Jumaat, 31 Mei 2013

Sultan S'ngor ingatkan MB untuk belajar tepati janji

KLANG: Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah hari ini mengingatkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat agar menunaikan segala janji yang terkandung dalam manifesto parti itu.

Titah baginda, selain mengotakan segala janji-janji mereka, kerajaan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya perlu sentiasa mengutamakan kehendak dan keperluan rakyat.

"Parti yang dipilih pada PRU13 janganlah melupakan rakyat dan seharusnya menunaikan janji yang telah dilaungkan dalam manifesto ketika berkempen semasa pilihan raya umum," titah baginda.

Sebelum ini, selepas memenangi PRU-12 pada 2008, banyak aduan diterima daripada rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri kerana gagal melasanakan janji-janji yang dibuat dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Antaranya, gagal memberi air percuma secara menyeluruh, tidak memberi bantuan elaun kepada ibu tunggal dan kanak-kanak yang belajar di peringkat taska. Khalid pula apabila diajukan masalah berkenaan cuma menjawap ringkas bahawa "manifesto bukan janji".

Pada majlis ini, baginda turut mengingatkan ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri (exco) yang dilantik supaya menjalankan tugas dengan jujur dan amanah selain terhindar daripada gejala rasuah.Menurut baginda, sebagai wakil rakyat yang diberi amanah pada PRU13 awal Mei ini, mereka perlu sentiasa memberikan khidmat bakti kepada rakyat Selangor dan tidak melupakan tanggungjawab dan tugas setelah berjaya menjadi 'Yang Berhormat'.

"Ahli-ahli Yang Berhormat perlu menyedari bahawa tugas exco adalah tugas yang diamanahkan rakyat negeri ini dan perlu dialksanakan. Jauhkan diri dari rasuah kerana ia akan menjatuhkan maruah dan merosakkan negeri Selangor. Rakyat juga amat benci dengan kepimpinan yang terlibat dengan rasuah. Janganlah setelah menang pada pilihan raya umum baru-baru ini, Yang Berhormat yang mulanya sanggup turun membantu rakyat hilang dan melupakan tanggungjawab," titah baginda lagi.

Sultan Sharafuddin hari ini berkenan mencemar duli hadir ke Balai Rong Seri bagi upacara mengangkat sumpah 10 ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) di Istana Alam Shah, Klang bagi penggal 2013 hingga 2018.

Tiada ulasan: