Langkawi  merupakan salah satu pulau yang paling terkenal dan paling popular di  Pantai Barat Malaysia. Menggabungkan tarikan sejarah, kehidupan malam  yang menarik, keindahan pantai, aktiviti-aktiviti menarik serta aktiviti  membeli-belah, pulau bebas cukai ini adalah tempat paling sesuai untuk  bercuti. Banyak pantai Langkawi yang di undi antara yang terbaik di  dunia sementara jalan raya di Langkawi adalah amat mudah untuk memandu  dan mencari arah dan sepanjang perjalan anda akan disajikan dengan  pemandangan indah. Antara aktiviti/tempat menarik di Pulau Langkawi  adalah:
    1. Pantai-Pantai di Langkawi
 Antara pantai yang menjadi tumpuan adalah Pantai Chenang, Pantai   Tengah, Pantai Beras Basah dan Pantai 'Airport'. Pantai Chenang adalah  pantai yang selalu meriah sama ada di siang hari mahupun di  malam hari.  Kerana di Pantai Chenang telah menjadi tumpuan pengunjung untuk  bermandi manda dan banyak sukan air ditawarkan disini  seperti  parasailing, banana bot dan jerski. Pantai Tengah juga mempunyai daya  tarikan seperti Pantai Chenang. Manakala Pantai Beras Basah yang  terletak di Pulau Beras Basah mempunyai pasir dan air yang lebih cantik  berbanding kedua-dua  pantai yang diyatakan diatas. Pantai 'Airpot' pula  masyur dikalangan pengunjung kerana menyajikan asam laksa yang sedap  disamping anda  disajikan pemandangan pantai yang cantik berserta  landasan kapal terbang.
       2. Cable Car & Skybridge
Cable  Car di Langkawi merupakan cable car yang tertinggi di  Malaysia dan  anda akan mengambil masa selama 20 minit untuk sampai ke puncak Gunung  Mat Chinchang. Anda akan disajikan pemandangan indah  dan sekiranya anda  menaiki cable car pada waktu petang anda juga akan dapat melihat  pemandangan matahari terbenam.
        3. Dataran Lang
Dataran  Lang adalah tempat wajib untuk dikunjungi oleh pengungjung untuk  bergambar sebagai kenang-kenangan. Terletak berhampiran Jeti Pekan Kuah,  'Helang' ini seolah-olah menyambut kedatangan pengunjung ke Pulau  Langkawi.
        4. Jetty Awana Poto Malai
Jetty  Awana Poto Malai yang terletak di pertengahan jalan ke 'Cable Car' juga  selalu mencuri tumpuan pengunjung kerana menawarkan pemandangan  kapal-kapal layar yang belabuh di Langkawi. Jetty ini juga menempatkan  bot yang digunakan oleh Dato' Azhar Mansor iaitu 'Jalur Gemilang Yacht'  untuk mengelilingi dunia.
        5. Kilang Gamat
Terdapat  dua kilang gamat yang terkenal di Pulau Langkawi iaitu Kilang Gamat  Warisan dan Kilang Gamat Nusantara. Kedua-dua kilang gamat ini terletak  di pertengahan jalan dari Pekan Kuah ke Pantai Chenang. Disini anda  boleh mendapatkan pelbagai produk gamat pada harga yang murah dan  mutunya yang dijamin oleh pengeluar.
        6. Pekan Kuah
Sekiranya  anda ke Pulau Langkawi, tidak lengkap rasanya anda tidak mengunjungi  Pekan Kuah kerana disini terdapat pelbagai tempat untuk membeli belah.  Memandangkan Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai, pelbagai  barangan yang ditawarkan mempunyai harga yang jauh lebih rendah  berbading di Tanah Besar. Antara tempat membeli belah yang selalu  menjadi pilihan pengunjung yang terletak di Pekan Kuah adalah Idaman  Suri, Langkawi Saga, Haji Ismail Group dan lain-lain lagi,
        7. Kampung Air Hangat
Selain  keindahan pantai dan pulau, Langkawi juga menawarkan "Hot Spring" nya  yang tersendiri yang terletak di Kampung Air Hangat. "Hot Sprin" ini  sesuai sekiranya anda ingin melepaskan penat mengelilingi pulau. Disini  juga ditawarkan seni lukisan batik, tarian asli Melayu, makanan-makanan  melayu dan perlbagai lagi.
        8. Restoran Jom Ikan Bakar
Restoran  Jom Ikan Bakar ini yang terletak di Padang Mat Sirat menawarkan pelbagi  lauk-pauk, ulam - ulaman dan yang paling penting ikan-ikan bakar yang  segar serta sedap. Restoran ini yang dibuka setiap hari sentiasa penuh  dengan pengunjung. Kami cadangkan supaya anda ke sana terlebih awal bagi  mengelakkan anda tidak tidak makan berdiri.
        9. Restoran Makanan Laut
Pergi  ke pulau sudah menjadi kelaziman untuk para pengunjung mencari makanan  laut yang segar. Antara restoran yang menawarkan pelbagai pilihan  makanan laut seperi ikan, sotong dan udang adalah Restoran Bamboo,  Restoran Fish Farm dan Restoran Amin Thai. Restoran Bamboo dan Restoran  Fish Farm yang terletak bersebelahan antara satu sama lain terletak di  Pantai Beringin, Pekan Kuah. Manakala Restoran Amin Thai pula terletak  di Pekan Kuah.
        10. Kilang Batik di Langkawi
 Batik  merupakan salah satu tarikan pengunjung ke Pulau Langkawi. Kilang batik  ini terletak di pertengahan jalan antara Pekan Kuah dan juga Pantai  Chenang dan terletak berhampiran dengan kilang gamat Nusantara. Di sini  pelbagai corak dan motif batik yang boleh didapati dan dibeli oleh  pengunjung pada harga yang murah.
 Batik  merupakan salah satu tarikan pengunjung ke Pulau Langkawi. Kilang batik  ini terletak di pertengahan jalan antara Pekan Kuah dan juga Pantai  Chenang dan terletak berhampiran dengan kilang gamat Nusantara. Di sini  pelbagai corak dan motif batik yang boleh didapati dan dibeli oleh  pengunjung pada harga yang murah.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan