Khamis, 28 Februari 2013

Remaja Umur 18 Hamil Ditangkap Khalwat

AMPANG, Selangor - Seorang remaja perempuan yang mengandung lima bulan dan pasangannya ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.
Penguatkuasa agama, mendapati lelaki berusia 20 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 18 tahun memakai kemeja dan berseluar pendek ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di sebuah flat di sini, pada jam 1 pagi.
Pegawai Masjid Al- Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, lelaki terbabit membuka pintu bilik, manakala teman wanitanya sedang tidur ketika pemeriksaan dilakukan.
“Lelaki berkenaan memberi alasan akan bernikah dengan pasangannya itu dalam masa terdekat setelah keluarga remaja perempuan itu mengetahui anak mereka mengandung lima bulan,” katanya.
Menurutnya, pasangan itu dipercayai saling mengenali sejak tahun lalu dan mereka turut menyewa rumah berkenaan bersama tiga lagi abang kepada remaja perempuan terbabit.
“Lelaki yang bekerja di sebuah gerai burger untuk sementara waktu itu dipercayai telah tinggal lebih sebulan dengan kekasihnya itu. Remaja perempuan itu pula tidak mempunyai pekerjaan dan dipercayai tidak bersekolah sejak tingkatan dua,” katanya.
Pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan.
Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 26, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan.

Tanda-tanda hamil

Perempuan Hamil
Tanda-tanda Kehamilan
Bagi wanita yang baru pertama kali hamil, adakalanya mereka tidak menyedari diri sedang berbadan dua. Namun, mereka mungkin merasi ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh terutama selepas tidak mengalami haid. Terdapat beberapa tanda awal kehamilan yang dialami sebahagian wanita. Sesetengah wanita pula mungkin langsung tidak mengalami petanda ini. Antaranya:

1. Rasa lapar berpanjangan
- Ini gejala biasa yang mungkin turut berlaku kepada individu yang tidak hamil. Namun, jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini kerana ia mungkin disebabkan perubahan hormon tetapi jika ia dituruti petanda lain, ambillah tindakan selanjutnya.

2. Mengidam
- Bagi wanita hamil, adakalanya keinginan terhadap sesuatu jenis makanan membuak-buak. Ini membuatkan mereka mahu mendapatkannya walau dalam apa keadaan sekalipun. Suami tentu menjadi ‘mangsa’ tetapi ia juga satu pengalaman menarik tetapi tidak semua wanita mengalaminya. Oleh itu, hayati pengalaman hamil sebaik mungkin kerana ia tidak akan sama untuk setiap kehamilan.

3. Perubahan warna disekeliling payudara
- Apabila kulit di sekeliling payudara menjadi kehitaman, ini mungkin menunjukkan wanita itu sudah beberapa minggu hamil. Tetapi, ia juga boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon dan tidak berkaitan dengan kehamilan atau kandungan terdahulu.

4. Kerap membuang air kecil
- Apabila janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing, wanita hamil akan mengalami kekerapan untuk membuang air. Ia perkara normal berlaku pada setiap wanita hamil.

5. Cepat letih dan tidak bermaya
- Keletihan melampau ini menyebabkan wanita itu seolah-olah tiada tenaga sepanjang masa. Hormon dikeluarkan pada awal kehamilan boleh membuatkan wanita itu berasa cepat letih. Rasa letih serta tidak bermaya ini kerap berlaku pada awal kehamilan.

6. Rasa sakit dan tegang di bahagian payudara
- Sekiranya hamil, payudara menjadi sedikit sensitif dan adakalanya sakit pada sentuhan. Ia seakan-akan sama dengan ketidakselesaan yang terjadi pada payudara sebelum haid. Namun, ia akan berkurangan apabila badan sedah biasa dengan peningkatan hormon ini, malah kesakitan akibat ketegangan juga semakin berkurangan.

7. Rasa loya dan muntah
- Sekiranya bernasib baik, alahan begini tidak akan menyerang kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi terdapat segelintir wanita mula berasa mual dan luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari hamil.

8. Lewat datang bulan
- Sekiranya waktu haid teratur sebelum berlakunya kelewatan, ujian air kencing untuk kehamilan perlu dilakukan untuk mendapatkan kepastian. Ini membolehkan langkah awal pemeriksaan dan penjagaan untuk si ibu dan bayinya.

9. Ujian air kencing positif
- Jika sudah beberapa hari lewat didatangi haid dan terdapat dua jaluran pada alat ujian kehamilan, kemungkinan wanita itu sudah mengandung. Paling penting, berjumpa pakar untuk mendapatkan kepastian serta mengenal pasti bentuk penjagaan diri dan bayi sebaik mungkin.

Jambatan Runtuh - Putrajaya Link

JAMBATAN RUNTUH DI LALUAN PUTRAJAYA LINK

Satu kejadian jambatan runtuh baru sahaja berlaku sebentar tadi di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2.

Sila guna laluan alternatif lain seperti keluar melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki Lebuhraya Lembah Kelang Selatan, SKVE untuk ke Putrajaya/Cyberjaya.

GAMBAR JAMBATAN RUNTUH DI LALUAN PUTRAJAYA LINK

JAMBATAN RUNTUH DI LALUAN PUTRAJAYA LINK 28 FEBRUARI 2013

Anda boleh juga merujuk peta oleh PLUS yang digunapakai ketika kerja-kerja pembinaan jambatan Putrajaya Link dilakukan.

PUNCA JAMBATAN RUNTUH DI LALUAN PUTRAJAYA LINK

Punca runtuhan masih dalam siasatan. (AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA)

LALUAN ALTERNATIF KE PUTRAJAYA

LALUAN ALTERNATIF KE PUTRAJAYA

Rabu, 27 Februari 2013

Gaji Anggota Polis Rendah

Buktinya di sini… bacalah..

BUTTERWORTH: Dua anggota polis berpangkat Koperal dan Ketua Inspektor mengaku tidak bersalah Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000, April tahun lalu.
Kedua-dua tertuduh, Md Noor Mohd Zahir, 33, dan Mohamad Azizi Md Dalis, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan kes dibacakan ke atas mereka di hadapan hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Md Noor, yang berpangkat koperal dan bertugas di Balai Polis Nibong Tebal didakwa menerima suapan berjumlah RM10,000 daripada Mohamad Azizi Abd Wahab sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana menyimpan kayu gaharu tanpa kebenaran di bawah Akta Perhutanan Negeri 1984 di rumahnya.

Sementara itu, Mohamad Azizi Md Dalis berpangkat Ketua Inspektor di balai sama dituduh bersubahat bersama-sama Md Noor menerima suapan RM10,000 untuk tidak mengambil apa-apa tindakan ke atasn lelaki itu kerana menyimpan kayu gaharu tanpa kebenaran di bawah Akta Pertanan Negeri 1984.
Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Kit Siong Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, kira-kira jam 11.30 malam.
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama jika sabit kesalahan iaitu penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Firdaus Abdullah.

ISTERI seorang Tan Sri

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.
Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.
“Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya.
Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?”
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, “Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni”
“3 kali?” Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,”Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?”
Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, “Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank”
“Ya, abang ingat peristiwa tu” jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, “Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan..”
“Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak”, kata si suami, ” Kali ke 2 pulak?”
“Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?” si isteri menyambung cerita “Ya, abang ingat” jawab si suami. “Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun..”
“Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? “, kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, “Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi….”
Tan Sri pengsan kat situ jugak…

Sayangi Islam… lebih dari nyawa anda sendiri.

INGAT,
APA YANG INGIN DIHAPUSKAN OLEH PARA ELIT FREEMASONRY-ILLUMINATI DI ASIA TENGGARA BUKANLAH MELAYU,TETAPI ISLAM! NAMUN UNTUK MENGHAPUSKAN ISLAM, BANGSA MELAYU PERLU DILEMAHKAN DARI SEGI AGAMA, POLITIK DAN EKONOMI.
Mula-mula orang-orang Melayu perlu dilemahkan agama mereka. Bila agama telah lemah,maka nilai-nilai moral pasti turut lemah. Maka rasuah adalah salah satu jarumnya. Jangan bercakap tentang keruntuhan akhlak para remaja, itu adalah korban paling mudah dan paling dungu hasil dari taktik ini. Rasuah dan politik wang adalah tujuan mereka untuk memerangkap pemimpin-pemimpin Melayu. Bila budaya rasuah telah mengakarumbi dalam politik Melayu maka buatlah 1001 DEB pun, orang-orang Melayu masih tidak dapat berjuang memajukan ekonomi sendiri.
Kemudian sudah tentu ekonomi. Ini kerja paling mudah kerana ekonomi orang-orang Melayu secara relatifnya masih di paras kritikal dan Malaysia contohnya masih bergantung kepada ekonomi bukan Melayu. INGAT! KEFAKIRAN MEMBAWA KEPADA KEKAFIRAN. Ini sabda Rasullullah s.a.w. Apabila orang-orang Melayu telah miskin, mereka tidak dapat berjuang dalam perniagaan atau apa jua termasuk memiliki hartanah di tanah tumpah darah mereka kerana sistem pertama tadi iaitu POLITIK WANG telah berlegar di pejabat-pejabat pemerintah.
Projek, tender dan peluang perniagaan hanya hakmilik pembodek yang punya wang sahaja dan majoriti Melayu masih miskin untuk membodek para pemimpin Melayu yang korup dan mata duitan.
Akhlak pemimpin juga perlu dipastikan supaya menjauhi nilai-nilai Islam. Arak, perempuan dan harta adalah racun-racun yang perlu dihidangkan kepada pemimpin-pemimpin Melayu, anak-anak dan isteri-isteri mereka setiap hari supaya memastikan mereka tetap hidup dalam putaran ganas kehidupan yang meminggirkan nilai-nilai agama.
Lihat sahaja akhlak anak-anak ‘Lord’ dikalangan Melayu. Jika ada anak-anak mereka yang tidak mengenal Carlsberg dan disko, itu adalah keanehan dan kepelikan dalam arus budaya kehidupan kaum kerabat diraja dan para elit Melayu.
APABILA AGAMA SUDAH DICABUT DARI DADA-DADA ORANG MELAYU, MAKA MELAYU TIDAK PUNYA LAGI ALTER TERAHSIA MEREKA.
Orang-orang Melayu akan menjadi bangsa hina dan gelandangan di tempat sendiri. Jangan ingat para kerabat diraja yang hidupnya ditanggung oleh rakyat, boleh bersenang-lenang dengan harta dunia, arak dan wanita kerana setiap hari Freemasonry-Illuminati mengintai peluang untuk menjatuhkan sultan-sultan Melayu.
Tanpa Islam, siapalah Melayu.
Siapa yang menjaga dan membelai Melayu selama ini? Siapa yang membenteng Melayu selama dijajah? Allah s.w.t dan agama-Nya yang membenteng dan menjaga Melayu selama ini. Siapa kata wang yang banyak menjadikan para ‘Lord’ di kalangan Melayu selamat di tanahair sendiri?
Sampai masa mereka akan melutut dan menyembah kepada kaum lain yang pada awalnya meminta projek dan tender dari para pemimpin Melayu tadi. Apabila mendapat tender dan projek,kaum lain akan berusaha dengan gigih membina kekayaan demi kekayaan sementara para pemimpin Melayu leka memperbodohkan bangsa sendiri, menguruskan ‘perniagaan rasuah’ mereka, berpolitik wang dan menekan agama mereka sendiri.
Sedikit demi sedikit tanah, perniagaan dan hakmilik diberikan kepada usahawan-usahawan bukan Melayu ini kerana merekalah yang menyuapkan wang kepada pemimpin Melayu berbanding orang kampung miskin yang bagi mereka adalah parasit busuk yang hanya mahukan subsidi percuma, pemalas, meminta dan terus meminta.
Bagi mereka bangsa sendiri adalah pemalas dan miskin tidak seperti mereka yang kaya-raya hasil dari sokongan orang kampung tadi. Kekayaan kaum lain semakin besar dan lihat pada hari ini mereka mampu membeli politik Melayu.
Mereka pula yang kembali memberikan peluang perniagaan dan projek kepada para pemimpin Melayu yang buta perniagaan dan mengharapkan sesuap nasi dari kaum bukan Melayu tadi. Selebihnya hasil dari jawatan dan pangkat yang didapati dari sokongan orang-orang kampung yang anak-anak mereka belajar di universiti secara hutang yang dikenakan faedah.
Para elit Melayu ini tetap mahu memikirkan mengapa orang-orang kampung ini bodoh, mahu benda-benda percuma sahaja, tidak berpendidikan dan pemalas (betulkah begitu?) dan mula terfikir tentang kata-kata rakan karib mereka dari kalangan Chinese Zionist tentang ‘Malaysian Malaysia’,' bermain di padang yang rata’,'persamaan hak’,' Satu Malaysia’ dan sebagainya. Para elit Melayu ini kalau boleh mahu menghapuskan keistimewaan orang-orang Melayu dengan teori mereka,
“Orang Melayu akan berjuang dengan lebih gigih dan menyamakan kedudukan mereka dengan kaum-kaum lain”
Teori ini benar jika orang-orang Melayu dicampak ke negara lain atau dikeluarkan dari zon selesa mereka atau MEREKA MEMPUNYAI WARISAN BUDAYA ILMU DAN PERNIAGAAN YANG CUKUP LAMA.
Ini adalah kata kuncinya.
Para Chinese Zionist tahu berapa lamakah orang Melayu mampu membina legasi budaya perniagaan yang kukuh sedangkan orang-orang Cina telah memulakan legasi perniagaan dan kekayaan ekonomi mereka berdekad-dekad lamanya.
Jika dibiarkan orang-orang Melayu bermain di padang yang rata dengan kaum-kaum lain,maka orang-orang Melayu tetap ketinggalan malah makin pupus dari muka bumi Malaysia.ADAKAH KURA-KURA DAPAT MEMENANGI PERLUMBAAN JIKA SEKIRANYA SANG ARNAB TIDAK TIDUR DI SAAT-SAAT AKHIR?  FIKIRKAN. - sumber muhdhazrie.

Selasa, 26 Februari 2013

DOA SITI AMINAH, amalan untuk ibu mengandung

Doa ini selalu di baca oleh Siti Aminah semasa mengandungkan Baginda Rasulullah saw. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, selain membaca surah-surah yang tertentu daripada Al-Quran untuk kandungannya, maka molek benar lah dia membaca doa ini setiap hari sebagai pelindung kepada kandungan. Agar kandungan selamat di dalam jagaan Allah Taala sehingga lahir ke dunia.

Doa ini telah diijazahkan kepada saya oleh Tok Sayyid Padang Kala hafizohullah. Dengan suka hati, saya ijazahkan pula doa ini kepada sesiapa sahaja yang suka dan gemar mengamalkan doa yang amat baik ini. Kata guru saya, doa ini jika sentiasa diwiridkan oleh si ibu, selain selamat anak dalam kandungannya insyaallah juga akan memudahkan proses bersalinnya nanti. Boleh juga di doakan untuk keselamatan anak-anak kita yang berada di kejauhan. maklumlah mereka ini bukannya sentiasa berada di depan mata kita. sebagai ibubapa sudah tentu akan ada rasa khuatir akan keselamatan anak-anak. Inilah doanya di baca 3 kali sambil tangan memegang perut :

ٲﻋﻴﺬﮦ ﺒﺎﻠﻮﺍﺤﺪ ﺍﻠﺼﻤﺪ ﻤﻦ ﺸﺮ ﻜﻞ ﺬﻱ ﺣﺎﺴﺪ

ertinya: Aku melindunginya dengan Tuhan yang maha esa yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk daripada kejahatan tiap-tiap pendengki.

Renungan buat semua

Lets ilustration speek for us…

Yang mana satu?

Tuan, yang mana lebih baik?
Mempengaruhi orang lain supaya membeli produk kita ataupun bertindak jujur iaitu memberikan pilihan kepada pelanggan membuat keputusan dengan memberi kebaikan dan kelemahan produk kita?
Sebaik-baik bisnes, adalah bisnes yang dilakukan dalam keadaan tidak mengambil kesempatan kepada kelemahan ilmu yang ada pada pengguna. Beri informasi seolah-olah kita kita ingin menjual kepada ibu kita sendiri.
Beri kebaikan, berikan kelemahan dan elakkan menjual apabila kita dapati pengguna itu tidak mendapat manfaat yang sewajar dari produk tersebut.
Usah risau sekiranya kita takut pelanggan kita tidak ramai, ataupun jualan kita menurun, kerana mempengaruhi secara puratanya mampu membuatkan kita menjual barangan yang tidak perlu kepada pelanggan.
Apabila kita berbisnes dengan Allah, yang beli produk ataupun servis kita lebih banyak, kerana yang menjadi marketer kita adalah Allah.
Tiada sistem pemasaran yang lebih hebat dari janji Allah. Berniaga dengan jujur dan tidak mahu merugikan pelanggan itu adalah antara contoh kita sujud kepada Allah dan memohon bantuannya supaya kita dapat meneruskan hidup dengan sempurna. In Syaa Allah.
Pelanggan di luar sana 'terpaksa' membeli produk kita yang halal dan baik itu, apabila Allah menyebut 'Kun Faya Kun', teruskan kita mengejar kata-kata Allah itu.

Shamsuddin Kadir

Isnin, 25 Februari 2013

RAHSIA AIR KELAPA

KENALI DAN KETAHUILAH RAHSIA AIR KELAPA DALAM MENJAGA KESIHATAN TUBUH BADAN

Kelapa atau juga dikenali sebagi nyiur adalah tumbuhan saka, tempoh ekonomi adalah melebihi 25 tahun. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 6 hingga 30 meter bergantung kepada variasi. Ia didapati di semua kawasan tropika. Keseluruhan pokok kelapa dapat dimanfaatkan kepada pelbagai guna.

Menurut hasil analisis, dalam air Kelapa tua mengandung sekitar 91% mineral, 0,3% protein, 0,15% lemak, 7,3% karbohidrat dan 1,06% abu. Air Kelapa juga mengandung vitamin C 2,7 mg/ 100 ml. Sedangkan kandungan mineral air Kelapa terdiri atas kalium, natrium, kalsium, magnesium, tembaga, besi, dan lainnya.

Jom kita lihat apakah rahsia di sebalik buah kelapa :

Rahsia 1

Air kelapa ternyata lebih bernutrisi seperti (whole milk) karena tidak mengandung kolesterol & rendah lemak.

Rahsia 2

Air kelapa dapat memperbaiki perjalanan darah dan dikenal mampu membersihkan saluran pencernaan.

Rahsia 3

Air kelapa bukan sahaja membuat sistem kekebalan tubuh lebih baik, tetapi juga membantu tubuh melawan beberapa jenis virus penyebab penyakit.

Rahsia 4

Jika Anda mengidap penyakit batu karang, biasakanlah meminum air kelapa secara rutin. Kebiasaan meminum air kelapa akan mambantu memecah batu karang & memudahkan mereka keluar dari tubuh.

Rahsia 5

Air kelapa juga dikenal sejak dahulu dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing. Segelas air kelapa akan meredakan rasa sakit akibat susah kencing.

Rahsia 6

Melegakan serta menghilangkan rasa muah atau mabuk.

Rahsia 7

Air kelapa yang rasanya lembut sangat kaya akan elektrolit & potassium. Potassium dapat membantu tubuh mengatur tekanan darah & fungsi organ jantung dan Air kelapa dapat mempercepat penurunan suhu badan ketika demam.

Secara amnya air kelapa mengandungi :

* Karbohidrat yang rendah
* 99% Fat Free
* Kadar gula yang rendah

Air kelapa mengandungi sebatian organik yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh, antara lain:

Menjaga suhu tubuh
Mengembalikan cairan tubuh yang hilang
Membawa nutrisi dan oksigen ke sel.
Meningkatkan metabolisme.
Menaikan berat badan.
Meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Detoksifikasi dan melawan virus.
Membersihkan saluran pencernaan
Mengawal diabetes.
Membantu tubuh dalam melawan virus yang menyebabkan flu, dan AIDS.
Menyeimbangkan PH darah dan mengurangi risiko kanser
Meningkatkan proses perjalanan  tubuh

INGAT !!! Air kelapa mestilah diminum secara segar atau fresh bagi mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam nya.

South Korea's first female president

Watch this video

(CNN) -- Park Geun-hye made history Monday by becoming South Korea's first female president, pledging to secure South Korea against the threat of an increasingly hostile North Korea at the same time as mending bridges with Pyongyang.

"North Korea's recent nuclear test is a challenge to the survival and future of the Korean people, and there should be no mistake that the biggest victim will be none other than North Korea itself," she said. "I urge North Korea to abandon its nuclear ambitions without delay and embark on the path to peace and shared development."

Reiterating her policy of 'trustpolitik' - a policy based on deterrence combined with cautious approaches to North Korea - she said she intended to "lay the groundwork for an era of harmonious unification where all Koreans can lead more prosperous and freer lives and where their dreams can come true."

"I will move forward step-by-step on the basis of credible deterrence to build trust between the South and the North."

She said South Koreans stood at a new juncture, confronting the difficulties of the global financial crisis as well as the threat from the North.

"I will usher in a new era of hope whereby the happiness of each citizen becomes the bedrock of our nation's strength which in turn is shared by and benefits all Koreans," she said.

When she was elected last December, Park broke barriers in the patriarchal East Asian nation, though she is deeply connected to its past. Her father, Park Chung-hee, was one of the founders of modern Korea who took power after a coup d'etat and ruled heavy-handedly for 18 years before being shot dead by his intelligence chief in 1979.

His memory still divides South Korea -- some regard him as the cornerstone of South Korea's present prosperity, others see him as a dictator who ignored human rights and crushed dissent.

Although she has apologized for human rights violations during his rule, Park has been criticized for not doing enough to distance herself from his legacy.

Still, any concerns about her family's past weren't enough to prevent 52% of voters from elevating her to the presidency.

Park, 61, and her opponent, the Democratic United Party's Moon Jae-in, offered similarly moderate plans during the campaign, addressing income inequality, reining in the power of family-owned conglomerates and improving relations with North Korea.

On North Korea, Park distinguished herself from former President Lee Myung-bak, who demanded an end to Pyongyang's nuclear arms program as a condition of economic aid, by offering a softer, carrot-and-stick approach.

She visited the North Korean capital in 2002 and met with its late leader Kim Jong Il. Since then, his son Kim Jong Un has taken over in Pyongyang, continuing a policy of defiant work on the country's budding nuclear program, including a test earlier this month that drew widespread international condemnation.

"Precisely because trust is at a low point these days, South Korea has a chance to rebuild it," Park told Foreign Affairs magazine before she won the election. "In order to transform the Korean Peninsula from a zone of conflict into a zone of trust, South Korea has to adopt a policy of 'trustpolitik,' establishing mutually binding expectations based on global norms."

Domestically, Park campaigned as a fiscal conservative, advocating tax cuts for business to boost investment and jobs and vowing to restructure welfare programs. At the same time, she promised soon after winning election "to take care of our people one by one."

In a speech at the headquarters of her Saenuri political party Thursday morning, she invoked a phrase coined by her father, who also served as president in an era when he was encouraging people to pull South Korea out of poverty.

"I would like to re-create the miracle of 'let's live well' so people can worry less about their livelihood and young people can happily go to work," Park said.

New 2013 Ford Ranger XL 4X4 Double Cab Launched in Malaysia from RM80K

New 2013 Ford Ranger XL 4X4 Double Cab Launched in Malaysia from RM80K

Adding to its Ranger family, Ford Malaysia has announced the arrival of the new Ford Ranger XL 4X4 Double Cab, a variant available from RM 79,888.

Performance: Up to 1,000km on a single tank of fuel

The Ford Ranger XL Double Cab will feature Ford’s tried, tested and familiar Duratorq TDCi 2.2-litre diesel engine that makes 125PS and 320Nm of torque. It will also return fuel consumption figures of up to 8.1l/100km from its 80-litre fuel tank; potentially capable of going 1,000km on a single tank of diesel.

Interior comfort: Two six-footers in the back, no problem

Moving its B-pillars forward, the Ford Ranger XL Double Cab offers more legroom for rear passengers; best-in-class rear legroom if anyone’s counting. The interior as a whole is of course more spacious than before.

Making full use of its new found cabin space, the all-new Ford Ranger XL Double Cab offers more than 20 storage spaces inside the cabin alone: these will accommodate everything from water bottles to 16-inch laptop computers to the working man’s tools.

Verdict: It looks good, and goes even better

We’ve known the Ford Ranger to be one heck of a car for taking your business off the road. Through the arrival of the Double Cab however, it’s not just your business, but for four of five others’, that will get off the road without issue; rather comfortably as well.

Pricing and availability:

Bookings for the Ford Ranger XL 4X4 Double Cab are now opened at all Ford showrooms nationwide. Prices start at RM 79,888 and the first batch of orders are expected to arrive this month (Feb, 2012).

The first 150 Ranger XL buyers will also receive Ford’s “Early Bird” incentive program – additional info available throughout Ford dealerships.

DIY: Brake Bleeding made easy and explained!

Here is a simple DIY on bleeding your brakes in an easy way that requires just a few simple tools, and a casual volunteer.

Ever since the first cart on wheels came along, mankind began its quest for more speed. And once he had achieved that and when he started to crash into looming obstructions ahead, he realised the importance of what everyone today expects to work without issue - braking. And like any other bits that make your vehicles work, braking systems require occasional maintenance.

This speed-shedding mechanism has two items that will need attention after a period of time; first is the brake pad for disc brakes or shoes in drum variants, the second is the brake fluid that runs from the engine bay to each wheel. Because of the brake fluid line’s length, amount of connections, and hygroscopic (water absorbtion, in layman terms) nature of brake fluid, it is vital for the whole system to be contaminant-free of water and air bubbles to maintain a consistent amount of pressure when the paddle is depressed.

But what if the brakes feel spongy even though you are sure it is leak-free and without any mechanical failure? Well that is when bleeding your brakes comes in handy; a process of flushing out existing fluid out through the nipple with new, clean fluid. Here is a simple DIY on bleeding your brakes in an easy way that requires just a few simple tools, and a casual volunteer.

Tools needed

  • Closed end spanner: The main reason this is suggested over an open-ended variant is because a rusted nipple-nut combined with a loose grip will likely strip the nipple-nut
  • One or two bottles of fresh brake fluid: Take note of the existing fluid specification, eg. DOT 3, DOT 4 etc. as different grades have different boiling points and thus should never mix
  • A length of clear flexi tube that would fit over the nipple: I used the conventional aquarium air tubes from pet stores but widened by heating up the end that would go over the nipple.
  • Empty bottle as a retainer for the drained fluid
  • Anti-rust e.g. WD40 or RP7
  • Water to wash off spillage
  • Tire removing tools and jack-stands

Old fluid retainer preparation process

  1. With the cap removed, make a hole big enough for the flexi tube
  2. Insert the smaller end through the cap before screwing back onto the bottle

    Old fluid container

Bleeding process

1. Remove and wheel and secure the raised vehicle on jack stands

2. Remove the cap on the nipple before spraying some anti-rust onto the nipple-nut

3. Fit the spanner over the nipple-nut and make sure it can be loosened

Fit the spanner first

4. Fit the wider end of the tube over the nipple

5. Make sure brake fluid reservoir is at maximum level and top up if necessary
6. Ask your helper to step into the driver’s seat and pump the brakes before keeping the paddle down

7. While the brakes are applied, loosen the nipple nut to release the fluid through the tube. Tighten it again once the flow has stopped.
8. Continue steps 6 and 7 for 5 times and re-check the reservoir after each cycle. Do until the fluid within the tube appears clear without contaminates and bubbles. The paddle should feel firmer with each cycle.
9. Clean any off any spillage, fit back the nipple-cap and the rest of the items before putting the vehicle back on the ground and secure the wheel nuts onto the wheel.
10. Finally, make sure the brake fluid reservoir is fully topped up before repeating the whole procedure for all other wheels.

Google lancar Chromebook Pixel

Chromebook Pixel menggabungkan teknologi laptop dan tablet.

SAN FRANCISCO: Google melancarkan komputer peribadi skrin sesentuh yang direka bagi pengguna mewah sekali gus memberikan persaingan kepada Apple MacBooks.

Google berkata komputer Chromebook Pixel yang menggabungkan teknologi laptop dan tablet, menawarkan cip intel yang berdaya tahan serta skrin yang dikhususkan bagi elemen grafik yang tinggi.

Ia dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) dan Britain pada harga permulaan AS$1,299 (RM4,026.90).

“Orang ramai akan berhenti memilih MacBook Air dan menggantikannya dengan yang ini,” kata Naib Presiden Kanan Google Chrome, Sundar Pichai.

Model Pixel yang mempunyai ciri seperti sambungan bina dalam kepada perkhidmatan Internet mudah alih Verizon yang akan berada di pasaran AS pada harga AS$1,449 (RM4,491.90).

Versi yang baru dilancarkan itu boleh mempunyai sambungan dalam talian dengan teknologi hotspot tanpa wayar atau kabel.

“Ia adalah sebuah produk yang hebat,” kata Om Malik dari laman web berita teknologi, GigaOm semasa kemunculan pertama Pixel di San Francisco.

“Namun Google mempunyai masalah dengan jualan, mereka perlu bersaing dengan harga asal dan mambina asas pemaju bagi produk mewah,” katanya.

Google berharap peminat akan mengelakkan perbandingan harga dengan pesaing seperti MacBooks atau komputer riba yang menggunakan perisian Windows 8 dan memfokuskan kepada ciri skrin sentuh Pixel dan penyimpanan data yang besar dalam Google Drive yang turut dimuatkan.

“Ia kelihatan seperti agak sukar dijual,” kata Penganalisis Forrester, James McQuivey.

“Saya berharap mereka tidak bercadang untuk membuat keuntungan daripadanya,” katanya.

Dalam pada Pixel kelihatan menyasar pasaran MacBook, ia turut berdepan dengan persaingan sengit daripada komputer riba skrin sentuh berasaskan perisian Windows 8.

“Ia seolah-olah lebih kepada pengeluaran produk simbolik dengan Google cuba menyatakan ia tidak lagi menjadi penyedia peranti yang tidak berkualiti,” kata McQuivey.

Penganalisis daripada Enderle Group, Rob Enderle menyifatkan langkah Pixel sebagai “bangkai kereta api” dengan menyatakan hujah seperti selalunya komputer riba yang berharga lebih AS$600 (RM1,860) tidak mencatatkan jualan yang bagus dan Apple juga bergelut untuk menjual model MacBook Air dengan harga AS$999 (RM3,096.90)

Populariti komputer tablet yang melonjak turut menghakis keseluruhan pasaran bagi komputer riba.

“Ia hanya memeranjatkan. Saya tidak mempunyai petunjuk apa yang sedang difikirkan Google,” kata Enderle.

Pengumuman itu menambah dimensi baru kepada persaingan antara dua gergasi teknologi yang terperangkap dalam saingan sengit pada telefon pintar dan tablet. - AFP

'Kami boleh kejar pendahulu'

Mandjou (kiri) bersaing dengan pertahanan Pahang, Razman Roslan pada  aksi Liga Super di Stadium Darulmakmur, kelmarin.

Kedudukan tidak terlalu jauh, saingan masih terbuka: Hodak
Kota Bharu: Peningkatan permainan dipamerkan skuad Kelantan ketika seri 2-2 menentang Pahang, malam kelmarin memberi harapan betapa The Red Warriors (TRW) kini sudah bangkit menemui rentak yang membawa mereka menjulang tiga piala musim lalu.

Perlawanan di Stadium Darulmakmur itu hampir dimenangi skuad bimbingan Bojan Hodak, tetapi dihampakan pada saat-saat akhir selepas Pahang dihadiahkan penalti untuk mengikat kedudukan menjadi 2-2.

Ketua jurulatih TRW itu berkata, dua jaringan Mohd Norfarhan Muhammad dan penyerang import, Keita Mandjou membuktikan jentera serangan skuad kendaliannya sudah berjaya mengatasi ketumpulan penyudah yang menjadi masalah sebelum ini.

“Pemain sudah memberi yang terbaik di sebalik cabaran sengit yang dijelmakan Pahang,” kata Hodak.

Saingan masih terbuka

“Kami masih ada banyak perlawanan dan saya yakin masih ada peluang mengejar pasukan teratas. Bagi saya saingan masih terbuka dan mana-mana pasukan mampu mengejar pendahulu liga,” katanya.

Kelantan yang berada di kedudukan pertengahan carta liga dilihat masih mempunyai peluang untuk mengejar pasukan teratas – Tentera dan Selangor – berikutan saingan kembali terbuka dan jarak mata antara pasukan tidak terlalu jauh.

Dalam perlawanan kelmarin, Mandjou sekali lagi menghadiahkan jaringan bagi TRW sekali gus mengumpul tiga jaringan peribadi termasuk dua gol ketika menewaskan Terengganu di Kota Bharu, 19 Februari lalu.

“Selepas menjaringkan gol, dia (Mandjou) beraksi lebih yakin dan ini memberi semangat kepada pasukan untuk mengatasi masalah ketumpulan jentera serangan,” katanya.

Tugas Berat - “pilih pemimpin”

Peringatan Rasulullah wajar dihayati

Pilihan raya umum semakin dekat. Kita semua sudah lama merasai bahangnya. Walaupun ramalan demi ramalan berkaitan tarikh pilihan raya sudah tersasar, hakikatnya kita semakin mendekati hari pilihan raya.

Pilihan raya, sebagai mana kita maklum adalah proses memilih pemimpin. Itulah sistem diperkenal serata dunia serta dicanang sebagai sistem terbaik bagi memilih pemimpin. Proses pilihan raya ini bukan suatu yang mudah.

Dalam sistem demokrasi yang ditambah dengan perisa politik untuk kuasa dan kepentingan diri, sebenarnya mendatangkan kepayahan kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang tepat dan hebat itu. Dalam keadaan ini, rakyat, sebagai ‘political sovereign’ perlu lebih bijak dan matang untuk memilih. Rakyat hendaklah jauhkan emosi atau sentimen kepartian yang melampau. Ramai calon pilihan raya yang boleh menjadi pemimpin, tetapi tidak ramai yang boleh menjadi pemimpin yang hebat.

Sudah tentu proses teknikalnya agak susah. Pengalaman negara kita mungkin lebih baik daripada beberapa negara lain yang seusia. Walaupun begitu kita tidak mengambil ringan mengenai ini, terutama mengenai aspek ketenteraman dan kesejahteraan.

Tidak kurang susahnya dalam proses pilihan raya ini ialah peranan yang perlu dimainkan pengundi. Kenyataan ini mungkin boleh dianggap biasa atau sudah tabu tetapi itulah hakikatnya. Pengundi sebagai penentu kepada kejayaan sesuatu pilihan raya, bukan setakat penyelesaian teknikal, tetapi penyelesaian kepada isu pokok kenapa pilihan raya dilaksana, iaitu memilih pemimpin yang tepat dan hebat.

Jauhi sentimen kepartian melampau

Dalam sistem demokrasi yang ditambah dengan perisa politik untuk kuasa dan kepentingan diri, sebenarnya mendatangkan kepayahan kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang tepat dan hebat itu. Dalam keadaan ini, rakyat, sebagai ‘political sovereign’ perlu lebih bijak dan matang untuk memilih. Rakyat hendaklah jauhkan emosi atau sentimen kepartian yang melampau. Ramai calon pilihan raya yang boleh menjadi pemimpin, tetapi tidak ramai yang boleh menjadi pemimpin yang hebat.

Malaysia memerlukan pemimpin yang hebat ini. Mereka hendaklah berintegriti tinggi, berani, mempunyai kesungguhan, berwawasan, berkefahaman mengenai dunia dan akhirat. Malaysia juga memerlukan pemimpin yang boleh bertoleransi dalam hal yang tidak mendatangkan kemudaratan kepada agama dan negara. Malaysia juga memerlukan pemimpin yang tinggi moral dan peribadinya.

Dalam aspek ini mungkin kita boleh merujuk kepada pendapat yang menyatakan mengenai dua kriteria utama pemimpin, iaitu kuat dan beramanah. Kedua-dua sifat ini terlalu luas pengertiannya. Memadailah jika dinyatakan bahawa ia merujuk kepada pemimpin yang memegang tanggungjawab sebagai keistimewaan dan bukan menjadikan kedudukannya sebagai pemimpin untuk kebanggaan atau kemewahan.

Pemimpin yang berpegang kepada amanah akan membuat kita berasa selamat. Negara juga boleh kekal aman, sejahtera dan makmur dari segi ekonomi, sosial dan politiknya. Pemimpin sebegini juga boleh memberikan kita keyakinan dan kepercayaan kerana kita percaya, resipi keamanan dan kelangsungan kejayaan negara bergantung kepada perasaan selamat. Perasaan selamat ini bergantung kepada keyakinan dan kepercayaan ke atas pemimpin yang dipilih itu. Maka rakyat hendaklah memilih pemimpin dengan pilihan yang tepat.

Kenali kriteria pemimpin hebat

Selepas kita membelanjakan masa, wang, tenaga dan darah untuk memerangi komunis atau ancaman yang sama, dan membina kekayaan negara, maka pilihan raya perlu memberikan kita keyakinan bahawa pilihan pemimpin itu tidak akan merugikan kita atau menuntut kita untuk terus mengeluarkan perbelanjaan yang mahal itu.

Ramai yang bertanya, bagaimanakah kita dapat menentukan calon pemimpin yang hebat. Yang pasti, walaupun kita mempunyai garis panduan mengenai kriteria pemimpin hebat seperti yang disebut sebahagiannya di atas, keputusan kita memilih antara calon yang ada tidak semestinya tepat.

Dalam demokrasi dan kebebasan ini ada kalanya pelbagai penyamaran berlaku dan rakyat tidak dapat memilih calon dengan tepat. Dalam keadaan ini, pengundi itu sendiri yang harus lebih bijak daripada calon bertanding dalam pilihan raya walaupun hakikatnya pemimpin hendaklah lebih bijak daripada orang yang dipimpin.

Amanah laksana tanggungjawab

Bagi calon pemimpin hendaklah sentiasa diingat bahawa mereka itu manusia yang lemah sedangkan tanggungjawab dan amanah itu begitu tinggi. Kedudukan dalam barisan kepemimpinan itu bukan untuk bermegah tetapi untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.

Kepada calon pemimpin dan juga calon pengundi, hayati peringatan Rasulullah SAW: “Allah menjadi reda kepada kamu dalam tiga perkara; pertama, hendaklah kamu sembah Dia dan sekali-kali jangan kamu sekutukan Dia dengan sesuatu. Kedua, bahawa kamu berpegang teguh semuanya kepada tali Allah dan jangan kami berpecah-belah dan ketiga hendaklah kamu menasihati orang yang ditakdirkan Allah menjadi pemimpin antara kamu.”

http://itismeilife.blogspot.com/2013/02/syarat-menjadi-menteri-menurut-islam.html

 

Rencana Pengundi baru beri impak besar keputusan PRU-13

Jentera BN perlu kerja keras, atur strategi pikat golongan muda

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bakal menjadi pilihan raya penting yang pastinya ditunggu-tunggu banyak pihak. Sejak 2008, kempen oleh kedua-dua kubu politik – kerajaan dan pembangkang semakin hari semakin rancak dan sengit. Pelbagai taktik digunakan menambat hati dan membina keyakinan pengundi.

Hakikatnya trend sokongan 2.5 juta pengundi baru pasti memberi pengaruh besar terhadap keputusan pilihan raya, apatah lagi sukar dijangka golongan itu memihak kepada siapa”

Apa yang menarik kali ini ialah jumlah pengundi baru. Data menunjukkan sejak pilihan raya pertama pada 1955, jumlah pengundi bertambah dengan pesat. Pada 1955, jumlah pengundi ialah 1.3 juta dan pada 2008 sudah hampir 11 juta pengundi di Malaysia. Dalam tempoh 53 tahun, peningkatan jumlah pengundi mencecah 10 kali ganda. Jumlah kenaikan tertinggi ialah pada 1959 yang mana ketika itu ada pemberian kerakyatan secara berperingkat melalui prinsip jus soli. Taraf kerakyatan itu memberi kelayakan mengundi secara sah kepada golongan tertentu yang akhirnya membentuk 62.69 peratus pengundi baru berjumlah 891,097 orang. Jumlah terendah pula dicatatkan antara 1995 dan 1998 yang mana hanya 551,898 pengundi baru yang mendaftar atau 6.12 peratus daripada jumlah pengundi. Peristiwa ini dikaitkan dengan kegagalan mewartakan nama pengundi baru dalam daftar pemilih induk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

2.5 juta pengundi baru

Namun, sejak 2008 hingga 2013, ada sekitar 2.5 juta pengundi baru, mencakupi peningkatan hampir 25 peratus daripada jumlah pengundi Malaysia yang didaftarkan oleh SPR. Kehangatan pilihan raya lalu dan lumba politik antara 2008 hingga 2013 dikira menjadi pendorong utama bagi ramai orang yang layak mengundi untuk keluar mendaftar dan kelak membabitkan diri mereka dalam proses pemilihan pemimpin. Parti politik yang bertanding pada pilihan raya perlu berwaspada terhadap fakta nombor ini. Hakikatnya trend sokongan 2.5 juta pengundi baru sudah pasti memberi pengaruh besar terhadap keputusan pilihan raya, apatah lagi sukar dijangka golongan itu bakal lebih memihak kepada siapa.

Daripada jumlah 2.5 juta ini, 80 peratus daripadanya iaitu sekitar dua juta pengundi terdiri daripada mereka yang berusia 40 tahun ke bawah. Mood golongan belia mengenai kecenderungan politik sebenarnya agak susah dibaca. Bagi mereka yang tidak teliti, hakikat mengenai sokongan politik belia mungkin disalah tafsir. Dari satu segi melalui media internet yang didominasi golongan ini, berdasarkan laman sosial Facebook, Twitter, komen berita, serta tulisan blog, sebahagian besar anak muda nampaknya cenderung kepada pembangkang.

Bagaimanapun, trend itu dilihat berpunca kerana sokongan propembangkang ini diperoleh daripada mereka yang lantang berbanding anak muda penyokong kerajaan yang biasanya tidak begitu peduli menyuarakan pendapat politik mereka di laman sosial.

Tarik nafas lega

Jika pemberat bagi mengukur sokongan anak muda berpandukan keputusan pilihan raya kampus, kerajaan boleh menarik nafas lega berikutan kemenangan besar pimpinan pelajar prokerajaan pada pilihan raya kampus lalu. Daripada keseluruhan 20 universiti yang mengambil bahagian, 17 daripadanya dimenangi oleh Proaspirasi. Hakikatnya, keputusan ini tidaklah begitu signifikan kerana menjelang Pilihan Raya Umum 2008, keputusan pilihan raya kampus 2007 ketika itu turut memihak kepada Proaspirasi dengan kemenangan di semua universiti kecuali Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Namun, tsunami politik pada PRU 2008 tetap tidak memihak kepada BN.

Menjelang PRU-13, kerja keras Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN nampaknya berbaloi apabila populariti beliau kini berada pada paras baik. Segala bentuk bantuan disalurkan kepada rakyat melalui jenama 1Malaysia disambut positif oleh sebahagian besar rakyat. Bagaimanapun, kedua-dua kubu politik tidak boleh terlalu selesa dengan keadaan semasa. Kehadiran 2.5 juta pengundi baru pada PRU13 bakal memberi impak besar dan pastinya mempengaruhi keputusan. Jentera pilihan raya kerusi Parlimen dan DUN semestinya tidak boleh terlepas pandang terhadap jumlah besar pengundi kali pertama dan mesti mengatur strategi memenangi hati mereka pada saat akhir.

Fizz mahu tutup buku

Fizz Fairuz

Enggan ulas lagi isu bekas tunang, bimbang kenyataan disalah tafsir
Pelakon yang menjadi perhatian sepanjang minggu lalu kerana kontroversi pertunangan dengan seorang wanita didakwanya berstatus isteri orang, Fizz Fairuz, mahu menutup buku lama dan enggan lagi memberikan sebarang komen berhubung isu itu. Dalam kenyataan yang dibuat menerusi program hiburan Melodi, semalam, Fizz nekad mengunci mulut biarpun disoal bertubi-tubi mengenai kisah pertunangannya dengan wanita bernama Azlyn Massiela Mohamed Nazar, 26.
Keputusan itu, jelas Fizz, terpaksa dilakukan kerana dia enggan kenyataannya disalah tafsir dan seterusnya boleh mengeruhkan lagi hubungan dengan keluarga bekas tunangnya.

“Semua orang melakukan kesilapan. Saya anggap apa yang terjadi ini sebagai hukum karma daripada Allah atas kesilapan yang pernah saya lakukan selama ini.

Tidak pernah lari

Bintang Nur Kasih ini juga menafikan dirinya melarikan diri daripada pihak media. Cuma, tegasnya, dia enggan memberikan sebarang kenyataan lagi berhubung perkara itu.
Dia turut memohon supaya kontroversi dirinya bertunang dengan memutuskannya beberapa hari kemudian tidak lagi diungkit kerana dirinya sendiri ingin memulakan fasa baru dalam hidup.
Ketika diajukan pertanyaan adakah pelakon Almy Nadia yang juga bekas kekasihnya mempunyai kaitan dalam hal ini, Fizz sekali lagi tidak mahu memberikan sebarang komen kerana tidak mahu wanita berkenaan turut diheret sama dalam kes terbabit.

“Itu pun saya tidak mahu cerita apa-apa, takut nanti bercanggah. Cuma jangan babitkan orang lain dalam ini. Saya hendak tutup kes itu di sini, selepas ini saya tidak akan memberikan sebarang komen pun.

10 ASAS kekal sihat

pix_topright

Pernahkah anda terfikir untuk mengakhiri usia sehingga lebih 100 tahun? Pastinya ramai yang berfikir sebentar dan barangkali takut untuk menghadapinya kerana berasakan kehidupan saat itu yang penuh dengan cabaran.

Tidak mustahil ramai juga yang bimbang untuk melalui usia lanjut kerana beranggapan mereka akan menghadapi masalah kesihatan dan kesunyian kerana tiada orang tersayang di sisi.

Namun mungkin kita tidak menyangka, jika mempunyai fikiran positif dan sentiasa memasang impian untuk melakukan aktiviti digemari ketika memasuki usia emas, ia akan membuatkan persepsi negatif berkenaan beransur hilang.
Statistik terkini melaporkan menjelang 2030, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang memiliki hanya 15 peratus warga emas dan ia menunjukkan tahap kesihatan serta kesejahteraan yang tidak memuaskan dalam kalangan masyarakat negara ini.

Ini kerana bilangan penyakit degenatif kronik, tahap tekanan meningkat dan tabiat gaya hidup yang tidak sihat menjadi faktor begitu membimbangkan kini.

Kesihatan Penuaan
Bagi memahami kehidupan yang harmoni selepas memasuki usia emas, Perunding Geriatrik dan Presiden Persatuan Kesejahteraan Malaysia, Dr Rajbans Singh, berkongsi 10 perkara mengenai kesihatan untuk membantu masyarakat memahami bahawa penuaan bukan satu penyakit pada sesi ceramah bertajuk Mitos Penuaan di Pusat Perubatan Tropicana anjuran badan bebas antarabangsa berpangkalan di Kanada, Friends to Mankind.
Ia bertujuan menyedarkan masyarakat mengenai asas penjagaan tubuh badan yang betul dalam keghairahan mengekalkan kesihatan dan kecergasan apabila individu itu memasuki zon usia emas.
1. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah impian, matlamat serta tujuan dalam kehidupan. Menurut kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mental dan sikap positif sangat penting dalam semua peringkat usia.
“Ini kerana ramai orang mempunyai pemikiran apabila memasuki usia 100 tahun ke atas mereka akan mengalami tekanan, penglihatan kabur dan masalah pendengaran.
“Sebaiknya, pemikiran sebegitu harus diubah dan jangan sesekali berasa diri tua walaupun baru memasuki usia 50 tahun.
“Sebaiknya, tukar persepsi berkenaan kepada alasan yang positif setiap kali bangkit daripada tidur di awal pagi mengenai tujuan anda mahu hidup lebih lama,” kata Dr Rajbans.
2. Selain mempunyai matlamat, setiap individu yang mahu mengekalkan kesihatan dalam usia emas juga perlu bijak merangsang minda mereka ke arah pemikiran positif.
Ini kerana otak ialah otot yang memerlukan pemikiran berterusan bagi mengekalkan kesihatannya. Strategi mengingat boleh dicuba bagi menggalakkan otak bekerja dengan lebih berkesan dan mengurangkan masalah hilang ingatan apabila usia meningkat.
Selain itu, cabar diri dengan melakukan aktiviti digemari seperti hobi, pendidikan dewasa dan membuat kerja sosial secara sukarela bagi mengaktifkan tubuh badan.
3. Pengambilan makanan yang mengandungi nutrisi secara optimum juga diperlukan bagi mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan.
“Masalah kesihatan seperti obesiti, penyakit jantung dan kanser menjadi isu utama yang biasa menyerang kerana berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat.
“Untuk mengelakkan penyakit berkenaan menyerang, kembalilah kepada alam semula jadi dengan mengamalkan pengambilan sayuran dan buah-buahan berwarna serta segar yang diperlukan oleh tubuh badan,” katanya.
Prihatin dengan diet harian masyarakat hari ini, menurutnya, kawasan sepanjang laut Mediterranean terutama Yunani dan selatan Itali mempunyai kadar jangka hayat penduduk yang tinggi dan rendah penyakit kronik berdasarkan diet yang diamalkan.
Mereka gemar mengamalkan pemakanan yang mengandungi bijirin, buah-buahan, kekacang, minyak zaitun, omega-3 daripada sumber ikan dan hanya menikmati daging merah secara bersederhana.
Penduduk di Pulau Okinawa, Jepun pula boleh dijadikan contoh terbaik apabila menyentuh aspek jangka hayat yang panjang. Penduduknya menunjukkan kadar kematian terendah di dunia kerana penyakit kronik penuaan yang rendah.
Di situ juga lebih ramai penduduknya yang hidup 100 tahun dengan nisbah 100,000 populasi berbanding negara lain di dunia dan dilaporkan mempunyai kadar terendah kematian berpunca daripada kanser, penyakit jantung dan strok.
Ini kerana mereka mengamalkan diet sihat iaitu mengambil pemakanan yang mengandungi kalori rendah, banyakkan sayuran serta buah-buahan, serat dan flavanoid yang tinggi.
4. Senaman diperlukan bagi mengelakkan risiko serangan sakit jantung dengan memperbaiki peredaran darah dan tahap kolesterol serta mengekalkan berat badan yang seimbang.
Menerusi senaman yang dijadikan sebagai rutin harian, ia juga membantu mencegah dan menguruskan tekanan darah tinggi, mengelakkan tulang rapuh serta meningkatkan tenaga yang diperlukan apabila usia semakin meningkat.
Bukan itu saja, senaman yang dilakukan setiap hari membantu mengurus tekanan dengan baik selain memperbaiki kualiti tidur.
Senaman yang dilakukan bersama keluarga dan rakan boleh dijadikan sebagai waktu riadah yang bukan saja dapat mengekalkan kesihatan malah menjadikan hubungan bertambah erat.
5. Cuba untuk kekalkan kelangsingan badan. Obesiti ialah penyebab kedua kematian yang boleh dicegah. Obesiti yang tidak dikawal akan mewujudkan pelbagai risiko penyakit seperti tekanan darah tinggi, kardiovaskular, gout dan kanser.
Selain itu, ia juga penyebab kepada risiko masalah peningkatan insiden vena varikos, asma dan buasir khususnya kepada wanita.
6. Menguruskan tekanan dengan baik kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan apabila tidak mampu dikawal. Antara masalah yang biasa dihadapi apabila berada dalam keadaan tertekan:
1 Gigi berlaga terutama ketika tidur
2 Insomnia, tidur terganggu dan mengalami mimpi buruk
3 Kesakitan di bahagian bahu, leher dan belakang badan
4 Keletihan yang kronik
5 Kerosakan dan kekeringan kulit
6 Tumpuan menjadi lemah
7 Penyelarasan fizikal yang lemah
8 Masalah percakapan
9 Migrain dan sakit kepala
10 Berasa bimbang
11 Nadi berdenyut terlalu pantas atau tidak sekata
Selain itu, tekanan perasaan yang tidak mampu diatasi juga boleh menyebabkan risiko menghidap darah tinggi dan serangan jantung.
7. Tidur yang berkualiti iaitu selama tujuh atau lapan jam satu keperluan untuk meneruskan cabaran dalam kehidupan dan membantu menggalakkan fungsi sistem saraf dengan betul.
Ia juga dapat menyegarkan saraf otak dan menggalakkannya berfungsi dengan baik. Justeru, pastikan anda mendapatkan kualiti tidur yang baik setiap hari untuk mengekalkan kesihatan mental dan fizikal.
8. Radikal bebas berpunca daripada sinaran ultraungu, pencemaran, kimia, racun, rokok, alkohol, lemak dan gula. Penyelidik menganggarkan 80 hingga 90 peratus daripada semua penyakit degeneratif termasuk penuaan disebabkan pelbagai aktiviti yang boleh menyebabkan penyakit:
1 Alzheimer
2 AIDS
3 Artritis
4 Kanser
5 Katarak dan masalah penglihatan lain
6 Keradangan
7 Kemerosotan kolagen yang menyebabkan penuaan dan garis kedutan
8 Gangguan buah pinggang dan hati
9 Parkinson
10 Sindrom pernafasan
11 Nyanyuk
12 Strok
13 Kecelaruan vaskular iaitu angina, penyakit jantung, buasir, vena varikos dan lebam.
Antioksidan iaitu vitamin A, C, E dan selenium melindungi sel dengan meneutralkan radikal bebas dan mempunyai kelebihan untuk membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya.
Kajian yang dilakukan oleh Harvard menunjukkan pengambilan vitamin E membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 41 peratus.
9. Sistem imun ialah mekanisme pertahanan badan secara senyap tetapi mempunyai kekuatan terhadap jangkitan seperti virus, bakteria atau kulat.
Sistem imun akan musnah apabila kita mengalami masalah rehat yang tidak mencukupi, tekanan, kolesterol tinggi, gula berlebihan, gemar mengambil makanan ringan, alkohol dan asap tembakau.
Selain itu, ia juga boleh dilemahkan apabila seseorang itu mengalami kemurungan, kekurangan hormon selain berpunca daripada radikal bebas.
Untuk membantu mengembalikan sistem imun, terapi mengimbangkan hormon boleh dilakukan tetapi harus mendapat pemantauan daripada doktor pakar bagi melambatkan tanda penuaan.
Nutrisi dan gaya pemakanan
Perunding dalam bidang kesihatan dan juga bekas doktor gigi, Dr Rico Ricketts, yang berkunjung ke sini sejak Disember lalu turut mendapati kebanyakan orang dapat hidup dalam masa terlalu pendek tetapi menghadapi mati yang panjang.
“Kita seharusnya membebaskan diri daripada mitos biasa manakala kepercayaan mengenai penuaan harus ditinggalkan untuk memperkasakan diri serta mengharungi usia emas dalam keadaan kesihatan yang baik.
“Kegembiraan dan keseronokan dalaman akan diterjemahkan pada luaran mereka untuk tampil anggun dan berseri sepanjang masa,” katanya yang masih kelihatan sihat walaupun sudah berusia 70 tahun.
Jelasnya, salah satu mitos yang sering menghantui kebanyakan orang ialah mengenai proses penuaan yang akan bermula apabila memasuki usia sekitar 50 atau 60 tahun.
Hakikatnya, proses penuaan bergantung sejak kita belum dilahirkan lagi menerusi pemakanan ibu yang baik, tenaga dan kecenderungan keadaan biologi mereka.
Individu itu seharusnya membuat pilihan yang tepat dan memulakan hidup lebih baik seawal lingkungan usia 20-an hingga 40-an dan bukan pada usia 50-an baru hendak mencari jalan mengekalkan kesihatan yang baik.
Mempelajari homeopati, akupuntur dan ayurvedik di samping nutrisi sepanjang 20 tahun, Dr Ricketts turut memerhati tabiat rakyat Malaysia dan bimbang apabila menyentuh aspek kesihatan penduduk di negara ini.
Melalui pemerhatiannya, 75 peratus rakyat Malaysia tidak melakukan senaman serta kerap makan dan minum.
Selain itu, budaya gemar mengambil makanan manis seperti gula dan susu pekat dalam manisan juga boleh mengundang keburukan kepada kesihatan dalam jangka panjang seperti berisiko mendapat kencing manis dan serangan jantung.
“Saya turut melihat budaya pengambilan makanan di beberapa tempat dinamakan ‘Zon Biru’ iaitu Pulau Sardinia, Itali; Pulau Ikaria, Greece; Pulau Okinawa, Jepun dan Loma Linda, California.
“Di sana ramai orang mampu hidup sihat walaupun mereka berusia 90 tahun kerana amalan pengambilan makanan berkhasiat selain budaya makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan.
“Malah, di kawasan berkenaan juga tidak memiliki tempat untuk mereka berpeluang menikmati makanan segera yang membuatkan kesihatan masyarakat di sana lebih terjaga,” katanya.

Jumaat, 22 Februari 2013

Jodohnya…

Semalam, dalam kereta umi seperti mengingatkan anak perempuannya tentang jodoh. Dimana saya bercerita dengannya, "Umi, ada seorang kakak ni lawaaaa sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam macam usaha dia cuba umi, tapi masih satu pun macam tak datang melamar. Dia sangat gagah tau umi." Umi hanya mampu tersenyum. Ayah juga.
Saya hairan. Kenapa?
Lalu umi kata,
"Mungkin jodohnya dengan kematian."
Terkedu. "Maksud umi? Dia dah nak meninggal?"
"Bukan la kakngah. Maksud umi, mungkin jodohnya yang ditetapkan oleh Allah tu sudah bertemu dengan kematian. Atau mungkin belum, tetapi hampir kepada kematian. Allah "simpan" dia. Mungkin kalau dia kawen, dan husbandnya meninggal, dia menjadi seorang perempuan yang lupa pada Allah? Sebab angah kata dia alim kan? Mungkin dia terlampau sayang dan tak boleh terima? Allah boleh je kawin kan diorang, tapi kan Allah kata, Allah kasi ujian kepada hambaNya yang mampu sahaja. Mungkin dalam soal ini, Allah tahu dia tak mampu nak tanggung. Jadi, Allah kasi dia ujian lain, dengan tak kahwin. Sekarang ni, umi nak tanya angah. Angah sanggup hilang orang yang angah sayang, ataaaau angah sanggup tak kawin, dan tak hilang sesiapa pun yang angah sayang?"
Saya diam. Tak jawab. Sudah tentu saya pilih tak kawin, dimana saya tak hilang sesiapa.
Oh,
jadi sekarang saya faham, kenapa makcik umrah tu tak kawin, dan Allah tarik rasa nak kawin dekat dia. Ya, baru saya faham..
Saya baru faham juga kata-katanya tentang, "mungkin jodoh makcik dengan kematian"
Waktu tu saya fikir, memang makcik ni nak tunggu kematian. Rupanya, maksud dia lain. Oh, ya. Baru saya faham sekarang ni.
Lalu umi sambung,
"jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan umi cakap, jangan tak fikir langsung fasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada tanganNya. Menjadilah yang solehah. InshaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu.
Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut umi. Kalau anak-anak umi meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya. Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang"
Saya diam. Betullah.
Kita ni, asyik nak jodoh jodoh, kawin kawin.
Kalau dalam Luh Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya awal, maka saya punya jodoh tiada. Sebenarnya ada, cuma Allah tarik awal. Maka, takkan sepanjang hayat saya nak tunggu jodoh turun dari langit? Sedangkan "dia" yang Allah hantarkan tu sudah bertemu awal dengan PenciptaNya?
Muhasabah.
Fikir jodoh itu, haruslah selari dengan fikir akan kematian kita. Baru baru ini, kawan rumate saya meninggal, saya diam sendiri. Muda. Tak kawin. Amal? Bagaimana? Allahu~
*pukul kepala guna hammer!*
Baiklah,
mari. Kita persiapkan diri, persiapkan amal. Untuk bertemu Allah, dan bertemu jodoh. Perispkan diri untuk menjadi yang lebih baik, tambah yang lebih hebat. Topup mana mana yang lompong. InshaAllah dalam persiapan hendak menemu Dia, sekaligus dalam menjadi baik, Allah hantarkan pula seseorang untuk berada di sisi. InshaAllah! Tapi jika takdir bahawasanya jodoh itu tiada, maka dimohon supaya redha itu mendahului, inshaAllah.

Angel hair goreng tomyam

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti angel hari, rebus hingga lembut, gaul dengan minyak zaitun
1 gengga, udang kecik, cuci dan toskan
1 1/2 camca besar pes tomyam (kak rose guna 1 kiub maggi tomyam)
1 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
2 helai daun limau purut
8 biji cili padi, cincang halus (guna 2 biji jer... pun dah pedas!)
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
Hirisan daun bawang untuk hiasan ( lupa nak tabur daa....)Hirisan cili padi untuk hiasan
Belahan limau kasturi untuk hiasan (ada limau nipis jer, so x buh la)
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu dan tomato lembut. Masukkan cili padi cincang dan pes tomyam, kacau rata dan masak hingga rempah garing.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Bila udang berubah warna, masukkan spaghetti, gaul rata dan tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. Gaul hingga mesra. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili padi. Perah jus limau kasturi sebelum dimakan, jika suka....

Muhyiddin minta sektor awam tunggu 'berita baik' PM

Muhyiddin YassinKUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi 1.4 juta kakitangan awam akan menerima berita baik tidak lama lagi, yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, tuntutan dan rundingan yang telah dibuat oleh Cuepacs dan perdana menteri menunggu masa sesuai untuk  diumumkan.
"Banyak perkara telah dituntut oleh Cuepacs dan saya rasa sudah beberapa kali Cuepacs berjumpa dengan perdana menteri, ada serahkan surat dan memorandum.
"Apa yang dituntut oleh penjawat awam melalui Cuepacs telah dibawa ke perdana menteri dan insya-ALLAH mungkin ada berita baik tidak lama lagi.
"Kita tunggu dan bersabar sajalah bila dan apa yang akan diumumkan oleh perdana menteri nanti," kata beliau di hadapan 3,000 peserta pada Majlis Perjumpaan Khas Cuepacs bersama beliau hari ini di sini.
Bulan lalu, Muhyiddin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa masalahmereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.
Beliau berkata, kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara.
"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan, namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.
"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya.
Mengulas lanjut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Presiden Umno berkata, penjawat awam merupakan tunggak utama bagi melaksanakan dasar dan plan pembangunan.
Muhyiddin juga berkata, Cuepacs membantu kerajaan dan penjawat awam berinteraksi untuk mencari mekanisme yang lebih berkesan bagi menyelesaikan apa jua perkara.
"Kita akui penjawat awam adalah tunggak utama kepada kerajaan dalam pembangunan ekonomi negara dan sebagainya.
"Namun, saya ucapkan tahniah kepada Cuepacs yang menjadi orang perantaraan antara kerajaan dan penjawat awam untuk mencari cara yang berkesan dalam menangani isu-isu berkaitan," katanya lagi.
Majlis perjumpaan ini juga adalah julung kali diadakan bagi membingcang masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh penjawat awam.
Pada program ini peserta berinteraksi secara langsung dengan Muhyiddin bertanyakan soalan yang berkaitan sektor awam.

Khamis, 21 Februari 2013

BREAKING NEWS : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 (RM400) 1.4 Juta Penjawat + Elaun Perumahan Naik?

Gaji Naik 2013 Najib BREAKING NEWS : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 (RM400) 1.4 Juta Penjawat + Elaun Perumahan Naik?
Kenaikan gaji kakitangan awam 2013 + elaun : Berdasarkan sumber dalaman yang kami baru terima sebentar tadi dari Putrajaya di mana bahang Pilihanraya Umum ke 13 di sana semakin terasa. Bilik-bilik gerakan yang bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara contohnya dikatakan telah bersedia. Dalam pada masa yang sama….

Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
P/S : Nantikan kemaksini berita seterusnya daripada Berita Semasa selepas ini….
PP/S : Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.

HOT !!! MALAM PERTAMA YANG PANAS

Benarkah Lelaki Selamat Dari Azab Neraka..?
Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.
Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.
Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah ‘Ashabun Nar’ (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seperti golongan ‘dayus’, peminum arak dan anak-anak derhaka.
Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.
Siapa Golongan Dayus..?
Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.
Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.
Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj
Sayidina Ali Karamallahuwajhah berkata:
“Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”
Saidina Ali Karamallahuwajhah bertanya:
“Apakah yang ayahanda lihat di sana?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).
“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”
Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya:
“Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.
“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.
“Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.
Seterusnya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”
Abu Bakar as-Sidiq mengatakan, aku dengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”
Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya, “Mengapa ya Rasulullah?”
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab:
“Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)