Jumaat, 5 Julai 2013

Puasa terbahagi tiga tingkatan

Beri ruang umat Islam perbaiki kualiti amalan

Sedar mahupun tidak, Ramadan kini bakal menjelma lagi. Kehadiran Ramadan sangat dinanti-nantikan oleh mereka yang beriman kerana mereka sedar bahawa ia adalah rahmat daripada Allah SWT kepada hamba-ham ba-Nya. Mereka memahami bahawa Ramadan bukan hadir dengan 'tangan kosong', tetapi dipenuhi ganjaran dan dilimpahi dengan 'buah tangan' daripada Allah SWT.

Justeru, terpulanglah kepada kita sama ada untuk menerima kehadiran Ramadan kali ini dengan memu liakannya atau membiarkan ia berlalu begitu saja.

firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 bermaksud: “Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti diwajibkan atas orang se belum kamu agar kamu bertakwa.”

Qada puasa sebelum Ramadan

Pada kesempatan ini, khatib ingin mengingatkan ke pada mereka yang belum mengqadakan hutang puasa, menjelaskan fidyah yang diwajibkan, agar melunaskan nya sebelum Ramadan menjelang. Tanggungjawab ini tidak boleh dipandang ringan ke rana ia tetap akan menjadi perhitungan kita di dunia mahupun di akhirat. Justeru, janganlah kita cuai daripada melunaskannya mengikut garis panduan yang dikehen daki Allah SWT.

Ramadan adalah bulan tarbiah iaitu bulan yang men didik setiap individu Muslim agar kembali mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ibadah puasa misalnya, bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga, tetapi juga berperanan mendidik mata daripada melihat per kara yang diharamkan, telinga daripada mendengar um patan, lidah daripada menuturkan fitnah dan cacian, tangan daripada melakukan dosa dan permusuhan, ke maluan daripada melakukan kemaksiatan dan kaki daripada melangkah ke arah kejahatan dan kemungkaran.

Ibadah puasa juga mendidik kita bersifat ihsan dan melaksanakan tuntutan agama dengan penuh keikhlasan. Fikirkanlah, apakah balasan daripada Allah yang akan kita terima jika kita berpuasa, namun dalam masa, kita masih lagi terus melakukan kemungkaran?

Tiga tingkatan puasa

Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah di dalam karya agungnya, Ihya Ulumuddin telah membahagikan puasa kepada tiga tingkatan. Tingkatan paling rendah ialah puasa orang awam iaitu hanya menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum. Tingkatan pertengahan pula ialah puasa orang khusus iaitu turut berpuasa daripada melakukan segala bentuk maksiat dan dosa, manakala tingkatan tertinggi ialah puasa orang khusus lagi istimewa iaitu berpuasa dengan penuh ikhlas dan menjaga hati daripada dikotori dengan sifat mazmumah.

Pembahagian ini memberikan umat Islam ruang untuk berfikir tingkatan manakah mereka berada, seterusnya memperbaiki kualiti puasa mereka. Justeru, nilailah di manakah tingkatan puasa kita selama ini, mudah-mu dahan dengan kehadiran Ramadan kali ini ibadah puasa kita mencapai matlamat puasa sebenar iaitu takwa seperti firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 bermaksud: “Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti diwajibkan atas orang se belum kamu agar kamu bertakwa.”

Marilah kita jadikan Ramadan ini masa yang terbaik untuk kita bermuhasabah dan menghitung diri. Cer minlah diri kita! Adakah selama ini anggota tubuh yang Allah kurniakan terutama mulut, tangan, mata dan kaki kita gunakan untuk beribadah dan memberi manfaat kepada masyarakat, agama dan negara? Ataupun hanya kita gunakan untuk melakukan kerosakan, kehancuran dan kemudaratan.

Renungkanlah, jika selama ini kita tersalah perbuatan, kembalilah ke pangkal jalan sempena kedatangan bulan yang mulia ini. Bayangkanlah, betapa besar fadilat yang pasti dikurniakan Allah SWT kepada hamba-Nya yang ingin merebut peluang ini. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari Rahimahullah, da ripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW: “Apabila datangnya Ramadan, nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syai tan.”

Hadis ini menggambarkan keistimewaan bulan Ramadan dan betapa luasnya kesempatan untuk meraih pahala. Bahkan, Allah SWT juga membuka seluas-luasnya pintu keampunan untuk menerima taubat hamba-ham banya yang benar-benar bertakwa kepada-Nya.

Ketahuilah! Dari sudut kesihatan, puasa adalah kaedah terbaik bagi memelihara anggota badan daripada pe nyakit. Melalui berpuasa unsur racun di dalam makanan dapat dihapuskankan. Dr Hisyam Ibrahim AI-Khatib da lam karyanya ‘Al-Wafi Fi Al-Tib’ menjelaskan puasa juga telah memberi peluang kepada organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem pengha daman. Ia juga menjadi penawar mujarab kepada pe nyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah.

Lihatlah betapa besarnya hikmah Allah SWT mewa jibkan hamba-Nya berpuasa. Selain meningkatkan ke imanan dan ketakwaan, ia juga bermanfaat kepada tubuh badan.

Tiada ulasan: