Selasa, 14 Mei 2013

Gomez sahkan tidak lagi menjadi kekasih Bieber

GAMBAR fail menunjukkan Bieber dan Gomez.

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Selena Gomez mengesahkan bahawa dia telah berpisah dengan kekasihnya sebelum ini, Justin Bieber, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Menurutnya, dia kini belum mempunyai teman lelaki selepas berpisah dengan Bieber yang juga penyanyi terkenal.

Gomez yang berumur 20 tahun membuat pendedahan itu semasa dia diwawancara oleh seorang juruhebah sebuah stesen radio.

Pasangan itu sebelum ini pernah berpisah buat kali pertama pada Disember tahun lalu selepas Gomez dilaporkan menyatakan Bieber, 19, kelihatan tidak matang.

Pada April lalu, pasangan itu dilaporkan kembali berbaik semula selepas sekeping gambar menunjukkan Bieber dipeluk Gomez disiarkan oleh media Barat. - Agensi

Tiada ulasan: