Isnin, 6 Mei 2013

Ketam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan
  • 1 kg ketam- belah 2 dan bersihkan
  • 1 cawan santan sederhana pekat
  • 1 helai daun kunyit- hiris
  • 1 btg serai- ketuk
  • 2 keping asam keping
  • garam secukupnya
Bahan Kisar:
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • kunyit hidup
  • halia
  • cili api- kuantiti suka ati
Cara:
  1. masukkan bahan2 kisar dlm kuali
  2. buka api- masak hingga pekat
  3. masukkan santan, serai, asam keping, garam dan daun kunyit
  4. sentiasa kacau hingga nampak mendidih
  5. masukkan ketam
  6. kecilkan api dan biarkan mendidih dan ketam masak
  7. (sentiasa kacau agar santan x pecah minyak)

Tiada ulasan: