Khamis, 3 November 2011

Sejarah

“boleh dicipta tetapi tidak boleh diubah”, itulah sejarah. Setiap individu boleh mencipta sejarah tetapi tidak mungkin sama sekali mengubah sejarah. Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita adalah sejarah kepada kita. Bermakna kita telah mencipta sejarah tidak kiralah ianya perlakuan atau kejadian yang baik atau buruk, melibatkan kumpulan individu disekeliling kita atau hanya melibatkan kita sendiri. Semuanya adalah sejarah.
Sejarah adalah satu subjek atau mata pelajaran yang sungguh unik dan mudah, kerana ianya melibatkan timeline(garis masa), Kita tidak perlu membuat kira-kira atau menggunakan pelbagai formula yang sukar untuk difahami.
Tetapi rata-rata jika ditanya pendapat pelajar pada hari ini, ramai yang akan menjawab Sejarah adalah satu subjek yang sukar untuk diingati kerana melibatkan banyak fakta. Sebenarnya cara belajar sejarah yang melibatkan penghafalan fakta adalah SALAH. Jika kita menggunakan kaedah berkenaan sememangnya kita akan menjadi bosan apabila belajar sejarah.
Sejarah merupakan satu turutan/ rentetan kejadian yang berlaku, ini bermakna kenapa ia berlaku, dimana berlaku, bila berlaku, siapa yang terlibat, akibat dan kesannya. Itu sahaja yang akan membuatkan kita sukakan sejarah.
Ianya bagaikan satu skrip filem atau drama yang begitu hebat. Sememangnya kita sangat suka menonton filem dan berupaya untuk mengolah, menceritakan kembali setiap filem atau drama yang ditonton. Begitulah dengan sejarah. Jadikannya sebagai satu cerita yang berkaitan, berturutan antara satu sama lain. maka dengan itu kita mampu menghasilkan satu karya yang hebat. Sejarah adalah karya kehidupan yang sungguh hebat, kerana ianya adalah kejadian sebenar apa yang telah berlaku dan bakal berlaku. Tidak perlu mengolah minda untuk menghasilkan sejarah yang kreatif kerana ianya telah berlaku dan tidak boleh diolah kembali.

Tiada ulasan: