Jumaat, 10 Mei 2013

Garmin GDR35

garmin gdr35Berita baik kepada sesiapa yang gemar merakam video atau gambar ketika ternampak kejadian pelik dan menarik sewaktu memandu.
Keinginan itu didorong terutama selepas kejadian tahi bintang yang menimpa Russia Februari lalu, menjadikan semua orang mahu memasang kamera di bahagian papan pemuka kenderaan mereka.
Pengeluar alat navigasi terkemuka dunia, Garmin pantas memasarkan kamera unik keluarannya iaitu Garmin GDR35.
Garmin GDR35 ialah kamera papan pemuka definisi tinggi (HD) (1920 x 1080 30fps Full HD).
Ia merakam video menggunakan kad Micro SD yang dimuatkan dalam kamera berkenaan. Apa yang menarik mengenai GDR35 ialah keupayaan merakam video berkualiti dan berdefinisi tinggi.
Kecanggihan kamera terbabit ialah keupayaan merekod koordinat isyarat GPS, masa dan kandungan rakaman menggunakan format AVI.
Jika dimainkan semula kandungan video itu menggunakan perisian PC Tool, anda boleh melihat ke mana perjalanan kereta anda di atas Google Map.
Walaupun tanpa perisian berkenaan, butiran koordinat, kelajuan dan masa dipaparkan di bahagian bawah sebelah kiri video sebagai bukti atau sebagai log masa dan tempat.
Garmin juga bijak menggunakan sensor gyro (graviti) yang boleh mengesan perlanggaran atau sebarang pergerakan keras terhadap kenderaan dan melindungi kandungan rakaman secara automatik.
Ini bermakna jika berlaku kemalangan, kandungan rakaman yang penting tidak terpadam.
Lensa GDR35 ialah f2.0 dan berfungsi dengan baik termasuk pada waktu malam dan boleh dipasang bersama kamera pandangan belakang, Garmin GBC30 serta merekod pemandangan belakang dan depan dengan mod 720p.
Model ini boleh berperanan sebagai cermin sisi tambahan apabila dipasang di cermin belakang sekali gus melegakan pemandu apabila memandu termasuk ketika mengambil selekoh dan sewaktu perjalanan yang jauh.
Ia juga boleh dipasang dengan GDR30 dan dilekatkan bersama nuvi 3560LM. Jika dalam mod Full HD, kita boleh merakam antara enam dan tujuh jam jika menggunakan kad Mikro SD 32 GB.
Sebarang pertanyaan boleh diperolehi dengan menghubungi Eric Emir di talian 016-9208062 atau AECO Technologies (M) Sdn Bhd di talian 03-9285 8062.
INFO:
Dimensi:
8.19 × 6.57 × 4.16 cm
Berat:
122 gram
Skrin:
2.4″ TFT LCD
Kamera F=2.0
Jarak rakaman:
Pandangan penjuru pada 110 darjah
Slot kad memori:
MicroSDHC (sekurang-kurangnya 8GB)
http://www.garmin.com.sg

Tiada ulasan: