Jumaat, 12 Julai 2013
Bercakaplah Benar walaupun menyakitkan
Bismillah. Tip untuk orang awam. Apabila kita menjual kereta, perlu diberitahu kondisi kereta itu yang sebenar, contohnya,
Kekeliruan imsak dan akhir sahur
Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, tahun ini kita masih lagi diizinkan untuk bertemu dengan Ramadan. Maka hendaklah Ramadan kali ini menjadi motivasi kepada kita dengan memanfaatkan segala kebaikan dan amal soleh seolah-olah inilah Ramadan kita yang terakhir.
Dan di antara kebaikan dan amal soleh dalam bulan Ramadan yang paling besar adalah melaksanakan ibadat puasa itu sendiri sesuai dengan sunah Nabi SAW. Apa yang dilakukan dan disuruh oleh Nabi dalam berpuasa itulah yang terbaik manakala yang tidak dilakukan oleh Nabi dan tidak disuruh itu bukanlah sunah baginda.
Semua orang Islam mengetahui bahawa puasa bermula dengan terbit matahari - masuk waktu Subuh dan berbuka selepas tenggelamnya matahari yakni masuk waktu Maghrib.
Namun, takrif puasa yang mudah difahami ini jika dilihat kebanyakan orang Islam yang berpuasa terdapat perbezaan praktikal dengan takrif puasa ini.
Tiada istilah imsak Misalnya, sudah menjadi kebiasaannya orang Islam hari ini imsak ketika bersahur iaitu berhenti 10 minit sebelum masuk waktu Subuh dan beriktikad pada tempoh masa 10 minit ini tidak boleh lagi menjamah makanan dan perlu berhenti serta-merta. Lebih parah lagi bersangka batal puasa seseorang seandainya masih makan dan minum dalam tempoh imsak ini.
Benarkah dakwaan ini? Apakah ada sandaran daripada Nabi? Pada pemahaman penulis, amalan imsak ini tidak menepati petunjuk dan sunah Nabi. Buktinya di antara sunah dan dianjurkan Nabi ketika bersahur untuk berpuasa adalah dengan melewatkan sahur seperti hadis Nabi yang bermaksud: “Tiga perkara adalah akhlak kenabian; mempercepatkan buka puasa, melewatkan sahur dan meletak tangan kanan atas tangan kiri dalam solat.” (Riwayat Al-Thabarani, dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Sahih al-Jami’, no. 3038) Dan ia dikuatkan lagi dengan hadis daripada Zaid yang ditanya oleh Anas kepadanya, bahawa Zaid mengatakan jarak Nabi dan sahabat, mereka bersahur sebelum waktu Subuh dalam tempoh 50 ayat al-Quran dibacakan. Hal ini seperti terkandung dalam hadis Zaid yang berbunyi: Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh).” Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama sahur antara azan dan sahur tersebut?” Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Dua hadis di atas jelas menunjukkan bahawa tiada petunjuk daripada Nabi yang memberhentikan makan dan minum dalam tempoh tertentu sebelum masuk Subuh. Hal ini dibahaskan oleh Imam Ibnu Hajar di zamannya lagi dengan mengatakan: “Di antara bidaah yang mungkar ialah apa berlaku di zaman ini iaitu melaungkan azan kedua sebelum waktu Subuh dengan anggaran satu pertiga jam pada bulan Ramadan, di samping memadamkan pelita yang dijadikan tanda pengharaman makan dan minum bagi mereka yang ingin berpuasa. Perbuatan ini dianggap satu usaha berjaga-jaga dalam ibadat. Perkara ini tidak diketahui kecuali oleh segelintir manusia. Perbuatan ini juga menarik mereka untuk tidak melaungkan azan kecuali selepas terbenamnya matahari seketika untuk memastikan waktu pada sangkaan mereka. Dengan ini mereka melewatkan berbuka dan mempercepatkan bersahur dan mereka menyalahi sunah. Disebabkan inilah kebaikan menjadi sedikit dalam kalangan mereka dan keburukan menjadi banyak di antara mereka. Allah jualah yang dipohon pertolongan.” (Lihat Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Baari, 4/199) Azan ketika sahur Lebih jelas bukti yang menunjukkan tiadanya imsak dalam Islam ini walau apa sekalipun matlamatnya adalah hadis Nabi yang melarang seseorang berhenti ketika bersahur walaupun azan Subuh sudah berkumandang. Kata Nabi yang bermaksud: “Sekiranya seorang daripada kamu mendengar azan sedang bekas makanan di tangannya, janganlah dia letakkan sehingga dia selesai menghabiskan apa yang perlu.” (Riwayat Abu Daud, Dinilai hasan sahih oleh Syeikh al-Albani) Maka yang sahih dan menepati sunah bersahur untuk berpuasa ini adalah tiada waktu imsak. Berhentilah sebelum azan tanpa perlu dibataskan masa tertentu, itupun terdapat rukhsah dan keringanan sekiranya terdengar azan selesaikanlah makan dan minum barulah berhenti dan teruskan berpuasa. Yahudi lewatkan berbuka Ketika berbuka pula, disunahkan pula kita berbuka puasa dengan segera jangan melewatkannya seperti hadis Nabi yang berbunyi: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka segera berbuka puasa.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Hal ini kerana Islam adalah agama fitrah dan berbuka awal menepati fitrah insan di samping anjuran Nabi kepada umatnya untuk berbeza dengan orang Yahudi yang berpuasa akan melewatkan berbuka seperti perkataan Nabi dalam hadis yang lain: “Agama ini akan senantiasa menang selama manusia menyegerakan berbuka, kerana orang Yahudi dan Nasrani mengakhirkannya.” (Hadits Riwayat Abu Dawud 2/305, Ibnu Hibban 223, dengan sanad yang Hasan) Tetapi ada juga di sana segolongan manusia berasa warak kepada Allah dengan melewatkan berbuka puasa dan berasa hina jika berbuka awal seperti golongan Syiah yang sesat. Mereka suka melewatkan berbuka puasa menanti sehingga nampak bintang di langit padahal sahih daripada Nabi agar jangan berbuka sehingga kelihatan bintang di langit.
