Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Khamis, 11 Julai 2013

Tiada jaminan kerja graduan tamat latihan perguruan

Secara prinsipnya, tiada dasar jaminan pekerjaan dalam melaksanakan pelantikan dan penempatan graduan yang telah tamat latihan perguruan di IPTA dan IPGM.
Sebaliknya, pelantikan dan penempatan guru baharu berdasarkan kekosongan jawatan yang mencukupi bagi membolehkan setiap graduan yang tamat pengajian dengan jayanya dan memenuhi syarat pelantikan skim dilantik berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran

Demikian jawapan bertulis kementerian itu kepada soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam soalannya, Nurul Izzah meminta Menteri Pendidikan menyatakan:-

(a) rasional penghapusan jaminan kerja bagi graduan perguruan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA); dan
(b) perancangan jangka panjang untuk graduan ini sekiranya tidak ditempatkan di mana-mana sekolah.

Walau bagaimanapun, kementerian itu menjelaskan pelaksanaan dasar perjawatan ketat yang diputuskan oleh kerajaan mulai 2010, dan keputusan melanjutkan had umur persaraan kepada 60 tahun telah memberi kesan kepada jumlah kekosongan perjawatan yang terhad dan tidak dapat menampung bekalan graduan yang bakal bergraduat mulai tahun 2013.

Justeru, walaupun sebahagian graduan adalah ditaja oleh kementerian, pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan.
“Perkara ini jelas dinyatakan dalam perjanjian biasiswa yang ditandatangani antara kementerian dan graduan yang terlibat,” ujar kementerian itu lagi.

Jumaat, 5 Julai 2013

P/Raya Kecil DUN Kuala Besut

P/Raya Kecil DUN Kuala Besut 24 Julai, Penamaan Calon 12 Julai - SPR

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu ditetapkan pada 24 Julai, pengundian awal 20 Julai manakala tarikh penamaan calon ialah 12 Julai.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, berkata daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) suku pertama, kedua, ketiga dan keempat tahun 2012 dan DPT suku pertama tahun 2013.

"Sembilan pusat mengundi akan dibuka, satu untuk pusat mengundi awal dan lapan bagi pengundian biasa," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai pilihan raya kecil DUN Kuala Besut di sini Jumaat.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 apabila mengalahkan calon muslimah PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Abdul Aziz berkata daftar pemilih itu mengandungi 17,683 pemilih berdaftar terdiri dari 16,534 pemilih biasa, 1,134 anggota tentera dan pasangan, 14 polis dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Beliau berkata bagi pengundian biasa lapan sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi 35 saluran tempat mengundi.

"Bagi pengundian awal, Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak dengan dua saluran akan digunakan sebagai pusat mengundi. Seramai 305 petugas pilihan raya akan dilantik," katanya.
Beliau berkata anggaran kos perbelanjaan bagi menjalankan pilihan raya kecil itu ialah RM760,000.

Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.
Abdul Aziz berkata bagi maksud permohonan undi pos, permohonan boleh dibuat mulai Jumaat.

Tarikh tutup permohonan untuk warganegara Malaysia di luar negara ialah pada hari penamaan calon manakala bagi petugas pilihan raya dan petugas media ialah dua hari selepas penaman calon, katanya.
Beliau berkata pengundi dalam kawasan pilihan raya itu boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi di laman web SPR www.spr.gov.my atau menerusi SMS dengan menaip SPR jarak SEMAK jarak nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888, mulai 11 Julai.

Abdul Aziz berkata bagi memastikan pilihan raya kecil berjalan lancar, semua pihak diminta mematuhi arahan-arahan pihak polis termasuk semasa berkempen.

Ditanya mengenai sama ada boleh menggunakan masjid untuk berkempen, beliau berkata SPR tidak mempunyai kuasa kerana ia di bawah bidang kuasa negeri.

Satu pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya yang diketuai seorang pegawai penguatkuasa akan ditubuhkan bagi memantau semua aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen, katanya.

-- BERNAMA

Khamis, 4 Julai 2013

Please UNFriend Me

Bismillah. Ya Allah ajarilah aku perkara yang aku masih jahil, dan berilah aku ingat semula perkara yang aku sudah lupa. Amin.
Didoakan apa yang ditulis di bawah ini, adalah di atas pencerahan yang Allah berikan kepada kami, di atas permohonan kepada Allah supaya mengajar kami perkara yang kami masih jahil.
Nota ini adalah hanya untuk dibaca oleh para mentee saya, kepada sahabat saya, sekiranya yang ada terlipat dengan MLM, elakkan membacanya.
Sekiranya teringin untuk membacanya dan selepas membacanya sakit hati, tuan dan cik puan dipersilakan untuk 'unfriend' saya, kerana saya terpaksa di atas ilmu yang Allah berikan.
Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Begitulah tugas kami dalam isu-isu kewangan. Tuan dan cik puan sentiasa dipersilakan untuk 'unfriend' saya sekiranya tidak setuju saya menulis entri ini. Saya terpaksa kerana ini adalah hal kepentingan masyarakat dan di atas ilmu yang Allah berikan, saya perlu memberitahu apa yang baik dan tidak baik, setakat apa yang saya tahu.
Seperti di dalam Buku Makan Gaji Tetapi Kaya, saya sudah nyatakan kepada tuan dan cik puan yang ingin mengambil buah fikiran saya. Jangan, jangan, jangan melibatkan diri dengan Multi Level Marketing. Sudah banyak yang jatuh dan bungkus dari satu demi satu.
Saya sudah membuat kajian dah sudah lama kajian saya itu, sehingga hari ini, jawapan saya, jangan, jangan, jangan mempengaruhi orang lain supaya membeli dan menjadi agent, beban hidup apabila terpaksa membayar balik kos-kos orang lain yang rugi kerana menyertai MLM di bawah kita. Noktah.
Saya sudah tidak larat, hendak melayan orang rintihan orang yang sudah menyesal kerana sudah terjebat, dan sudah menanggung kerugian dan menanggung hutang, mohon dibaca buku dan entri-entri saya di facebook, supaya kita belajar dari kesilapan yang dibuat oleh orang lain. Saya tidak larat, bukan kerana apa, kerana saya lebih menderita dari tuan dan cik puan sebaik sahaja tuan dan cik puan meluahkannya. Kerana saya tahu bertapa peritnya hidup dibebani dengan bebanan itu.
Lain trainer kewangan, lain pula sudut fikirannya. Pilih trainer kewangan yang dapat memuaskan hidup kita. Mohon maaf, saya terpaksa melafazkan walupun ianya pahit, kerana nyatakan kebenaran walaupun ianya pahit.
Astagfirullah.
Malaysia | Shamsuddin Kadir

Khamis, 27 Jun 2013

Jasa dan kejayaan Husam Musa

Jasa-jasa dan kejayaan Husam Musa sebagai exco negeri Kelantan

i. Perkenalkan Skim Takaful Kifalah
ii. Perkenakan Dinar Emas
iii. Ambil alih tanah Felcra dan tubuhkan sykt PMBK Sawit Bhd bawah Kerajaan Negeri
iv. Pertumbuhan Bandar Baru Tunjong
v. Wujudkan Anak Sykt Carigali Emas dan Mineral - Az Zahab
vi. Memulakan projek LEBURAYA RAKYAT
vii. Memulakan projek STADIUM BUKIT MERBAU
viii. Mempelopori Tuntutan ROYALTI Kelantan

Majlis kesyukuran dan ceramah yang dirancang tidak sampai 2 hari ini didatangi beribu rakyat. Mereka hadir kerana ingin mendengar sendiri daripada Husam apakah yang sedang terjadi.

Husam didalam ceramah berkali-kali meredakan kemarahan rakyat. Husam tidak berceramah menggunakan emosi. Tiap tuturnya jelas ingin menenangkan rakyat. Beliau juga sempat meminta tv3 hentikan siaran dan dengan jelas memberitahu bahawa tv3 ini tidak boleh dipercayai.

Husam memulakan ceramah dengan penuh sayu. Rakyat yang hadir bagai bahtera dilanda badai. Walau sebelum ini kuat bergelora tetapi Husam berjaya meredakan gelora itu.

Aku lihat ramai hadirin menangis apabila Husam memberitahu betapa gembiranya beliau dapat turun bersama Tok Guru. Beliau naik bersama Tok Guru dan turun bersama Tok Guru. Rakyat terlalu sedih kerana orang sebijak Husam kenapa dipersiakan. Rakyat juga terharu melihat kekuatan Husam yang langsung tidak menampakkan beliau kecewa. Cuma beliau bimbang akan negeri ini. Rakyat terlalu sedih apabila susuk tubuh yang begitu kuat berkerja untuk rakyat Kelantan diperlaku sedemikian rupa.

Husam kecewa bukan kerana tidak lantik exco, hati beliau terguris kerana kenapa sebab-sebab beliau tidak lantik exco dijaja dan dihebohkan seluruh dunia. Kenapa tidak disimpan sahaja demi persahabatan dan usrah. Tambah Husam lagi, tidak perlu diceritakan sebabnya kerana beliau sudah tahu sebabnya yang tidak perlu didedahakn kepada sesiapa demi menjaga keharmonian parti. Benar atau tidak nombor 2, tetapi kenapa perlu diheboh seluruh dunia yang menjadi persoalan?

"Sokonglah saya, selagi saya berada diatas jalan ALLAH, jalan kebenaran. Tumbangkan saya jika saya telah menyelewang daripada jalan ALLAH" Husam memetik kata-kata Umar r.a kepada rakyatnya.

"Kalau kerajaan ini adalah kerajaan duniawi, yang nak mengaut kekayaan balak, lombong dan lain-lain, nauzubillah. Ampunkan saya, jika saya berdiri dalam dewan untuk membetulkan kerajaan. Saya masuk ke dalam kerajaan ini bukan saya main-main, saya masuk ke dalam perjuang ini untuk melihat apa yang kita usrahkan islam yang syumul yang menjaga khazanah negeri dan negera berbeza daripada cara UMNO mentadbir. Meningkatkan hasil mahsul dan membela nasib rakyat" Diantara ucapan Husam dihadapan beribu rakyat hadir.

Pada awalnya Husam tidak mahu menjawab persoalan ini namun kerana perkara ini sudah "meletup" dan ramai anak muda mahukan jawapan. Maka beliau terpaksa menjawab persoalan ini namun dengan penuh berhemah dan sentiasa menenangkan peminat dan penyokong beliau.

Jika boleh, untuk menyelesaikan perkara ini, Husam harus diangkat menjadi TMB selari dengan jawatannya dalam parti dan Datuk Nik Amar dikekalkan TMB. Ini kerana, ini kerajaan baru, maka Husam diperlukan untuk membantu MB baru dan mempunyai 2 TMB memang pernah berlaku pada awal pemerintahan Tok Guru.

Tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak rosak. Mungkin pribahasa yang sesuai digunakan dalam isu ini. Wallau a'lam. - sumber - FanPakatanrakyat diFB

HUSAM MUSA TETAP HERO

Rabu, 26 Jun 2013

Pilihanraya Kecil Pertama

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak minggu lalu, meninggal dunia pagi ini.

Allahyarham, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini. Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

PAS rakam takziah

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa agar keluarganya bersabar dengan ujian yang dihadapi ini.

"Saya berharap keluarga Allahyarham bersabar dan menerima hakikat setiap manusia akan berakhir dengan kematian, termasuk kita. Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan ditempatkan di kedudukan yang terbaik di sisi-Nya," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan PAS akan mengadakan ziarah, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang agak 'friendly' dan tidak terlalu protokol dengan masyarakat.

"Ada kelebihan bagi batang tubuh Allahyarham, di mana tidak terlalu protokol dengan masyarakat dan memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.  Moga-moga segala khidmat beliau itu mendapat ganjaran sebaiknya," kata beliau lagi.

Pilihan raya kecil

Sementara itu, selepas dimaklumkan secara rasmi oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari. Pilihan raya kecil ini amat kritikal untuk kerajaan negeri Terengganu kerana kini BN mempunyai 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 kerusi. Dengan kematian Dr Rahman, jumlah kerusi adalah BN 16 dan Pakatan 15.

Jika Pakatan menang dalam  pilihan raya kecil ini nanti bermakna DUN Terengganu akan mempunyai bilangan ahli yang sama antara BN dan Pakatan. Jika itu berlaku, apa akan berlaku kepada kerajaan negeri Terengganu tidak dapat diramalkan.

Sejarah telah dicatatkan dalam penggal lepas apabila pilihan raya kecil paling banyak diadakan selepas pilihan raya umum ke 12 iaitu enam kerusi Parlimen dan 10 lagi untuk kerusi DUN.

Kerusi-kerusi itu adalah Parlimen Kuala Terengganu (PAS menang), Permatang Pauh (PKR), Bukit Gantang (PAS), Hulu Selangor (BN), Sibu (DAP) dan Batu Sapi (BN). Kerusi DUN adalah Galas (PAS), Bukit Selambau (PKR), Batang Air (BN), Penanti (PKR),  Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), Bagan Pinang (BN), Tenang (BN), Merlimau (BN), Kerdau (BN).

Isnin, 17 Jun 2013

Kita Merancang Tuhan Menentukan: Siapa Lebih Hebat Sebenarnya?

Jika disorot sejarah politik di Malaysia sejak Merdeka, ada seorang tokoh politik Cina yang cukup unggul. Namanya Dr Lim Chong Eu. Beliau mencipta nama apabila menang jawatan presiden MCA dengan menewaskan Tun Tan Cheng Lock dalam AGM MCA 1958. Waktu itu beliau baru berumur 39 tahun.

Sepanjang memimpin MCA, beliau membuat beberapa perubahan radikal termasuk meminda perlembagaan MCA, menuntut jumlah 40 kerusi parlimen untuk MCA dan mendesak bahasa Cina sebagai bahasa kebangsaan. Kerana tekanan dari luar dan dalam parti, pada 1960 beliau meletak jawatan dan meninggalkan MCA.

Pada tahun 1962, beliau menubuhkan Parti Demokratik Bersatu (UDP) tetapi kurang mendapat sambutan. Pada tahun 1968, beliau bersama Dr Syed Hussein Alattas menubuhkan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) dan partinya menang banyak kerusi dalam PRU 1969 serta membentuk kerajaan di Pulau Pinang. Lim Chong Eu dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sejak 1969 sehingga 1990.

Selama 21 tahun menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau tidak mampu dicabar oleh sesiapa. Tetapi langit tidak selamanya cerah. Dalam PRU 1990, ada seorang ahli politik muda DAP mencabar beliau di DUN Padang Kota dan beliau tewas. Kekalahannya mengejutkan. Nama ahli politik muda DAP itu adalah Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang ke Pulau Pinang pada tahun 1990 adalah untuk menawan negeri itu dalam sebuah grand design yang dinamakan 'Projek Tanjong I'. Gelombang Projek Tanjong I ternyata membangkitkan sokongan mutlak pengundi Cina Pulau Pinang namun usaha beliau gagal untuk menawan negeri itu. Walaupun DAP menang kerusi terbanyak iaitu 14 kerusi, tetapi BN masih menguasai kerusi majoriti iaitu 19 kerusi apabila UMNO mendapat 11 kerusi, Gerakan 7 kerusi dan MIC 1 kerusi.

Punca utama kegagalan DAP dan Lim Kit Siang di Pulau Pinang adalah kerana wujudnya tokoh muda UMNO yang cukup berkarismatik serta punyai keupayaan berpidato yang luar biasa. Tokoh itu, yang berjawatan Naib Presiden UMNO adalah crowd puller bagi sebarang rapat umum politik di serata negara. Kesan ceramah beliau di Pulau Pinang menarik sokongan mutlak pengundi melayu di negeri tersebut kepada Barisan Nasional. Tokoh itu bernama Anwar Ibrahim.

Anwar adalah pemimpin hebat. Beliau tidak pernah kalah dalam sebarang pemilihan sama ada pemilihan parti atau dalam pilihan raya. Dalam sebarang pertembungan, beliau tidak pernah tewas melainkan kepada seorang lelaki yang berusia 22 tahun lebih tua daripadanya iaitu Dr Mahathir Mohamad. Dalam krisis 1998, beliau dipecat dari UMNO kerana pelbagai tuduhan yang didakwa sebagai konspirasi politik.

Dr Mahathir pemimpin terbilang. Beliau menjadi Presiden UMNO dan PM selama 22 tahun tanpa mampu digugat oleh sesiapa samada Ku Li atau Musa Hitam. Beliau berjaya merampas semua negeri di Malaysia termasuk Sabah yang beberapa kali dikuasai oleh PBS. Tetapi ada satu negeri yang beliau gagal rampas iaitu Kelantan.

Beliau gagal merampas Kelantan dalam PRU1990, 1995 dan 1999. Kegagalan beliau dikaitkan dengan seorang tokoh ulama' yang juga merangkap Mursyidul Am PAS. Ulama' itu bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Khamis, 13 Jun 2013

PR memfailkan 19 petisyen, sedangkan mereka hanya memerlukan 11 kerusi parlimen sahaja

Pertama kali akan berada di Dewan Rakyat secara rasmi, pelbagai isu rakyat akan diperjuangkan demi memastikan cita- citanya untuk melaksanakan perubahan terhadap negara ini menjadi realiti.

Apabila diberikan mandat menjadi Ahli Parlimen Pandan, ia dijadikan tiket untuk terus mendampingi rakyat tanpa mengabaikan perjuangan politiknya dan menganggap membuat bising serta bermain angka adalah hobinya. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NORSHAHZURA MAT ZUKI dan JAMILAH HAMZAH serta juru foto, SAFWAN MANSOR bersama Pengarah Strategi PKR, RAFIZI RAMLI.

Apakah yang akan disumbangkan dalam Dewan Rakyat nanti?

Saya akan mendapatkan lebih banyak maklumat yang mungkin selama ini tidak diketahui umum. Saya banyak menghabiskan masa dengan membuat analisa data dan maklumat ekonomi.

Ahli Parlimen kita mempunyai pelbagai latar belakang dan tidak ramai berminat dengan data dan angka yang banyak. Saya akan memberikan tumpuan untuk mendapatkan maklumat yang banyak kerajaan supaya kita tafsir, terjemah dan analisa kemudian kita akan membawanya kepada rakyat.

Contohnya maklumat terbaru ialah mengenai pendapatan isi rumah rakyat yang terbaru dan dibuat pada tahun 2012. Sehingga sekarang, kita tidak tahu apa- apa. Ia adalah perkara sulit yang tidak dibentangkan kepada rakyat sedangkan rakyat perlu tahu berapa sebenarnya purata pendapatan isi rumah Melayu dan perbezaan dengan bangsa lain.

Ini adalah contoh peranan yang boleh dimainkan dengan baik. Maklumat yang orang tidak berminat ini kita dapatkan supaya ia boleh dibawa kepada pengetahuan umum.

Adakah YB akan lebih banyak mendedahkan lebih banyak isu selepas ini dan apakah isu tersebut?

Isu yang akan dibawa ada dua jenis iaitu isu rapat atau hobi kita. Antaranya ialah perkara yang telah dibawa iaitu turun harga kereta, pendidikan, masalah melibatkan orang muda dan pengumuman terbaru untuk tidak memberikan jaminan pekerjaan kepada siswazah perguruan.

Banyak rakyat datang tanya dan meminta pertolongan kita serta memberikan maklumat kepada kita. Itu pun isu yang akan dilihat dan saya akan membawanya dari semasa ke semasa. Ketika ini saya didatangi banyak pemandu teksi yang mengemukakan dua isu.

Pertamanya ialah mengenai janji permit peribadi tetapi ia tidak peribadi. Apa yang dijanjikan ialah permit peribadi tetapi apa yang perlu lakukan ialah memohon dan kena membeli kereta jenis proton Exora.

Permit sah hanya tujuh tahun. Ini bermakna mereka perlu membayar lebih daripada sekarang dan perlu bertukar kereta setiap tujuh tahun. Keduanya, pada tahun 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan mengenai rebat pemandu teksi tukar kereta baru supaya banyak kereta baru.

Bagaimanapun rebat itu belum dibayar, sepatutnya dibayar 2012. Dari semasa ke semasa, pada sidang baru nanti, selain isu biasa yang dibawa secara peribadi, apa yang di bawa oleh rakyat kita kena bawa. Saya juga akan menumpukan perhatian kepada isu ekonomi, soal pendapatan rakyat, jurang miskin kaya dan isu yang wang 1Malaysia iaitu sebanyak RM7 bilion diletakkan di luar negara sedangkan ia dipinjam dari dalam negara tetapi dipindahkan ke luar negara. Tata kelola dan urus tadbir yang baik. Saya juga akan membawa isu SPR dan dakwat kekal.

Adakah YB yakin, petisyen yang dikemukakan PR mampu mengubah keputusan PRU13?

Ia bergantung kepada keputusan mahkamah, tidak boleh baca bagaimana hakim akan menangani dan mengadili petisyen- petisyen ini. Saya perlu bersandarkan kepada rekod petisyen lepas iaitu hanya satu peratus sahaja peluang di bicarakan.

Pada tahun 2008, 29 petisyen difailkan seluruh negara hanya satu sahaja dibicarakan sebelum ditolak manakala 28 itu ditolak ketika difailkan. Petisyen ini sukar kerana standard bukti yang diperlukan terlalu tinggi. Jika tafsiran yang sama diperlukan, ia susah kecuali Hakim mengambil pendirian lain.

Apakah isu yang difokuskan?

Bergantung kepada setiap tempat dan undang- undang pilihan raya. Undang- undang pilihan raya, setiap isu mesti salah satu asas yang ditetapkan undang- undang pilihan raya.

Pertamanya ialah rasuah khusus iaitu calon ditangkap ketika memberikan wang, ini tiada. Keduanya, rasuah umum dan ini biasanya berlaku seperti beri makanan, kena dapat saksi kerana asas memfailkan petisyen ialah jumlah saksi boleh menukar keputusan pilihan raya.

Jika hanya membawa dua tiga orang sahaja, itu tidak cukup, maka ditolak. Ketiganya ialah kesalahan- kesalahan pilihan raya termasuklah borang 14 salah kira, 'black out' dan peti undi hilang. Kita hanya boleh memfailkan mengikut kawasan tertentu bukannya seluruh Malaysia.

Contohnya Segamat, beberapa soal dakwat kekal, pengundi tidak boleh undi, 2,000 pengundi di Segamat perlu mengundi di tempat lain walaupun mereka tinggal serumah yang sama. Ini adalah kerana untuk mengurangkan pengundi Cina. Mereka tidak boleh mengundi di Segamat untuk mengurangkan pengundi Cina. Bukti kuat dan hanya berlaku di Segamat.

Di Parlimen Balik Pulau pula ialah jumlah kertas undi yang dikira melebihi kertas undi yang dikeluarkan.. Di Ketereh kesalahan pilihan raya iaitu peti undi awal dibuka tanpa arahan mahkamah. Setiap satu kerusi, ada kesalahan yang khusus.

Adakah bukti yang sedia ada mencukupi untuk memfailkan petisyen pilihan raya?

Pada pandangan saya, maklum balas, bukti itu mencukupi pada pengiraan mahkamah, itu adalah keputusan Hakim, kita kena tunggu. Oleh itu, kita mengambil pendirian, sementara kita memfailkan di mahkamah, kita juga akan memberikan maklumat- maklumat penipuan ini melalui media kepada rakyat kerana kita juga mahu menguji rakyat sama ada boleh terima atau tidak bukti.

Selepas sebulan, rakyat memang berkata berlaku penipuan contohnya di Besut, pegawai SPR buat laporan polis, mengaku bahawa undi dirampas. Saya memujuk dia untuk tampil.

Kalau ada keputusan begitu, biar dia tampil dan saya rasa mahkamah tidak menerima bukti ini tidak mencukupi, saya yakin rakyat boleh terima bahawa ini bukti kukuh, penipuan telah berlaku.

Jika petisyen tidak berjaya, adakah PKR akan membuat rayuan?

Kalau ikut undang-undang mahkamah, apabila memfailkan petisyen, mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan pilihan raya dan mengarahkan pilihan raya diadakan semula. Kalau ada pilihan raya semula, hanya di kerusi Parlimen tertentu sahaja kecuali SPR atau kepimpinan kerajaan di Putrajaya merasakan bahawa mandat mereka rapuh dan tidak kuat dan perlu mendapatkan mandat baru.

Walaupun 29 kerusi dipanggil pilihan raya semula, keadaan mana majoriti BN rendah hanya 22 Parlimen sahaja, mungkin ada kesan kepada mandat kerajaan di Putrajaya. Ada kemungkinan- kemungkinan itu, hanya pilihan raya 29 kawasan yang difailkan petisyen. Sama ada membuat rayuan atau tidak, saya akan merujuk balik majlis pimpinan dan pimpinan PKR kerana kos tinggi.

PKR akan memfailkan 19 petisyen, berapakah keyakinan YB untuk menang?

Kesemua 19 kerusi tersebut mempunyai bukti yang kukuh, kita akan bentangkan bukti ini mengikut Parlimen melalui media dan sebagainya. Berdasarkan keputusan mahkamah lepas, di pihak PKR tujuh kerusi buktinya lebih dekat standard bukti yang ditetapkan SPR.

Tujuh kerusi tersebut apabila kesalahan dibuat SPR atau pihak lawan terlalu besar untuk dilupakan. Tujuh kerusi mempunyai peluang besar untuk terus ke peringkat perbicaraan.

Selepas membuat petisyen apakah langkah seterusnya yang akan diambil?

Daripada awal lagi ini adalah sebahagian usaha kita untuk menuntut reformasi dan pembaharuan pilihan raya. Itu menjadi isu terbesar selepas PRU13. Sentimen rakyat cukup kuat kalau berdasarkan kehadiran dan sokongan mereka kepada perhimpunan- perhimpunan aman yang telah dibuat.

Petisyen sebahagian langkah terus tuntut yakin rakyat bahawa kita perlu ada perubahan dan penambahbaikan reformasi pilihan raya. Selain memfailkan petisyen, sudah tentu kita akan bawa ke Parlimen, kita akan terus dengan sesi penerangan dan kempen dan perhimpunan aman.

Kita akan kemukakan pelbagai cadangan dan konsep baru mengenai pilihan raya adil terutamanya berkaitan persempadanan semula yang akan berlaku pada bila- bila masa. Kita akan bawa semua ini mengikut saluran dan kaedah yang ada pada kita.

Yang penting rakyat dapat pemahaman kenapa sistem dan SPR yang ada sekarang tidak berkesan untuk menjamin pilihan raya adil sehingga berlaku penipuan dan penyelewengan.

BN tidak akan berganjak kalau hanya berdebat dalam Parlimen atau berbincang. BN berganjak apabila ada isyarat jelas daripada rakyat tuntut perubahan dan pertukaran dasar. Kesemua langkah ini untuk menekan BN supaya akur dengan tuntutan rakyat mengadakan reformasi pilihan raya.

YB adalah antara pemimpin muda yang dilihat menonjol dan mungkin terlalu menonjol kerana sering membuat sidang media, adakah ini atas inisiatif sendiri atau arahan parti?

Saya sendiri ahli politik muda mempunyai pandangan lain kerana tidak besar kerangka politik lama. Kerangka politik lama kena naik bertanding dan menunggu masa lama akibatnya sebahagian besar masa politik mereka tertumpu kepada dalaman parti sahaja.

Mereka banyak menumpukan masa kepada pimpinan parti, daripada memikirkan apa yang terjadi. Kami yang muda tidak melalui sistem itu. Dalam PKR, pandangan lain kerana apa yang penting ialah apa yang rakyat fikirkan bukannya apa yang orang dalam parti fikirkan. Ahli Politik mesti ada isu berkaitan rakyat yang serasi dengan kita untuk dibawa.

Kita tidak ada akses kepada media perdana, kita hanya media Internet sahaja. Kita tidak ada pilihan lain untuk membawa isu kecuali untuk membuat laporan dan sidang media.

Ia berkesan dan itulah gaya politik baru dan rakyat menilai laporan politik dengan melihat isu mana yang rakyat bawa. Rakyat tidak menilai jawatan yang dipegang tetapi mereka melihat isu yang dibawa dan kerja- kerja yang dilakukan. Cara terbaik membawa isu yang dekat dengan rakyat.

Adakah YB akan terus aktif berkhidmat kepada masyarakat sehingga di akhir usia?

Tidak. Saya daripada awal lagi, tidak rancang untuk jadi ahli politik. Saya hanya mahu perubahan. Saya muda dan beberapa perkara yang saya mahu Malaysia berubah dan lebih adil. Selama ini, boleh berada di belakang dan hanya membantu dari segi dasar.

Sampai satu peringkat, pimpinan melihat perlu tampil ke depan. Saya tidak mahu bertanding dalam pilihan raya sebab latar belakang lain. Oleh kerana keperluan untuk menang kerusi seberapa banyak, saya perlu bertanding.

Tidak ada rancangan untuk menjadi ahli politik sampai habis. Kalau boleh saya mahu bersara 55 tahun. Apabila menjadi ahli politik muda, banyak masa bersama keluarga akan hilang.

Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiada pilihan kerana rakyat dan pimpinan PKR memerlukan beliau. Beliau juga mempunyai pandangan yang sama kebanyakan kita. -SH

Rabu, 12 Jun 2013

TGNA - Berbicara Tentang Wanita

Di belakang setiap lelaki tersohor, berdiri seorang insan bergelar wanita dan isteri yang menjadi tunggak kekuatan diri dan keluarga.

Bagi Datuk Nik Aziz Nik Mat, kebahagiaan itu dapat dirasakan setiap kali tidur di riba isterinya apabila letih atau kurang sihat.'Kalau saya selesema, saya kadang-kadang akan tidur atas riba isteri. Itu hiburan bagi saya.

Menangis atas riba isteri, melahirkan rasa penat saya. Alhamdulillah, saya dapat isteri yang tidak banyak mulut,' kata Datuk Nik Aziz mengenai isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak apabila ditanya apa rahsia kebahagiaan rumah tangga mereka.

Datuk Nik Aziz dan isterinya, yang mempunyai lima anak lelaki dan lima perempuan serta 56 cucu, bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 pada 20 November ini. Mereka melangsungkan perkahwinan pada 1962.

Sebagai Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), tentunya beliau mempunyai jadual yang padat.

'Saya turun rumah tiap-tiap hari pada 7.45 pagi. Kalau tubuh saya kurang sihat, saya minta tempoh lagi setengah jam daripada pemandu saya. Misalnya, pagi ini, saya turun pada 8.30 pagi,' kata Datuk Nik Aziz mengenai jadual sehariannya.Menurut beliau, isterinya tidak pernah merungut walaupun kadangkala pulang ke rumah selewat 2 pagi.

Datuk Nik Aziz pernah mengalami serangan jantung pada akhir 2004 dan sekali gus mencetuskan kebimbangan berkaitan penakatan PAS jika beliau meninggal dunia.

Sejak itu, beliau dilaporkan masuk hospital beberapa kali ekoran masalah tekanan darah tinggi dan keletihan.Namun, semasa pertemuan wartawan dengan Datuk Nik Aziz, beliau kelihatan masih cergas. Ditanya amalannya untuk kekal sihat walaupun usianya telah menjangkau 81 tahun, Datuk Nik Aziz berkata beliau akan menjalani ujian kesihatan setiap tiga atau empat bulan.

'Ada masa, saya pergi hospital. Cuti rehat dan duduk rumah itu memang saya tidak ada. Bagi saya, cuti tiada dalam Islam. Misalnya, cuti sembahyang atau cuti puasa, mana ada dalam Islam? Kita bernafas hari-hari. Elaun saya pun jalan hari-hari. Jadi, tiada cuti bagi saya,' kata beliau.

'Saya juga ikut amalan Nabi Muhammad saw iaitu selagi tidak lapar, jangan makan. Apabila makan, jangan sampai kenyang. Nabi kita makan, daging, buah tamar, susu dan sayur-sayuran. Itu sangat digemari oleh Rasullah. Tetapi doktor tidak kasi saya makan daging, saya tak makan. Kalau ada lauk daging, saya curi-curi makan kuahnya adalah. Kalau doktor tahu, beliau tentu marah. Puasa sunat pula, saya mengaku saya kurang amalkan. Masalahnya, saya mudah letih. Manja je, kalau puasa Ramadan 30 hari, saya tidak ada masalah pula,' jelasnya sambil ketawa kecil.

Datuk Nik Aziz bagaimanapun akur beliau kadang-kala akan rasa letih secara mengejut.

'Puncanya kerana saya gunakan air sejuk ambil wuduk. Memang saya tidak boleh gunakan air sejuk. Kalau saya hendak mandi pun, air mandi itu akan dicampur dengan air panas. Kalau saya ke masjid di luar Kelantan, kalau jalan jauh, takkan saya hendak minta air panas untuk ambik air sembahyang. Saya gunakan juga air paip. Itu masalahnya. Nanti saya selesema,' katanya terus terang.

Isnin, 10 Jun 2013

Petisyen Pilihanraya Difailkan

PETALING JAYA – Malaysia akan dapat melihat rekod petisyen pilihan raya yang menghampiri jumlah 100 yang difailkan sebelum tarikh akhir pada 12 Jun ini. Dalam usaha terakhir ini, kedua-dua parti, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat berharap untuk mengubah keputusan pilihan raya umum ke-13 melalui petisyen.

Pakatan Rakyat ketinggalan 23 kerusi untuk membentuk kerajaan manakala Barisan Nasional (BN) kekurangan 15 kerusi untuk mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen. BN memperoleh 133 daripada 222 kerusi Parlimen manakala DAP menang 38 kerusi, PKR 30 dan PAS 21.

PKR paling banyak mengemukakan petisyen pilihan raya dalam Pakatan Rakyat dengan hampir 20 kes manakala DAP optimis memfailkan lima kes. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu akan memfailkan “empat atau lima” petisyen pilihan raya untuk kerusi negeri di Terengganu, di mana Pakatan Rakyat hanya kekurangan dua kerusi untuk membentuk kerajaan negeri. Parti itu dijangka memfailkan hampir 15 kes di seluruh negara.

“Kita tahu bahawa rekod dalam petisyen pilihan raya tidak begitu baik. Malah, kita tidak pernah memenangi apa-apa setakat ini, tetapi kita lihat pada kali ini,” kata Mustafa, Selasa. Sebanyak 29 petisyen pilihan raya difailkan selepas pilihan raya umum 2008 tetapi hanya satu yang berjaya.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata parti itu akan memfailkan petisyen pilihan raya di lebih daripada 50 kerusi parlimen dan negeri sebelum tarikh akhir, tetapi dia tidak menyatakan kerusi berkenaan. Beliau berkata Umno juga telah mengkaji sama ada untuk memfailkan petisyen di 37 kerusi yang lain. Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata petisyen pilihan raya parti itu adalah di semua di kerusi di mana mereka kalah tipis, seperti Bentong (379 undi), Cameron Highlands (462 undi), Labis (353 undi) dan kerusi DUN Paloh di Johor (103 undi).

Beliau mengakui ia akan menjadi satu perjuangan yang sengit untuk memenangi pilihan raya kecil jika keputusan pilihan raya telah dibatalkan.

“Menyediakan bukti dan dokumentasi tidak mudah, tetapi pilihan raya umum ini adalah berbeza. Permintaan daripada pengundi dan tekanan awam begitu besar dan menjadi tanggungjawab kita untuk menggunakan setiap saluran yang boleh,” kata Loke.

Dilaporkan bahawa Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria telah memberi jaminan bahawa petisyen boleh diselesaikan dalam tempoh setahun jika segala-galanya berjalan dengan lancar. - mStar Online

Khamis, 6 Jun 2013

Selamatkan Pasar Kedai Payang

Pasar Kedai Payang atau pun lebih dikenali di kalangan pelancong 'Pasar Payang' merupakan satu ikon bagi negeri Terengganu. Berkunjung ke Kuala Terengganu tanpa membeli-belah di sini bolehlah diumpamakan bagaikan tidak pernah menjejak kaki di Kuala Terengganu.

Pasar ini dinamakan sebagai 'Payang' kerana mengambil sempena nama perahu payang yang sering digunakan oleh nelayan tradisi Terengganu pada suatu ketika dahulu. Seingat saya pasar ini dibina di awal tahun 70an bagi menggantikan Pasar Tanjung yang terletak di tapak pasaraya Astaka pada masa sekarang.

Kini nama Pasar Kedai Payang telah kembali menjadi topik hangat bukan sahaja kepada peniaga, pelancong bahkan warga media sosial. Semuanya bermula bilamana menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said mengumumkan bahawa pasar ini akan diberikan wajah baru yang lebih moden, berhawa dingin, empat tingkat dan di atasnya terletak hotel berpuluh tingkat kerana dipercayai strukturnya pasar tidak lagi kukuh, sempit, kotor dan imej ini perlu dipadamkan seiring dengan arus pembangunan pesat negeri Terengganu.

Namun begitu hasrat MB tersebut telah mendapat tentangan dari sebilangan besar pencinta seni warisan dan juga rakyat marhaen. Semalam, 9 Mac 2013 satu demontrasi aman telah diadakan di hadapan Bazaar Warisan mengadap ke Pasar Kedai Payang yang disertai oleh beberapa NGO seperti AMANAH, GATE, SAMM dan lain-lain yang saya lupa namanya.
Tentangan mereka bukanlah semberono tanpa sebab yang munasabah. Saya kira kerajaan negeri seharusnya peka dan mendengar tuntutan mereka ini. Antara sebabnya ialah Pasar Kedai Payang ini merupakan pasar tradisi yang menduduki tempat ke tiga di negara Asia selepas Istanbul dan pasar air Bangkok. Sudah tentu ini merupakan satu kekuatan bagi industri pelancongan negeri ini. Cuba bayangkan bila pasar tersebut siap.. bangunan serba moden, empat tingkat dan berhawa dingin. Sudah tentu keunikannya terhapus sama sekali. Sebab ia sudah sama sebagaimana pasaraya besar Tesco, Mydin, Giant dan lain-lain...

Pasar juga merupakan satu tempat yang pelancong akan tuju kalau ingin melihat budaya setempat. Tetapi bilamana semuanya sudah moden, sewa akan menjadi mahal dan secara automatik barangan juga akan mahal. Yang pastinya secara beransur-ansur kita akan melihat lenyapnya penjual-penjual tradisi seperti penjual petai, nisan kerek, ulam-ulaman, budu, belacan dan lain-lainnya kerana mereka tidak lagi mampu bahkan suasana juga tidak menjadikan mereka selesa sebagaimana sekarang yang lebih santai, dalam suasana yang lebih semulajadi dan terbuka. 

Lebih malang lagi ialah pusat perniagaan orang Melayu juga akan pupus. Mereka tidak akan bertahan lama dengan kadar sewa yang tinggi. Mana mungkin sewa tetap rendah kalau kos hawa dingin dan elektrik sahaja bakal menelan belanja ratusan ribu sebulan?

Kalaulah benar pasar tersebut telah uzur, baikilah. Kenapa perlu dirobohkan dan dibuat baru sampai menghilangkan 100% identitinya? Yang menjadi lebih memeningkan kenapa pula dibina hotel puluhan tingkat di atas sebuah pasar? Setahu kita semua sebagai rakyat Terengganu, masih terdapat banyak lagi tanah-tanah kosong yang belum digunakan. Di Tanjung dan di Seberang Takir umpamanya. Membina hotel di kawasan ini akan menambahkan lagi kesesakan jalanraya yang telah sedia sesak.

Saya kira ada baiknya sebelum kerajaan membuat hotel lagi, terlebih dahulu memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah tempat letak kereta, pengangkutan awam yang cekap, jalanraya yang lebih selesa dengan persimpangan bertingkat, barulah sesuai dengan taraf sebuah bandaraya sebagaimana yang digembar-gemburkan.

Untuk pengetahuan, di Kuala Terengganu kini telah mempunyai hotel yang mencukupi. Menurut seorang kenalan saya dari industri pelancongan pada masa sekarang pun sudah terdapat hotel yang hidup segan mati tak mahu. Apatah lagi kalau hotel ini siap kelak? Kalau tak silap saya masih ada lagi banyak hotel dalam perancangan bakal dibina di Kuala Terengganu dalam masa terdekat ini. Kita baru sebut tentang hotel, itu belum termasuk homestay lagi...

Satu lagi yang perlu diberi perhatian ialah dengan pembinaan hotel dan apartment di tapak Pasar Kedai Payang ini nanti ialah pemandangan indah Sungai Terengganu sudah menjadi sesuatu yang eksklusif. hanya mereka yang mempunyai wang sahaja boleh menikmatinya. Kalau dahulu Kedai Binjai satu tempat untuk beristirehat sambil menikmati pemandangan sungai telah didirikan Hotel Seri Malaysia, kini satu lagi tempat akan mengalami nasib yang sama. Bahkan kalau anda berada di puncak Bukit Puteri sekalipun pemandangan anda tetap akan terlindung oleh hotel dan apartment ini.

Rasanya masih belum terlambat untuk anda berbuat sesuatu bagi menghalang dari ikon ini dimusnahkan.

Isnin, 3 Jun 2013

Gelisah petisyen PRU13

PASCA PRU

MASUK minggu kedua tempoh memfail petisyen atau bantahan yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula 23 Mei lalu, sudah wujud bunga-bunga kegelisahan dalam hati pelbagai pihak, baik dari pimpinan BN mahupun PR.

Kebimbangan krisis politik Perak pada 2008 lalu akan berulang tetap ada berikutan keputusan kedua-dua pihak yang berhasrat menfailkan petisyen di beberapa kerusi yang dikatakan berupaya untuk dicabar keputusannnya.

Bagi PR Perak, mereka sudah pun mengesahkan akan memfailkan petisyen di sembilan kerusi, termasuk satu kerusi Parlimen. Lapan kerusi Dun terlibat adalah kawasan Lubuk Merbau, Manjoi, Manong, Pasir Panjang, Selama, Rungkup, Chenderiang dan Tualang Sekah manakala kerusi Parlimen yang dituntut ialah Kuala Kangsar.

Pengumuman yang dibuat Pengerusi PR negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin itu menjelaskan, tuntutan berkenaan melibatkan tujuh kerusi ditandingi Pas sementara dua lagi oleh PKR.

Keputusan itu katanya, diputuskan setelah kepimpinan tertinggi PR Perak bersidang tiga kali dengan mengambil kira kriteria utama lokasi yang kalah tipis.

Meskipun tiada sebarang pengumuman lanjut dibuat Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, namun kenyataannya yang menyebut BN Perak sedang mengkaji dan meneliti beberapa kawasan di Dun negeri ini untuk memfailkan petisyen, boleh dianggap satu kenyataan serius.

Sepertimana yang digariskan PR, Zambry turut menyatakan faktor utama penyenaraian lokasi bagi membantah keputusan PRU13 yang diadakan, 5 Mei lalu itu adalah kawasan di mana BN mengalami kekalahan tipis kepada pembangkang.

Bagaimanapun di sebalik kemeriahan petisyen ini, individu yang paling merasakan debaran berkenaan pastinya calon-calon yang bertanding..menang atau kalah semua bergantung kepada keputusan petisyen yang dijamin Ketua Hakim Negara akan selesai dalam tempoh setahun.

Bagi Adun Lubuk Merbau, Datuk Siti Salmah Mat Jusak, pihaknya sedikit pun tidak berdepan masalah meskipun kerusi berkenaan sering disebut-sebut bakal beralih arah kepada PR berikutan jumlah majoriti yang paling sedikit, 53 undi.

Menurutnya, dalam hal ini, kemenangan BN sudah cukup membuktikan rakyat menerima kehadirannya sebagai wakil rakyat meskipun pada PRU13 ini terpaksa beralih kerusi daripada Dun Chenderoh ke Lubuk Merbau.

“Sebaik diumumkan calon yang menang, saya sudah berazam  untuk menjalankan tugas sebaik mungkin, penduduk juga menerima kehadiran saya di sini,” katanya.

Beliau berkata, soal majoriti sedikit tidak seharusnya dijadikan pokok persoalan kerana sebelum ini, BN juga pernah tewas dengan majoriti 72 undi di kerusi sama.

“Pada PRU 2008, kawasan ini juga mencatatkan majoriti yang sedikit, tidak pula BN buat petisyen dan sebagainya, sebaiknya kita teruskan kerja seperti biasa,” katanya.

Pandangan sama turut disuarakan Adun Pasir Panjang, Rashidi Ibrahim yang menganggap kejayaannya merampas kerusi berkenaan adalah melalui ketelusan yang dilaksanakan SPR.

Di sebalik keghairahan PR untuk mengambil kerusi itu, Rashidi yang juga merupakan calon baru BN sedikit pun tidak merasa gentar atau takut dengan kedudukan itu.

“Jika tidak berlaku ketelusan kenapa mereka boleh menerima kemenangan pihak mereka dan ini seolah-olah berlaku ‘double standard’. PRU13 yang lalu juga sudah banyak diubah suai ke arah yang lebih baik, tetapi ianya masih dipertikai, saya kira rakyat sudah muak dengan semua ini,” katanya.

Sementara itu, Adun Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, dia tidak mengerti apakah alasan yang digunakan PR untuk membuat petisyen terhadap kawasannya sedangkan majoriti undi diperolehi lebih 2,000.

Baginya selepas menerima mandat daripada rakyat, kerja perlu terus dilakukan dan menganggap ianya seperti biasa malah akan melaksanakan yang terbaik untuk rakyat di Tualang Sekah.

“Ia langsung tidak mengganggu saya. Tiada tekanan yang dihadapi, apa yang penting rakyat tahu siapa yang mereka pilih dalam PRU Mei lalu,” katanya.

Bagi Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya pula, PR berhak membuat petisyen berkenaan selagi masih dalam tempoh yang ditetapkan dan ia hanyalah prosedur biasa selepas PRU. Shahrul berkata, dalam sistem demokrasi, sewajarnya menghormati hak masing-masing.

“Biarlah pihak yang terbabit melaksanakan tugas untuk memastikan keadilan kepada semua, kita juga berpegang kepada konsep telus dan saksama. Kita yakin dan percaya telah mengikut prosedur yang betul sepanjang PRU lalu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun petisyen dibuat ia tidak langsung mengganggu tugasnya untuk turun padang bertemu rakyat.

Katanya, selepas dipilih rakyat maka tanggungjawab itu harus dipikul sebaik mungkin untuk meneruskan kecemerlangan BN di kawasannya.

Penyandang kerusi Lubuk Merbau sebelum ini, Mohd Zainudin Mohd Yusof berkata, dalam menghadapi BN pada PRU lalu, mereka mempunyai pasukan yang hebat sehingga berjaya memperolehi undi sebanyak 6,207.

Katanya, peningkatan ini menunjukkan rakyat masih menyokong Pas sehingga mereka kalah tipis kepada calon BN.

“Dalam hal petisyen ini, kita sedang semak banyak peraturan termasuk undang-undang hakiki dan undang-undang prosedur. Jika undang-undang prosedur  tidak diikuti sudah tentu mencacatkan undang-undang hakiki. Sekarang kita akan ketengahkan perkara-perkara yang kurang diberi perhatian,” katanya.

Calon Pas di Dun Selama, Mohd Akmal Kamaruddin pula berkata, mereka telah melakukan ikhtiar walaupun di dalam kertas nampak agak sukar. Menurutnya, bantahan yang dilakukan memang kuat, bagaimanapun ia bergantung kepada keputusan mahkamah namun mereka berharap keputusan itu nanti akan memberi keadilan kepada semua.

“Banyak benda yang meragukan berlaku sepanjang PRU lalu,  sekiranya mahkamah adil sudah tentu kami boleh menang. Tunjukkanlah keadilan kepada rakyat. Itu sahaja harapan kami,” katanya.

Calon PKR Dun Tualang Sekah, Baldip Singh berkata, secara keseluruhannya, PR mempunyai bukti yang kukuh untuk  dibawa ke mahkamah namun semuanya bergantung kepada hakim yang akan memutuskan keputusan.

“Kami harap hakim dapat mendengar kes ini sebaik-baiknya dengan bukti yang ada kerana ia penting dalam menentukan hala tuju kerajaan yang akan mentadbir negeri Perak,” katanya.

Untuk rekod, calon PR tewas majoriti 53 di Lubuk Merbau, Manjoi (132), Manong (231), Pasir Panjang (304), Rungkup (613), Selama (619), Tualang Sekah (2,046), Chenderiang (4,767) dan Parlimen Kuala Kangsar (1,082).

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang maklumat lanjut, bila dan kerusi ketetapan mana yang akan dibariskan untuk difailkan melalui petisyen PRU13.

Ramai sokong SPR di bawah Parlimen

Kuala Lumpur: Pelbagai pihak, termasuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang memuji keputusan kerajaan memindahkan kawal selia Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) kepada Jawatankuasa Khas Parlimen.

Ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata keputusan itu menunjukkan komitmen Perdana Menteri untuk melakukan transformasi pilihan raya yang pastinya disokong sepenuhnya oleh Kabinet.

Ia sebahagian cadangan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya. Ini membuktikan Datuk Seri Najib Razak konsisten dengan program transformasi politiknya, katanya dalam akuan twitternya.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, kelmarin, untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu diambil bagi memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana pilihan raya negara.

Langkah positif

Ahli Parlimen Papar yang juga Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, menyifatkan langkah itu positif, telus dan demokratik, selain tiada lagi pertikaian mengenai kewibawaan SPR.
Semua pihak perlu melihatnya sebagai positif dan rasional, katanya.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh, menyokong keputusan itu dan berharap jawatankuasa khas berkenaan dapat merumuskan sesuatu dengan lebih baik untuk masa depan politik Malaysia. Tindakan Perdana Menteri untuk meletakkan SPR bawah Parlimen adalah langkah positif yang saya terima dengan baik, dan saya harap jawatankuasa ini dapat merumuskan sesuatu yang diterima seluruh rakyat, katanya.

Bagaimanapun, ayahnya yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempersoal mengapa baru sekarang kerajaan melakukannya. Perkara ini sepatutnya sudah dilaksanakan sejak sekian lama, katanya.

Ahli Parlimen Rasah daripada DAP, Loke Siew Fook, berkata partinya terbuka dengan cadangan itu dan berharap satu mekanisme berkesan diwujudkan bersama kedua-dua pihak.

Babitkan profesional

Pensyarah Kanan Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Paul Porodong, berkata selain ahli politik, SPR wajar dianggotai pihak lain termasuk golongan profesional dan wakil masyarakat pelbagai kaum.

Golongan ini perlu dibabitkan secara langsung untuk menggubal, melaksana dan memantau proses pilihan raya untuk memastikan ia dilaksanakan secara adil dan telus, katanya.

Bagi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Perdana Menteri bersungguh-sungguh melakukan transformasi dalam pilihan raya biarpun SPR terbukti berjaya melaksanakan amanahnya dengan baik.

Jumaat, 31 Mei 2013

Sultan S'ngor ingatkan MB untuk belajar tepati janji

KLANG: Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah hari ini mengingatkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat agar menunaikan segala janji yang terkandung dalam manifesto parti itu.

Titah baginda, selain mengotakan segala janji-janji mereka, kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya perlu sentiasa mengutamakan kehendak dan keperluan rakyat.

"Parti yang dipilih pada PRU13 janganlah melupakan rakyat dan seharusnya menunaikan janji yang telah dilaungkan dalam manifesto ketika berkempen semasa pilihan raya umum," titah baginda.

Sebelum ini, selepas memenangi PRU-12 pada 2008, banyak aduan diterima daripada rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri kerana gagal melasanakan janji-janji yang dibuat dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Antaranya, gagal memberi air percuma secara menyeluruh, tidak memberi bantuan elaun kepada ibu tunggal dan kanak-kanak yang belajar di peringkat taska. Khalid pula apabila diajukan masalah berkenaan cuma menjawap ringkas bahawa "manifesto bukan janji".

Pada majlis ini, baginda turut mengingatkan ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri (exco) yang dilantik supaya menjalankan tugas dengan jujur dan amanah selain terhindar daripada gejala rasuah.Menurut baginda, sebagai wakil rakyat yang diberi amanah pada PRU13 awal Mei ini, mereka perlu sentiasa memberikan khidmat bakti kepada rakyat Selangor dan tidak melupakan tanggungjawab dan tugas setelah berjaya menjadi 'Yang Berhormat'.

"Ahli-ahli Yang Berhormat perlu menyedari bahawa tugas exco adalah tugas yang diamanahkan rakyat negeri ini dan perlu dialksanakan. Jauhkan diri dari rasuah kerana ia akan menjatuhkan maruah dan merosakkan negeri Selangor. Rakyat juga amat benci dengan kepimpinan yang terlibat dengan rasuah. Janganlah setelah menang pada pilihan raya umum baru-baru ini, Yang Berhormat yang mulanya sanggup turun membantu rakyat hilang dan melupakan tanggungjawab," titah baginda lagi.

Sultan Sharafuddin hari ini berkenan mencemar duli hadir ke Balai Rong Seri bagi upacara mengangkat sumpah 10 ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) di Istana Alam Shah, Klang bagi penggal 2013 hingga 2018.

Hukuman penjara 12 tahun Khir Toyo kekal

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam empat tahun lepas.
Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.
Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.
Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk mahkamah rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Dis, 2011.
Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah daripada kedua-dua pihak, panel bersetuju bahawa hakim perbicaran telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan itu.
Azahar menjelaskan panel telah meneliti secara mendalam enam alasan utama yang diutarakan terutamanya oleh pihak perayu (Dr Mohamad Khir) mengapa rayuan tersebut seharusnya dibenarkan.
Pertama, isu sama ada perayu merupakan seorang penjawat awam sepertimana diperuntukkan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, kedua sama ada bayaran RM3.5 juta untuk hartanah tersebut mencukupi atau tidak, ketiga sama ada perayu mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan penjual hartanah terbabit Shamsuddin Hayroni (SP2), keempat sama ada SP2 merupakan rakan sepenjenayah, kelima kredibiliti SP2 dan keenam sama ada pihak pendakwaan berjaya menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Untuk isu pertama, Dr Mohamad Khir selaku ahli lembaga serta pengerusi PKNS telah menjalankan banyak menunaikan tanggungjawab ekskutifnya dan beliau termasuk dalam tafsiran sebagai penjawat awam.
Bagi isu kedua, beliau berkata perayu memang telah menunjukkan minat terhadap hartanah tersebut sejak 2004 dan akhirnya Shamsuddin bersetuju untuk menjualnya pada harga RM3.5 juta untuk menjaga kepentingan perniagaannya di mana beliau membuat banyak berurusan terutamanya dengan PKNS.
"Transaksi tersebut dibuat bukan di atas dasar 'willing buyer and willing seller' di mana SP2 telah membeli haratanah tersebut pada harga RM7 juta," jelas Azahar.
"Selain itu, saksi-saksi yang dipanggil oleh pihak perayu di peringkat pembelaannya telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah, serta pembantu peribadi perayu juga telah memberikan keterangan bercanggah," jelas Azahar.
Dr Mohamad Khir yang berada di kandang tertuduh kelihatan tenang sepanjang prosiding hari ini dan bersalaman dengan penyokongnya yang hadir di mahkamah.
Sementara itu, Muhammad Shafee memberitahu pemberita beliau akan memfailkan satu notis rayuan di pejabat pendaftaran Mahkamah Rayuan esok.
Dr Mohamad Khir, 48, dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin.
Beliau yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.
Azahar berkata hujah peguam perayu bahawa penilaian hartanah yang dibuat juruperunding dari Rahim & Co sebanyak RM3.5 juta yang dibuat berdasarkan nilai pasaran, tidak boleh mengikat mahkamah dan ia perlu ditaksirkan berdasarkan kepada penilaian keseluruhan fakta transaksi hartanah tersebut.
Mengenai isu bahawa SP2 (Shamsuddin) adalah rakan sejenayah, Azahar menjelaskan bahawa hakim perbicaraan telah mendapati SP2 merupakan seorang saksi yang berkredibiliti serta bukan mengambil bahagian dalam jenayah itu secara sukarela.
Azahar berkata SP2 pada asalnya (pada 2004) ketika Dr Mohamad Khir menunjukkan minat terhadap hartanah terbabit, telah menawarkan harga RM6.5 juta dan terpaksa bersetuju kepada harga yang lebih rendah kemudiannya kerana untuk menjaga kepentingan perniagaannya sebagai kontraktor.

Khamis, 23 Mei 2013

BAM: Tukar Pemimpin

Khairy anggap BAM dalam krisis; cadang suntik muka baru
Putrajaya: Bertanggungjawab sepenuhnya, berundur dan bagi peluang muka baru menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Itu kesimpulan untuk badan induk itu berikutan kekalahan memalukan skuad negara di Piala Sudirman, kelmarin.
Bahkan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menganggap BAM kini sedang dilanda krisis yang perlu diperbaiki segera - satu daripada cadangannya ialah menukar barisan pemimpin sedia ada untuk mengembalikan kegemilangan badminton negara.
Saya hormat keputusan BAM nak pilih sesiapa saja yang sesuai untuk jadi pegawai, tetapi saya harap mereka juga akan dengar pandangan KBS yang mewakili suara rakyat bahawa ada sesuatu yang tak berapa kena pada pengurusan pada waktu dan ketika ini." Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan
Kekalahan memalukan kepada Taiwan dan Jerman juga mengundang rasa kecewa bekas pemain beregu negara, Jalani Sidek yang senada dengan Khairy apabila menyoal sistem diguna pakai BAM sambil membidas badan induk itu hanya tahu bida hak tuan rumah, tetapi tidak tahu mencanang barisan terbaik.
Khairy kecewa
Tanpa berniat campur tangan, Khairy merasakan saranan itu memang tepat kerana BAM dijadualkan mengadakan sesi pemilihan jawatankuasa baru akhir bulan ini dan beliau berharap ahli jawatankuasa badan induk bijak membuat pilihan mencari barisan pemimpin berwibawa.
Beliau yang turut menyaksikan perlawanan menentang Jerman di Stadium Nasional, kelmarin tidak menyembunyikan rasa kecewa dengan prestasi pemain dan menyifatkan sebagai suatu krisis.
“Prestasi malam tadi memang mengecewakan. Sebab itu saya percaya mereka ada krisis. Saya sendiri tengok perlawanan itu. Tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia tewas kepada Jerman dan Taiwan. Kalau itu dianggap bukan krisis...saya tak tahulah,” katanya ketika sesi wawancara bersama BH di sini, semalam.
Namun, beliau menegaskan peminat perlu faham menteri tidak berkuasa merombak struktur pengurusan persatuan kerana terikat dengan perlembagaan persatuan.
Pegawai atasan badminton harus dengan pandangan
Namun, katanya, kementerian berhak menentukan setiap bantuan diberi kepada persatuan perlu ada hasil seperti diharapkan iaitu peningkatan dan pencapaian atau dalam erti kata lain - bantuan sedia ada boleh dikaji semula.
“Saya hormat keputusan BAM nak pilih sesiapa saja yang sesuai untuk jadi pegawai, tetapi saya harap mereka juga akan dengar pandangan KBS yang mewakili suara rakyat bahawa ada sesuatu yang tak berapa kena pada pengurusan pada waktu dan ketika ini.
“Oleh kerana akan ada pemilihan baru tak lama lagi, saya harap kita boleh bincang dengan kepimpinan baru supaya dapat susun semula BAM,” katanya.
Sementara itu, Jailani menyoal sistem diguna pakai BAM kerana dengan dana penajaan diperoleh badan induk itu mereka masih gagal melahirkan pemain bertaraf dunia.
“Dengan penajaan yang diterima ini saja ke pemain yang kita ada? Sampai bila kita mahu harapkan Lee Chong Wei sedangkan pemain lain tidak ke mana. Saya tidak terkejut jika sudah tidak ada orang mahu menyaksikan perlawanan badminton lagi selepas Chong Wei bersara kerana peminat pasti sudah jemu apabila pemain negara sering tewas.
“Situasi ini jelas menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem BAM itu sendiri kerana mereka terus gagal melahirkan pemain bertaraf dunia. BAM hanya tahu bida hak tuan rumah, tetapi tidak tahu mempersiapkan pasukan terbaik bagi menghadapi saingan Piala Sudirman, seolah-olah tidak ada kerja rumah yang dilakukan selepas bidaan dibuat,” kata Jailani.

SPR warta keputusan PRU-13

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mewartakan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang berlangsung pada 5 Mei lalu. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata berikutan pewartaan keputusan pilihan raya itu, calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan, mulai hari ini.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing. - BERNAMA

Rabu, 22 Mei 2013

Menteri, ADUN Sarawak Dapat Kenaikan Gaji

Tahniah dan terima kasih pengundi-pengundi Sarawak kerana menghadiahkan ini…

Gambar: Menteri, ADUN Sarawak dapat kenaikan gaji.. RAKYAT DAPAT GST!!!

Gambar : Kredit Geng Kartun
Nampaknya slogan kebanggaan Najib 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' langsung tak terpakai oleh Ketua Menteri Sarawak yang dikaitkan dengan rasuah oleh Global Witness ini.. 

'Rakyat susah atau senang, makan atau tidak, ada kemudahan atau tidak.. mampuih pi kat hang' mungkin itu slogan yang digunapakai oleh Taib Mahmud..

22 April yang lalu, Kerajaan negeri Sarawak mengumumkan kenaikan gaji ketua masyarakat dan ketua kaum serta elaun mesyuarat kaunselor berkuat kuasa awal tahun ini. 

Dimana elaun Ketua Kaum dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 sebelum ini manakala elaun penghulu dinaikkan daripada RM600 kepada RM1,000.

Jawatan Pemanca pula elaun mereka dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM700 ketika ini dan elaun Temenggong dinaikkan kepada RM1,500 daripada RM850. 

"Bagi memastikan semua pihak dapat menikmati faedah ini, kerajaan turut meningkatkan elaun mesyuarat kaunselor iaitu daripada RM50 kepada RM100," kata Taib Mahmud ketika merasmikan Simposium Kebudayaan Sarawak di Kuching. 

Hari ini.. tengok berapa dia naikkan gaji dia dan kroninya.. - ASD

Taib Mahmud naikkan gajinya dari RM13,000 kepada RM39,000..

KUCHING, 21 Mei — Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. — Bernama

http://azmieyusoff.blogspot.com/2013/05/menteri-adun-sarawak-dapat-kenaikan.htmlKUCHING, 21 Mei (Bernama) - Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

  • Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000;
  • Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000;
  • Menteri kanan dan Speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000;
  • Menteri, RM9,000 kepada RM27,000;
  • Pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000;
  • anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000; dan
  • setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.

Tiba masanya rakyat Sarawak menukar paradigma pemikiran dan berpolitik.

Jumaat, 17 Mei 2013

KABINET MALAYSIA PUNYAI MENTERI PALING RAMAI DI DUNIA

KUALA LUMPUR: “Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?” tanya penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di dalam Facebooknya.

Menurutnya, Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet.

“Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?” tanya beliau lagi.

Berikut ialah pandangan beliau.

Apabila PM DS Najib mengumumkan barisan kabinetnya, maka penganalisis yang bersetuju dengan barisan ini menyatakan inilah kabinet transformasi terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama, dan kabinet yang mampu melonjakkan negara ke depan untuk menghadapi saingan globalisasi.

Bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan inilah kabinet DS Najib untuk menghadapi pemilihan Umno tahun ini, kabinet kitar semua dan kabinet kayu mati yang mudah dimakan anai-anai. Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. Mereka yang dilantik adalah hebat.

Namun, yang menjadi masalah kepada saya ialah bilangan kementerian dan menterinya yang ramai. Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008? Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?

Meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara-negara lain. Kewujudan kementerian dan menteri adalah untuk menyempurnakan tugas dalam mentadbir negara, bukannya sebagai ganjaran kepada kawan-rakan yang menang.

Khamis, 16 Mei 2013

Rabu, 15 Mei 2013

Senarai Penuh Barisan Kabinet 2013

PUTRAJAYA 15 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan barisan Jemaah Menteri yang diumumkan hari ini sebagai Kabinet berimbang menggabungkan pemimpin berpengalaman, teknokrat dan orang muda.

Perdana Menteri berkata, Kabinet baharu tersebut mampu meneruskan dan menjayakan agenda transformasi nasional selain meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat.

"Selain memberi tumpuan kepada kebolehan dan kepakaran masing-masing, isu-isu seperti integriti dan rasuah akan diberi tumpuan oleh Kabinet yang baharu," katanya dalam sidang akhbar khas pengumuman Kabinet baharu di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa.

Sidang akhbar itu dihadiri lebih 100 pemberita dan jurukamera daripada media tempatan dan antarabangsa.

Najib percaya, anggota Jemaah Menteri yang berpengalaman sama ada sebagai menteri atau timbalan menteri sebelum ini akan menyumbang kesinambungan kepada pembangunan negara.

Beliau berkata, kumpulan teknokrat yang dilantik pula akan menyumbang kepakaran khusus terutamanya mencetus idea-idea yang kreatif lagi bernas untuk pertimbangan kerajaan.

"Selain memiliki kebolehan, golongan muda (dalam Kabinet) juga akan membawa cita rasa orang muda kepada pertimbangan kerajaan," katanya.

Antara pemimpin berpengalaman yang dinamakan semula dalam barisan Kabinet baharu ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Pertahanan) dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan tokoh pendidik, Datuk Mary Yap (Timbalan Menteri Pelajaran) dilihat sebagai golongan teknokrat yang mampu menyumbang kepakaran dalam bidang masing-masing.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) pula merupakan antara orang muda yang menganggotai Kabinet.

BARISAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013

PERDANA MENTERI:

YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN

JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:

  1. YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM
  2. YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
  3. YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA  (SENATOR)
  4. YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP
  5. YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM
  6. YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI
  7. YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN
  8. DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:

  1. YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM
  2. WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY

KEMENTERIAN KEWANGAN:

  1. MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
  2. MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
  3. TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AHMAD BIN MASLAN

KEMENTERIAN PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:

  1. MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN
  2. MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH
  3. TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING
  4. TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

  1. MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

  1. MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN  (MEMANGKU)
  2. TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

  1. MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

  1. MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

  1. MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED
  2. TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI

KEMENTERIAN LUAR NEGERI:

  1. MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:

  1. MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR)

KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:

  1. MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

  1. MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

  1. MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

  1. MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

  1. MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN

KEMENTERIAN  KESIHATAN:

  1. MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM 
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA

KEMENTERIAN  WILAYAH PERSEKUTUAN:

  1. MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

KEMENTERIAN  PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:

  1. MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON

KEMENTERIAN  TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

  1. MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

  1. MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:

  1. MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:

  1. MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

  1. MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

  1. MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM
  2. TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN

PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN

TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN

MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)

TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN

JUMLAH: 57 JAWATAN

JUMLAH KEMENTERIAN: 24

JUMLAH SENATOR SEDIA ADA: 1 ORANG

JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK: 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI)

JUMLAH BACKBENCHERS: 82 ORANG