Isnin, 8 Julai 2013

Puding triffle Laici

Bahan:
1-1 biji swiss role cake..apa2 perisa pun xpe..sedapnya pandan
2- 1 tin susu cair
3- 1 tin air (utk masak castard) ikut ukuran tin susu cair
4- 1 tin buah laici
5- 4 sudu penuh tepung castard
6- 7 sudu gula
7- serbuk jelly strawberry 1 paket (xperlu gula sbb serbuk ni dh dicampur gula)
8- air 400ml-sukatan pada paket jelly (utk masak dgn jelly) sy guna air laici dlm tin + air kosong

Cara:
1- Potong 1 biji swiss roll cake (lebih kurang 1-2 inci). perisa apa pun xpa.susun dalam bekas (nak nampak cantik guna bekas kaca)
*kalau nak renjis2 air buah koktail tu pun boleh...tp sy xletak sbb xnak kek tu lembab/basah..sy suka kering2 ja...
2- masukkan dalam periuk, 1 tin susu cair bersama 1 tin air (ikut tin susu cair tu), 7 sudu gula dan 4 sudu tepung kastard, masak atas api sederhana sambil dikacau2 sampai pekat.tuangkan atas kek tadi.
3- taburkan 1 tin besar buah laici yg dicarik2l (nak tambah nata de coca pun boleh)
4. masak 1 paket jelly (sy guna perisa laici)bersama 400ml air laici +air kosong(ikut sukatan air pada paket jelly ni) dan pewarna merah.bila dah larut tuangkan atas susunan buah2 laici tadi..sejukkan beberapa jam....mudah n ringkas..
*kalau nak ganti jelly dengan agar2 serbuk@tali pun boleh..tp kena tmbah gula.

Oleh:Naimah Md Ludin

Tiada ulasan: