Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Julai 2013

Berhenti jadi tali barut CIA

Caracas: Seorang menteri kerajaan Venezuela semalam menggesa rakyat negara itu menutup akaun Facebook bagi mengelak secara tidak langsung menjadi pemberi maklumat kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).

Ini berikutan pendedahan mengenai program pemantauan Amerika Syarikat menerusi internet oleh Edward Snowden, bekas kontraktor agensi Perisikan Kebangsaan (NSA) Amerika.

Dia terkandas di sebuah lapangan terbang Moscow kerana mengelak daripada ditahan pihak berkuasa Amerika.

Bulan lalu, dia membocorkan maklumat mengenai aktiviti agensi risikan Amerika itu yang memperoleh maklumat daripada laman web popular termasuk Facebook. Rakan-rakan sekalian, batalkan akaun Facebook anda, anda bekerja secara percuma sebagai pemberi maklumat CIA.

Kaji semula kes Snowden! tulis Menteri Penjara, Iris Varela melalui akaun Twitter beliau. Venezuela menawarkan perlindungan untuk Snowden tetapi warga Amerika itu tidak memberi sebarang maklum balas dan tidak dapat meninggalkan zon transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo.

Dia mendedahkan sebuah program sulit dikenali sebagai Prism yang menerima data pelanggan yang dibekalkan oleh syarikat teknologi utama.

REUTERS

Selasa, 9 Julai 2013

Penyokong Morsi Diserang Peluru Hidup Menjelang Subuh

Ikhwan Muslimin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis yang menembak kejam rakyat yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik pagi ini sehingga menyebabkan berpuluh terkorban. Jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad berkata, kebanyakan mayat yang ditemui dengan kesan tembakan di kepala malah ada yang dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah.
"Kami menjumpai orang yang ditembak di kepala. Kami juga mendapati peluru-peluru yang meletup apabila memasuk badan, menyebabkan organ hancur dan anggota badan terpisah. Setiap polis dalam dunia ini perlu memahami bagaimana mahu menyuraikan himpunan. Ini adalah satu aktiviti jenayah yang mensasarkan kepada peserta himpunan. Tiada siapa menjangka perbuatan khianat itu datang dari polis dan pengawal Republik. Arahan untuk membunuh orang-orang Mesir yang datangnya dari tentera Mesir sendiri," katanya dipetik Al-Jazeera.
Menurut beliau lagi, tentera dan polis memulakan tembakan kepada penunjuk perasaan yang berada di bangunan Pengawal Republik kira-kira jam 3.30 pagi. Sementara itu, maklumat terbaru menyebut sekurang-kurangnya 53 penyokong Morsi terbunuh termasuk 5 kanak-kanak dalam insiden itu manakala lebih 300 yang lain cedera.
Difahamkan insiden itu terjadi selepas polis dan tentera Mesir cuba menyuraikan peserta himpunan yang berkampung di sini sejak beberapa hari lalu itu dengan kekerasan menjelang waktu Subuh pagi tadi.
Menurut saksi, polis melepaskan gas pemedih mata ketika rakaat kedua solat sebelum qunut dibacakan.
Sejurus selepas itu, mereka kemudian dihujani peluru hidup yang bertalu-talu ditembak ke arah mereka. Kesemua jenazah yang terkorban kini dikumpulkan di pentas utama himpunan di Dataran Raba'ah.

 

Isnin, 8 Julai 2013

Jenayah Morsi sehingga digulingkan

Morsi terlalu bagus. Beliau adalah Presiden Mesir Pertama yang dipilih oleh rakyat Mesir melalui pilihanraya. Beliau dikatakan pemimpin yang paling berkaliber dan layak memimpin Mesir dan mengeluarkan Mesir dari kongkongan Iluminati, Freemason dan pelbagai lagi pertubuhan yang ingin menghancurkan Islam. Namun disebalik semua pembohonagan itu ketahuilah bahawa Beliau bukannlah seperti yang kita tahu. Semua yang dikatakan JENAYAH ini hanya sarkastik sahaja.
Di antara JENAYAH Morsi bagi golongan liberal, sekular, syiah dan yang seangkatan dengannya:
1-Mengangkat harga diri Mesir di hadapan dunia Arab dan Islam
2-Menyokong perjuangan umat di Palestin, Syria dan Rohingya
3-Konsisten solat berjamaah bersama rakyat di mesjid, menghafal al Qur'an, bertahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.
4-Menarik investor luar negara dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.
5-mengembangkan tenaga nuklir dan tenaga matahari sebagai energi alternatif di Mesir.
6-Mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas dunia.
7-Dan terlalu banyak kesalahannya sehingga dia mesti digulingkan segera..... baca lebih terperinci dibawah.
Mengapa kalangan liberal sangat getol berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi? Salah seorang pembacabersamadakwah mengirimkan tulisan menarik tentang JENAYAH Presiden Mesir DR Muhammad Mursi. Bisa jadi, opini yang dikirim melalui fanpage ini benar adanya. Bahwa ‘JENAYAH’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi digoyang dan digulingkan. Berikut tulisan lengkapnya:
  • mengantarkan Mesir dalam setahun ke arah swasembada pangan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh diproduksi dalam negeri sebanyak 20 % paling banyak, sekarang sudah melampai 60 %. Dulu harus mengimport dari Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Kondisi ini mampu menghemat belanja negara sampai milyaran dollar pertahun sekaligus meningkatkan perekonomian petani.
  • mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan uang sebanyak 5.6 milyar dollar pertahun, akan meningkat 100 milyar dollar pertahun.
  • menaikkan gaji PNS dan pensiunan sebanyak 200 % lebih, sementara harga-harga barang bisa dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.
  • membangun pabrik samsung terbesar di Arab di provinsi Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
  • membuat pabrik mobil sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimpor mobil.
  • membuat pabrik senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimpor senjata-senjata rongsokan dari Amerika.
  • membuat pabrik innar (sejenis tablet/ipad), sehingga seluruh rakyat nanti bisa mencicipi enaknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga terjangkau. Anak-anak sekolah bisa belajar pakai alat canggih.
  • mampu mempertahankan, bahkan menambah cadangan devisa Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kebangkrutan.
  • JENAYAH Mursi terbesar adalah dia selalu shalat berjamaah di mesjid, hafal al Qur'an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.
  • mendukung perjuangan Palestina, Suriah dan Myanmar.
  • tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari rongrongan kekuasaan militer dalam 40 hari, di mana Erdogan butuh bertahun-tahun untuk melakukan itu.
  • meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diperhitungkan.
  • berusaha mengembangkan tenaga nuklir dan tenaga matahari sebagai energi alternatif di Mesir.
  • menarik investor luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.
  • membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua negara akan meningkat.
  • mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.
  • mengembalikan harta yang dibawa kabur ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan antek-anteknya.
  • menegakkan peradilan yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.
Dan banyak lagi JENAYAH yang tidak bisa kita sebutkan satu persatu yang membikin lawan politik, terutama Amerika dan Israel jadi meradang.
Karena JENAYAH itulah maka wajar Mursi digulingkan oleh sisa-sisa antek Mubarak, liberas, sekuler, komunis, dan Kristen Koptik serta muslim ambigu. Mereka memandang Mursi sudah gagal mengantarkan Mesir ke arah kehancuran.
Itulah logika yang ada dalam kehidupan sekarang.

Jumaat, 5 Julai 2013

Dr Mohamed Mursi?

MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat lahir pada 20 Ogos 1951 di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.

Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.
Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik

Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Mursi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Mursi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Jumaat, 28 Jun 2013

Kesan sekatan penjualan tembakau

SEKUMPULAN petani tekun menyemai biji-biji benih tembakau di kawasan berbatu yang terletak di utara Tebing Barat, Palestin.

Daripada riak wajah masing-masing, terpancar harapan agar tanaman yang diusahakan mampu membuahkan hasil, sekali gus menjamin kelangsungan hidup di wilayah yang diperjuangkan selama ini. Bermula daripada proses menanam, mengering dan menggulung, industri tembakau dilihat berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk Palestin.

Bagaimanapun, tekanan terhadap industri itu semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Ia berpunca daripada undang-undang rasmi Pihak Berkuasa Palestin (PA) terhadap industri tembakau dan sebahagian besar kegiatan ekonomi luar bandar bertujuan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung.

Tidak hairanlah, sejak beberapa bulan lalu PA mula bertindak tegas terhadap golongan petani. Sesiapa yang menghasil dan menjual rokok gulung akan dihukum termasuk berdepan dengan tuduhan menyeludup atau ditangkap.

PA sebelum ini berpendapat, pelaksanaan ekonomi moden memerlukan penguatkuasaan undang-undang yang menyeluruh.

Bagaimanapun, tindakan itu dikritik kerana langkah menghapuskan perdagangan pasaran gelap merupakan antara contoh kegagalan PA dalam melaksanakan polisi yang mampu menjamin peluang pekerjaan dan menarik keluar penduduk Palestin daripada belenggu kemiskinan.

"Semua penduduk di sini mempunyai pekerjaan," kata seorang petani, Mohammed Amarnih, 65, sambil memberitahu, penanaman tembakau telah menurunkan kadar pengangguran di kampung-kampung ke paras sifar."Pihak pemerintah tidak memberi kami alternatif lain, sebab itu perdagangan tembakau melalui pasaran gelap merupakan satu-satunya cara kami meneruskan kehidupan seperti biasa," ujarnya.

DAUN tembakau yang dikeringkan akan diproses untuk menghasilkan rokok.

Bekas Perdana Menteri, Salam Fayyad yang meletak jawatan bulan ini turut berdepan tugas getir untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan pengangguran yang mencecah kira-kira 25 peratus di negara yang diiktiraf sebagai negara pemerhati bukan anggota dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau bagaimanapun terpaksa meletakkan jawatan selepas gagal melaksanakan manifestonya untuk meningkatkan tahap ekonomi dan kos sara hidup rakyat.

Bantuan kewangan

Kini, wilayah itu diperintah kerajaan baharu. Ketika pertemuan dengan media baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Mohamad Mustafa yang bertanggungjawab terhadap hubungan kewangan di Palestin memberitahu bahawa cabaran 'getir' sedang menantinya.

"Kami sedang mengkaji polisi ekonomi kerajaan sebelum ini bagi meningkatkan kehidupan dan mengurangkan beban rakyat," katanya.

Tambah Mustafa, PA yang menjalankan pemerintahan sendiri yang terhad di Tebing Barat di bawah perjanjian damai sementara dengan Israel, mempunyai pendapatan tambahan melalui bantuan wang daripada negara-negara penyumbang di samping pungutan cukai. Bagaimanapun, beliau menyedari bahawa lebih 70 peratus pendapatan wilayah itu datang dari sumber yang tidak dikawal sama ada dari negara-negara luar atau di pintu sempadannya melalui hasil-hasil cukai yang dikutip oleh rejim Zionis bagi pihaknya.

Pentadbiran beliau juga turut berhadapan dengan tindakan pihak rejim yang sengaja menghentikan pembayaran setiap kali berlakunya pertikaian dengan kerajaan Palestin. Selama bertahun-tahun PA berusaha membina institusi politik dan ekonomi sebagai persediaan menjadi sebuah negara Palestin yang merdeka.

Bagaimanapun, ia terhalang disebabkan pelbagai sekatan yang dikenakan rejim Zionis sama ada di udara, darat dan laut termasuk menyekat pergerakan penduduk dan perdagangan antarabangsa. Selain itu, ia juga berdepan dengan bil-bil utiliti di kem-kem pelarian, di samping duti kastam yang tidak dituntut di sempadan yang dikuasai, sekali gus menyebabkan pemerintah terpaksa menanggung hutang sehingga AS$4.2 bilion (RM13.4 bilion).

Jumlah itu menyamai kira-kira 40 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan bajet tahunan yang mencecah AS$3.8 bilion (RM12 bilion).

WALAUPUN diserang bertubi-tubi oleh Zionis yang mengakibatkan mereka kehilangan tempat tinggal, namun rakyat Palestin tidak pernah mengalah.

Tidak jauh dari perkampungan Ya'abad, Nouredeen Atatra, 22, dan beberapa petani tembakau lain berdiri di belakang traktor buatan sendiri yang digunakan untuk menggali tanah bagi mengairi kawasan pertanian di situ. Sesekali mereka menunduk, sambil menggembur baja asli di tapak semaian anak benih.

Rampasan tanah

"Saya mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang sains politik tetapi terpaksa menanam tembakau kerana tiada pekerjaan," kata Atatra.

Jelas Atatra, keluarganya telah mengusahakan tanah pertanian di situ selama beberapa generasi.

"Kami tidak malu menjadi petani di sini. Bagaimanapun, jika kerajaan tidak membenarkan kami menanam tembakau, kami bimbang tanah-tanah kami akan dirampas untuk membina penempatan pendatang Yahudi," ujarnya.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh PA baru-baru ini tembakau mesti dijual mengikut saluran yang sah. Para petani mendakwa, PA cuba menyekat penjualan tembakau yang mereka usahakan biarpun kepada syarikat yang sah kerana mahu syarikat-syarikat itu mengimport tembakau, sekali gus meningkatkan perolehan cukai import.

Bagaimanapun, situasi ekonomi semasa menyebabkan kebanyakan syarikat terpaksa membeli tembakau tempatan yang jauh lebih murah. Menurut statistik yang dikeluarkan kira-kira satu pertiga golongan dewasa di Palestin merokok dan ramai berpendapat, harga AS$7 (RM22) untuk sekotak rokok berjenama antarabangsa seperti Marlboro terlalu mahal.

Ketika ini, mereka boleh membeli rokok pada harga AS$1.10 (RM3.50) sekotak yang dikeluarkan di Ya'abad dan perkampungan sekitarnya. Penganalisis berkata, pemerintah perlu berusaha lebih bagi mengurangkan tekanan kewangan yang dialami penduduk Palestin.

"Ya, mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengawal perdagangan dan polisi kewangan. Bagaimanapun, mereka mempunyai kuasa dalam polisi fiskal, seperti pihak-pihak yang dikenakan cukai. Polisi sedia ada gagal melindungi kepentingan penduduk sehingga menyebabkan ketidaksamaan pendapatan meningkat," kata penganalisis ekonomi, Nasser Abdul Kareem.

Sambil duduk bersantai dan menggulung rokok di tangan, seorang petani cuba melahirkan ketidakpuasan yang terbuku di hatinya.

"Mereka terlalu bergantung kepada bantuan asing sampai terlupa kemampuan diri sendiri," kata Abu Ayman sambil menyedut dalam asap rokoknya.

PENANAM tembakau di Palestin kini tertekan dengan pelbagai sekatan yang dikenakan PA.

"Apa yang kamu boleh harapkan daripada perjanjian Oslo?" tanya seorang petani lain yang merujuk kepada perjanjian keamanan yang ditandatangani dengan Israel sekitar 1990-an.

Rata-rata penduduk Palestin menyalahkan kelemahan perjanjian itu yang merencatkan pertumbuhan ekonomi mereka selama ini.

Jerusalem Cigarette Co. (JCC), sebuah firma perdagangan awam yang beroperasi di luar zon perindustrian di timur Baitulmuqaddis dan merupakan peneraju utama sektor tembakau di Palestin turut berdepan tekanan disebabkan cukai tinggi dikenakan terhadap penjualan rokok sehingga AS$2.60 (RM8.30) bagi setiap kotak, hampir menyamai dua pertiga kos operasinya. Bagaimanapun, penduduk-penduduk kampung yang membekalkan ratusan tan tembakau kepada JCC setiap tahun mendakwa, syarikat tersebut kini kurang membeli daripada separuh jumlah tembakau tempatan yang dituai disebabkan kerajaan menggalakkan mereka untuk mengimport tembakau.

Keadaan itu menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan lain kecuali menjualnya melalui pasaran gelap.

"Tiada Ahli Parlimen yang mahu mewakili suara kami dan Perdana Menteri juga telah memuktamadkan polisi yang ada," kata Saleh Jamel, ketua majlis Kampung Zabdeh yang bertanggungjawab mengkoordinasi polisi pertanian tempatan dengan pemerintah.

Tambah Jamal, penduduk tidak akan mampu bersabar lagi sekiranya terus menerima tekanan.

"Sekiranya pemerintah tidak menyelesaikannya, golongan muda akan hilang sabar dan adalah tidak menghairankan fenomena Arab Spring akan berlaku di sini hanya disebabkan rokok," katanya.

Jumaat, 21 Jun 2013

Mary Elizabeth Donaldson

PADA usia 41 tahun, wanita yang dilahirkan dengan nama Mary Elizabeth Donaldson ini sudah memiliki satu kehidupan yang sempurna. Kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan yang melatari kehidupannya menjadi dambaan jutaan wanita di seluruh dunia.

Daripada rakyat biasa di negara kelahirannya, Australia, Mary bertukar status menjadi Puteri Mahkota Denmark sebaik sahaja mengahwini suaminya, Putera Mahkota Frederik lapan tahun lalu.

Pasangan ini berkenalan pada September 2000 sewaktu Frederik berkunjung ke Sydney untuk menyaksikan temasya Sukan Olimpik.

Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan romantis ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Putera Christian, 8, Puteri Isabella, 6, serta Putera Vincent dan Puteri Josephine iaitu pasangan kembar yang kini berusia dua tahun.

"Masa menjadi begitu berharga apabila anda mempunyai anak. Ibu saya akan melakukan apa sahaja untuk anak-anaknya dan itu jugalah yang akan saya lakukan," ungkap Puteri Mary mengenai anak yang dianggap anugerah paling bernilai dalam hidupnya.

Ibarat kisah dongeng dahulukala apabila gadis kebanyakan disunting menjadi suri putera raja, begitulah yang berlaku pada Puteri Mary. Namun, pertukaran status menjadi golongan bangsawan tidak menyebabkan Mary lupa diri.

Sebaliknya, keperibadiannya yang lembut, bersopan santun, matang dan bijak menyesuaikan diri menyebabkan Puteri Mary bukan sahaja disenangi kerabat diraja Denmark bahkan disayangi rakyat negara tersebut.

Keluarga diraja Denmark dalam satu kenyataan yang mengulas hubungan Putera Frederik dengan Mary mengatakan: "Kesemua teman wanita putera yang lain banyak bercakap. Mary, dia hanya tersenyum dan mesra tetapi tidak berkata apa-apa. Disebabkan dia orang asing, Mary bersih. Kami tiada masalah dengannya."

Apa yang pasti, bahasa tubuh yang dipamerkan dalam setiap acara yang dihadiri menjadi bukti Puteri Mary tidak berpura-pura atau sekadar berlakon di hadapan rakyat jelata.

Ikon fesyen

Sifat keibuannya jelas terserlah sekiranya melawat anak-anak kecil di negara mana sekali pun. Memegang tangan, mengusap kepala si kecil dan merendahkan badannya atau bertinggung untuk meraikan kanak-kanak yang ditemui, semuanya dilakukannya.

"Hidup saya bukan satu kisah dongeng, ia sangat nyata. Sepanjang kehidupan yang dilalui saya sentiasa gembira. Bagi saya, kebahagiaan merupakan perkara paling penting untuk dikecapi dalam hidup ini.

"Apabila mencapai usia 40 tahun, anda pasti akan sedar apakah yang dinamakan kehidupan. Jujurnya, saya tidak memikirkan tentang usia fizikal. Cuma, saya rasa sangat bagus menjadi semakin dewasa," ujar Puteri Mary yang menjadi ikon fesyen kerana penampilan hebatnya dalam apa jua persalinan.

PUTERI Mary disambut oleh para jururawat di Hospital Putrajaya, Mei lalu.

Menurut Puteri Mary, setiap kanak-kanak pada satu peringkat pasti mengimpikan untuk menjadi putera atau puteri raja. Ia satu impian dan tidak mustahil menjadi kenyataan.

Dilahirkan pada 5 Februari 1972 di Hobart, Tasmania, Australia, Puteri Mary merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Bapanya, Prof. John Dalgleish Donaldson merupakan pakar matematik manakala ibunya, Henrietta Clark Donaldson ialah pembantu eksekutif kepada Naib Canselor Universiti Tasmania.

Puteri Mary mendapat pendidikan awal sekolah rendah di Clear Lake City yang kini di Houston, Texas, Amerika Syarikat kerana mengikut ayahnya yang bertugas di sana.

Apabila pulang ke Hobart, Puteri Mary meneruskan persekolahan di Sekolah Kanak-Kanak Teluk Sandy, Sekolah Rendah Waimea Heights dan Sekolah Tinggi Tarona di Tasmania sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Hobart.

Zaman remaja

Puteri Mary menyambung pengajian di Universiti Tasmania selama lima tahun dan memperoleh dwiijazah dalam bidang perdagangan dan undang-undang.

Antara tahun 1994 hingga 1996, Puteri Mary menghadiri program siswazah dan layak memiliki sijil daripada Persekutuan Pengiklanan Australia dan pemasaran langsung daripada Persatuan Pemasaran Langsung Australia.

Ketika zaman remaja, Puteri Mary aktif melibatkan diri dalam pelbagai jenis sukan dan aktiviti luar kurikulum. Antaranya bermain piano, seruling, klarinet dan bermain hoki serta bola keranjang. Selain itu, Puteri Mary juga gemar menunggang kuda miliknya yang bernama Diana.

Selepas tamat pengajian, Puteri Mary menjadi pelatih pemasaran dan komunikasi di agensi pengiklanan global di Melbourne iaitu DDB Needham dengan memegang jawatan Eksekutif Akaun.

Antara jawatan yang pernah disandang termasuklah Pengurus Akaun di Mojo Partners dan Pengarah Akaun di agensi pengiklanan antarabangsa, Young & Rubican di Sydney.

Puteri Mary turut melibatkan diri dalam bidang hartanah pada tahun 2000 apabila dilantik sebagai Pengarah Jualan Belle Property, sebuah firma yang pakar dalam pengurusan hartanah mewah.

Dua tahun selepas itu, Puteri Mary mengajar bahasa Inggeris di sebuah sekolah perniagaan di Paris, Perancis. Tetapi, selepas berhijrah ke Denmark, Puteri Mary ditawarkan menjadi konsultan projek untuk pemasaran, komunikasi dan pembangunan perniagaan oleh syarikat Microsoft Business Solutions.

Sejak bergelar Puteri Mahkota Denmark, Puteri Mary telah melakukan beberapa siri lawatan diraja antarabangsa. Antaranya menghadiri majlis pengkebumian semula Permaisuri Maria Feodorovna di Denmark dan Saint Petersburg, Rusia.

Pada bulan November 2009, Puteri Mary membuat kejutan apabila melawat tentera Denmark di wilayah Helmand, Afghanistan. Salah satu perhentiannya ialah di Pangkalan Operasi Tentera Armadillo.

KELUARGA bahagia. Puteri Mary bersama suami dan tiga daripada empat anak mereka.

Sebagai penaung Majlis Pelarian Denmark, Puteri Mary melawat Uganda pada tahun 2008, dan timur Afrika (2011) sebagai menyokong usaha mengumpul dana untuk negara tersebut.

Puteri Mary juga banyak memainkan peranan dalam mempromosikan program antibuli berdasarkan model yang dilaksanakan Australia melalui pertubuhan Selamatkan Kanak-Kanak Denmark.

Puteri berambut coklat gelap itu juga melibatkan diri dalam kempen bagi meningkatkan kesedaran terhadap kanser kulit melalui Persatuan Kanser Denmark.

Pada bulan September 2007, Puteri Mary secara rasmi menubuhkan Yayasan Mary dengan modal daripada sumbangan orang ramai dan pihak swasta. Ia bertujuan untuk menuju ke arah kepelbagaian budaya dan menyumbang kepada masyarakat.

Bawa nama negara

"Saya sentiasa merasakan bahawa saya perlu menyokong mana-mana pertubuhan yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat. Ia membolehkan saya menggunakan kemahiran yang ada untuk membantu membawa nama negara dengan baik. Jelas sekali saya telah mendapatkan nasihat, membuat pemerhatian dan belajar daripada kerabat diraja," jelas Puteri Mary dalam satu temu bual bersama akhbar mingguan terkemuka di Denmark, Berlingske pada awal Februari tahun lalu.

Terbaharu pada penghujung bulan Mei 2013, Puteri Mary berkunjung ke Malaysia dalam satu lawatan rasmi ke negara ini.

Antara program yang disertai ialah Konferen Wanita Global ketiga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, lawatan ke Hospital Putrajaya, menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman Projek Jom Mama antara Kementerian Kesihatan dan Novo Nordisk Malaysia serta melawat Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) di negara ini.

Dalam lawatan empat hari itu, Puteri Mary turut mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di kediaman rasmi Putra Perdana.

Putera Frederik, 43, merupakan pewaris takhta Denmark yang kini diperintah Ratu Margrethe II sekali gus membolehkan Puteri Mary bakal menjadi rakyat Australia pertama bergelar permaisuri di Eropah.

Selasa, 18 Jun 2013

Anak 11 Tahun Menghamili Ibu Temannya

Anak 11 Tahun Menghamili Ibu Temannya

Seorang anak laki-laki berusia 11 tahun menghamili seorang perempuan berusia 36 tahun yang adalah ibu kawan sekolahnya sendiri.

Situasi ini membuat para aktivis menyerukan reformasi undang-undang pelecehan seksual yang berlaku di negeri itu, setelah anak itu memberitahukan hal tersebut kepada guru besar sekolahnya di Auckland selatan.

Anak itu dan anaknya saat ini diyakini berada dalam perlindungan negara. Menteri Kehakiman Selandia Bru Judith Collins mengatakan dia akan memeriksa perangkat hukum yang ada saat ini yang tidak boleh mempidanakan seorang perempuan atas tuduhan perkosaan.

"Saya akan mencari pertimbangan resmi terkait perlu atau tidaknya undang-undang ini diubah," kata Collins.

Berdasarkan undang-undang yang berlaku di New Zealand, tindak pidana perkosaan hanya boleh dijatuhkan saat seorang pria memaksakan tindakan seksual terhadap seorang perempuan. Tindak pidana perkosaan terancam hukuman penjara maksimal 20 tahun namun sejauh ini hanya lelaki yang boleh dijatuhi pidana perkosaan.

Namun dalam kes ini, hubungan anak laki-laki dan perempuan itu berawal pada April tahun lalu, saat anak itu berusia 11 tahun. Ketika itu,putra perempuan tersebut membolos satu hari dan membujuk anak itu untuk melakukan hal yang sama dan mengajaknya bermain ke kediamannya. Sesampainya di kediaman sang kawan, perempuan itu kemudian menyuguhkan bir untuk anak tersebut sebelum kemudian berhubungan seksual dengannya.

Hubungan seksual itu berlanjut selama beberapa bulan, sebelum bocah itu melaporkan hal tersebut ke kepala sekolahnya yang tentu saja sangat terkejut mendengar pengakuan salah seorang muridnya itu.

Guru Besar sekolah lalu menghubungi Departemen Sosial untuk melaporkan masalah ini. Pemerintah kini merawat si anak dan bayinya. Kes ini sekarang dalam penanganan polis meski perempuan itu menolak telah melakukan hubungan seksual dengan anak 11 tahun itu.

(NZ Herald)Read more: http://www.borakkosong.com/2013/06/anak-11-tahun-menghamili-ibu-temannya.html#ixzz2WWiuDeMM

Isnin, 17 Jun 2013

Gadis Muda Meninggal Dunia Ketika Bersunat

KAHERAH – Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun meninggal dunia ketika disunatkan di sebuah klinik persendirian di kampung Dagahliya, di sini, semalam. Mangsa, Suhair al-Bata’a telah disunatkan oleh seorang doktor yang pernah menyunatkan kakaknya, dua tahun lalu.

Punca kematiannya dipercayai akibat tekanan darah rendah yang berpunca daripada trauma kejutan. Menurut bapanya, Mohammed Ibrahim, ketika kejadian, anaknya berada di dalam bilik bersama doktor dan jururawat sahaja.

“Kami tinggalkan anak perempuan kami bersama doktor dan jururawat dan selepas 15 minit, mereka membawanya keluar dari bilik pembedahan ke bilik berdekatan bersama tiga gadis lain yang turut bersunat. Bagaimanapun selepas setengah jam menunggu, anak kami masih belum keluar dari bilik tersebut, tidak seperti tiga gadis yang lain,’’ katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Hasanat Naeem Fawzy pula berkata, dia sekeluarga mahu doktor tersebut dipertanggungjawabkan ke atas kematian anak perempuannya itu. Dalam perkembangan sama, polis telah memanggil doktor tersebut untuk siasatan dan turut mengarahkan bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca kematian gadis berkenaan.

Kes berkenaan mendapat liputan meluas hinggakan Majlis Wanita Kebangsaan Mesir mahu mereka yang terlibat dalam insiden berkenaan dihukum dan didakwa di bawah undang-undang jenayah.

Jumaat, 31 Mei 2013

Islam Takluk Britain

London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain. Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian. Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan.

Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary’s di Jalan Cable amat hambar.

Foto

MASJID (gambar kiri) di Jalan Brune, Spitalfields melimpah ketika solat Jumaat diadakan manakala hanya 20 orang hadir ke upacara keagamaan di Gereja St Mary.

Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan.

Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik. Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion. Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang. Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849. Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang.

Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi ‘masalah’ sendiri akibat dikunjungi orang ramai. Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang. Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya.

Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi ‘agama silam’ dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam. Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi.

Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang. Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun.

Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu. - Daily Mail

Rabu, 15 Mei 2013

Hari Ini Genap 65 Tahun Penubuhan Negara Haram Yahudi

15 Mei 2013 ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 65. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun.

Ia merujuk kepada pengisytiharan Negara haram Israel pada 15 Mei dan disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).

Hakikatnya ialah mereka merampas negara Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari tanah air mereka. Akibat dari keganasan oleh beberapa kumpulan bersenjata Yahudi Zionis, 800,000 rakyat Palestin terpaksa menyelamatkan diri dengan meninggalkan kampung halaman dan berlindung di Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Kini setelah 65 tahun peristiwa ini berlaku, dianggarkan 6 juta pelarian yang sebahagian besarnya merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejakkan kaki di tanah air mereka. Ini bererti mereka telah menunggu selama 65 tahun untuk pulang ke Palestin.

Jika Nelson Mandela diraikan sebagai pahlawan kemanusiaan terulung kerana sanggup dipenjarakan selama 30 tahun demi membebaskan bangsa kulit hitam Afrika Selatan dari sistem Apartheid, maka rakyat Palestin yang menghuni kem-kem pelarian sejak 65 tahun lalu lebih wajar dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Jumaat, 10 Mei 2013

Anak bekas PM Pakistan kena culik

Anak bekas PM Pakistan kena culik

Multan: Sekumpulan penyerang bersenjata semalam menculik seorang anak lelaki bekas Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani. Kejadian berlaku selepas pergerakan Taliban berikrar menggunakan pengebom bagi melakukan serangan ketika pilihan raya berlangsung pada 11 Mei.

Diculik selepas ditembak

Ali Haider Gilani diculik selepas tembakan dilepaskan di bandar Multan, Punjab. Setiausahanya maut dan lima lagi cedera termasuk seorang pengawal peribadinya, kata polis.

Penyerang menaiki motosikal. Ada juga berada dalam kereta Honda gelap dan melepaskan tembakan sebelum menculik Ali Haider," kata pegawai polis, Khurram Shakur kepada wartawan.

Keluarga bekas Perdana Menteri itu adalah antara yang paling berpengaruh di Multan dan puak utama dalam Parti Rakyat Pakistan (PPP).

Dapat mandat baru

Kempen pilihan raya parti itu untuk mendapat mandat baru dilaporkan terjejas disebabkan ancaman Taliban. Militan itu menganggap pilihan raya yang bakal berlangsung sebagai bercanggah dengan Islam.
Mereka juga mendakwa akan menghantar sekumpulan pengebom bunuh diri pada hari pengundian, esok.

Belum ada pihak mendakwa bertanggungjawab atas penculikan Ali Haider, calon dewan undangan negeri PPP manakala dua lagi abangnya turut bertanding bagi kerusi Parlimen. Bapa mereka diputuskan tidak layak bertanding selepas dipecat dan didapati bersalah oleh Mahkamah Agung tahun lalu kerana enggan membuka kes rasuah terhadap presiden Asif Ali Zardari.

AFP

Jumaat, 5 April 2013

Israel-Palestin terus bergolak

Israel-Palestin terus bergolak
Penduduk Palestin mengadakan protes mengutuk Israel selepas berita kematian Abu Hamdiyeh diumumkan, kelmarin.

BANDAR GAZA - Dua roket dibedil ke selatan Israel beberapa jam selepas rejim Zionis melancarkan tiga serangan udara di Genting Gaza, awal pagi semalam. Ia adalah kejadian serangan balas pertama sejak pelaksanaan gencatan senjata selepas berakhirnya Perang Israel-Palestin selama lapan hari pada November lalu. Saksi memberitahu sehari sebelum itu, sebuah kawasan lapang di selatan Israel diserang roket dari Gaza selepas media mengumumkan berita kematian seorang tahanan Palestin di penjara negara tersebut.

Pihak berkuasa turut mengesahkan insiden berbalas serangan itu tidak menyebabkan kecederaan atau kemusnahan harta-benda. Dalam satu kenyataan, Majlis Syura Mujahidin memaklumkan tindakan itu adalah sebagai respons terhadap tindakan sambil lewa Israel kerana gagal memberi rawatan sepatutnya kepada Maisara Abu Hamdiyeh, 63, yang menderita barah tekak.

Mereka turut mendakwa Israel sengaja enggan membebaskan Abu Hamdiyeh lebih awal walaupun mereka sedar tahap kesihatannya semakin buruk dipetik dari sumber AFP.

Isnin, 1 April 2013

Dua beradik dihukum gantung

Dua beradik wanita warga Iran dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi semalam, selepas didapati bersalah mengedar 2,987.7 gram syabu, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Nurchaya Arshad menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Sejurus mahkamah membuat keputusan, Fatemah Zandiyeh Mohammad, 24, dan kakaknya Tahmineh Zandiyeh Mohammad, 26, tidak menunjukkan sebarang reaksi tetapi bapa mereka yang berada di galeri awam dilihat menangis dan hampir rebah.
Fatemah dituduh mengedar 1,489.8 gram syabu di kawasan tuntutan bagasi, Aras 1, Balai Ketibaan KLIA pada 11.30 pagi, 5 Mei 2011.
Dua dituduh akta sama
Tahmineh pula dituduh mengedar 1,497.9 gram dadah jenis sama di tempat, masa dan tarikh sama.
Dua beradik itu didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.
Seramai lapan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zainal Azwar Kamaruddin sementara dua beradik itu diwakili peguam Datuk N Sivananthan dan R Vinothini.

Rabu, 6 Mac 2013

Hugo Chavez - meninggal

Hugo Chavez meninggal dunia CARACAS: Presiden Venezuela, Hugo Chavez,58 meninggal dunia selepas dua tahun terpaksa bergelut dengan penyakit kanser yang dihidapinya.
Berita kematian pemimpin sosialis yang sudah memerintah negara itu untuk 14 tahun diumumkan Naib Presidennya, Nicolas Maduro menerusi ucapan televisyen yang disiarkan ke seluruh negara, hari ini.

Susulan berita kematian Chavez yang turut memenangi pilihanraya presiden Oktober tahun lalu untuk penggal keenam, ia membuka pintu bagi pilihanraya baru dan bakal menjadi medan ujian sama ada pendekatan revolusi sosialisnya mampu bertahan tanpa pemimpin berkarisma itu.

Isnin, 25 Februari 2013

South Korea's first female president

Watch this video

(CNN) -- Park Geun-hye made history Monday by becoming South Korea's first female president, pledging to secure South Korea against the threat of an increasingly hostile North Korea at the same time as mending bridges with Pyongyang.

"North Korea's recent nuclear test is a challenge to the survival and future of the Korean people, and there should be no mistake that the biggest victim will be none other than North Korea itself," she said. "I urge North Korea to abandon its nuclear ambitions without delay and embark on the path to peace and shared development."

Reiterating her policy of 'trustpolitik' - a policy based on deterrence combined with cautious approaches to North Korea - she said she intended to "lay the groundwork for an era of harmonious unification where all Koreans can lead more prosperous and freer lives and where their dreams can come true."

"I will move forward step-by-step on the basis of credible deterrence to build trust between the South and the North."

She said South Koreans stood at a new juncture, confronting the difficulties of the global financial crisis as well as the threat from the North.

"I will usher in a new era of hope whereby the happiness of each citizen becomes the bedrock of our nation's strength which in turn is shared by and benefits all Koreans," she said.

When she was elected last December, Park broke barriers in the patriarchal East Asian nation, though she is deeply connected to its past. Her father, Park Chung-hee, was one of the founders of modern Korea who took power after a coup d'etat and ruled heavy-handedly for 18 years before being shot dead by his intelligence chief in 1979.

His memory still divides South Korea -- some regard him as the cornerstone of South Korea's present prosperity, others see him as a dictator who ignored human rights and crushed dissent.

Although she has apologized for human rights violations during his rule, Park has been criticized for not doing enough to distance herself from his legacy.

Still, any concerns about her family's past weren't enough to prevent 52% of voters from elevating her to the presidency.

Park, 61, and her opponent, the Democratic United Party's Moon Jae-in, offered similarly moderate plans during the campaign, addressing income inequality, reining in the power of family-owned conglomerates and improving relations with North Korea.

On North Korea, Park distinguished herself from former President Lee Myung-bak, who demanded an end to Pyongyang's nuclear arms program as a condition of economic aid, by offering a softer, carrot-and-stick approach.

She visited the North Korean capital in 2002 and met with its late leader Kim Jong Il. Since then, his son Kim Jong Un has taken over in Pyongyang, continuing a policy of defiant work on the country's budding nuclear program, including a test earlier this month that drew widespread international condemnation.

"Precisely because trust is at a low point these days, South Korea has a chance to rebuild it," Park told Foreign Affairs magazine before she won the election. "In order to transform the Korean Peninsula from a zone of conflict into a zone of trust, South Korea has to adopt a policy of 'trustpolitik,' establishing mutually binding expectations based on global norms."

Domestically, Park campaigned as a fiscal conservative, advocating tax cuts for business to boost investment and jobs and vowing to restructure welfare programs. At the same time, she promised soon after winning election "to take care of our people one by one."

In a speech at the headquarters of her Saenuri political party Thursday morning, she invoked a phrase coined by her father, who also served as president in an era when he was encouraging people to pull South Korea out of poverty.

"I would like to re-create the miracle of 'let's live well' so people can worry less about their livelihood and young people can happily go to work," Park said.

Khamis, 14 Februari 2013

Tikam selepas SEKS

Isteri mental

Seorang isteri yang telah diperdaya oleh suaminya bertindak nekad menikam jantung suaminya selepas mereka melakukan hubungan seks.

Nooshin Nedjah, 30, yakin yang suaminya, Medi Sangachin, 36, telah berkahwin dengan orang lain semasa dia melawat keluarganya di Iran.

Semasa sedang melakukan hubungan seks, Nedjah memberitahu Sangachin yang dia mempunyai ‘kejutan’ sebelum melakukan serangan tersebut pada 17 Februari lalu.

Sangachin telah kehilangan darah yang banyak selepas pisau dapur menusuk ke jantungnya.

Namun, dia telah dihantar dengan segera ke sebuah hospital di Leeds, Britain dan berjaya diselamatkan oleh seorang doktor pakar, Dr Patrick McGoldrick.

Berdasarkan sebutan kes pada Jumaat lalu, Nedjah telah dituduh atas pertuduhan cubaan membunuh tetapi pihak Mahkamah Leeds Crown telah menetapkan tindakannya sebagai mencederakan mangsa dengan niat.

Pihak mahkamah mendapat maklumat yang kedua-dua mereka berasal dari Iran dan telah berkahwin pada Jun tahun lalu setelah mula berkenalan pada tahun 2010 di dalam sebuah bas.

Mereka menetap di sebuah rumah flat dan pada masa sama jiran-jiran yang berada di situ menganggapkan mereka bukanlah pasangan yang bahagia.

Pada Disember tahun lalu, Sangachin telah melawat keluarganya di Iran dan dia memberitahu isterinya yang dia telah bersikap curang.

Nedjah bersikap semakin cemburu setelah dia mendapati suaminya telah berkahwin dengan wanita lain apabila suaminya melawat Iran

.

Rabu, 30 Januari 2013

Mesir isytihar perintah darurat

Penentang Presiden Mohamed Mursi bertempur dengan pasukan polis (tidak kelihatan) semasa mengadakan tunjuk perasaan di Port Said
KAHERAH 28 Jan. - Perintah berkurung dikuatkuasa di tiga wilayah di Terusan Suez, hari ini selepas Presiden Mesir mengisytiharkan perintah darurat di wilayah-wilayah itu ekoran keganasan terus memuncak di negara ini, sejak hujung minggu lalu yang mengorbankan lebih 50 orang.
Tindakan Presiden Mohammed Mursi itu mengingatkan tindakan yang pernah digunakan oleh bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak ketika mengekang kumpulan penentang di negara ini semasa kebangkitan rakyat yang akhirnya membawa kejatuhan Hosni.
Namun, tunjuk perasaan kali ini tercetus sebagai membantah dasar Islam yang dibawa oleh kerajaan pimpinan Mursi dan perubahan yang didakwa terlalu perlahan di negara ini.
Mursi yang berang dengan keadaan yang berlaku, berikrar ketika berucap di televisyen, semalam dengan menyatakan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih keras bagi membendung keganasan di seluruh negara ini.
Mursi menegaskan bahawa beliau akan memastikan negara ini tidak akan kembali kepada kerajaan autoritarian.
Keganasan terburuk berlaku di bandar Port Said, lokasi yang menyebabkan tujuh orang maut, semalam, sekali gus meningkatkan angka korban kepada sekurang-kurangnya 44 orang.
Ketegangan yang bermula sejak Sabtu lalu itu memuncak selepas mahkamah Mesir menjatuhi hukuman mati ke atas 21 defendan yang terlibat dalam rusuhan bola sepak di Port Said pada Februari lalu yang menyebabkan 74 orang maut. - AGENSI

Rabu, 23 Januari 2013

Hitler yang perlu anda tahu

1. Hitler adalah seorang yang sangat menjaga maruahnya, apabila beliau mandi,tidak boleh sesiapa pun melihat beliau mandi apatah lagi apabila beliau berbogel. Beliau juga tidak gemar memakai pewangi di badannya.
2. Dengan kod etika ketenteraan yang menebal dalam jiwa Hitler, Hitler tidak pernah menanggalkan kotnya di depan orang awam walau apa pun berlaku.

3. Pada 1923, Dr. Sedgwick iaitu Penasihat Akhbar kepada Hitler menasihatkan beliau untuk membuang gaya misai kontot. Hitler dengan nada selamba menjawab,
“Jangan risau tentang misaiku ini,jika sekarang bukan trend fesyen, ia akan menyusul kemudian hari kerana disebabkan aku mengayakannya.”
4. Hitler adalah pemidato terbaik yang pernah dilahirkan di muka bumi. Setiap syarahan beliau akan memukau jutaan orang yang datang menyaksikannya. Tiada siapa dapat menandingi beliau pada masa itu termasuk pemimpin daripada negara-negara musuh. Hitler gemar menggunakan pelbagai gaya untuk memeriahkan ceramah beliau seperti memerli perkataan ‘Say Heii’ yang selalu digunakan oleh cheerleader di Amerika Syarikat. Seluruh penonton ketawa dan teruja sepanjang ceramah beliau.
5. Hitler adalah satu-satunya pemimpin pada WWII yang mengamalkan budaya makanan yang sihat. Beliau adalah seorang Vageterian, tidak minum arak serta merokok. Miskipun usia beliau pada ketika WWII boleh dikatakan sudah melebihi 50-an,tubuh beliau tetap mantap dan terampil. Berbeza dengan pemimpin Britain, Winston Churcill dan pemimpin Russia, Joseph Stalin.!
Meskipun berumur lewat 50-an, beliau masih kelihatan segak dan aktif
6. Hitler adalah seorang yang bergitu mengagumi ISLAM, dalam satu petikan ucapannya, beliau berkata:
“You see, it’s been our misfortune to have the wrong religion. Why didn’t we have the religion of the Japanese, who regard sacrifice for the Fatherland as the highest good? The Mohammedan religion too would have been much more compatible to us than Christianity. Why did it have to be Christianity with its meekness and flabbiness….”
Hubungan Hitler dengan Mufti daripada Palestin, Sheikh Hj. Amin al-Husaini adalah tersangat akrab. Beliau juga menubuhkan satu divisen khas bagi umat Islam iaitu Batalion Hadzar yang berkhidmat di rantau Balkan.
7. Meskipun dikutuk oleh banyak media Yahudi yang menceritakan profil kehidupan awal Hitler yang dikatakan sebagai seorang budak dungu dan lembap, beliau sebenarnya memiliki IQ setinggi 141,hampir setaraf dengan Albert Eistein.!
8. Hitler pada penghujung usianya iaitu ketika 56 tahun mengalami penyakit yang biasa bagi seorang tentera iaitu Parkinson. Dikatakan, rakaman beliau yang terakhir ketika mengadakan kawad cam untuk Hitler Youth di Berlin melihatkan tangan kiri beliau yang terketar-ketar.
9. Hitler adalah seorang yang penyayang. Meskipun media Yahudi selalu melabelkan Hitler sebagai seorang yang layak digelar Iblis adalah seorang yang bergitu menyayangi binatang terutamanya anjing dan kucing. Semasa WWI(perang dunia pertama) menjumpai anjing yang digelar Little Fox. Hitler mengajar Little Fox dengan pelbagai teknik bagi menghiburkan rakan askarnya yang lain. Ketika Little Fox hilang seperti seorang hilang semangat dan murung buat beberapa ketika.
Hitler dirakam memberi makan kepada seekor anak rusa. Tidak adil jikalau mengadili Hitler sebagai Penjahat sepanjang zaman kerana ramai lagi pemimpin lain yang kejam lagi zalim. Malahan kejadian Holocoust masih boleh dipertikai.
Dan normal bagi setiap peperangan, mesti akan melibatkan nyawa. Jadi tidak adil kalau dikatakan Hitler ini seorang pembunuh kerana pemimpin negara lain seperti Britain,Russia, dan Amerika Syarikat juga menyebabkan banyak nyawa melayang. Malah Amerika Syarikat menyebabkan Bandar Hiroshima dan Nagasaki hancur lebur disebabkan bom Atom.!
10. Hitler adalah seorang yang pandai melukis. Masa lapang beliau diisi dengan melukis pelbagai pemandangan. Selain itu, tulisan tangan Hitler adalah bergitu cantik seperti feminine. Seorang psikologi bernama Carl Jung menyatakan:
11. Tinggi Hitler adalah 179cm atau 5 kaki 8 inci. Beliau tidaklah sekecil mana seperti yang digembar-gemburkan oleh majalah-majalah dan media-media Yahudi.

Remaja Dirogol Bawah Meja Ketika Guru Mengajar

Remaja Lembam Dirogol Bawah Meja Ketika Guru Mengajar
New York : Seorang remaja lembam berusia 15 tahun dirogol di bawah meja di dalam kelasnya, biarpun ketika kejadian gurunya hanya berada beberapa kaki daripada tempat tersebut.
Remaja yang hanya dikenali sebagai KJ itu didakwa telah dirogol selama 10 minit ketika guru sains sedang mengajar di dalam kelas di Akademi Martin De Porres di Elmont.
Biarpun dia meronta untuk melepaskan diri, namun setiap kali berbuat demikian, seorang pelajar lain akan memukul kepalanya.
KJ yang mempunyai IQ 60 itu merupakan satu-satunya pelajar perempuan daripada 13 pelajar yang mengikuti pelajaran di kelas berkenaan.
Meskipun dia memaklumkan kejadian itu kepada pekerja sekolah, namun pengurusan sekolah gagal membuat laporan berhubung jenayah tersebut.
Sususlan itu, ibu remaja tersebut telah mengemukakan tuntutan saman mendakwa guru kelas itu tidak mempedulikan anaknya ketika serangan berlaku.
Malah, ketika kejadian juga, salah seorang suspek menari-nari di atas meja manakala yang lain pula cuba mencabul KJ.
Menurut ibu mangsa, dia tidak berupaya untuk memindahkan anaknya daripada sekolah tersebut dengan segera, hingga menyebabkan remaja tersebut dibuli selama beberapa bulan sebelum ini.
Dalam pada itu, pengarah eksekutif sekolah itu, Ed Dana melahirkan rasa sedih denbgan insiden tersebut.
Jelasnya, satu siasatan dalaman telah dijalankan sebaik sahaja pihak sekolah mendengar mengenai kes berkenaan dan turut memecat guru terbabit.

Pendapatan Programmer

Google telah lama diketahui sebagai tempat terbaik untuk bekerja. Mereka menawarkan makanan percuma, tempat bersenam, tempat berehat dan potong rambut profesional di pejabat mereka di California. 
Perkara tersebut telah menjadikan mereka syarikat pilihan pekerja dari seluruh perniagaan yang ada di dunia.
Selain dari persekitaran tempat kerja yang relax dan makan free mestilah gaji pekerja Google menarik juga kan.
Tahukah anda berapa gaji pekerja-pekerja Google? Data berikut tidak terlalu mudah dicari, jika anda tidak percaya, anda boleh search di Google.
Berikut adalah statistik gaji pekerja Google yang cukup menarik :
1. Google Programmer di Phoenix – $174,000 setahun
2. Google Programmer di California – $197,000 setahun
3. Google Programmer di Chicago – $222,000 setahun
4. Google Programmer di New York – $242,000 setahun
Itu hanya gaji… apa lagi yang ditawarkan Google kepada pekerjanya?
  1. Google akan membayar $8,000 setahun jika anda mahu sambung belajar. Mereka hanya mengharapkan keputusan gred “B”.

  2. Jika anda memperkenalkan seorang pekerja untuk menjadi staff Google dan mereka bertahan untuk 60 hari, Google akan membayar $2,000 kepada anda.

  3. Jika anda hendak mengambil anak angkat, Google akan memberikan $5,000 untuk urusan legal dan kos.

  4. Bergantung kepada berapa lama anda bekerja di Google, anda akan mendapatkan sehingga dengan 25 hari bonus hiburan dalam setahun.

Satu lagi perkara yang menarik dari segi pendapatan pekerja Google, menurut New York Times, kira-kira ada 1,000 pekerja Google yang mempunyai saham dengan nilai $5 juta dollar.
Masih menurut New York Times, setiap pekerja yang bersama Google untuk setahun sahaja memiliki nilai lebih dari $250,000.
Pesaing google mengatakan bahawa programmer Google telah menikmati 50% kenaikan gaji dalam beberapa tahun terakhir ini.