Perbelanjaan Tidak Perlu
 Bagi mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, elakkan  membawa keluarga bersiar-siar dalam pasaraya pada hujung minggu. Cari alternatif  tempat yang tidak membuatkan kita terbelanja perkara yang tidak  perlu.

Contohnya perut kita lapar. Apa yang sebenarnya perut  kita perlukan adalah makanan. Ianya tetap kenyang dengan izin Allah, walaupun  kita makan nasi lemak telur goreng yang berharga kurang RM 2 sebungkus.  
Ianya tetap kenyang dengan izin Allah, walaupun kita makan Burger King yang  berharga RM 17 set dengan air.
Di sini kita dapat lihat, terdapat jurang yang  besar antara makan untuk menyelesaikan masalah lapar dengan makan yang  menyelesaikan masalah lapar dan pada masa yang sama membuatkan kita lebih  miskin.
Pilihan di tangan kita, pilih apa yang kita suka, kerana yang hendak  menanggung kos yang tinggi itu adalah kita. 
Kata budak hingusan 'Sendiri  buat sendiri tanggung'
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan