Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru

http://i1.wp.com/www.anakulucheka.com/wp-content/uploads/2013/05/Selamat-hari-guru.jpg?resize=400%2C266

Selamat Hari Guru | 1 Aspirasi 1 Agenda

Selamat hari guruSelamat Hari Guru buat semua warga pendidik. 1 Aspirasi 1 Agenda inilah tema untuk sambutan hari guru pada tahun 2013.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Berikut adalah tema-tema hari guru bermula dari tahun 1972 hingga 2013
1972 – Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 – Kerjasama Guru Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 – Peranan Guru Dalam zaman Sains Dan Teknologi
1975 – Guru Dengan Pembangunan Negara
1976 – Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan
1977 – Dedikasi Dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 – Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 – Muris Sejahtera Negara Jaya
1980 – Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 – Pengorbanan Guru Kejayaan Masyarakat
1982 – Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 – Kepimpinan Berteladan Kesempurnaaan Pendidikan
1984 - Kepimpinan Berteladan Kesempurnaaan Pendidikan
1985 – Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 – Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 – Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 – Guru Pengasas Pengasas Budaya bangsa
1989 – Guru Membina Budaya Ilmu
1990 – Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 – Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 – Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 – Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 - Guru Inovatif Dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 – Permaufakatan Dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 – Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 – Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 – Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 – Guru Berkesan Pendidikan Cmerlang
2000 – Bersatu Memertabatkan Profesion Keguruan
2001 – Memertabatkan Profesion Perguruan Tanggungjawab Bersama
2002 – Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 - Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 – Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 - Guru berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 - Guru Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 – Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2008 – Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 – Guru Pembina Negara bangsa
2010 - Guru Pembina Negara bangsa
2011 – Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2012 – Guru Inovatif Melonjak Transformasi Pendidikan Negara
2013 – 1 Aspirasi 1 Agenda.

Tiada ulasan: