Fast Food Restaurant (Restoren Makanan Segera) - satu penjajahan dimensi baru. Ketika zaman kolonial, 3G adalah satu motto yang membawa kepada kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu (Gugusan Kepulauan Melayu). Gold, Gospel, Glory (Emas, Agama dan Kehebatan) menjadi faktor yang mendorong kepada usaha perluasan kuasa dari barat terutama dari Eropah untuk menjelajah dan seterusnya menjajah Tanah Melayu.
Tanah Melayu yang kaya dengan hasil buminya seperti rempah-ratus, bijih, petroleum dan tanahnya yang subur dan sesuai untuk penanaman komoditi utama dagangan pada masa itu. Atas faktor inilah mendorong kuasa asing mengerah usaha untuk mendapatkan keuntungan. Oleh kerana kemajuan sosio peradaban yang dialami oleh mereka pada masa itu membolehkan mereka memperkotak-katikkan pentadbiran kesultanan melayu yang wujud pada masa itu.
Disamping untuk mendapatkan hasil bumi, mereka juga menyebarkan ajaran kristian kepada penduduk tempatan. Sambil menyelam sambil minum air. Oleh kerana itu juga membuatkan mereka hebat dimata pesaing mereka dari Eropah.
Malangnya sejarah yang telah dialami oleh Tanah Melayu tidak dijadikan iktibar oleh pemimpin yang ada pada masa ini, membuatkan mereka sekali lagi menjajah kita tanpa kita sedari. Tidak ingatkah lagi kita akan kesengsaraan yang dihadapi oleh nenek moyang kita era kolonial dahulu. Nenek moyang kita telah bertungkus-lumus berjuang membebaskan negara dari belengu penjajah.
Sudah lupakah kita, berapa banyakkah hasil bumi yang telah dibawa keluar dari Tanah Melayu pada waktu itu. Sanggupkah kita melihat dan mengalaminya kembali. Tentunya kita tidak sanggup untuk mengalaminya kembali.
Tetapi tanpa kita sedari, kita merelakannya berlaku kembali. Kita menyokongnya, kita yang membuka peluang itu kepada mereka sepertimana yang berlaku kepada nenek moyang kita dahulu. Bezanya nenek moyang kita dahulu mengalaminya kerana kejahilan mereka ditipu oleh mereka yang berkuasa yang mempunyai niat tersembunyi disebalik apa yang mereka rancangkan. Usaha mereka untuk menipu masyarakat dan rakyat demi mendapatkan apa yang mereka impikan dan kerana perbalahan dan sengketa sesama sendiri berebutkan kuasa, telah mendorong kedatangan penjajah ke Tanah Melayu. Penjajah bagaikan sudah mengantuk disorongkan bantal mengambil segala kesempatan yang ada. Disebalik itu tanpa disedari oleh mereka yang tamakkan kuasa untuk menipu telah ditipu oleh bangsa penjajah.
Kembali kepada hari ini, zaman ini.. Ingin dinyatakan dan ditegaskan bahawa anda semua bodoh.. Tentunya anda semua marahkan saya.. tetapi itulah hakikatnya yang berlaku. Kita bukannya bodoh; sekiranya kita bodoh kita tidak akan mampu mendirikan pusat pentadbiran kerajaan yang gah. Masih lagi berada dalam zaman penjajahan. Kita mampu mentadbir urus satu sistem perladangan yang berjaya yang diakui oleh dunia melalui FELDA. Korporat mencemburui pentadbiran FELDA.. Tentulah kita tidak bodoh.. Tapi kita alpha.. Kita Lalai.. dan kita sentiasa mengambil mudah atau “take it for granted”.
Kita alpha.. Kita Lalai.. dan kita sentiasa mengambil mudah atau “take it for granted”. Kita tidak pernah belajar dari kesilapan, kita tidak pernah cuba memperbaiki kesilapan masa lalu yang dilakukan oleh mereka yang terdahulu, kita melakukan kesilapan yang sama sepertimana yang pernah dilakukan oleh mereka yang terdahulu.. akhirnya kita gagal, kita gagal mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara. Kita gagal mempertahankan ekonomi malahan kita yang menghancurkannya.
Berbalik kepada tajuk kita, mari kita fikirkan dan rumuskan.. Tidakkah kita sedar akan semua yang dilakukan oleh restoren makanan segera itu terhadap kita adalah satu bentuk penjajahan ekonomi yang baru (GOLD) cuma caranya berbeza.. tetapi matlamatnya sama…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan