyatakan pelbagai ilmu tentang kehidupan duniawi dan ukhrawi bagi mereka yang ingin memahami dan mengkajinya. Dewasan ini, Al-Quran cuma dijadikan perhiasan; dibeli dan disusun teratur di rak-rak masjid, surau-surau dan rumah-rumah. Tersusun rapi disebalik lapisan kaca lusinar.

Berapa ramaikah yang membaca Al-Quran pada hari ini. Itupun sekadar untuk khatam sahaja bukannya memahami isi kandungannya. Didalam Al-Quran terdapat petunjuk tentang ilmu sains, kesihatan dan sebagainya. Al-Quran merupakan kitab suci yang perlu difahami, dihayati dan dikaji dengan logik akal. Dengan itu kita akan menemui petunjuk yang terdapat didalamnya.

Sebagai contoh… Kita ambil surah Ya-Siin (Surah 36).. Ayat 2; Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, fahamilah terjemahan ayat berkenaan… Setiap apa yang dinyatakan di dalam kitab ini adalah benar dan setiap ayat-ayatnya tidak akan bertentangan dengan ayat-ayat yang lain dan saling membenarkan. Didalamnya dinyatakan kelebihan-kelebihan dan diajarkan ilmu-ilmu tentang kehidupan… manakala pada ayat 68; Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? Jelas disini dinyatakan bahawan sekiranya seseorang itu panjang usianya akan kembali kepada keadaan asal kejadiannya iaitu sepertimana seorang bayi yang baru lahir kedunia.

Oleh itu sekiranya ingin berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat, jadikanlah Al-Quran sebagai panduan dan pedoman hidup… Banyak yang diperolehi dengan mengkajinya..

Khamis, 24 November 2011

Anda Islamkah? Islamkah Anda?

Mafkan aku kiranya apa yang ingin aku coretkan ini membuatkan anda marah, geram, benci, meluat ataupun fikirkan ingat bagus sangatlah tu dan sebagainya… Apa yang aku coretkan ini bukannya rekaan ataupun fiksyen tetapi inilah realiti dalam kehidupan ini. Kehidupan manusia lebih-lebih lagi ummat di akhir zaman.

Apa yang aku coretkan ini, apa yang berlaku sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini.. mungkin anda sendiri pernah mengalaminya, menghadapinya ataupun berlaku kepada diri anda sendiri. Mungkin telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Sesungguhnya ummat akhir zaman ini begitu lemah dengan godaan…

Islamkah kita? Adakah kita ini Islam sekiranya apa yang kita lakukan dan kerjakan pada hari ini bukannya apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang ummat islam…

Islamkah kita? sekiranya pemakaian kita pada hari ini mendedahkan aurat… Kita sekadar menutup tubuh daripada pandangan mata sedangkan syariat menyuruh kita menutup aurat. Bezakah tubuh dan aurat… Ya memang berbeza dan amat besar perbezaannya… Tubuh adalah apa yang dizahirkan pandangan, yang boleh dilihat, nampak.. Tetapi aurat adalah sesuatu yang tersirat yang perlu difahami dengan persoalan-persoalan biasa.

Islamkah kita? sekiranya kita lebih rela menghadiri perlawanan bola, konsert, pertunjukan dan lain-lain aktiviti kesihatan dan hiburan yang mana kita merasakan terpaksa dan dipaksa untuk menjejakkan kaki ke rumah-rumah Allah yang bertaburan di atas muka bumi ini dan menghadiri majlis-majlis ilmu Allah.

Islamkah kita? sekiranya kita lebih suka mendampingi artis-artis dan bintang-bintang popular, mengikuti segala cara pemakaian dan aktiviti mereka. lebih mengatahui perkembangan mereka dari mendampingi alim-ulama dan para cendikiawan yang menyampaikan ilmu-ilmu Allah.

Islamkah kita? sekiranya kita mengkaji sesuatu ciptaan Allah sedangkan kita tidak mengambil iktibar dari CiptaanNya.

Islamkah kita? sekiranya kita lebih mempercayai kajian saintifik oleh para ilmuan barat dari mengkaji sumber ilmu itu sendiri sedangkan sumber ilmu itu dari Allah.

Islamkah kita? sekiranya kita menuntut ilmu adalah demi kemewahan hidup, pangkat darjat dan harta serta bermegah denagan ilmu yang Allah berikan kepada kita. Yang sepatutnya dijadikat manfaat untuk kemajuan manusia melalui kita yang memahaminya.

Dia tidak pernah meminta dari kita bahkan Dialah yang memberikan rezeki kepada kita, kenapa perlu kita takut untuk mengeluarkan sebahagian daripada apa yang kita perolehi itu sebagai zakat untuk dibahagikan kepada mereka yang berhak. Sebahagian daripada apa yang kita miliki, perolehi adalah milik individu lain, cuma diberikan oleh Allah melalui kita.

Islamkah kita? sekiranya kita memiliki perkataan ISLAM dalam kad pengenalan kita sedangkan kita tidak mengamalkan cara hidup sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam. Islam itu adalah cara hidup yang sempurna mengikut fitrah kejadian manusia sebagaimana yang dikehendaki oleh yang Maha Esa, yang menciptakan kita menghidupkan kita, mematikan kita.

Untuk menjadi seorang Islam tidak cukup dengan hanya menunaikan rukun Islam yang lima iaitu, mengucap 2 kalimah syahadah, mendirikan solat 5 waktu, berpuasa dibulan Ramadhan, menunaikan zakat dan mengerjakan Ibadah Haji bagi yang berkemampuan. Islam adalh lebih daripada itu. Islam itu perlu difahami dengan persoalan untuk menyempurnakan kehidupan kita sebagai hambaNya. Hamba yang Maha Esa.

Apa? Bila? Siapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana? Berapa? Mengapa?. Tanyakan diri kita dengan soalan-soalan demikian, maka kita akan dapat menjawabnya apakah pengertian aurat itu. Selami dengan akal berpandukan hadis, sunnah dan al-quran. Semoaga kehidupan kita akan bertambah baik dan dipermudahkan segala urusan kita…

Melakar Sejarah

Aku bukan pemimpin, bukan cendikiawan, bukan berkuasa, bukan berharta, bukan dermawan, bukan budiman. Aku adalah aku, insan yang lemah lagi hina di sisinya. Aku tidak punya apa, tanpa apa-apa yang ingin aku banggakan.
Namunpun begitu setiap hari aku melakar sejarah, mencipta sejarah cuma bukannya sejara yang dipelajari, diajarkan disekolah-sekolah dan juga dalam mana-mana buku sejarah yang ada dan pernah ada.
Ya.. setiap dari kita berupaya dan berhak untuk melakar sejarah dan mencipta sejarah. Kita juga mempunyai sejarah sendiri.. sejarah silam yang mungkin diketahui dan tidak diketahui. Ada yang menganggapnya sebagai satu pelajaran dan ilmu, ada yang hanya membiarkan ia berlalu, dan ada juga yang menjadikan ia sebuah tragedi dan rahsia yang perlu dilupakan.
Tahukah anda sejarah memang berulang kerana kehidupan ini ibarat roda cuma pelakonnya sahaja yang bersilih ganti, yang lama akan pergi tinggalah kita untuk meneruskan kehidupan yang hakiki. Kita tidak dapat menghalang apa yang akan terjadi, kita tidak mungkin mengubah apa yang telah terjadi. Terpulang kepada diri dan kemahuan hati untuk mengolah setiap sejarah yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku dari sudut mana yang ingin kita lihat. Sekiranya kita melihat setiap apa yang berlaku dari sudut yang satu, banyak yang tidak kita ketahui. Pandanglah, lihatlah dan fikirkanlah menggunakan ilmu. Setiap yang berlaku merupakan rentetan kepada apa yang akan berlaku. Sekiranya kita mampu dan berdaya untuk melaluinya laluinya mengikut kehendak fitrah merujuk kepada kejadian kita, maka kita akan terlepas dari segala sengsara.
Anggap sebagai setiap yang berlaku itu anugerah dari yang Maha Kuasa, Maha Esa untuk mengajar manusia cuma kita lebih bertuah kerana dapat melaluinya sendiri…

Kembar Ghaib.

Setiap manusia dilahirkan secara kembar, tidak kiralah sememangnya kembar ataupun tidak. Kita sememangnya kembar, Untuk mengetahui selanjutnya sila baca seterusnya:

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping atau kembar kepada setiap insan yang dilahirkan (manusia). Dia dikatakan sebagai “syaitan” kepada manusia itu. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarin nya sendiri. Rasulullah s.a.w. tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lain-lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin kafir ini mendorong “dampingan”nya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang manusia dampingannya melakukan ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat (Maha Adil Allah). Malaikat ini akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan.

Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya ialah dengan membaca “Bismillahir Rahmanir Rahim” (basmalah) sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran, melakukan kebaikan dan taat melaksanakan perintah Allah. Secara tidak langsung manusia itu akan meninggalkan nafsu syahwat dan sifat-sifat tercela. Membersihkan dirinya bersesuaian dengan martabat malaikat tersebut.

Pernah satu ketika dulu para ‘ustaz” pendakwah menceritakan bahawa apabila kita makan berserta Bismillah, syaitan akan kelaparan dan kurus tetapi jika sebaliknya ia semakin gemuk. Pada awalnya memang mengelirukan dan sukar difahami bagaimana syaitan itu boleh kurus kerana bukan kita seorang sahaja manusia di muka bumi ini. Bukan semuanya baca basmalah bila hendak makan dan minum. Setelah dibangkitkan soal qarin ini baharulah kita faham kedudukan sebenarnya. Syaitan yang dimaksudkan ialah jin qarin ini (sifatnya berlawanan dengan sifat malaikat – sebab itu disebut syaitan) dan ia khusus untuk setiap individu.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)

Kewujudan qarin ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk dan hal-hal yang jahat-jahat seolah-olah baik pada anggapan manusia, lalu akhirnya manusia terpengaruh atau terpesong.

Dalam surah al-An’am: 112 terdapat firman Allah: “Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu”.

Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang ertinya: “Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .”(HR. Ibnu Hibban)

Jin ini, menurut para alim ulama’, bukanlah dari kalangan jin yang biasa. Jin ini tugasnya hanya untuk menyesatkan ‘tuan’nya, yang didampingi dari awal kelahiran hingga kematian manusia tersebut. Ada juga qaul yang menyatakan bahawa jin ini dilahirkan bersama-sama kita, akan tetapi ianya tidak mati apabila kita meninggal dunia kerana hayat mereka dipanjangkan Allah, dan mereka hanya dimatikan menjelang hari Qiamat.

Ketika manusia mati sama ada dalam keadaan beriman kepada Allah atau mati dalam keadaan murtad, syirik atau kufur hasil daripada tipu helah iblis dan syaitan yang sentiasa berada di samping manusia, menemani manusia ke mana dia pergi, ataupun mati dalam Islam tetapi bergelumang dalam maksiat.

Qarin akan berpisah dengan “kembar”nya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili.

Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

Oleh itu, ingin saya berpesan kepada semua yang sudi singgah dan membaca coretan ini agar berusaha untuk mengawal Qarin ini. Kerana itulah apabila seorang bayi menangis kita digalakkan untuk melaungkan azan. Ini adalah kerana, bagi seorang bayi tidak ada hijab bagi mereka, manakala kita sebagai seorang manusia dewasa ada hijab diantara kita dengan alam lain. Sehinggalah kita meningkat ke usia tua (nyayuk) kita akan dapat melihat kembali apa yang berada di luar alam manusia. Kerana itulah kita sentiasa mendengar seorang yang sudah berusia (nyanyuk) sering memanggil individu yang telah lama meninggal dunia. Bukannya mereka nyanyuk tetapi mereka telah dibukakan kembali hijab dan berupaya untuk melihat kembar kepada individu yang telah meninggal dunia. Dan ada juga yang mengatakan bahawa apabila ajal kita semakin hampir, kita akan dibukakan hijab untuk melihat Qarin yang dimaksudkan….

Rabu, 23 November 2011

Mahar dan Hantaran

Bila tiba je hujung tahun aka musim cuti sekolah, undangan majlis perkahwinan semakin banyak sehinggakan perancangan yang terapi perlu untuk mengelakkan termiss. Bukannya pa sampai 10 majlis perkahwinan yang perlu dihadiri dalam satu hari. Kalau dihitung satu rumah RM10… 10 buah rumah, agak2 terbang RM100. Itu tidak menjadi masalah dalam kehidupan bermasyarakat. Bukannya wang ringgit yang menjadi masalah.
Tapi kebelakangan ini, mas kahwin @ mahar dan wang hantaran begitu tinggi. Mana pihak lelaki nak cari duit yang banyak tu.. Depa tu bukannya born rich ataupun kerja yang hebat dengan pendapatan ribu-riban, sama macam kita juga dalam lingkungan sederhana rendah.
Jadi untuk mengatasi masalah kewangan tentulah finance dicari. Dan tentunya bank akan menjadi tempat mereka untuk mengadu nasib (nak pinjam duit ler tue). Setelah majlis berlangsung dengan agak grand ala gitu… masalah lain pula yang timbul… Nak bayar hutang ler jawabnya…
Bab nak bayar balik nie memang satu masalah besar, tak bayar nanti black list dan susahkan urusan diri sendiri. Nak dibayar, nak makan pun kadang-kadang termiss. Akhirnya masalah ini berlanjutan dan berterusan. Daripada masalah kewangan yang dihadapi ini akan mengundang kepada keruntuha rumahtangga. Itulah sebabnya mengikut statistik kebanyakan pasangan yang bercerai adalah pasangan yang berusia kurang dari 10 tahun. Ini berlaku kerana masalah kewangan yang dihadapi.
Untuk itu, saya ingin berpesan kepada ibu-bapa yang memiliki anak gadis/ dara tue, janganlah letakkan hantaran tinggi-tinggi semakin tinggi hantarannya semakin cepat nanti anak kita tue bertukar statusnya. Cuma sekadar mengingatkan, nak menghalang tak boleh. Tepuk dada tanya iman…

Dalang

Dalang; apakah yang dimaksudkan dengan DALANG mengikut Kamus Dewan Bahasa adalah orang yg merancang, mengatur, memimpin dsb sesuatu kegiatan(politik, pentadbiran, seni dsb) secara sulit atau tersembunyi. Sebagai contoh individu yang memainkan Wayang Kulit (satu permainan/hiburan tradisional berasaskan epik mahabrata dan ramayana pada satu ketika dahulu biasanya dikaitkan dengan Negeri Kelantan dan Kedah)  dikenali sebagai Tok Dalang. Adakah anda sudah memahami apa yang cuba saya maksudkan. Selalunya dalang dianggap sebagai individu, kumpulan, persatuan yang mempunyai motif jahat terhadap sesebuah aktiviti. Tetapi dalang bukanlah begitu maksudnya. Itu adalah Petualang
Begitu jugalah dengan dengan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara, mestilah ada dalangnya untuk membangunkan sesebuah negara. Kemajuan sesebuah negara itu ditentukan oleh keupayaan dalang yang memainkan peranannya.
Dalang merupakan satu entiti yang paling penting dalam menjayakan sesuatu agenda. Dalang seharusnya menjalankan kerjanya dengan sebaiknya untuk membuktikan keupayaannya dalam sesuatu aktiviti. Dalang yang baik adalah yang mampu menerima nasihat dan kritikan yang membina dan melihat dan mengambilnya  sebagai sesuatu yang positif bukannya negatif. Setiap nasihat, kritikan, cemuhan dan penghinaan yang diterimanya ditukarkan menjadi item/idea/hasil yang membawa manfaat kepada aktiviti yang dilakukannya. Penambahbaikan secara berterusan (kaizen) perlu dilakukan untuk menambahbaik produk yang dihasilkan.
Minda dan mata hati dalang haruslah jelas akan matlamat dan objektif yang ingin dicapainya. Sekiranya matlamat dan objektif yang ingin dicapainya tidak jelas akan mengundang keburukan dan kerosakan kepada aktiviti yang dijalankan. Sekiranya ini berlaku, satu entiti yang berniat jahat akan mudah meresapi kedalam aktiviti yang dijalankan.
Untuk menjadi dalang yang baik, perlukan usaha secara baik iaitu usaha secara telus dan diperakui bukannya menggunakan pintu atau jalan belakang atau jalan pintas. Sekiranya ini yang berlaku, satu entiti yang digunakan untuk mendapatkan kuasa akan mengambil alih tugas yang sepatutnya dilakukan oleh dalang berkenaan. Entiti ini selalunya akan membonekakan dalang kerana terdapat niat tersembunyi disebalik pertolongan dan bantuan yang diberikan selama ini. Ini boleh dijadikan iktibar melalui beberapa kejadian sejarah dalam negara. Antaranya adalah Pendudukan Pulau Pinang oleh Francis Light pada tahun 1876 dan banyak lagi.
Begitulah dengan apa yang berlaku kepada Negara Mesir, Hosni Mubarak merupakan Presiden yang telah lama menjadi boneka kepada kuasa besar dunia. Setelah sekian lama menjadi boneka, akhirnya HM cuba untuk menentang kembali, namun untuk menjatuhkan HM, satu propaganda telah disebarkan melalui kemajuan teknologi komunikasi kepada rakyat negara berkenaan untuk menjadikan negara berkenaan tidak stabil dan huru hara atas perkataan Kebangkitan Rakyat. HM yang menyedari hakikat berkenaan bertindak dengan cara yang salah iaitu menutup/ menghalang capaian kepada komunikasi dan maklumat yang ada ini menambahkan lagi kemarahan yang sedia ada yang dibangkitkan dengan propaganda untuk menjatuhkan HM. Tindakan HM ini adalah bibit-bibit kemenangan awal untuk menjatuhkannya. Dalang disebalik kejadian ini, kononnya cuba menjadi hero untuk menenangkan keadaan… Tapi seperti kita semua tahu ia adalah satu taktik kotor yang terus menekan dan menekan kuasa pemerintahan Mesir sehinggakan seluruh Mesir bergolak.
Kejadian yang berlaku mengakibatkan HM terpaksa melepaskan kuasanya kepada tentera, namun akhir ini tentera yang mendapat kuasa masih belum melaksanakan kerajaan rakyat sepertimana yang dijanjikan. Ini adalah titik tolak kebangkitan kali kedua yang mengakibatkan Mesir sekali lagi bergolak. Pergolakan yang berlaku tidak akan berakhir sehinggakan kuasa pemerintahan sebenarnya yang diperolehi melalui satu pemilihan mengikut kehendak rakyat. Dan usaha yang berterusan oleh entiti berkenaan masih berlanjutan demi menuntut balas ke atas peperangan salib yang tidak pernah berakhir, cuma caranya sahaja yang berbeza.
Usaha-usaha yang dilakukan oleh entiti berkenaan bukannya demi mengaut keuntungan ekonomi, politik sahaja, tetapi merupakan satu peperangan terhadap Islam. Satu peperangan yang tidak pernah berakhir cuma ibarat satu gencatan bagi membolehkan mereka mengumpul kekuatan dan pembiayaan untuk memerangi Islam kerana tiada lagi kesepakatan dan persetujuan di antara ummat Islam diseluruh dunia akibat daripada konsep kepemimpinan yang pincang bukan lagi mengikut amalan Rasulullah s.a.w. Inilah matlamat mereka yang sebenanrnya.

Selasa, 22 November 2011

Cinta Sekolah…

Masihkah anda ingat lagi siapa insan yang anda cintai sewaktu di alam persekolahan. Di manakah agaknya dia berada sekarang? Adakah sidia sudah berkeluarga? dan yang paling penting adakah dia bahagia sekarang?
Tentunya anda semua pernah melalui saat yang paling indah sewaktu dizaman persekolahan untuk dikongsikan bersama. Dulu sewaktu zaman persekolahan anda merupakan pasangan yang paling ideal, tak pernah berpisah walaupun sesaat, kemana sahaja anda pergi pasti bersama.
Mengikut perkiraan, berapa ramaikah diantara kita yang dijodohkan dengan pasangan sewaktu sekolah dahulu. Mungkin pengakhiran zaman persekolahan mengakhiri perhubungan yang dibina. Masa bisa merubah segalanya.
Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya telah ditentekan oleh Allah. Usahlah anda merasa kecewa dan duka sekiranya kekasih yang pernah anda miliki suatu masa dahulu kini milik orang. Redhalah dengan ketetapan dan ketentuanNya. Kita merancang, Allah juga merancang tetapi Perancangan Allah lebih sempurna. Usahlah kita menyalahkan takdir kerana setiap perkara yang kita lalui adalah yang terbaik dari perancangan Allah untuk kita hambaNya.

Isnin, 21 November 2011

Kad Kahwin Satu Penghinaan…

Ingin memulakan hidup baru melangkah ke alam perkahwinan? Adakah segala persiapan telah dibuat dengan sempurna? Bagaimana dengan kad kahwin? Sudahkah anda memilih kad kahwin?

Rata-rata pasangan yang ingin berkahwin pada hari ini ingin meraikannya dalam satu majlis perkahwinan yang gilang-gemilang satu majlis yang akan dikenang sepanjang hayat mereka. Satu majlis yang akan diingati oleh semua para hadirin yang menghadiri majlis perkahwinan. Satu majlis perkahwinan wedding of the year.

Dalam pada itu, untuk suatu majlis perkahwinan yang gilang-gemilang, pemilahan kad kahwin juga merupakan satu aspek yang perlu dititik beratkan. Kad kahwin yang bagaimanakah yang menjadi pilihan anda. Pilihlah apa sahaja kad perkahwinan yang anda inginkan mengikut citarasa yang anda inginkan cuma satu yang perlu diingat, janganlah pula kad yang dipilih menjadi satu penghinaan biat anda tanpa anda sedari.

Berikut adalah tip-tip pemilihan kad kahwin supaya anda tidak dihina. Pilihlah kad perkahwinan yang simple (mudah) dengan memasukkan beberapa maklumat penting tentang majlis anda seperti nam anda, nama pasangan anda, tarikh, tempat dan juga peta yang mudah untuk memudahkan jemputan mencari lokasi majlis perkahwinan diadakan. Untuk mengelakkan anda dihina jangan sesekali mencetak foto anda pada kad perkahwinan yang anda pilih itu nanti. Memanglah selalunya anda ingin menunjukkan betapa hebatnya majlis perkahwinan yang bakal diadakan dengan mencetak gambar anda dan pasangan pada kad kahwin. Tanpa anda sedari ianya sebenarnya suatu penghinaan. Anda meletakkan diri anda serendah-rendahnya untuk dihina, dipijak dan sebagainya.

Tahukah anda berapa ramai yang menyimpan kad kahwin setelah menghadiri majlis yang diadakan… Mengikut kajian cuma 1-3% sahaja yang akan menyimpan kad kahwin dalam satu jangkamasa yang singkat. selebihnya akan membuang kada kahwin anda ke tong sampah, longkang dan sebagainya. Bayangkan betapa hinanya anda disaat anda diperlakukan sedemikian.

Gambar yang anda cetak juga boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai perasaan dengki terhadap anda. Mereka boleh melakukan pelbagai perbuatan sihir keatas anda dengan menggunakan gambar anda.

Fikir-fikir dan renungkan. Anda ibarat meletakkan diri anda dalam keadaan yang terhina dan berisiko hanya semata-mata untuk kelihatan hebat dan gah pada hanya satu hari sahaja…

Keistimewaan Seorang Perokok

Perokok? Apakah kelebihan seorang perokok berbanding individu yang lain. Ingin saya nyatakan disini beberapa kelebihan seorang perokok. Jika anda adalah seorang perokok berbanggalah kerana anda memiliki beberapa kelebihan dibandingkan dengan individu-individu lain di luar sana yang tidak merokok.

Apakah kelebihannya, sebagai seorang perokok tentunya anda mengetahui akan kelebihan anda, namun anda tidak sedari apakah kelebihan anda. Disini di war-warkan kelebihan seorang perokok:

    1. Kurang risiko untuk mendapat penyakit berbanding orang biasa. Sekiranya anda merokok anda dilindungi oleh penapis (Filter). Anda sebenarnya hanya menyedut 30% daripada kandungan asap rokok (bahan kimia) yang ada dalam rokok berbanding mereka yang berada disekeliling anda. Secara automatik – risiko anda untuk mendapat penyakit disebabkan rokok hanya 30% sahaja.
    2. Auto-Imun. Setiap negara yang membangun dan maju adalah negara yang mengamalkan program imunisasi kepada bayi yang baru lahir sehinggga ke satu peringkat yang ditentukan oleh pihak berkuasa sesebuah negara. Oleh kerana anda dengan sendirinya menyedut beberapa bahan kimia yang ada dalam asap rokok secara semula jadi badan anda telah imun terhadap bahan kimia yang sama. Oleh itu kemungkinan anda akan mengalami masalah (komplikasi) bahan kimia berbahaya adalah rendah.
    3. Seorang perokok juga dapat mengekalkan awet muda – Setiap produk yang di pasarkan  perlu tahan dengan jangkamasa. Selalunya, kita mengeringkan bahan yang hendak disimpan dalam tempoh yang lama. Oleh itu, jantung dan paru-paru kita boleh disimpan lama oleh kerana ianya sentiasa disimpan kering.

Oleh itu berbanggalah anda kerana anda adalah individu yang memiliki kelebihan jika dibandingkan dengan mereka di luar sana yang tidak merokok. Dan perlu diingat bahawa beberapa kempen berhenti merokok di luar sana diselitkan dengan jarum-jarum halus oleh Yahudi dan musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam. Janganlah kita yang jahil ini terpedaya dengan apak yang dijalankan oleh mereka yang bertujuan memusnahkan Islam.

Bangkitlah untuk menyedarkan ummat Islam akan hakikat yang sedang berlaku dewasa ini tanpa kita sedari. Jarum-jarum halus hasutan yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam ini bukannya menyerang Islam secara terus keatas fizikal tetapi menyerang akhlak kita secara diam umpama musuh dalam selimut.

Para pemimpin semuanya memikirkan strategi untuk memerintah dan mendapatkan kuasa namun, dalam diam beberapa cabang dan unit-unit musuh Islam bergerak dalam organisasi-organisasi berteraskan Islam sedang giat menjalankan peperangan untuk memesongkan ummat islam. Mereka dengan berani menyusup masuk sebagai ilmuan, ahli falsafah, dan pakar-pakar dalam bidang masing-masing dengan pembiayaan dari sumber yang tidak diketahui (sebenarnya diketahui)  bergerak aktif memesongkan akidah Islamiah.

Mereka bergerak atas pelbagai organisasi menuntut kebebasan, komuniti, perubatan, makanan dan sebagainya yang hanya bermatlamat memenang peperangan salib yang tidak pernah mereka menangi selama berabad lamanya.

Pengaruh Animasi

Pernahkah anda semua dengar animasi Upin & Ipin, Boboi Boy, Ben-10 dan yang seangkatan dengannya. Sekiranya anda mempunyai anak berusia di antara 2 -5 tahun, animasi-animasi yang disebutkan di atas adalah antara yang biasa kita dengar.
Tahukah anda, animasi-animasi di atas telah mempengaruhi pemikiran anak-anak anda tanpa anda sedari. Pengaruh ini akan menyebabkan mereka leka dengan tayangan-tayangan tersebut sehingga ada yang mengabaikan makan dan minum serta tidur semata-mata ingin melihat animasi kegemaran mereka. Ini akan mempengaruhi perkembangan psikologi dan perkembangan minda anak-anak tersebut. Ianya juga merupakan ancaman kepada pembangunan modal insan, untuk menjadikan negara setanding dengan negara-negara maju di dunia.
Sekiranya animasi-animasi ini tidak dikekang dan dibiarkan berleluasa, negara pada satu hari nanti dalam lingkungan 10-20 tahun akan datang akan hilang pemimpin yang berpandangan jauh dan berwawasan untuk meneruskan agenda pembangunan negara. Kemungkinan akan menjadikan negara ini statik dan tiada lagi pembangunan…

Sederhana…

Kita disarankan untuk mengamalkan kesederhanaan dalam hidup (wasatiah). Apa jua pekerjaan yang kita lakukan, tidak kiralah sama ada pekerjaan duniawi ataupun ukhrawi mestilah sederhana iaitu diseimbangkan antara keduanya. Begitulah kehidupan yang seperti disarankan dalam Islam. Islam menggalakkan ummatnya hidup dalam kesederhanaan kerana kesederhanaan akan membuatkan kita terlepas dari beberapa akibat yang buruk.

Sekiranya kehidupan kita terlalu dhaif iaitu lemah tidak kiralah samaada terlalu miskin, terlalu hina ataupun sebaliknya ia boleh mengundang kepada kekufuran. Syaitan dan iblis akan mudah mempengaruhi kehidupan seseorang yang terlalu dhaif dengan pelbagai janji-janji yang akan menjerumuskan kita kearah kebinasaan dan kerugian.

Begitulah juga dengan kehidupan yang terlampau, samada terlalu mewah, ataupun taksub. Ianya akan menimbulkan perasaan ta’jub iaitu bermegah dengan apa sebenanrnya bukannya milik kita dan akhirnya akan menjerumuskan ke arah kebinasaan.

Apakah Saraan Baru Perkhidmatan Awam itu menitik beratkan kesederhanaan dalam pelaksanaan dan perancangannya. Bukannya apa, selalunya perkhidmatan awam mengambil kira konsep rate for the job. Kerana itulah yang akan merosakkan kualiti dan akhirnya menjerumuskan penjawat awam kearah penurunan mutu kerja, sama ada disiplin dan sebagainya. Ada yang mengambil jalan pintas untuk menyamai apa yang diperolehi oleh kumpulan pengurusan tinggi.

Perbezaan pendapatan dan juga pelbagai kemudahan yang diberikan kepada pengurusan membuatkan kumpulan bawahan ini merasa bahawa kebajikan mereka tidak dipedulikan sedangkan kos untuk menampung kehidupan tetap sama biarapun mereka dari kumpulan pengurusan ataupun kumpulan bawahan. Atas sebab yang dinyatakan adalah wajar jurang perbezaan dapat dikurangkan ianya sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dibandar dan juga di desa serta kawasan yang terpinggir jauh dipedalaman.

Jumaat, 18 November 2011

Pekeliling SBPA Di Portal/Laman Web JPA, MAMPU Dan Semua Kementerian Di Muat Naik Serentak

Sejak dari pengumuman Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak enjin carian di Malaysia dihangatkan dengan keyword SBPA. Berbangkit dari permasalahan berkenaan JPA – sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab dalam menguruskan pembangunan sumber manusia perkhidmatan awam di Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan berlakunya lebihan beban ke atas pelayan JPA, JPA telah membuat keputusan untuk memuat naik pekeliling SBPA Di Portal/Laman Web JPA, MAMPU Dan Semua Kementerian Di Muat Naik Serentak.

Langkah ini diambil bagi mengelakkan berlakukanya kesesakan (bottle neck) kepada pelayan akibat terlalu banyak bandwidth atau capaian secara serentak. Dengan berbuat demikian ia akan dapat mengurangkan bebanan kepada pelayan JPA untuk aktiviti atau transaksi yang lain.

sumber:

Pekeliling SBPA Di Portal/Laman Web JPA, MAMPU Dan Semua Kementerian Di Muat Naik Serentak

NEW BLOG… WHO AM I, FAMILY.

Kepada semua pembaca dan pengunjung blog yang dihormati sekalian, saya akan memperkenalkan satu blog baru WHO AM I, FAMILY. sebuah blog yang berkisarkan kepada pembinaan sebuah keluarga yang berjaya dan bahagia. Dipohon kepada blogger-blogger diluar sana yang sudi untuk turut serta menyumbangkan idea dan buah fikiran serta berkongsi pengalaman untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada semua pembaca bagi mengelakkan keruntuhan akhlak dalam masyarakat pada hari ini.

Saya percaya setiap kaum, bangsa dan agama mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mewujudkan sebuah keluarga yang berjaya dan bahagia yang mampu hidup secara harmoni dalam masyarakat berbilang agama, kaum dan keturunan.

Ini merupakan satu medium, untuk mendidik dan membimbing semua supaya hidup lebih harmoni dan saling menghormati. Mengurangkan lagi masalah sosial dalam negara yang menyumbangkan kepada aktiviti tidak bermoral dan merugikan agama, bangsa dan negara.

Jom bersama jayakan misi yang amat berat untuk dipikul oleh saya seorang. Bersamalah kita menyumbangkan apa yang kita fikirkan perlu demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara yang kita Cintai… Kita harus memainkan peranan walaupun sedikit namun peranan kita adalah amat penting kepada agama, bangsa dan negara. Tiada sumbangan yang dianggap kecil, semuanya adalah penting kerana proses pembentukan masyarakat dan negara bermula dari individu seterusnya keluarga dan membesar menjadi satu kumpulan, komuniti, masyarakat dan negara.

Khamis, 17 November 2011

Rahsia di sebalik telefon Prabayar.

Telefon bimbit: Rata-rata hari ini setiap individu memiliki telefon bimbit tidak kiralah apa Syarikat yang membekalkan perkhidmatan dan juga pelan yang digunakan samada Postpaid ataupun Prepaid. Jika dilihat pada hari ini, budak sekolah pun memiliki telefon bimbit. Kenapa yea? Pada hari ini telefon bimbit adalah satu keperluan dalam kehidupan dalam era globalisasi dan milenium. Telefon bimbit pula telah menjadi barang keperluan berbanding 10 tahuni dahulu yang hanya menjadi kehendak.
Dulu siapa yang memiliki telefon bimbit adalah berasal dari golongan keluarga yang berada, kadang-kadang telefon rumahpun tidak mampu untuk dimiliki berbanding pada hari ini. Teringat kembali betapa susahnya komunikasi pada waktu itu. Terpaksa beratur panjang di pondok telefon awam semata-mata untuk bercakap dengan ibu, ayah dan juga ahli keluarga. Itupun panggilan disambut dari rumah jiran. Pertama sekali perlu telefon kerumah jiran untuk buat temujanji dan pada sebelah malam pula baru berpeluang untuk bercakap dengan ibu dan bapa serta ahli keluarga yang lain. Susahnya komunikasi pada waktu itu.
Pada hari ini, komunikasi menjadi senang bukan setakat telefon bimbit malahan dari jenis telefon pintar pun ada dijual dipasaran dengan harga yang berpatutan. Dengan penggunaan telefon pintar bukan setakat boleh mendengar suara malahan boleh lihat muka apabila berkomunikasi. Sungguh mudah dan senangnya hidup dalam era globalisasi inikan.
Apa yang ingin dikongsikan disini bukannya kehebatan telefon bimbit tetapi berapa yang dibelanjakan setiap bulan untuk mengaktifkan talian anda. Jika dihitung secara ringkas..
sebulan dibelanjakan RM30.00; setahun 12 x RM30.00 = RM360.00.
apa yang anda dapat? Ya tentulah anda mendapat pengaktifan talian dan juga berkomunikasi dengan sahabat, pasangan dan juga ibubapa masing-masing. Tidak terfikirkah anda untuk mendapat sedikit pendapatan dari jumlah yang telah dibelanjakan katakan 3%.. bersamaan 3% x RM 360.00 = RM10.80.. Mungkin RM10.80 itu sedikit jumlahnya, namun jika dikira kembali baik dapat sedikit dari tidak.
Jangan lepaskan peluang yang singkat dan terhad untuk menambah pendapatan. Anda juga boleh menjadi agen jualan top-up.. dan ini akan meningkatkan pendapatan anda. Anda tidak perlu membuka gerai ataupun kios untuk ini. Cukup sekadar untuk kegunaan sendiri, keluarga dan kawan-kawan terdekat anda.
Untuk maklumat lajut sila layari Perniagaan Top-Up.

Rabu, 16 November 2011

Whoamie Itismei

Whoamieitismei.blogspot.com merupakan satu blog tentang kehidupan dan semuanya adalah hidup. Who Am I? Anda sendiri akan menjawab persoalan yang di utarakan. Anda boleh menjadi siapa sahaja yang anda inginkan. Setiap perkara yang anda utarakan adalah mengenai kehidupan tidak kira samada politik, ekonomi ataupun agama. Anda adalah pakar dalam bidang anda kerana yang mati tidak akan membaca blog anda, Tidak akan mengikuti anda kerana setiap yang mati akan terputus dengan perkara yang berkaitan dengan hidup. Seseorang yang telah mati meninggalkan segalanya kepada mereka yang masih hidup dan yang tidak terputus adalah tiga perkara iaitu amalannya, anak soleh dan ilmu yang membawa kebaikan kepada yang masih hidup.

Oleh itu, Whoamieitismei.blogspot.com merupakan satu blog tentang kehidupan, tetapi mengingatkan tentang kematian kepada yang hidup. Hanya yang masih hidup perlu ingat akan mati kerana yang mati tetap mati dan kehidupan perlu diteruskan oleh mereka yang masih hidup.

Selasa, 15 November 2011

Sedia Pembantu Guru–Kerja 9 Jam

Dalam usaha untuk mencapai aspirasi negara sebagai sebuah negara maju mengikut acuannya sendiri pada tahun 2020. Tidak dinafikan Guru, Cikgu dan seangkatan dengannya merupakan kumpulan yang menyumbang kepada pembangunan modal insan bagi membolehkan aspirasi negara dicapai. Hanya melalui pembangunan modal insan yang mantap dan pengurusan yang cekap mampu merealisasikan aspirasi negara. Oleh itu tugas sebagai pendidik adalah satu tugas dan tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul dan digalas di atas bahu para pendidik khasnya guru.
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Itulah senikata lagu Guru Malaysia yang merupakan sebuah akad iaitu ikrar yang dilafazkan oleh para guru di Malaysia. Berikut juga di paparkan Ikrar Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Adakah para guru semua telah lupa akan hasrat mereka untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu
" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
Bagi memenuhi dan mencapai Ikrar Guru dan Falsafah Pendidikan Negara apa yang perlu para guru lakukan? Jadi kepada guru-guru sekalian tepuklah dada tanya diri, usah lagi kita berada ditakuk lama berpegang kepada tepuk dada tanya selera bukannya apa, apabila selera ditanya macam-macam yang hendak dimakan dan kadangkala tanpa disedari kita telah mengabaikan kesihatan diri sendiri dan dikemudian hari kita yang akan menanggung setiap apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita.
Untuk mendidik dan memimpin putra putri negara kita bukannya satu tugasan yang mudah dan remeh, perlu diketahui minda putra putri negara kita telah berkembang bukannya lagi berada ditakuk lama seperti tahun-tahun 80an. Pemikiran mereka lebih hebat berbanding putra-putri satu masa dahulu. Mereka tidak lagi berpegang pada konsep pendidikan hanya dibilik darjah, malahan pendidikan mereka lebih luas dalam ertikata yang mereka fahami. Apa yang para guru ajarkan merupakan pendidikan formal dan pendidikan itu tidak tertumpu kepada pendidikan formal. Setiap perkara dan tindak tanduk guru, ibubapa, masyarakat adalah sumber ilmu bagi mereka.
Kadangkala bila kita lihat kembali, guru-guru yang ada di Malaysia ini sememangnya hebat dalam bidang mereka namun dari sahsiah dan kehidupan peribadi mereka hancur tidak layak dijadikan tauladan. Pembelajaran melalui tauladan. Oleh itu tidak hairan setiap hari kita melihat di akhbar remaja/ pelajar ditangkap melakukan aktiviti tidak berfaedah dan merugikan diri sendiri. Dari manakah mereka belajar sudah tentulah dari individu yang mereka percaya.
Maafkanlah kiranya bebelan ini membuatkan sesetengah individu atau kumpulan atau pihak terasa hati, bukannya untuk memandang rendah kepada profesion perguruan.
Jika mengambilkira akan tanggungjawab dan ikrar guru maka Pelaksanaan Sistem Kerja Sembilan Jam tidak sepatutnya dijadikan satu isu oleh Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Usahlah dipolitikkan sesuatu yang telah kamu ikrarkan, hasrat murni guru untuk medidik dan membimbing. Penjawat Awam dari sektor lain juga sudah lama bekerja sembila jam sehari.  Manakala para guru diperuntukkan cuti semester setiap tahun ditambah lagi dengan cuti-cuti yang sama diperuntukkan kepada penjawat awam yang lain.
Apa yang penting? Kerjasama.. itulah yang akan kita dengar bila menonton animasi Wonderpet. Tetapi pada hakikatnya itulah yang harus dilakukan oleh guru-guru Malaysia… didahului dengan keikhlasan dihati. Sekiranya ilmu (semua ilmu adalah milik ALLAH SWT) disampaikan secara tidak ikhlas, ilmu tidak dapat diterima oleh para pelajar sepenuhnya.

Isnin, 14 November 2011

Tudung..

image
Alhamdulillah dipanjatkan syukur kepada yang Maha Kuasa kerana masih diberikan umur dan kudrat untuk menulis dan mencoretkan apa yang terlintas dibenak fikiran ini mengenai kita semua, ummat manusia. Kehidupan manusia yang singkat ini, akan digunakan sepenuhnya untuk berkongsi ilmu Allah sesama manusia.
Alhamdulillah pada hari ini, kesedaran untuk menutup aurat telah berkembang dengan begitu ketara di negara Malaysia yang kita sayangi. Ramai para pelakon telah terbuka hatinya untuk mengenakan tudung dalam kehidupan mereka. Tidak diketahui samada mereka bertudung hanya untuk berdepan dengan masyarakat, peminat atau pun siapa namun kita mengharapkan mereka yang berkenaan bertudung keranya syariat yang diajarkan oleh Allah melalui Islam.
Semoga dengan kesedaran dikalangan para artis ini akan menjadi ikutan peminat yang menyokong mereka. Dan diharapkan juga agar pemakaian tudung ini akan berkekalan selama hayat mereka bukannya seperti hangat-hangat tahi ayam, sekejap bertudung sekejap tidak kerana tudung dijadika fesyen bukannya cara hidup.
Kepada mereka di luar sana jadikan pemakaian tudung ini sebagai tuntutan syariat Islamiah, bukannya peredaran fesyen kerana sekiranya menjadikan tudung sebagai peredaran fesyen tidak akan membawa kita kemana-mana akhirnya tudung yang dibeli akan lusuh dan reput dalam gobok (almari) jua.

Jumaat, 11 November 2011

Gaji PM dipotong.

Gaji PM dipotong. Itulah satu usul dalam Dewan Rakyat di Parlimen. Usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Batu yang meminta Gaji PM dipotong sebulan berjumlah RM22,826.25. Isu ini dicadangkan kerana alasannya PM gagal melaksanakan dengan jayanya beberapa isu yang berkaitan kepentingan rakyat.

Usul dicadangkan sewaktu PM menunaikan ibadah Haji.

Sekiranya usul ini diterima, maka ini akan menguatkan lagi konsep perjuangan 1 Malaysia yang dicanangkan oleh YAB PM. 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Sekiranya usul diterima PM tetap berupaya melaksanakan fungsinya sebagai PM kerana ini tidak menjejaskan perbelanjaan dan pelaksanaan projek oleh kerajaan.

Pendapatan Dari Blog

Duit, bila sebut pasal duit mesti semua orang akan kata duit tak pernah cukup. Dapat jer gaji setiap bulan tak sampaipun seminggu dah habis dibelanjakan. Macam-macam nak dibuat dan dibayar gunakan duit. Antaranya:-

1. Bayar sewa rumah/ ansuran rumah.
2. Bayar ansuran kereta.
3. Taska anak/ Pengasuh.
4. Barang Dapur.
5. Susu dan Lampin (jika ada anak kecil)
6. Bil-bil utiliti (elektrik, air)
7. Bil-bil sampingan (astro, telefon, broadband/internet)

dan macam-macam lagi nak kena bayar. Bila dikira balik memang tak cukup, tak pernah cukup dan tak akan cukup. Pepatah ada mengatakan semakin besar periuk semakin banyak keraknya. Begitulah lumrahnya dunia dan kehidupan. Kalau nak buat baju kenalah ukur badan sendiri – apa tidaknya kalau diukurkan dengan badan orang memang tak akan selesalah baju yang hendak dipakai itu nanti.

Apa-apa pun, dengan menjadi blogger, anda boleh menjana pendapatan sampingan antara RM1000.00 – RM 15000.00 sebulan. Tapi bagaimanakah caranya.

Banyak blog lain atau sumber lain menggunakan anda untuk menjana pendapatan untuk mereka, apa kata ambil peluang ini, disamping menjana pendapatan untuk mereka, jana pendapatan untuk diri anda sendiri…

Rabu, 9 November 2011

Aidiladha erti sebuah pengorbanan

Sebagai seorang muslim, setiap 10 Zulhijjah merupakan satu tarikh yang amat bermakna dalam kelender tahunan kita. Ianya adalah satu perayaan, perayaan meraikan kejayaan sebuah pengorbanan dalam kehidupan. Berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa. Apakah yang mesti dikorbankan untuk memahami erti sebuah pengorbanan. Adakah cukup dengan sekadar menunaikan Fardhu Haji – rukun Islam ke-5.

Sebelum kita kupaskan dengan lanjut, apa yang anda faham tentang korban, pengorbanan dan dikorbankan. Setiap tahun hampir 2.5 juta jemaah menunaikan Fardhu Haji. Daripada jumlah itu 1/3 merupakan jemaah yang menunaikan haji untuk kali ke-2 dan seterusnya. Jika dikira secara kasar, setiap tahun 1/3 jemaah yang menunaikan haji buat kali ke-2 dan seterusnya harus berkorban dengan membelanjakan wang mereka kepada mereka yang ingin menunaikan haji tetapi tidak memiliki wang ringgit. Itulah pengorbanan yang paling tinggi boleh dilakukan oleh seorang ummat islam terhadap saudaranya yang lain.

Pengorbanan bermula sejak dari zaman Nabi Adam a.s, dimana Habil dan Qabil dituntut untuk melakukan korban bagi memiliki saudara kembar Qabil. Pengorbanan yang ikhlas adalah pengorbanan yang diterima oleh ALLAH swt. Pengorbanan yang didasarkan kepada syariat dan ketetapan dalam Islam bukannya pengorbanan yang dilakukan untuk menunjuk-nunjuk dan sebagainya.

Pengorbanan adalah dituntut, apabila berkemampuan untuk melakukannya.

Khamis, 3 November 2011

Sejarah

“boleh dicipta tetapi tidak boleh diubah”, itulah sejarah. Setiap individu boleh mencipta sejarah tetapi tidak mungkin sama sekali mengubah sejarah. Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita adalah sejarah kepada kita. Bermakna kita telah mencipta sejarah tidak kiralah ianya perlakuan atau kejadian yang baik atau buruk, melibatkan kumpulan individu disekeliling kita atau hanya melibatkan kita sendiri. Semuanya adalah sejarah.
Sejarah adalah satu subjek atau mata pelajaran yang sungguh unik dan mudah, kerana ianya melibatkan timeline(garis masa), Kita tidak perlu membuat kira-kira atau menggunakan pelbagai formula yang sukar untuk difahami.
Tetapi rata-rata jika ditanya pendapat pelajar pada hari ini, ramai yang akan menjawab Sejarah adalah satu subjek yang sukar untuk diingati kerana melibatkan banyak fakta. Sebenarnya cara belajar sejarah yang melibatkan penghafalan fakta adalah SALAH. Jika kita menggunakan kaedah berkenaan sememangnya kita akan menjadi bosan apabila belajar sejarah.
Sejarah merupakan satu turutan/ rentetan kejadian yang berlaku, ini bermakna kenapa ia berlaku, dimana berlaku, bila berlaku, siapa yang terlibat, akibat dan kesannya. Itu sahaja yang akan membuatkan kita sukakan sejarah.
Ianya bagaikan satu skrip filem atau drama yang begitu hebat. Sememangnya kita sangat suka menonton filem dan berupaya untuk mengolah, menceritakan kembali setiap filem atau drama yang ditonton. Begitulah dengan sejarah. Jadikannya sebagai satu cerita yang berkaitan, berturutan antara satu sama lain. maka dengan itu kita mampu menghasilkan satu karya yang hebat. Sejarah adalah karya kehidupan yang sungguh hebat, kerana ianya adalah kejadian sebenar apa yang telah berlaku dan bakal berlaku. Tidak perlu mengolah minda untuk menghasilkan sejarah yang kreatif kerana ianya telah berlaku dan tidak boleh diolah kembali.

Releven Gaji Dipotong.

Dari Parlimen pada 2 November 2011, satu usul telah dicadangkan iaitu Gaji Perdana Menteri dipotong sebulan. Pada pendapat dan pandangan semua, adakah wajar gaji PM dipotong sedangkan beliau adalah tonggak utama negara iaitu ketua kerajaan Malaysia.

Jom kita kupas isu ini dengan lebih mendalam…

Diketahui bahawa pemimpin bertujuan untuk berkhidmat untuk rakyat, oleh kerana itu ianya adalah satu pengorbanan untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat bukannya ganjaran dalam bentuk gaji dan imbuhan-imbuhan lain kerana mereka telah berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Oleh kerana PM merupakan individu pertama dalam Negara, maka setiap perbelanjaan adalah ditanggung oleh kerajaan Malaysia, untuk itu tiada sebarang duit atau wang yang keluar untuk perbelanjaan semuanya ditanggung oleh kerajaan. Sekiranya sebulan gaji PM dipotong tidak akan menjejaskan kehidupan hariannya.

Pemotongan sebulan gaji tidak melibatkan imbuhan-imbuhan dan elaun-elaun lain yang diterima oleh PM, maka dengan itu tidak akan menjejaskan perjalanan kerjaya beliau sebagai PM. Disamping itu, juga ini tidak akan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai PM namun akan membuatkan rakyat lebih menyanjungi beliau kerana tidak mementingkan wang ringgit tetapi mementingkan rakyat.

Cuba kita ambil kira pendapatan kasar PM adalah dalam lingkungan RM22k. Secara puratanya beliau mendapat RM264k setahun. Oleh itu sekiranya RM22k dipotong bukannya banyak berbanding apa yang diperolehi oleh beliau dalam setahun… Anggaplah ia sebagai pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seorang PM kepada rakyat, Pilihan rakyat dan Untuk Rakyat.

Oleh itu berdasarkan kepada ulasan-ulasan di atas maka, disokong gaji PM dipotong sebulan gaji.

untuk maklumat lanjut sila layari:http://whoamieitismei.blogspot.com/2011/11/dari-parlimen.html