
Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut:
Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai  pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai  pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda  termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka  adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang  disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak  terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana,  'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog  bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang  'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka  tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan  blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey'  anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh  Advertisers kami.
Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri  pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan  iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin  mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh  itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan  sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya  perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan  memuaskan Pihak Pengiklan.
Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya  menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga  bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat  dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large  Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda.  Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan  seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk  memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog  lain.
Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting  bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami  membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu,  Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan  kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang  anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.
Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana  Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada  blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program  hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih  akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan  ahli Glitterati.
Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk  meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak  Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di  tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih  anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di  ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!
Good luck dan selamat berblogging!
Cheers,
Anne Cheah
Blogger Relations
Nuffnang Sdn Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan