Memaparkan catatan dengan label Kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kewangan. Papar semua catatan

Selasa, 9 Julai 2013

Buy A Car - avoid paying more.

Bagaimana caranya hendak mengelakkan daripada membayar lebih kepada bank??

Jika anda belum membaca post saya mengenai Buy A Car.

Satu cara adalah dengan menjual kenderaan anda pada tahun kelima@keenam. Tapi dgn syarat, anda perlu menggunakan opsyen pertama atau ketiga daripada cth di atas.

Cthnya. Kita ambil opsyen ketiga di atas. Beli kereta baru dgn harga RM43,800, byr muka 10% dan pinjaman selama 7 tahun.

Susut nilai kereta lebih kurang 10% setahun [tetapi bergantung juga kpd keaadaan ekonomi dan pasaran kereta terpakai]. Kita ambil 10% sbg ukuran.

Tahun pertama   : RM43,800 – RM4,380 = RM39,420
Tahun kedua     : RM39,420 – RM3,942 = RM35, 478
Tahun ketiga      : RM35,478 – RM3,548 = RM31,930
Tahun keempat  : RM31,930 – RM3,193 = RM28, 737
Tahun kelima     : RM28,737 – RM2,874 = RM25,863

Maka pada tahun kelima, harga kereta anda adalah dalam anggaran RM25,000.
Kita tgk pula berapa jumlah baki pinjaman anda pada tahun kelima. Setiap bulan anda membayar RM584.25.
Maka setahun = RM7,011.00. Jumlah pinjaman anda ialah RM49,077.00.

Tahun pertama   : RM49,077 – RM7,011 = RM42,066
Tahun kedua      : RM42,066 – RM7,011 = RM35,055
Tahun ketiga      : RM35,055 – RM7,011 = RM28,044
Tahun keempat  : RM28,044 – RM7,011 = RM21,033
Tahun kelima     : RM21,033 – RM7,011 = RM14,022

Pada tahun kelima, baki pinjaman anda adalah RM14,022. Katakan harga kereta anda pada tahun kelima adalah RM20,000 [disebabkan harga pasaran kereta terpakai agak merosot, kita tolak RM5,000 dari jumlah yg telah dikira di atas]. Maka kita akan dapati jika anda menjual kereta anda pada tahun kelima, anda akan masih mempunyai baki sebanyak RM5,978 [RM20,000 – RM14,022]. Anda untung RM5,978. Duit keuntungan bukan utk anda pakai pergi melancong.. :)  tetapi anda gunakan sebagai bayaran muka utk kereta baru anda. Di mana penjimatannya?? [yelah, tolak kereta lama, ambik kereta baru. Tambah hutang lagi.]

Untungnya ialah, anda hanya perlu membayar RM39,435.00 [bayaran bulan RM7,011 x 5 tahun + RM4,380 duit muka] berbanding harga sebenar kereta iaitu RM43,800.00. Jumlah yang anda bayar jauh lebih jimat berbanding harga sebenar yang anda perlu bayar kpd pihak bank iaitu RM49,077.00. Anda telah jimat RM4,365.00 [RM49,077 – RM39,435.00].

Nampak tak penjimatannya?? Inilah teknik yg sering dipakai oleh org-org yg tahu menguruskan aset [terutama aset yg mempunyai susut nilai seperti kereta]. Pemahaman org bahawa pakai kereta sampai habis bayar adalah salah sebenarnya. Dgn penerangan saya td, saya harap anda dpt memahami apa yg cuba saya sampaikan. Jika anda ada kawan yg sering bertukar kereta setiap 5 ke 6 thn, kwn anda sebenarnya bukan hendak menunjuk-nunjuk ada kereta baru tp dia melakukan seperti penerangan saya di atas. Apa yg penting…kerjasama  duit muka dan bayaran bulanan yg anda mampu bayar.

Jadi, anda bagaimana??? Tepuk poket, tanyalah duit. Jika anda mampu apa salahnya.

Buy A Car

Kali nih AI nak bercerita mengenai pembelian kenderaan pulak. Istilah yg org bank guna – ‘Hire Purchase’ [suka sgt pakai istilah penjajah]. Yang mana lebih untung? Beli kereta tunai (tp 2nd hand), beli kereta baru [pinjaman penuh, RM0 byr muka] atau kereta baru [byr muka 10% + pinjaman selama 7 thn]???? Pernah tak kita terfikir atau kira berapa yg kita bayar pada bank utk pinjaman kereta? Berapa faedah yg bank dapat? Ok, cuba kita kira satu persatu..

———————————–

OPSYEN 1: BELI TUNAI (Kereta 2nd Hand)

————————————

Cth anda membeli kereta Perodua Kancil (tahun 2000) pada harga RM7,000. Apa yg anda dapat?

Anda akan dapat sebuah kereta yg milik anda sepenuhnya tanpa ada bebanan utk membayar hutang bulanan. Anda juga bebas daripada membayar faedah ke atas pinjaman anda kepada bank. Tp anda perlu menyimpan sedikit daripada duit gaji bulanan anda kerana kereta 2nd hand kadang-kadang mempunyai masalah-masalahnya yg tersendiri. Yelah, kereta lama kan. Banyak ‘wear and tear’ yg ada.

—————————————————

KERETA BARU (Full loan, 0 down payment)

—————————————————

Jika anda membeli kereta baru tanpa muka dengan pinjaman penuh, pecahannya adalah seperti berikut:

Cth: anda membeli kereta Proton Saga FL Executive dengan harga RM43,800.00 dgn faedah bank sebanyak 3.5%. Anda membuat pinjaman penuh dgn bayaran balik selama 9 tahun.

Harga Kereta      : RM43,800.00

Faedah Bank      :  RM43,800 x 3.5% = RM1,533.00

                           RM1,533.00 x 9 tahun = RM13,797.00

Jumlah Keseluruhan : RM43,800 + RM13,797 = RM57,597.00  —> inilah harga kereta yang anda perlu byr.

RM57,597.00 / 9 tahun [108 bulan] = RM533.30 sebulan. Ini bermakna anda telah membayar RM13,797.00 lebih daripada yg sepatutnya anda bayar kepada pihak bank.

——————————————————————

KERETA BARU [byr muka 10% + pinjaman selama 7 thn]

——————————————————————

Kita ambik cth yg sama seperti di atas.

Cth: anda membeli kereta Proton Saga FL Executive dengan harga RM43,800.00 dgn faedah bank sebanyak 3.5%. Anda membuat pinjaman 90%, bayar muka sebanyak RM4,380 [10% harga kereta] dgn bayaran balik selama 7 tahun.

Harga Kereta    : RM43,800.00

Pinjaman Bank  : RM43,800 – RM4,380 = RM39,420.00

Faedah Bank     : RM39,420 x 3.5% = RM1,379.70

                                 RM1,379.70 x 7 tahun = RM9,657.00

Jumlah Keseluruhan : RM39,420 + RM9,657 = RM49,077.00  —> inilah harga kereta yang anda perlu byr.

RM49,077.00 / 84 bulan [7 tahun] = RM584.25 sebulan. Ini bermakna anda hanya membayar RM9,657.00 lebih daripada yg sepatutnya anda bayar kepada pihak bank.

Berdasarkan kiraan ini anda boleh nilai sendiri opsyen mana yg sesuai dgn bajet anda. Saya akan sambung pd post akan dtg utk bercerita bagaimana nak kurangkan bayaran faedah pd bank. Jumpa lagi ye…

Rabu, 19 Jun 2013

Terkini : Harga petrol akan naik sebanyak 33 peratus

Terkini : Harga petrol akan naik sebanyak 33 peratus | Kerajaan Indonesia yang mungkin menaikkan harga petrol sebanyak 33 peratus iaitu daripada 4,500 rupiah seliter (RM1.42) kepada 6,500 rupiah (RM2.03), mencetuskan kemarahan beribu-ribu penduduk awam Indonesia. Mereka mengadakan bantahan besar-besaran di luar bangunan Parlimen di sini hari ini bagi membantah keputusan kerajaan. Menteri Kewangan, Chatib Basri berkata, harga petrol dan diesel akan naik tidak lama lagi sebaik-baik sahaja kerajaan selesai meneliti beberapa perkara sebelum kenaikan itu diumumkan.

"Kenaikan harga minyak amat penting disebabkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu," katanya yang merujuk kepada nilai mata wang rupiah yang merudum. Selain petrol, harga diesel turut meningkat daripada 4,500 rupiah seliter (RM1.40) kepada 5,500 rupiah (RM1.72). Dalam pada itu, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan tembakan meriam air ke arah kira-kira lapan ribu penunjuk perasaan yang bertindak melontar bom Molotov, mercun dan botol.

Polis yang ditempatkan di luar bangunan Parlimen juga terpaksa berdepan beratus-ratus penunjuk perasaan yang cuba menceroboh masuk selepas mengadakan bantahan untuk hari kedua berturut-turut. Keganasan terbaharu itu berlaku buat kali pertama sejak demonstrasi besar-besaran membantah kenaikan harga bahan api pada 2008. Sementara itu, Timbalan Presiden Indonesia, Boediono menggesa orang awam supaya bertenang dan tidak mencetuskan kekecohan. – AFP

Walaupun kenaikan itu 33% daripada harga sedia ada namun ianya jauh lebih rendah dibandingkan dengan Malaysia… Please check apa yang sebenarnya yang berlaku, kenapa harga petrol di Malaysia begitu tinggi sedangkan kita tersenarai sebagai salah satu negara pengeluar petrolium terbesar dunia.

Isnin, 3 Jun 2013

BAT Malaysia umum kenaikan harga rokok 30 sen sekotak hari ini

KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan semua harga rokok keluarannya sebanyak 30 sen, berkuat kuasa hari ini. Pengarah Urusan BAT Malaysia, Datuk William Toh berkata, seperti syarikat lain, BAT Malaysia berhadapan dengan tekanan inflasi, buruh dan kos pengeluaran menyebabkan kenaikan kos operasi dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, perdagangan rokok secara haram yang berterusan turut memberi kesan kepada jualan rokok yang sah. "Bagi menangani masalah ini, kami mengambil keputusan menaikkan harga sebanyak tiga peratus kepada semua jenis jenama rokok yang dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Rabu, 22 Mei 2013

5 tips mudah untuk menjadi JUTAWAN...!!

Siapa yang taknak jadi JUTAWAN kan..?? Ramai di antara kita yang memasang impian untuk bergelar jutawan tapi bagaimana..?? berniaga..?? MLM..?? kerja pangkat tinggi..?? Bagaimana nak mengekalkan kekayaan yang sedia ada untuk bergelar JUTAWAN..?? Aku ada tips mudah untuk gunakan sumber yang sedia ada dapat membantu kita mengecapi kesenangan ataupun financial freedom.

1. Kahwin hanya sekali.

Cube korang fikir pasal kos berkahwin pada zaman skang nih... RM20 ribu? RM30 ribu? RM45 ribu? hantaran berapa..? duit kenduri berapa..? duit photographer berapa..? senang citer cuba jumlahkan berapa kos untuk berkahwin di Malaysia nih... kalo buat cikai-cikai, nanti ade plak suara sumbang yang bergema... haishhh..!

Okehh, kenapa sekali jek..?? supaya kita dapat mengelakkan pembaziran dari segi kos perkahwinan, kos penceraian seperti peguam, kos tanggungan anak-anak yang ramai dengan perkahwinan yang pertama, kedua dan seterusnya.

Kahwin sekali, habis RM20 ribu... kahwin dua kali, habis RM20 ribu lagi... bila nak kaya kan..?

2. Pilih kerjaya yang betul atau yang disukai.

Dengan memilih kerjaya yang betul, tak kira laa samada kerja makan gaji atau berniaga sendiri, sangat penting supaya kita dapat memberikan komitmen yang tinggi terhadap kerja yg kita lakukan. Kenapa..? sebab kalo kite komited dengan apa yang kita lakukan, kita akan dapat pulangan yang tinggi... kalo kerja makan gaji, kerja rajin-rajin senang naik pangkat dan naik gaji... kalo berniaga sendiri, akan dapat keuntungan yang tinggi...

3. Hidup dengan satu INCOME.

Salah satu kelebihan selepas berkahwin ialah kita akan ada 2 income kalo partner kita pun bekerja jugak. Kalo boleh, kite try plan untuk hidup dengan satu income sahaja pastu income yang lagi satu disimpan atau dilaburkan. So, at least kalo-kalo salah sorang jatuh sakit atau hilang pekerjaan kita ada back up saving untuk cover expenses kita.

4. Laburkan wang simpanan. Bukan leburkan!

okehhh, income kedua yang utk disimpan tu kita cuba bahagikan kepada beberapa bahagian dari jumlah simpanan. Contoh katakan bulan ni kita boleh simpan dalam RM500 sebulan, bahagikan kepada 3 bahagian iaitu kecemasan, pelaburan dan juga masa depan. Kita boleh gunakan konsep 3:1:1 iaitu RM300 untuk pelaburan, RM100 untuk kecemasan dan RM100 untuk masa depan.

Cube bayangkan berapa yang kita ada dalam masa 3 tahun, 5 tahun atau 10 tahun.

5. Jangan hidup dengan gaya JUTAWAN.

Haaa... part ni yang susah sket nih. Kenapa..? Bila korang dah berjaya ikut 4 langkah di atas, aku percaya dalam akaun bank korang mesti ada lebih kurang dalam RM2400 setahun dan itu tidak termasuk dengan hasil pelaburan yang kita akan dapat seperti dividen ASB dan sebagainya. Masa nilaa kita akan jadi rambang mata bila tengok akaun bank ada duit banyak tuh. Kalo boleh, JANGAN sesekali gunakan..!!

Kenapa..?? kerana kita takkan tau apa yang akan terjadi pada tahun yang akan datang... Ingat, tujuan kita simpan adalah untuk KECEMASAN & MASA DEPAN..!!! bukan untuk kita beli kerusi baru, kereta baru atau shopping sakan...

Yang pasti kita masih boleh berbelanja untuk memenuhi keperluan dan kehendak kita seperti handphone, laptop, kereta atau bercuti tapi cuba gunakan income yang pertama itu tadi dan masih kekalkan konsep 3:1:1 dalam apa keadaan sekalipun.

Kesimpulan.

Untuk menjadi JUTAWAN adalah tidak mustahil bagi semua orang. Untuk mencapainya memerlukan disiplin dan juga perancangan yang bijak. Tak kira laa korang nih makan gaji ribu-riban atau berniaga besar-besaran, tanpa disiplin dan perancangan, sampai bila-bila pun harta yang kita takkan pernah cukup.

Kalo ianya penting untuk kita dapatkan financial freedom atau bebas hutang, jangan leburkan duit kita atau menambah hutang dengan membeli kereta baru, baju baru, handphone baru dan sebagainya. Bijaklah dengan duit kita dan sebelum kita sedar satu hari nanti, kita mampu menjadi JUTAWAN dengan kehidupan yang sederhana tapi terjamin dalam apa keadaan sekalipun.

Jumaat, 12 April 2013

Yuran baru taska RM450 seorang

Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha dan Pengasuh taska Berdaftar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PEPENTA WPKL) akan menaikkan yuran bulanan taska berikutan kos operasi meningkat selain memberi ruang kepada pengasuh memperoleh pendapatan lebih tinggi.

Presidennya, Hashim Ibrahim berkata, caj baru yang akan dikenakan bermula 1 Jun depan ialah pada kadar RM450, kenaikan antara RM150 hingga RM200 dengan beberapa pengubahsuaian taska sudah pun dicadangkan kepada pengusaha di sekitar Lembah Klang.

Katanya, bagi tujuan itu, satu memorandum sudah diserahkan kepada pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu untuk memohon pertimbangan serta suntikan dana bagi meringankan beban pengusaha yang perlu membayar gaji minimum RM900 berkuat kuasa pada tarikh itu.

“Kita akur dengan arahan pelaksanaan kadar gaji itu, tetapi di peringkat pengusaha, kita memiliki kemampuan yang terhad kerana kos semakin tinggi. Jadi dalam mesyuarat baru-baru ini, kita buat keputusan untuk mengenakan RM450 seorang,” katanya ketika ditemui semalam.

Kenaikan itu katanya turut merangkumi yuran tahunan, kadar kerja lebih masa, transit sekolah rendah, tadika dan sekolah menengah.

“Setakat ini, sebahagian besar pengusaha berdaftar di Lembah Klang bersetuju untuk menaikkan yuran,” katanya.

Jumaat, 8 Mac 2013

Belanja membiayai perasaan seronok.

Apabila sebahagian wanita suka membaca majalah, menonton telivisyen yang menayangkan perkahwinan orang yang dikatakan terkenal di dunia seperti artis, selebriti dan orang kenamaan, mereka terdedah dan terpengaruh untuk turut sama membiayai perasaan seronok.
Wanita yang sudah terpengaruh itu, ingin menghabiskan duit bagi mendapat rasa seronok. Antara perbelanjaan membiayai perasaan seronok adalah :
1. Hantaran barangan yang berjenama dan paling kurang ada jenama, supaya dipandang setaraf dengan selebriti.
2. Pelamin supaya nampak beliau juga boleh menjadi raja seperti selebriti walaupun untuk tempoh 4 jam sahaja.
3. Baju pengantin yang ditukar 4 set dalam masa kurang dari 1 jam, bagi menunjukkan kaya dan mampu setaraf dengan selebriti dan orang kenamaan.
4. Wang hantaran yang tinggi, walaupun pengantin lelaki terpaksa berhutang dengan bank tidak mengapa, asalkan wanita itu nampak bertaraf selebriti apabila meletakkan hantaran tinggi seperti RM 8,000 ke atas.
5. Hiasan khemah yang berwarna warni supaya nampak seperti majlis perkahwinan selebriti, walaupun kipas yang ada di dalam khemah itu kurang berfungsi sehingga menyebabkan sebahagian tetamu panas.
6. Jurufoto-jurufoto professional supaya mengambil banyak gambar dan setiap langkah dan saat dirakam divideokan tidak ubah seperti perkahwinan ala selebriti.
Perbelanjaan di atas adalah antara perbelanjaan untuk merasakan seronok pada hati ibu bapa pengantin perempuan dan pengantin perempuan itu sendiri. Tiada kajian barat yang ditemui berkenaan kebahagian perkawhinan sekiranya melakukan perkara di atas. Belum bertemu dengan hadis, yang mengatakan perbelanjaan perkahwinan yang besar dan melakukan aktiviti di atas itu meningkatkan lagi keberkatan majlis perkahwinan.
Bahagianya seorang lelaki bernama suami kerana empat perkara.
1. Rumah yang elok (kalau hutangnya tinggi?)
2. Kereta yang elok (kalau bebanan ansuran bulanan tinggi dan lama?)
3. Isteri yang elok
4 Jirang yang elok
Rujuk Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta untuk informasi tambahan berkenaan merancang perkahwinan yang tidak membazir. Jumlah Mas Kahwin @ Hantaran yang sesuai di zaman ini adalah RM 5,000 yang diberikan sama ada di dalam bentuk wang tunai ataupun lebih bagus di dalam bentuk emas 916 dan ke atas. Mas kahwin ataupun wang hantaran itu tidak menjadi wang hangus untuk kenduri membiayai perasaan seronok dilihat dan dipandang seperti orang kaya ataupun selebriti.

Isnin, 21 Januari 2013

Semakan Keputusan BR1M 2.0

Semakan BR1M 2.0 LHDN Semakan Keputusan BR1M 2.0 Online 2013. Status Permohanan!Semakan BR1M 2.0 : Setakat ini, telah lebih 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0) yang telah dihantar dan diterima dan kami jangkakan jumlah permohonan BR1M 2.0 akan bertambah menjelang tahun 2013 kelak :

Borang BR1M 2.0 Online : KLIK SINI

  • Jika anda masih belum menghantar sebarang permohonan BR1M 2.0 online ataupun secara manual, CEPAT!! Sebelum tarikh permohonan BR1M 2.0 akan ditutup tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, tarikh tutup masih belum diumumkan sehingga ke hari ini.
Semakan BR1M 2.0 : Statistik Permohonan
  • Terdapat 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 yang telah diterima
  • Status permohonan setakat ini menunjukkan lebih 1.6 juta permohonan adalah daripada individu bujang dan 720,000 permohonan daripada isi rumah.
  • 54 peratus permohonan itu dibuat secara manual manakala selebihnya dibuat secara BR1M 2.0 online
BR1M 2.0 Online Semakan Keputusan BR1M 2.0 Online 2013. Status Permohanan!
BR!M 2.0 LHDN : ebr1m.hasil.gov.my
Berdasarkan sumber maklumat yang kami terima, semakan BR1M 2.0 boleh mula dibuat bermula 10 Februari 2013 dan dijangka semakan BR1M 2013 boleh juga dibuat secara online buat kali yang pertama dan keputusan BR1M 2.0 juga akan dihantar melalui pos.

Semakan BR1M 2.0 Online 2013 :

- Akan dikemaskini (Februari 2013) -

Semakan Keputusan BR1M 2.0 Secara Pos :

  • Status semua pemohon BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) juga akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan BR1M RM500 (isi rumah) & RM250 (bujang) melalui pos
  • Setiap pemohon bantuan BR1M 2.0 yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan

Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline :

  • Anda sendiri sebagai pemohon juga boleh semak status permohonan BR1M 2.o dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013.
  • Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja
Cara Pembayaran Baucar BR1M 2.0 2013?
  • Diadakan satu majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 kepada senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 yang berjaya
  • Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan baucar tersebut
  • Bantuan RM500 & RM250 melalui baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara
  • Tempoh sah laku baucar bantuan BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 belum dipastikan setakat ini.

Khamis, 1 November 2012

Daftar BR1M 2.0 online….

klik sini untuk mendaftar/ mengemaskini maklumat bagi penerima BR1M sedia ada.

Khamis, 10 Mei 2012

Harga Tayar Kereta…

Tayar merupakan satu komponen penting kenderaan anda, tidak kira apa jenis kenderaan yang anda gunakan. Sama ada kenderaan yang anda gunakan adalah untuk tujuan komersial seperti lori, treller, bas, van, teksi; industri seperti jentera pengaut (backhoe loader), lif garfu (fork lift) dan sebagainya; tidak kurang juga untuk kegunaan domestik iaitu untuk kegunaan sendiri seperti kereta persendirian, suv, mpv dan bermacam lagi.
Berikutan peningkatan harga bahan mentah untuk membuat tayar iaitu Getah (latex) daripada pokok getah serta peningkatan kos buruh dan juga undang-undang keselamatan serta kualiti tayar yang diperbuat maka secara langsung meningkatkan lagi harga tayar yang dijual di pasaran pada hari ini.
Sudah tentu kebanyakan daripada anda memiliki kenderaan yang menggunakan tayar, maka begitu penting bagi anda untuk mendapatkan maklumat tayar yang penting kepada anda bagi mengelakkan anda ditipu bulat-bulat oleh penjual tayar (kedai tayar) jika ditafsirkan oleh bahasa kasarnya anda adalah bodoh kerana ditipu. Tetapi sebenarnya anda bukannya bodoh kerana rata-rata dikalangan anda adalah profesional yang mampu menjana pendapatan ribuan RM setiap bulan, jika tidak manalah mampu bagi anda untuk memiliki kenderaan atau kereta yang membuatkan anda perlu tahu sesuatu tentang tayar. Ada boleh dapatkan maklumat mengenai tayar di keluaran lalu http://whoamieitismei.blogspot.com/2012/01/rahsia-tayar-anda.html.
Tahukah anda setiap tayar yang dikilangkan memiliki had tempoh penggunaannya iaitu secara purata 2 tahun dari tarikh pengeluarannya… Sekiranya tayar yang anda gunakan tu melebihi 2 tahun, kecekapan dan risiko kegagalan tayar anda untuk berfungsi dengan baik adalah tinggi dan kemungkinan besar boleh mengakibatkan kecederaan kepada diri anda, keluarga anda dan juga mereka yang terlibat secara langsung ataupun kesan sampingan daripada situasi yang dialami.
Anda perlu bijak dalam memilih tayar dan kedai yang dipilih untuk mengelakkan anda ditipu.. Jadi untuk itu anda perlu bijak memilih kedai tayar iaitu kedai tayar yang kawasannya dikelilingi oleh deretan kedai tayar… kerana persaingan akan membuatkan mereka cuba memenangi pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan dan harga yang lebih baik.. Disamping itu juga anda perlu tahu harga lingkungan tayar yang hendak dibeli… Anda boleh menelefon terlebih dahulu kedai tayar berkenaan untuk mendapatkan harga yang berpatutan dan membuat perbandingan harga.. Jangan sekali-kali gamble kekedai tayar tanpa membuat tinjauan terlebih dahulu.
Anda juga dinasihatkan untuk melihat setiap perkara yang dilakukan oleh pekerja kedai tayar supaya anda tidak ditipu oleh mereka yang menunjukkan beberapa kerosakan lain yang dilakukan oleh mereka semata-mata untuk menjual alatganti yang lain yang ditawarkan oleh mereka sebagai contoh bearing, absorber, brakepad dan sebagainya kerana kita tidak menyelia mereka. Untuk itu perlu bijak kerana anda adalah bijak.

Isnin, 26 Mac 2012

Pantun Moden..

Bermula dgn sekadar mengurat
Lalu bertemu di satu tempat
Maka tangan pun mula melorat
Lawan peluk tak kurang hebat

Bila peluk sama rapat
Nafas pun tersekat-sekat
Baju sendat turut terangkat
Gunung berluruh turut d’pnjat

Tinggi rendah,bacaan disukat
Jarum meter bepusing ligat
Lubang kosong mula tersumbat
Habis longgar dlunya ketat

Ular sakti menikam tepat
Bisa terpancut kononnya ubat
Ubat cinta tak pernah tergugat
9 bulan perut sarat

Dulu kosong skrg berat
Bila d’tnya kata terjerat
Time kangkang kononnya nikmat
Cepat lah abg cepat lah cepat

Pikir dunia tak ingat akhirat
Dapat baby di buang merempat
Masalah selesai kononnye selamat
Buat dulu pastu taubat

Tapi skrg sudah terlambat
Segala amalan di hitung di catat
Tunggu lah masa tunggu lah saat
Di akhirat kelak HANG TAKKAN SELAMATTT.

Read more: http://informations-the.blogspot.com/

Jumaat, 16 Mac 2012

Pulangkan Duit Kami

Ya…mereka (Kumpulan Premier SBPA) dah dapat “merasa” dulu duit gaji SBPA sejak daripada 1 Januari 20112 yang lalu. Masing-masing sudah menerima gaji SBPA terlebih dahulu berbanding kakitangan awam lain yang ketika itu masih lagi bergelut dengan isu penangguhan & semakan semula SBPA.
Dan ada sumber yang mengatakan, ada jabatan yang telah memberikan awal gaji SBPA untuk bulan 1,2. Itu semua dibuat berdasarkan budi bicara jabatan tersebut. Ini kerana ada jabatan yang berpendapat dan mengambil keputusan tersebut atas beberapa pertimbangan dan alasan:

  • Tidak kira ada semakan semula atau rombakan sekalipun, mereka merasakan mesti perubahan yang bakal dilakukan pada masa itu, hasilnya samada lebih tinggi atau paling tidak pun sama dengan SBPA
  • Itu jangkaan mereka. Tetapi….
  • Akhirnya, selepas batal SBPA, kumpulan Premier termasuklah JUSA ini tidak naik sebanyak SBPA seperti yang disangka-sangkakan. Begitu juga gred-gred bawah jabatan tersebut pun ada yang sudah menerima terlebih dahulu.
  • Itu sebablah mereka mahu pulangkan semula gaji SBPA tersebut

Dan, sumber itu juga yang mengatakan sebahagian daripada 36 pegawai tinggi kerajaan dari Kumpulan Premier itu telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah untuk memulangkan semula semua gaji SBPA kepada kerajaan.

Ada kalangan daripada kumpulan premier yang sudah menerima 2 kali gaji SBPA sejak mereka bersetuju dan menurunkan tandangan pada Disember 2011.

Walaubagaimanapun, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dijangka akan membuat keputusan dalam mesyuarat minggu hadapan yang bakal dihadiri wakil-wakil dari kementerian, jabatan dan agensi kerajaanterhadap terdapat persoalan melibatkan kumpulan ini :

  • penjawat awam dan pesara yang sudah memperolehi bayaran gaji dan pencen mengikut skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
  • mencari mekanisme yang bersesuaian untuk menyelesaikannya

Tuntutan Terbaru Cuepacs

  1. CUEPACS berharap kerajaan dapat mempercepatkan penubuhan suruhanjaya khas bagi melaksanakan penambahbaikkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang digunakan kakitangan awam sekarang
  2. Penambahbaikan termasuk hal berkaitan isu gaji maksimum kakitangan yang lama berkhidmat. Ini kerana, selepas menerima kenaikan 13 peratus, gaji mereka akan menjadi maksimum semula
  3. CUEPACS juga memohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi kelonggaran kepada kakitangan yang tidak memilih opsyen saraan 60 tahun, supaya berpeluang menandatanganinya semula.
P/S : Sama-sama kita nantikan pendirian dan keputusan yang bakal diambil JPA pada minggu hadapan. Apa respon anda pula?

Khamis, 15 Mac 2012

Konspirasi REDHA.

Pasaran Hartanah Malaysia Harga Rumah Naik Ekonomi Malaysia Bertambah Baik? REDHA, Sila Jangan Contohi Sepanyol!!

Segalanya tipu belaka apabila helah pihak REDHA kerapkali mencanang & menghidangkan data & berita kepada orang ramai dengan harapan sektor hartanah yang dikuasai mereka akan terus akan menerima lonjakan seperti apa yang mereka rancangkan. Kononnya :

hartanah mahal = ekonomi mantap

Harga Rumah Naik : Antara Propaganda REDHA Yang Kerapkali Dimainkan :

  1. Pinjaman rumah sepatutnya dilanjutkan lagi. Sepatutnya diperbanyakkan lagi hutang melibatkan hartanah
  2. Hutang-hutang yang melibatkan hartanah perlu digalakkan lagi ( ersungguh-sungguh mereka marah kepada media yang highlight tahap hutang isi rumah di Malaysia sebelum ini)
  3. Harga rumah di Malaysia masih lagi murah jika dibandingkan dengan Vietnam
  4. Kerajaan dinasihati jangan buat capital gains (5% itu pun dah melatah kelompok pemaju hartanah)
  5. Mereka akan terus-menerus memuji, memuja dan hanya bercerita yang elok sahaja tentang projek terbaru mereka. Kemudian letak nama projek hartanah mereka yang mempunyai yang dirasakan mempunyai nilai komersial seperti Serene, Santuary, Nature, Relaxing, KL View dan lain-lain lagi. Kemudian jual harga juta-juta.
  6. Dan…..kata mereka lagi harga hartanah naik sebenarnya melambangkan ekonomi Malysia makin kukuh.

Property Bubble Malaysia Harga Rumah Naik Ekonomi Malaysia Bertambah Baik? REDHA, Sila Jangan Contohi Sepanyol!!Itu kata MDC & REDHA. Tetapi laporan berita yang dikeluarkan oleh Bloomberg baru-baru menarik perhatian kami. (States Hardest Hit by Housing Collapse Lead U.S. Jobs Recovery). Diberitakann pada 5 tahun lepas, Arizona, California, Florida dan Nevada merupakan antara negeri yang mengalami kecederaan dan kerosakan teruk dalam sektor hartanah di Amerika. Itu dahulu…..Sekarang? Mereka pula yang sedang mengetuai dengan cepat pasaran tenaga buruh di Amerika.

Lihat satu lagi contoh sekarang ini, Sepanyol. Adakah kenaikan harga hartanah di sana membawa kemakmuran ekonomi Sepanyol? Selepas dalam tempoh 10 tahun, kenaikan hartanah secara keterlaluan akhirnya hari ini memakan diri sendiri. Hari ini Sepanyol “boleh berbangga” dengan  menghasilkan data seperti di bawah:

“pengangguran 21%; kadar pengangguran golongan muda 50%” (Sumber : Bloomberg)

Kalau di Malaysia, REDHA terus lepas tangan dengan masalah rumah terbengkalai yang menunjukkan lebih 50% projek yang dilancarkannya dikategorikan sebagai “bermasalah”. Rumah terbengkalai berpuluh tahun pembel masih lagi kena bayar faedah, adakah mereka ambil peduli?

“Yang kenyang kelompok pemaju hartanah, yang sengsara rakyat”

Realitinya sekarang ini, kebanyakan pemaju sedang memusnahkan landskap semulajadi Malaysia. Mereka tidak kisah samada rumah tersebut berpenghuni atau tidak. Asalkan jualan rumah 100% berjaya terjual. Itu sebablah sekarang ini kawasan yang sudah sedia maklum kepadatannya pun, pemaju hartanah masih lagi mahu “menyelit” dengan membangunkan lagi kawasan baru semata-mata mahu mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda dengan segera.

Dan…tidak hairanlah sekarang kita kurang melihat rumah-rumah teres dibangunkan. Sebab kurang untung.  Sedangkan begitu banyak kawasan tanah yang boleh dibangunkan untuk membangunkan rumah-rumah seperti ini.

  • Dalam pada masa yang sama kelompok pemaju hartanah terus memerhatikan kebanjiran orang ramai berpindah ke Kuala Lumpur
  • DBKL pula “galak” dan dilihat menjadi “lemah” apabila berhadapan dengan pemaju hartanah sehingga terus meluluskan projek-projek yang diusulkan oleh pemaju tanpa memerhati & menilai dengan lebih terperinci kesembangan pembangunan di sesuatu kawasan, sehinggalah tidak berlaku pengeluaran melebihi daripada permintaan. Mereka ada kuasa. Mereka boleh meluluskan, dan meraka juga boleh menolak permohonan projek. tetapi apa yang berlaku sekarang ini?

Apa jadi kepada pemaju jika segala “perancangan mereka telah selesai di Malaysia”? Mereka senang-senang sahaja berhijrah ke tempat lain.

REDHA Property Harga Rumah Naik Ekonomi Malaysia Bertambah Baik? REDHA, Sila Jangan Contohi Sepanyol!!Semakin ramai terbeban dengan hutang pinjaman rumah, akhirnya “pendapatan boleh guna” selepas bayar pinjaman menjadi semakin rendah. Ekonomi domestik jugak akan menerima bencana besar apabila ramai kekurangan tunai untuk berbelanja.

Dan bagi kami selagi masih ada “kelompok yang cukup berpengaruh” terus memberikan sokongan secara tersembunyi dibelakang REDHA sehingga dilihat segala perancangan REDHA “dihalalkan”, harapan untuk kita melihat sektor hartanah kembali kepada paras normal hanya impian semata-mata dan ia sukar menjadi realiti.

P/S : Apa respon anda pula dengan isu ini?

http://beritasemasa.com

Selasa, 13 Mac 2012

SSM + 13%, Bagaimana Pengiraannya

Tentu semua tertanya-tanya bagaimana pengiraan sebenar gaji yang akan anda terima untuk gaji baru selepas pelarasan 13% seperti mana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini. Beberapa blog telah sempat saya terjah dan hasilnya blog yang sempat saya terjah semuanya masih menggunakan konsep jadual gaji matriks ataupun jadual gaji sebaris. Adakah cara pengiraan yang sedemikian bertepatan dengan konsep Jadual Gaji Minimum dan Maksimum.

Dari pemahaman dan sumber-sumber yang boleh dipercayai, ianya bukan sedemikian sepertimana yang saya lihat dari blog-blog yang lain. Ianya adalah pertambahan 13% dari gaji pokok anda dan pergerakan tahunan adalah seperti yang diumumkan. Maka, gaji diantara kita pada suatu masa nanti tidak akan sama seperti JGM.

Ini sahaja yang dapat aku kongsikan buat masa ini, namun sekiranya ada maklumat terbaru maka akan aku beritahu disini seperti mana kata blog denaihati hidupkan untuk memberi.

Jadi apa-apa pun.. bergembiralah.. Jangan sedih walaupun Gaji SSM + 13% kurang daripada gaji yang ditawarkan dalam SBPA. Terimalah dengan hati yang terbuka.

Isnin, 30 Januari 2012

SARA 1 Malaysia

Tinjauan

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

(Klik disini untuk borang)

 

Ciri-ciri Istimewa Skim

  • Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
  • Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5 tahun.
  • ·Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

Ciri Pinjaman

  • Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
  • Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I.
  • Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:

Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut;

Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan;

Peserta didapati muflis; atau

Peserta meninggal dunia.

KELAYAKAN

Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun

Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000

Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman

Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank

Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:

  • Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
  • ASB Sejahtera; dan
  • ASW 2020 Bandar

Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000

Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah

Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:

  • Bumiputera - 50%;
  • Cina - 30%;
  • India - 15%; dan
  • Lain-lain - 5%

Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman

Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

DEFINISI ISI RUMAH
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:

Berkahwin - kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan

Ibu atau bapa tunggal - pendapatan kasar individu.

Dokumen Utama

  • Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
  • Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
  • Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
  • Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
  • Borang Jualan Balik ASNB 31
  • Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
  • Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)

Dokumen Sokongan

  • Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan
  • Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinan
  • Dokumen Pengesahan Pendapatan
    • Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
    • Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.

    * BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI - sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen

Rabu, 11 Januari 2012

Penjawat Awam Akan Menerima Gaji SBPA Januari 2012

KUALA LUMPUR – Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Jan ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan Isnin, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Jan ini.

“Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Jan 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Dis 2011 kepada 15 Jan 2012,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari. – BERNAMA

Rabu, 21 Disember 2011

SBPA – Lampiran C (Reveal)

Untuk pertama kalinya dan yang pertama mendedahkan Lampiran C, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011. Tentunya anda semua masih mencari-cari dimanakah Lampiran C.

Lampiran C yang menjadi sumber segala persoalan dan pertikaian antara CUEPACS dan Perkhidmatan Awam. Semoga dengan pendedahan ini membuatkan anda lebih memahami kenapa Lampiran C tidak dipamerkan kepada umum.. Sila Klik Disini… LAMPIRAN C.

Semoga anda membaca dan memahaminya, dan jangan dihebohkan kepada lain atau individu diluar perkhidmatan awam…

Selasa, 20 Disember 2011

SBPA - Terima atau Tolak

TERIMA/ TOLAK SBPA; Persoalan yang dibangkitkan dan timbul dari penantian yang penuh penyiksaan mengenai SBPA. Jika sebelum ini, sejak dari pengumuman oleh YAB PM mengenai Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam menjadi pertanyaan dan satu isu yang hangat diperkatakan. Pelbagai andaian dan khabar angin mengenainya tersebar di mana-mana sahaja yang memiliki penjawat awam yang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Malaysia di seluruh dunia, asalkan ada penjawat awam berkenaan.

Namun sejak dari keluarnya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011, Bilangan 13 Tahun 2011 dan Bilangan 14 Tahun 2011 secara rasmi, segala pertanyaan dan persoalan yang sedia ada telah terjawab namun timbul lagi banyak persoalan mengenainya yang menghantui setiap minda penjawat awam. Ramai yang bertanyakan mana Lampiran C? Kenapa Lampiran C tidak dipamerkan kepada umum? Kenapa tempoh untuk membuat pilihan terlalu singkat? Bagaimana Kaedah Pemindahan Gaji? dan pelbagai lagi persoalan yang perlukan penjelasan dari JPA sebagai Peneraju Perubahan Perkhidmatan Awam yang bertanggungjawab sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab untuk Membangunkan organisasi perkhidmatan awam yang mantap melalui penyusunan semula struktur organisasi, skim perkhidmatan dan perjawatan secara berterusan selaras dengan skop tanggungjawab semasanya supaya dapat berfungsi dengan optimum.

Releven kenapa Jadual Gaji Sebaris (JGS) tidak dipamerkan kepada umum… Penjawat Awam pada hari ini mempunyai banyak masa lapang dan oleh kerana itu mereka ada masa untuk membandingkan gaji yang diterima oleh setiap orang di Skim Perkhidmatan dan Gred yang berbeza. Lampiran C juga tidak dipamerkan kepada umum kerana mengelakkan pihak luar yang cuba mengambil kesempatan terhadap kenaikan gaji yang diterima oleh penjawat awam… contohnya Along, Institusi Kewangan dan sebagainya. Bukan mereka sahaja yang berminat dengan gaji penjawat awam. Peniaga-peniaga dan retailer juga berminat untuk mengetahui gaji penjawat awam… Ini akan menyebabkan mereka berusaha untuk menaikkan harga barangan keperluan berfaktor dengan kenaikan gaji penjawat awam.

Semua korporat atau swasta juga tidak mengumumkan gaji yang diterima oleh mereka setiap bulan, kerana ianya adalah berkonsep Private and Confidential. Pernahkah kita mengetahui gaji yang diterima oleh mereka diluar sana… Begitu jugalah dengan Perkhidmatan Awam…

Khamis, 15 Disember 2011

Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia boleh diperolehi dari 10 Disember 2011 sehingga 1 Januari 2012. Tetapi bagi yang memiliki kemudahan talian dan capaian ke internet boleh memuat turun borang berkenaan di sini. Untuk memudahkan anda semua saya bawakan kepada anda.

Untuk pengetahuan semua, Borang Permohonan BR1M boleh diperolehi secara percuma

Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Isi rumah yang layak memohon merujuk
kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
Warga emas sebatang kara

Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.
Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

 

SIARAN MEDIA
MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA
MAKLUMAT TAMBAHAN: BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan bermula pada hari Sabtu, 10 Disember 2011 sehingga 10 Januari 2012

Penjelasan mengenai pendapatan kasar isi rumah
• Pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada pendapatan suami, isteri dan tanggungan yang masih bujang dan bekerja yang tinggal serumah

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama

Ketua isi rumah
 Borang permohonan BR1M :
 Salinan kad pengenalan pemohon
 Slip gaji terkini (jika berkenaan)
 Salinan kad pengenalan tanggungan (sama ada suami/ isteri/ anak)

Tanggungan:

Kesemua dokumen di atas, perlu dikepilkan bersama borang permohonan bagi mempercepatkan proses dan mengelakkan sebarang kesulitan.

Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh didapati secara percuma di semua Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN, Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi-agensi Kerajaan serta Lobi Utama Kementerian Kewangan, Putrajaya dan sekolah-sekolah terpilih mulai 10 Disember 2011, bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Perrtanyaan lanjut
Untuk maklumat lanjut sila layari www.treasury.gov.my atau hubungi talian 1-800-222-500 (Hari bekerja jam 9 pagi sehingga 5 petang)
Talian juga akan beroperasi pada 10 Disember 2011 (Sabtu) dan 11 Disember 2011 (Ahad).
Kementerian Kewangan Malaysia
9 Disember 2011

Rabu, 14 Disember 2011

SBPA Disebalik Penantian

Alhamdulillah, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011, secara rasminya telah dikeluarkan oleh JPA, sebagai Agensi Pusat Perkhidmatan Awam. Segala Persoalan yang selama ini menjadi teka teki telah terjawab, namun disebalik jawaban yang diperolehi semakin banyak persoalan yang timbul di benak fikiran penjawat awam di seluruh negara dan yang berada nun jauh di perantauan.

Secara positifnya kenapakah tempoh pemberian opsyen cuma selama 15 hari, adakah tempoh yang diberikan mencukupi bagi penjawat awam untuk menimbang segala kemungkinan, implikasi dan risiko disebalik SBPA.

Secara keseluruhannya SBPA jauh lebih baik daripada SSM dari segi perkhidmatannya dan sebagainya cuma apa yang menjadi persoalan dimanakah Lampiran C iaitu Jadual Gaji Sebaris (JGS)… Kenapa JGS tidak dipamerkan. Apakah muslihat disebaliknya. Adakah JGS lebih baik berbanding dengan JGM? atau hanya satu silap mata yang cuba ditunjukkan oleh JPA untuk membuatkan penonton rasa kagum.

Bagaimana dengan perpindahan gaji dari JGM ke JGS, adakah ianya berbaloi. Itulah persoalan yang perlu difikirkan oleh CUEPACS sebelum menerima SBPA.

Adakah Silap mata yang cuba dipertunjukkan oleh JPA sebenarnya satu kenyataan atau sekadar satu ilusi untuk mengaburi keburukannya. Kenapakah Lampiran C, tidak dipertontonkan kepada umum.

Ya, Lampiran C sememangnya intipati yang perlu dipertontonkan kepada umum sekiranya mahukan SBPA mendapat sambutan daripada semua Penjawat Awam. Lampiran C menyemburnyikan segala keburukan dan kelemahan SBPA yang cuba di sembunyikan. Sejauh manakah penutupan ini boleh bertahan.

Kepada CUEPACS, diharapkan agar mendapatkan Lampiran C sebelum membuat keputusan samada untuk menerima atau menolak SBPA. Ini seolah-olah satu penipuan yang nyata yang cuba di permainkan oleh kerajaan.

Sekiranya SBPA jauh lebih baik daripada SSM, kenapa Lampiran C perlu disembunyikan kepada umum. Semoga pihak yang berkenaan dapat menjawab persoalan yang dikemukakan…

SBPA satu penipuan terhadap penjawat awam…