Kata Nabi yang bermaksud: “Umatku akan senantiasa dalam sunahku selama mereka tidak menunggu bintang ketika berbuka puasa.” (Hadits Riwayat Ibnu Hibban 891 dengan sanad sahih) Jadi yang terbaik adalah mengikut petunjuk dan sunah Nabi ketika berpuasa kerana berasa cukup dengan sunah itu adalah sebuah hidayah. Penulis lulusan Syariahh Fiqh dan Usul (UM) adalah Ketua Biro Massa Ilmuan Malaysia
Petikan hadis tentang puasa Ramadhan
Petikan hadis-hadis mengenai puasa daripada Sahih Bukhari dan Sahih Muslim
Kelebihan Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."
Kelebihan berpuasa
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun."
Akhlak sewaktu berpuasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa."
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)."
Kelebihan bersahur
Diriwayatkan daripada Anas RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya."
Kelebihan menyegerakan berbuka
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa."
Kelebihan Solat Tarawih dalam bulan Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah SAW mengenai Ramadan: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."
Kelebihan Lailatulqadar dan galakan untuk mencarinya
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan."
Ganjaran untuk amalan yang dilakukan pada malam Lailatulqadar
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."
Beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan.
Menambahkan amal ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain.
Makan dan minum kerana terlupa tidak membatalkan puasa
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah."
Tidak Batal Puasa Orang Yang Bangkit Dari Tidur Di Waktu Pagi Dalam Keadaan Berjunub
Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah RA, kedua-duanya berkata: Nabi SAW bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa.
Janganlah berpuasa sehari dua sebelum Ramadan
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa."
Khamis, 11 Julai 2013
Puasa dan Kesihatan
Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga seiring dari segi perubatan dan kesihatan.
· Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.
· Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.
· Mengulangi makanan sepanjang malam.
· Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.
· Tidur selepas kenyang makan.
· Fasa pertama (dua hingga tiga hari)
– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).
Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.· Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)
– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.
Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.· Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )
– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.
Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.
Rabu, 10 Julai 2013
Just Share: 3 Pilihan Mana satukah pilihan anda?

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZzManusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, tak ada style langsung, nampak kampung!Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lahManusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)
Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.
TIPS DATANG AWAL KE MASJID
Ada sorg penuntut ilmu melihat gurunya sgt awal dtg ke masjid menunaikan solat Subuh. Setiap kali dia datang ke masjid pada awal pagi, dia akan mendapati gurunya sudah lebih dahulu sampai. Maka si murid bertanya kepada gurunya : " Wahai Tuan Guru, bolehkah Tuan Guru beritahu kepada saya teknik dan resepi datang ke masjid awal?"
Maka Sang Guru menjawab soalan muridnya dengan bertanyakan soalan: " Adakah kamu sudah berkahwin? "
Si Murid menjawab: " Belum Tuan Guru"
Maka Sang Guru lalu berkata : "Berkahwinlah "
Mengikut arahan Tuan guru maka si murid tersebut terus berkahwin . Namun yang menghairankan dirinya, bukanlah dia semakin awal ke masjid, malah semakin lambat ke masjid. Maka , setelah beberapa hari keadaan berlarutan, dia lalu mengadu kepada gurunya tersebut .
" Tuan Guru menyuruh saya berkahwin, dan saya telah pun berkahwin dengan harapan akan semakin cepat ke masjid namun yang berlaku sebaliknya. Saya bukan semakin awal ke masjid malah semakin lambat".
Maka Tuan Guru menjawab : "Berkahwinlah satu lagi"
Terkejut dengan jawapan gurunya tersebut. Kalau seorang isteri sudah lambat ke masjid apatah lagi berkahwin dua. Namun , disebabkan patuh dengan arahan gurunya maka dia berkahwin pula dengan isteri yang kedua. Namun keadaan masih berterusan sedemikian. Malah lebih lambat. Dia tetap terkalah dengan gurunya yang sentiasa lebih awal berada di masjid. Sekali lagi dia mengadukan perkara ini kepada gurunya. Maka jawapan yang diberikan oleh gurunya sangat memeranjatkan dirinya .
Kata Tuan Guru :
" Kalau begitu, kahwinlah seorang lagi"
Maka beliau sekali lagi melaksanakan arahan gurunya tersebut. Pada satu pagi, ketika Tuan Guru datang ke masjid. Beliau terkejut melihat muridnya sudah berada di masjid. Lebih awal daripada dirinya. Tuan Guru bertanya sambil tersenyum :
" MasyaAllah, apa rahsia kamu datang awal ke masjid pada pagi ini?"
Jawab Si Murid : " Bukan setakat datang awal Tuan Guru, malah saya tidur di masjid terus. Rahsianya : Kahwin 3 . Pening kepala saya dengan semua, akhirnya masjidlah yang terbaik utk bermalam "
Tuan Guru tersenyum lalu berkata : " Alhamdulillah , kamu dah jumpa teknik dan rahsia datang awal ke masjid "
hehehehe
- Pejuang Muda MasaKini -
Tahukah Anda Islam dan peraturannya tidak pernah jumud.
Tahukah anda, ketika penghujung era 1800 dan diawal era 1900, permaisuri-permaisuri di seluruh negara eropah yang bukan islam mengenakan hijab dan niqab sama seperti ummat islam di tanah arab. kerana pada ketika itu islam amat kuat dengan kerajaan khilafah turki uthmaniah dan kerajaan islam di negara-negara lain. sehinggakan pakaian-pakaian ummat islam pada ketika itu ditiru oleh barat untuk memakainya. mereka tidak pernah berani mengatakan pakaian tersebut kolot atau jumud, malahan mereka meniru menggunakannya walaupun mereka bukan islam. namun pada hari ini, selepas kerajaan islam di turki dijatuhkan, keadaan menjadi terbalik. ummat islam menjadi lemah walaupun bilangan mereka ramai. menjadi kebiasaan yang lemah akan meniru yang kuat untuk menampakkan seolah-olah mereka kuat dan berada di dalam golongan yang kuat. ummat islam hari ini meniru pakaian-pakaian barat kerana mereka ingin kelihatan seperti barat dan takut dipandang jumud dan kolot. sedangkan sayyiduna umar r.a pernah berkata "kita adalah satu kaum (ummat islam) yang dimuliakan Allah dengan islam, sesiapa yang mencari selain islam, maka mereka akan berada di dalam golongan yang hina". sedarlah wahai ummat, kita akan nampak kuat jika kita sendiri perlihatkannya. jangan rasa malu atau rasa kolot dengan islam hatta si dalam bab berpakaian. pakailah cara islam, maka kita akan dimuliakan dan kita akan mampu menampakkan islam itu satu agama yang kuat.

Gambar rare, queen of austria mengenakan hijab dan niqab seluruh badan walaupun mereka bukan islam. gambar ini dirakam pada tahun 1916 ketika kemangkatan salah seorang raja eropah. semua wanita-wanita nombor satu eropah hadir pada majlis tersebut dengan hijan dan niqob yang sempurna. kerana pada ketika itu, dianggap satu kehinaan jika mereka menampakkan wajah dan tubuh mereka. bukankah benar apa yang dikatakan sayyiduna umar r.a? harap kita mampu berfikir.
Apa kesimpulan yg boleh kita buat dari kisah ini, [KH] berpendapat sesuatu budaya itu bergantung pada keadaan persekitaraan dan kita boleh tngk budaya pemakaian sekarang yang tidak sopan berpunca dari keadaan persekitaraan yang mengamalkan cara begitu.
Kepentingan Ibadah Puasa
UNTUK TUJUAN INILAH PUASA ITU DIPERINTAHKAN. ALLAH TENTUKAN KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH PERGILIRAN NIKMAT DAN UJIAN. DAN KEBAHAGIAAN SEBENAR IALAH PADA MEREKA YANG BOLEH BERSYUKUR DAN BERSABAR. SEBAB ITU ALLAH MAHU DIDIK MANUSIA KE ARAH ITU.
Selasa, 9 Julai 2013
Al-Jahiz -- ahli zoologi Islam pertama

Abu Uthman Amr ibn Bakr al-Kinani al-Fuqaimi al-Basri
Antara individu tersebut termasuklah Abu Uthman Amr ibn Bakr al-Kinani al-Fuqaimi al-Basri yang lebih dikenali sebagai al-Jahiz.
Al-Jahiz ialah ahli zoologi Islam yang pertama dan merupakan penulis buku The Book of Animals. Beliau lahir pada tahun 776 iaitu 14 tahun selepas Baghdad diasaskan oleh Abbasid Caliph al-Mansur. Al-Jahiz belajar membaca dan menulis pada awal usia dan menceritakan bagaimana ibunya memberinya ‘sedulang’ kertas nota dan memberitahunya bahawa kertas-kertas itu boleh menyara hidupnya kelak.
Akhirnya, Al-Jahiz memulakan kariernya sebagai penulis dan antara tulisannya yang paling tersohor ialah Book of Animals. Beliau menerima 5,000 dinar emas dari pegawai yang menerima buku Book of Animals.
Al-Jahiz telah menulis lebih 200 naskhah buku tetapi hanya 30 naskhah dapat diselamatkan. Hasil kerjanya meliputi bidang zoologi, tata bahasa Arab, puisi, retorika dan kamus. Beliau dianggap sebagai salah seorang saintis Islam yang menulis mengenai saintifik dan subjek yang kompleks untuk orang kebanyakan. Hasil kerja Al-Jahiz yang terpenting ialah Book of Animals iaitu Kitab al-Hayawan yang mana sungguhpun tidak lengkap, ia mengandungi tujuh jilid yang edisinya dicetak.
Ia mengandungi maklumat saintifik yang penting dan jangkaan konsep nombor yang hanya dibangunkan sepenuhnya sehingga separuh kurun ke-20. Dalam buku itu, Al-Jahiz membincangkan perkara mengenai peniruan haiwan iaitu sesetengah parasit menyesuaikan warnanya mengikut haiwan yang ditumpanginya. Beliau juga menulis panjang lebar mengenai pengaruh cuaca dan diet manusia serta tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang hidup di persekitaran geografi dan kawasan yang berbeza. Beliau turut membincangkan mengenai komunikasi di antara haiwan, psikologi dan tahap intelek serangga dan beberapa spesies haiwan.
Selain itu, beliau menyediakan turutan yang lengkap mengenai organisasi sosial serangga yang diperoleh daripada pemerhatiannya. Antaranya bagaimana serangga menyimpan biji-bijian di dalam sarang yang tidak rosak pada musim hujan.
Beliau juga tahu sesetengah serangga bertindak balas terhadap cahaya dan telah menggunakan maklumat ini untuk mencadangkan satu kaedah memerangkap nyamuk dan lalat. Pada awal pelopor sains zoologi dan antropologi, Al-Jahiz telah menemui bahawa kesan alam sekitar terhadap kehidupan haiwan dan juga memerhati perubahan spesies haiwan berdasarkan beberapa faktor.
Dalam beberapa muka surat buku itu, beliau turut menggambarkan konsep sains yang biasanya berlainan dengan konsep yang dinyatakan oleh Charles Darwin. Konsep Al-Jahiz adalah sesuatu yang baru dalam sejarah sains dan sungguhpun ahli falsafah Greek seperti Empedocles dan Aristotle membicarakan perubahan dalam tumbuhan dan haiwan, mereka tidak melakukan langkah pertama untuk memperkembangkan teori itu secara komprehensif.
Bagi mereka, perubahan itu hanya satu konsep yang ringkas dan pergerakannya pula tidak memberi makna apa-apa. Sebanyak 87 lembaran daripada buku Book of Animals (kira-kira satu pertiga daripada teks asal yang ditulis oleh al-Jahiz) kini dipelihara dan disimpan di Perpustakaan Ambrosiana Library di Milan, Itali.
Koleksi itu (salinan daripada naskhah asal) bertarikh kurun ke-14 dimiliki oleh pemilik terakhir, Abd al-Rahman al-Maghribi, tahun 1615. Lembaran daripada buku Book of Animals itu mengandungi lebih 30 ilustrasi dalam bentuk kecil.
Al-Jahiz kembali ke Basra selepas menghabiskan masa lebih 50 tahun di Baghdad. Beliau meninggal dunia di Basra pada tahun 868 akibat kemalangan ditimpa rak buku di perpustakaannya.
Perkara yang membatalkan puasa dan pantang larang puasa
Membatalkan Puasa:
1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).
Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.
(Hadis menurut Sahih Muslim)
Isnin, 8 Julai 2013
Anything is Nothing, All Things is Allah Belonging
Setiap apa yang berlaku adalah ketentuanNya yang Maha Esa. Tiada satupun perkara berlaku tanpa pengetahuanNya. Ya Allah, kupanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana diberikan kesempatan dan masih berpeluang untuk menikmati kehidupan sementara ini.
Sekiranya anda dipuji atas kejayaan anda, Allah lebih berhak keatas pujian itu ucapkanlah Alhamdulillah… lebih baik di dalam hati…
Jumaat, 5 Julai 2013
Puasa terbahagi tiga tingkatan
Beri ruang umat Islam perbaiki kualiti amalan
Sedar mahupun tidak, Ramadan kini bakal menjelma lagi. Kehadiran Ramadan sangat dinanti-nantikan oleh mereka yang beriman kerana mereka sedar bahawa ia adalah rahmat daripada Allah SWT kepada hamba-ham ba-Nya. Mereka memahami bahawa Ramadan bukan hadir dengan 'tangan kosong', tetapi dipenuhi ganjaran dan dilimpahi dengan 'buah tangan' daripada Allah SWT.
Justeru, terpulanglah kepada kita sama ada untuk menerima kehadiran Ramadan kali ini dengan memu liakannya atau membiarkan ia berlalu begitu saja.
firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 bermaksud: “Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti diwajibkan atas orang se belum kamu agar kamu bertakwa.”
Qada puasa sebelum Ramadan
Pada kesempatan ini, khatib ingin mengingatkan ke pada mereka yang belum mengqadakan hutang puasa, menjelaskan fidyah yang diwajibkan, agar melunaskan nya sebelum Ramadan menjelang. Tanggungjawab ini tidak boleh dipandang ringan ke rana ia tetap akan menjadi perhitungan kita di dunia mahupun di akhirat. Justeru, janganlah kita cuai daripada melunaskannya mengikut garis panduan yang dikehen daki Allah SWT.
Ramadan adalah bulan tarbiah iaitu bulan yang men didik setiap individu Muslim agar kembali mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ibadah puasa misalnya, bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi juga berperanan mendidik mata daripada melihat per kara yang diharamkan, telinga daripada mendengar um patan, lidah daripada menuturkan fitnah dan cacian, tangan daripada melakukan dosa dan permusuhan, ke maluan daripada melakukan kemaksiatan dan kaki daripada melangkah ke arah kejahatan dan kemungkaran.
Ibadah puasa juga mendidik kita bersifat ihsan dan melaksanakan tuntutan agama dengan penuh keikhlasan. Fikirkanlah, apakah balasan daripada Allah yang akan kita terima jika kita berpuasa, namun dalam masa, kita masih lagi terus melakukan kemungkaran?
Tiga tingkatan puasa
Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah di dalam karya agungnya, Ihya Ulumuddin telah membahagikan puasa kepada tiga tingkatan. Tingkatan paling rendah ialah puasa orang awam iaitu hanya menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum. Tingkatan pertengahan pula ialah puasa orang khusus iaitu turut berpuasa daripada melakukan segala bentuk maksiat dan dosa, manakala tingkatan tertinggi ialah puasa orang khusus lagi istimewa iaitu berpuasa dengan penuh ikhlas dan menjaga hati daripada dikotori dengan sifat mazmumah.
Pembahagian ini memberikan umat Islam ruang untuk berfikir tingkatan manakah mereka berada, seterusnya memperbaiki kualiti puasa mereka. Justeru, nilailah di manakah tingkatan puasa kita selama ini, mudah-mu dahan dengan kehadiran Ramadan kali ini ibadah puasa kita mencapai matlamat puasa sebenar iaitu takwa seperti firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 bermaksud: “Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti diwajibkan atas orang se belum kamu agar kamu bertakwa.”
Marilah kita jadikan Ramadan ini masa yang terbaik untuk kita bermuhasabah dan menghitung diri. Cer minlah diri kita! Adakah selama ini anggota tubuh yang Allah kurniakan terutama mulut, tangan, mata dan kaki kita gunakan untuk beribadah dan memberi manfaat kepada masyarakat, agama dan negara? Ataupun hanya kita gunakan untuk melakukan kerosakan, kehancuran dan kemudaratan.
Renungkanlah, jika selama ini kita tersalah perbuatan, kembalilah ke pangkal jalan sempena kedatangan bulan yang mulia ini. Bayangkanlah, betapa besar fadilat yang pasti dikurniakan Allah SWT kepada hamba-Nya yang ingin merebut peluang ini. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari Rahimahullah, da ripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW: “Apabila datangnya Ramadan, nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syai tan.”
Hadis ini menggambarkan keistimewaan bulan Ramadan dan betapa luasnya kesempatan untuk meraih pahala. Bahkan, Allah SWT juga membuka seluas-luasnya pintu keampunan untuk menerima taubat hamba-ham banya yang benar-benar bertakwa kepada-Nya.
Ketahuilah! Dari sudut kesihatan, puasa adalah kaedah terbaik bagi memelihara anggota badan daripada pe nyakit. Melalui berpuasa unsur racun di dalam makanan dapat dihapuskankan. Dr Hisyam Ibrahim AI-Khatib da lam karyanya ‘Al-Wafi Fi Al-Tib’ menjelaskan puasa juga telah memberi peluang kepada organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem pengha daman. Ia juga menjadi penawar mujarab kepada pe nyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah.
Lihatlah betapa besarnya hikmah Allah SWT mewa jibkan hamba-Nya berpuasa. Selain meningkatkan ke imanan dan ketakwaan, ia juga bermanfaat kepada tubuh badan.
Khamis, 4 Julai 2013
Please UNFriend Me
Bismillah. Ya Allah ajarilah aku perkara yang aku masih jahil, dan berilah aku ingat semula perkara yang aku sudah lupa. Amin.
Didoakan apa yang ditulis di bawah ini, adalah di atas pencerahan yang Allah berikan kepada kami, di atas permohonan kepada Allah supaya mengajar kami perkara yang kami masih jahil.
Nota ini adalah hanya untuk dibaca oleh para mentee saya, kepada sahabat saya, sekiranya yang ada terlipat dengan MLM, elakkan membacanya.
Sekiranya teringin untuk membacanya dan selepas membacanya sakit hati, tuan dan cik puan dipersilakan untuk 'unfriend' saya, kerana saya terpaksa di atas ilmu yang Allah berikan.
Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Begitulah tugas kami dalam isu-isu kewangan. Tuan dan cik puan sentiasa dipersilakan untuk 'unfriend' saya sekiranya tidak setuju saya menulis entri ini. Saya terpaksa kerana ini adalah hal kepentingan masyarakat dan di atas ilmu yang Allah berikan, saya perlu memberitahu apa yang baik dan tidak baik, setakat apa yang saya tahu.
Seperti di dalam Buku Makan Gaji Tetapi Kaya, saya sudah nyatakan kepada tuan dan cik puan yang ingin mengambil buah fikiran saya. Jangan, jangan, jangan melibatkan diri dengan Multi Level Marketing. Sudah banyak yang jatuh dan bungkus dari satu demi satu.
Saya sudah membuat kajian dah sudah lama kajian saya itu, sehingga hari ini, jawapan saya, jangan, jangan, jangan mempengaruhi orang lain supaya membeli dan menjadi agent, beban hidup apabila terpaksa membayar balik kos-kos orang lain yang rugi kerana menyertai MLM di bawah kita. Noktah.
Saya sudah tidak larat, hendak melayan orang rintihan orang yang sudah menyesal kerana sudah terjebat, dan sudah menanggung kerugian dan menanggung hutang, mohon dibaca buku dan entri-entri saya di facebook, supaya kita belajar dari kesilapan yang dibuat oleh orang lain. Saya tidak larat, bukan kerana apa, kerana saya lebih menderita dari tuan dan cik puan sebaik sahaja tuan dan cik puan meluahkannya. Kerana saya tahu bertapa peritnya hidup dibebani dengan bebanan itu.
Lain trainer kewangan, lain pula sudut fikirannya. Pilih trainer kewangan yang dapat memuaskan hidup kita. Mohon maaf, saya terpaksa melafazkan walupun ianya pahit, kerana nyatakan kebenaran walaupun ianya pahit.
Astagfirullah.
Malaysia | Shamsuddin Kadir
Rabu, 3 Julai 2013
Lokasi Cerapan Melihat Anak Bulan Ramadan
As-Salam. Telah diisytiharkan bahawa tarikh untuk melihat anak bulan Ramadan bagi tahun hijriah 1434 bersamaan 2013 Miladiah akan dilakukan pada petang 8 Julai, bersamaan dengan 29 Syaaban. Terdapat hampir 29 lokasi telah ditentukan bagi melihat anak bulan, dan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan memaklumkan penetapan permulaan puasa pada malam itu juga bagi seluruh Malaysia bagi tahun ini.

Kepada blogger yang berminat untuk bersama dengan orang ramai melihat anak bulan dan merasai kemeriahan sambutan ketibaan bulan Ramadan, anda bolehlah ke lokasi-lokasi terpilih yang telah ditentukan.
Di Perak, mengikut sumber dari Jabatan Mufti, dianggarkan hampir 1000 orang dijangka hadir untuk mencerap dan bersama dengan pegawai-pegawai cerapan pada 8 Julai 2013 nanti. Ia bertempat di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak.
Lokasi Cerapan Melihat Anak Bulan Ramadan 2013/1434H
| Negeri | Lokasi Cerapan Anak Bulan Ramadan 2013/1434H |
|---|---|
| Johor | Pontian Kecil |
| Kedah | Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda |
| Kedah | Pemandangan Indah, Pulau Langkawi |
| Kedah | Menara Alor Setar, Alor Setar |
| Kelantan | Bukit Peraksi, Pasir Putih |
| Kelantan | Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai |
| Kelantan | Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu |
| Kuala Lumpur | Menara Kuala Lumpur |
| Labuan | Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan |
| Melaka | Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara |
| Negeri Sembilan | Telok Kemang, Port Dickson |
| Pahang | Bukit Tanjong Batu, Nenasi |
| Pahang | Gunung Berincang, Cameron Highlands |
| Pahang | Bukit Pelindong, Kuantan |
| Penang | Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh |
| Perak | Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong |
| Perlis | Kuala Sungai Baru, Simpang Empat |
| Putrajaya | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya |
| Sabah | Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan |
| Sarawak | Tanjung Lubang, Miri |
| Sarawak | Teluk Bandung, Kuching |
| Sarawak | Tanjung Batu, Bintulu |
| Selangor | Bukit Melawati |
| Selangor | Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat |
| Selangor | Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam |
| Terengganu | Bukit Besar, Kuala Terengganu |
| Terengganu | Bukit Geliga, Kemaman |
| Terengganu | Pulau Perhentian, Besut |
| Terengganu | Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu |
Penetapan tarikh mula berpuasa bagi Semenanjung Malaysia akan ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja dengan telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Khamis, 27 Jun 2013
WASIAT RASULULLAH ﷺ UNTUK KAUM WANITA..{وصية رسول الله اونتوق قوم وانيتا}
Telah bersabda Rasulullahï·º. maksudnya:
"Kebanyakan wanita itu adalah isi Neraka dan kayu apinya." Sayidatina Aisyah bertanya, "Mengapa, wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah SAW: Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cobaan seperti kesakitan waktu melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja di rumah.
Rasulullah ï·ºbersabda:
"Wanita, apabila ia solat lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, maka masuklah ia dari mana saja pintu syurga yang ia kehendaki."
(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani dan Anas bin Malik)
Nabi ï·º bersabda:
'Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima solatnya sehingga ia kembali dan mengulurkan tangannya kepada suaminya (meminta maaf)." (Riwayat dan Hassan)
Abdullah bin Amru bin Al Ash r.a. berkata: 'Bersabda Rasulullah SAW: "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah." (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah ï·º:
"Siapa saja perempuan yang memakai bau bauan, kemudian ia keluar melihat kaum lelaki ajnabi agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina." (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)
Sebaik-baik bagi wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali untuk urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.
Sabda Rasulullahï·º :
"Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar, mendongaklah syaitan memandangnya." (Riwayat Tarmizi)
Diriwayatkan bahwa pada suatu hari, ketika Rasulullahï·º bersama sama isteri-isterinya (Ummu Salamah dan Maimunah), datang seorang datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum), Rasulullah menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, 'Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya?" (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Rasulullahï·º bersabda:
"Perempuan yang memakai pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhramnya) adalah seumpama gelap-gulita pada han Kiamat, tidak ada nur baginya. " (Riwayat Tarmizi)
Sabda Rasulullah ï·º:
'Dikahwini wanita kerana empat sebab: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu bertuah (beruntung)." (Riwayat Bukhari)
Rasulullahï·º bersabda:
"Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkawinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kawinnya)."
Nabi ï·º pemah bersabda:
"Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama dia masih taat pada suaminya dan diredhainya (serta menjaga sholat dan puasanya).
Sabda Rasulullah ï·º yang bermaksud:
"Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu Neraka dan akan terbuka pintu-pintu Surga. Masuklah dan mana saja pintu yang disukainya dengan tidak dihisab."
Rasulullah ï·º bersabda:
"Siapa saja wanita yang bermuka masam sehingga menyebabkan tersinggung hati suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sampai ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya."
Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, baik itu miskin atau kaya.
Sabda Rasulullahï·º bermaksud:
"Tidaklah putus balasan dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya."
Dari Muaz bin Jabal, bersabda Rasulullahï·º: "Siapa saja wanita yang berdiri diatas kedua kakinya membakar roti untuk suaminya, hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dan api Neraka."
Dan siapa saja wanita yang menunggu suaminya hingga pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, membaikkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat nanti, Allah kurniakan nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas karuniaan karamah itu. Tidak ada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.
Thabit Al Bananiy berkata: "Seorang wanita dari Bani Israil yang buta sebelah matanya, sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada suatu malam, pelitanya kehabisan sumbu, maka diambil rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada esok harinya matanya yang buta telah sembuh Allah kurniakan karamah (kemuliaan) pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya."
Nabi ï·º bersabda:
"Siapa saja wanita yang berkata kepada suaminya: Tidak pemah aku dapat dari engkau satu kebaikanpun. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari."
Sabda junjungan Rasulullahï·º :
"Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menyenangkan engkau, jika engkau memerintah diturutinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya."
Sabda Rasulullahï·º bermaksud:
"Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya kecuali jika terpaksa (kerana suatu urusan yang mustahak) dan dia juga tidak berhak melalui jalan lalu-lalang melainkan di tepi-tepinya."
Sabda Rasulullahï·º :
"Apabila seorang laki-laki memanggil isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya, hingga marahlah suaminya, maka tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat sampai pagi. "
Abu Bakar As Siddiq mengatakan. aku mendengar Rasulullah ï·º bersabda:
"Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia semuanya ".
Ibnu Umar r.a. berkata, telah bersabda Rasulullahï·º : "Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu masing-masing akan ditanya dan suami pemimpin kepada keluarganya dan isteri pemimpin rumah tangga suaminya dan anak-anaknya. Kamu sekalian pemimpin dan akan bertanggungjawab atas pimpinanmu. "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tersebut dalam kitab Muhimmah karangan Syeikh Abdullah bin Abdul Rahim Pattani:
"Hendaklah isteri mendahulukan suaminya atas hak dirinya dan seluruh kaum kerabatnya."
Sabda Rasulullah ï·º bermaksud:
"Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama-samaku di dalam surga."
Rasulullah ï·ºbersabda:
"Surga itu terletak di bawah telapak kaki ibu." (Riwayat Ahmad)
Rasulullah ï·ºbersabda:
"Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tidak ada sebab yang dibenarkan oleh syariat, haramlah baginya bau
surga." (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
Rasulullah ï·º bersabda:
"Wanita yang meninggal dunia dalarn keadaan suaminya redha (tidak marah) padanya, niscaya ia masuk surga." (Riwayat Tarmizi)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan."
Sabda Rasulullah ï·º bermaksud:
"Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil)".
Nabi SAW bersabda:
"Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosanya seperti keadaan ibunya melahirkannya."
Rasulullah ï·º bersabda:
"Perintahkanlah anak-anakmu semua yang berumur tujuh tahun untuk mengerjakan sholat. Apabila mereka telah berumur sepuluh tahun tetapi belum mengerjakan sholat hendaklah dipukul (tetapi jangan sampai luka) dan pisahkanlah tempat tidurnya."
(Riwayat Abu Daud)
Sabda Rasulullahï·º :
"Ya Fatimah, barang siapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman surga, dan dicatatkan Allah baginya kebebasan dari api Neraka dan selamatlah ia melintas titian Sirat".
Diceritakan di dalam kitab Muhimmah bahwa seorang Badwi menemui Rasulullah ï·º lalu berkata," Tidak akan aku percaya pada engkau sebelum ditunjukkan padaku suatu mukjizat." "Apakah yang engkau kehendaki" tanya Rasulullah. "Suruh pohon kurma yang kering itu menghadap engkau," kata Badwi itu. Maka bersabda Rasulullah, "Pergilah engkau kepada pohon yang kering itu, katakan bahwa Muhammad memanggilnya." Arab Badwi itu pun melakukan apa yang diperintahkan. Setelah diberitahu kemudian, pohon kurma itu kelihatan bergerak gerak ke kiri dan ke kanan hingga tercabut akar-akarnya dan berjalan ia menghadap Rasulullah, lalu memberi salam. Rasulullah menjawab salamnya. Melihat peristiwa itu Arab Badwi itu terus mengucap kalimah syahadah. "Cukuplah ya Rasulullah, cukuplah," katanya lagi. Rasulullah pun memerintahkan pohon itu kembali ke tempatnya. Arab Badwi itu berkata lagi. "Wahai Rasulullah, aku telah meminta darimu sesuatu yang tidak pernah diminta oleh orang lain. Itu pun engkau tunaikan, kerana itu izinkan aku sujud kepadamu setiap kali sujud solat di belakangmu." Jawab baginda, "Tidak harus seorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya, kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka."
Rasulullah SAW bersabda:
"Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang tengkuknya."
Rasulullah ï·º bersabda:
"Aku berdiri di atas surga, kebanyakan orang yang masuk ke masuk ke dalamnya ialah golongan miskin, manakala orang-orang kaya tertahan di luar pintu surga karena dihisab. Selain dari itu ahli Neraka diperintahkan masuk ke dalam Neraka dan aku telah berdiri di atas pintu Neraka, aku lihat kebanyakan orang yang masuk ke dalamnya ialah wanita."
(Riwayat Imam Bukhari dan Usamah bin Lad r.a)
Rasulullah ï·º juga bersabda: "Aku lihat api Neraka, tidak pemah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli Neraka ialah wanita." Baginda ditanya, "Mengapa begitu, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa puas hati dan cukup." (Riwayat Imam Bukhari)
Sabda Nabi SAW: "Kebanyakan ahli Neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, apakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi, "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."
Sabda Rasulullah SAW:
"Keadaan wanita sepuluh kali ganda seorang laki-laki di dalam Neraka dan dua kali ganda seorang laki-laki di dalarn surga. "
Suatu hari Rasulullah SAW datang melawat anaknya Fatimah ra dan didapatinya sedang menangis. Maka bertanyalah Rasulullah
SAW: "Apakah yang membuat engkau menangis, wahai Fatimah?'
Fatimah menjawab, "Wahai ayahku, aku menangis disebabkan oleh keletihan yang tidak terkira ketika mengisar tepung dan menyediakan keperluan rumah. Sekiranya ayahanda menyuruh Imam Ali membeli seorang wanita suruhan, itu akan menjadi pemberian yang besar bagiku."
Mendengar kata-kata itu, hati Rasulullahï·º terhiris hingga berlinang air mata baginda.
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit di antara dirinya dengan api Neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khusus untuknya di atas takhta di hari Akhirat."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya pahala sama seperti orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang tidak berpakaian."
"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan yang jahat dan menjadikan dinnya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memperhatikan." (Riwayat Abu Hurairah)
Asma binti Khanyah Fazari diriwayatkan telah berkata pada puterinya pada hari pernikahan anaknya itu: "Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan dia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya dia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai-bagai kesukaran karena itu akan memungkinkan dia meninggalkamu. Kalau dia mendekatimu, dekatilah dia dan jika dia menjauhimu maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah biarkan suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum, Jangan pula dia mendengar melainkan yang enak dan janganlah dia melihat melainkan yang indah saja pada dirimu."
Isnin, 24 Jun 2013
Bagaimana Nabi Sambut Ramadhan?
Assalamualikum..
Syaaban sudah berlalu seminggu..apakah persiapan kita untuk ramadhan yang abakal tiba?adakah kita masih lagi diberi nafas oleh Allah untuk berada dalam bulan ramadan?
moga2 Allah dapat mempertemukan ramadhan pada kali ini..jadi persiapan kita untuk menyambut ramadhan haruslah mengikut syariat yang ditatapkan.. kita juga perlu tahu bagaimana Nabi kita menyambut ramadhan yang mulia ini. Rasul SAW yang mempersiapkan diri betul menyambut kedatangan setiap bulan Ramadhan.
Persiapan Rasul tersebut bukan hanya bersifat jasmani, melainkan gabungan jasmani dan rohani mengingat puasa sebagaimana ibadah yang lain adalah gabungan ibadah jasmani dan rohani, di samping ibadah yang paling berat di antara ibadah wajib (fardu) lain.
Oleh sebab itu, ia disyariatkan yang paling akhir di antara ibadah wajib lainnya. Persiapan jasmani tersebut dilakukan oleh Rasul SAW melalui puasa Isnin-Khamis dan puasa hari-hari putih (tarikh 13,14 dan 15) setiap bulan sejak bulan syawal hingga Sya'ban.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW sentiasa puasa Isnin dan Khamis. Dikatakan kepada beliau, "Wahai Rasul, engkau sentiasa puasa Isnin dan Khamis."
Beliau menjawab, "Sesungguhnya pada setiap hari Isnin dan Khamis Allah SWT mengampuni dosa setiap Muslim, kecuali dua orang yang bermusuhan. Allah berfirman, 'Tangguhkanlah keduanya sampai keduanya berdamai'. "(HR. Ibnu Majah).
Dalam kaitannya dengan puasa tiga hari setiap bulan, Rasul SAW bersabda kepada Abu Dzar Al-Ghifari RA, "Wahai Abu Dzar, jika engkau ingin berpuasa setiap bulan, maka puasalah tarikh 13,14 dan 15." (HR. Tirmidzi).
Sedangkan persiapan rohani dilakukan oleh Rasul SAW melalui pembiasaan solat tahajud setiap malam serta zikir setiap waktu dan kesempatan. Bahkan, solat tahajud yang hukumnya sunah bagi kaum Muslimin menjadi wajib bagi peribadi Rasul SAW.
Diriwayatkan oleh Aisyah RA yang bertanya kepada Rasul SAW mengenai pembiasaan ssalat tahajud, padahal dosa-dosa beliau telah diampunkan oleh Allah SWT, Rasul SAW menjawab dengan nada yang sangat indah, "Apakah tidak boleh aku menjadi hamba yang pandai bersyukur?"
Memasuki bulan Sya'ban, Rasul SAW meningkatkan kuantiti dan kualiti ibadah puasa, qiyamul lail, zikir dan amal salehnya. Peningkatan tersebut disebabkan semakin dekatnya bulan Ramadhan yang akan menjadi punca aktiviti kesalehan dan spiritual seorang Muslim.
Jika biasanya dalam sebulan Rasul SAW berpuasa rata-rata 11 hari, maka di bulan Sya'ban ini beliau berpuasa hampir sebulan penuh. Dikisahkan oleh Aisyah RA bahawasanya, "Rasulullah banyak berpuasa (di bulan Sya'ban) sehingga kita mengatakan, beliau tidak pernah berbuka dan aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh kecuali puasa Ramadhan. Dan aku tidak pernah melihat Rasulullah banyak berpuasa (di luar Ramadhan) melebihi Sya'ban. "(HR. Bukhari-Muslim).
Dalam riwayat Usama bin Zayed RA dikatakan, "Aku bertanya kepada Rasul, 'Wahai Rasulullah, Aku tidak melihatmu banyak berpuasa seperti di bulan Sya'ban?' Beliau menjawab, 'Sya'ban adalah bulan yang dilupakan manusia, letaknya antara Rejab dan Ramadhan. Di bulan tersebut amal manusia diangkat (ke langit) oleh Allah SWT dan aku menyukai pada saat amal diangkat aku dalam keadaan berpuasa '. "(HR. An-Nasa'i).
Sya'ban adalah bulan penutup rangkaian puasa sunah bagi Rasulullah SAW sebelum berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Jika Rasul telah mempersiapkan penyambutan Ramadhan dengan berpuasa sekurang-kurangnya 11 hari di luar Sya'ban dan 20-an hari di bulan Sya'ban, bererti untuk menyambut Ramadhan Rasulullah SAW telah berpuasa yang sekurang-kurangnya 130 hari atau satu pertiga lebih dari jumlah hari dalam setahun.
Maka, hanya persiapan yang baiklah yang akan mendapat hasil yang baik, dan demikian pula sebaliknya. Semoga Allah SWT memberikan kesempatan kepada kita untuk mempersiapkan diri di bulan Sya'ban sehingga memperoleh hasil yang maksimum di akhir Ramadhan.
Selasa, 18 Jun 2013
Kelebihan Ramadan
(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
- a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
- b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
- c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
- d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
- e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
- - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
- - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
- - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
- - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
- - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
- Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
- Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
- Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
- Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
- Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
- Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
- Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
- Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
- "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
- "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
- "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
- "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)

