Khamis, 25 Julai 2013

Peperangan Badar

Alhamdulillah. Sedar tak sedar, dah 16 hari kita berpuasa. Lagi 14 hari kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hari kemenangan setelah sebulan kita berpuasa. Besok, 17 Ramadhan adalah satu hari yang bersejarah bagi umat Islam. Apa yang menarik mengenai 17 Ramadhan ni??

17 Ramadhan adalah tarikh keramat perjuangan umat Islam mempertahankan agama Islam yang suci. Pada tarikh ini lah berlakunya Peperangan Badar. Bayangkan bagaimana keadaan tentera Islam pada ketika itu yang berjumlah 313 orang, berperang menentang tentera kafir Quraisy yang berjumlah 1000 orang dalam keadaan berpuasa. Rasanya semua dah tahu apa keputusan dalam peperangan tersebut tapi mungkin ramai yang tak tahu bagaimana Perang Badar bermula.

Kisahnya bermula apabila Rasulullah SAW membawa tenteranya seramai 313 orang untuk menghalang perjalanan kafilah Quraisy yang berjumlah 1000 orang termasuk tentera upahan. Pada masa itu, rombongan kafir Quraisy dipimpin oleh Abu Sufyan. Khafilah Abu Sufyan dilengkapi dengan 100 ekor unta, tenteranya lengkap berbaju besi dan bilangan unta yang sangat banyak. Sementara tentera Islam pula mempunyai 2 ekor kuda, 70 ekor unta dan hanya bersenjatakan pelepah tamar, cangkul, batang kayu dan batu.

Walaupun serba kekurangan, tentera Islam tetap berpegang teguh kepada ajaran Islam dan yakin dengan perancangan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW telah menghantar 2 orang dengan kuda sebagai pasukan meninjau bagi mengetahui di mana kedudukan tentera kafir Quraisy. Maklumat yang diperolehi membolehkan Rasulullah SAW dan para sahabat membuat perancangan. Perancangan awalnya ialah untuk menduduki Bukit Badar sebagai medan pertempuran. Namun, seorang sahabat telah mencadangkan agar dipindahkan kearah selatan yang mempunyai sumber air. Di sinilah kunci kemenangan Rasulullah SAW apabila tentera Islam menguasai punca air dan memutuskan punca air yang lain. Dengan ini tentera kafir Quraisy akan menjadi lemah kerana ketiadaan air.

Oleh kerana jumlah tentera kafir Quraisy jauh lebih besar berbanding tentera Islam, Rasulullah SAW telah berdoa kepada Allah SWT. Dalam doanya baginda berkata: “Ya Allah, jika Engkau binasakan pasukan ini (Islam) Engkau tak akan disembah lagi  dimuka bumi ini. Ya Allah penuhilah janjimu kepadaku. Ya Allah, berikanlah pertolonganmu”.

Kesudahannya cerita rasanya semua orang dah tahu. Tentera Islam mendapat kemenangan pertama di dalam pertempuran pertama mereka. Selain daripada kebijaksanaan Rasulullah SAW dalam taktik peperangan, keimanan dan ketakwaan tentera Islam yang tidak gentar dengan jumlah tentera kafir yang ramai telah membantu dalam kemenangan ini. Disebabakn keimanan mereka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah member bantuan kepada tentera Islam. Wahyu diturunkan ketika peperangan hendak bermula: ”Hai, Nabi! Kerahkanlah orang-orang Mu’min itu bertempur! Dua puluh orang Mu’min yang sabar, akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh dan seratus orang (Mu’min yang sabar) akan dapat mengalahkan seribu orang-orang kafir, kerana orang-orang kafir itu tidak mempunyai dasar yang teguh.”

Semoga kita mendapat pengajaran dan iktibar di bulan Ramadhan ini.

Isnin, 15 Julai 2013

Air Katira

Gambar: Air katira
Oleh:Noorzulaidah Abdul Kadir
cc:www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan...

3 kilo gula
Air satu periuk @ 2 liter
1 botol esen apple hijau jenama brand
1 botol esen lemon brand
1botol esen pisang

Cara membuatnye..

Panas air bersama gula sehingga larut dgn api pelahan. Bila gula telah larut masukan esen apple hijau. Tutup api. Masukan esen lemon. Kacau rata2. Last skali masuk kan esen pisang. Semasa masuk esen pisang air td akan meletop kecil2 seperti air berkarbonat..... sejukkan dan boleh simpan dlm peti dijadikan kordial. Bila nak mnum tambahka air katera bersama air dan ais. Slmt mencuba....

gambar google
Assalamualaikum....
Selamat pagi semua.... Sihat ke??? saya sihat.... Alhamdulillah... Dah makan??? saya posa.. hihi
Dalam segmen Kembara Masam Manis, kali ni ita nak bawa menjelejah ke Negeri Johor Darul Takzim. Kita ronda2 Johor dan cari menu istimewa rakyat Johor sempena bulan Ramadhan ni..
Jom ikut ita... VVVvvvvrooooooommmmmmm........
Haaaaa.... bila nampak air kat atas tu... pasti rakyat Johor tersenyum simpul... waaaaaa.... ade yang urut dada tuuuu..... saborrrrr... posa ye! jangan lupa.. kita di bulan Ramadhan... cepat ambil tisu.. lap sikit air liur tu... eiii... buat malu je... orang nampak tuuu... hehe
Air Kathira Abu Bakar memang cukup popular dan tidak asing lagi bagi rakyat Johor khasnya yg tinggal di daerah Johor Bahru, dan pastinya bila tiba bulan Ramadhan pasti kedatangan air ini di tunggu2 selain dari menunggunya kurma dari padang pasir Timur Tengah Yusofffff Tayubbbbb....
Kenapa air ni di namakan Kathira???? kerana ia menggunakan Kathira. Kenapa dinamakan Kathira Abu bakar???? kerana Encik bakar yang buat. Siapa En. bakar tu???? aik banyak tanya pulak.... manalah mak tau... aiiii... banyak songeh betulll lah Dalili ni... cuba senyap sikit mak nak cerita ni.... cer citer cer cita...
Ok pada yg tak tau inilah Kathira. Kalau kita tengok rupa dan bentuknya macam kemenyan. Macam batu kelikir pon ade tapi dia ringan. Ita pon sebenarnya baru pertama kali tengok... hehe sebab nak tau! dan nak bagi kawan2 semua tau, ita gi lah cari Kathira ni... ha.. inilah dia.... nanti kang kalau orang citer2 kita tak tau pulak... bila dah tau ni baru lah boleh reka2 citer... hahaha
Sekarang ni nak mereka citer lah ni.. hehe.. tak taulah kathira ni buah ke??? kulit pokok ke?? wallahualammmm.... pada yg nak tau lebih lanjut.. rajin2 lah search kat google.. kat situ mesti ade bagi tau asal usul dan susur galur Kathira ni...
Kat sinilah tempat beroperasinya air Kathira ni.. Nampak abang-abang yg ensem ensem tu waaaa..... tarikkk... bang jangan tak tarikkkk..... emmm... En Bakar ni tak lokek tau! siap bagi tau lagi bahan2 yg di gunakan tuk buat air Kathira ni... " mana mak tau nama orang tu En, bakar???".. isssshhhh... nyebokkk laaa... Dalili ni... gi main jauh2.. hehe
Jom kita tengok pula bahan2 yg di perlukan tuk buat air Kathira ni..
Selain dari Kathira tadi inilah antara bahan2 atau ramuan tuk buat air kathira ni..
Kurma dari timur tengah Yusoffffff..... Tayubbbbb....
Selain tu kita perlukan juga badam yg cincang pon boleh yang tak cincang pon boleh sebab nanti kita nak kisar...
Kismis pun kena letak jugak.. kismis ni bagus tuk menguatkan daya ingatan.. kira air kathira ni mmg sesuai sangat di minum oleh kanak2 dan pelajar sebab bahannya semua untuk mencerdaskan minda.. kalau tak caya cuba baca buku motivasi untuk pelajar hasil nukilan Ustazah Nor Bahyah.. dalam buku tu Ustazah ade terangkan minuman tuk menguatkan minda dan ramuannya sama macam ramuan tuk buat air kathira ni... 
Yang ni kenal tak??? ni lah kembang semangkuk... yang ni belum kembang lagi.. kita kena rendam dulu.. bila rendam baru dia kembang.. tak muat mangkuk tu  kang kalau dia kembang.. " kalau kita rendam dalam besen??? " ha.... kita pangil kembang sebesen... " kalau kita rendam dalam kolam???" kita pangil kembang sekolam...  lah ye makkk.....aiiii... apa lah Dalili ni... melalut...loyar buruk betul laaa.... hehe >^<
" haaaaa.... yang ni kita tau... kita tau... " apa dia ni??? " ni lah telur katak.. nanti kalau dia netas jadi berudu.. pas tu bila ekor dia putus dia jadi katak... pas tu dia nyanyi katak oh! katak kenapa panggil ujan.." haaaa..... betulllll pandai anak mak.. gi baca buku ye!! jangan menyebokkk.... >o<
Selain dari biji selasih dan bahan2 yang di atas kita perlukan juga susu cair, dan air aiscreamsoda. Ita rasa dia ade letak tepung kastard sikit tuk pekatkan air tu.. sebab ade rasa castard sikit. Dan bahan yg paling utama tentulah air.... kwang... kwang.. kwang...
emmmm.... beginilah rupa airnya setelah siap.... aik.. apasal ijau pulak! oooo... dia letak paste pandan cikit kot... tak pon boh pewarna cikit..
Haaa...air yang telah siap ni akan di pakingkan. Ade yang di jual dalam botol 1.5 ml dan ade yg di bungkus dalam plastik. Harga??? boleh tahan...emmmm...
Kepada warga Johor yang berhajat boleh lah dapatkan air ni kat Tampoi. Kalau dulu2 ita pangil batu lima. Ia berhadapan dgn Plaza Angsana di jalan Dato' Muthuthambi. Atau boleh juga dapatkan di bazar-bazar Ramadhan berhampiran rumah anda...
Cuba Dalili rasa sedap tak??? slurrrrrpppppp.... emmmmm.... sedapnyaaaa.....!!! pandai mak buat! hehe ni bukan mak buat... tapi mak beli... yaaaa adooooo...... >^<

Jumaat, 12 Julai 2013

Harga Rumah Mungkin Mencecah Jutaan


TIADA keretaku bawa kau jalan-jalan,
Rumahku pun tiada adapun bapa punya,
Apa lagi belanja mau bayar berian,
Kahwin sama kamu...

Mungkin situasi yang disampaikan di dalam bait lirik lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat itu turut dialami sendiri oleh kebanyakan rakyat di negara ini terutamanya generasi muda dan golongan  kelas pertengahan yang menghadapi kesukaran untuk memiliki kediaman sendiri disebabkan harga rumah yang melambung tinggi.

Memiliki kediaman sendiri sememangnya menjadi impian setiap insan apatah lagi sudah mempunyai keluarga sendiri. Namun, hakikatnya harga rumah terutamanya di negeri Selangor dianggap menakutkan dan ‘tidak masuk akal’ jika dibandingkan dengan purata pendapatan isi rumah majoriti rakyat Malaysia.

Malangnya, tidak kira apa jenis sekalipun sama ada flat, teres, apartmen dan kondominium melambung tinggi bukan hanya di kawasan bandar yang pesat membangun bahkan di pinggir-pinggir bandar di Selangor seperti Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang dan Klang menunjukkan trend yang sama.

Tidak kira samada rumah tersebut adalah rumah baru atau penjualan rumah ‘second hand’ atau rumah sekunder,  harga keperluan asas tersebut semakin naik kira-kira 20-30 peratus setahun dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Melihat pasaran sekarang, rata-rata harga rumah yang dijual melalui projek perumahan baru dengan reka bentuk “high –end” dengan keluasan 24 x 70 kaki persegi dijual pada harga RM400,000 ke atas, harga yang ditawarkan tidak banyak beza antara satu pemaju dengan pemaju yang lain.

Di kawasan pinggir bandar, Klang contohnya rumah teres dua tingkat baru yang kebanyakan pemaju lebih gemar menjual rumah dengan reka bentuk moden terkini boleh mencecah RM600,000 ke atas.

Jika ada rumah teres dua tingkat sekunder pun kini harganya dalam lingkungan RM300,000 ke atas, itu pun mengambil kira faktor lokasi, keadaan rumah dan keadaan persekitaran.

Pilihan untuk keselesaan golongan pertengahan terletak pada jenis rumah teres setingkat, bagaimanapun tidak banyak pemaju yang membina rumah jenis tersebut. Mungkin pada pandangan mereka adalah lebih berbaloi pada tanah yang sama dibina rumah teres dua tingkat pada harga pasaran sekarang.

Persoalannya, tawaran harga rumah yang semakin  melambung tinggi dari hari ke hari sekarang ini adakah ia memenuhi keperluan majoriti rakyat di negeri Selangor ini iaitu golongan pertengahan?

Dengan harga yang begitu tinggi, ia bukan lagi merupakan rumah mampu milik khususnya bagi warga rakyat yang berpendapatan sederhana iaitu purata jumlah isi rumah RM6,000 sebulan. Rumah jenis apartmen atau kondominium juga tidak kurang hebatnya dan boleh dikatakan agak serupa sahaja harga melambung tinggi walhal ianya tidak melibatkan tanah yang banyak.

Golongan pertengahan terutama golongan muda yang baru berumah tangga menyasarkan memiliki rumah yang berharga dalam lingkungan RM200,000 ke bawah. Namun, masih adakah rumah dengan harga pasaran RM200,000 kini terutamanya di pinggir bandar di Selangor?

Dengan keadaan peningkatan harga rumah yang tidak selari dengan peningkatan pendapatan rakyat ditambah pula nilai wang semakin mencengkam, adakah layak rakyat berpendapatan sederhana memiliki rumah dengan harga pasaran sekarang yang ditambah dengan komitmen lain seperti bayaran bulanan kenderaan dan lain-lain?.

Cecah harga RM1 juta

Sebuah media tempatan sebelum ini melaporkan  rumah teres dijangka mencecah harga RM800,000 seunit menjelang tahun 2020 berdasarkan unjuran kenaikan purata harga sebanyak tujuh peratus setahun oleh syarikat perunding hartanah CH William Talhar & Wong Sdn Bhd (WTW) selepas mengambil kira harga purata terbaru rumah teres di Selangor iaitu RM480,000 sebuah.

Media tersebut turut melaporkan Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (Macfea), Profesor Dr. Jariah Masud meramalkan harga rumah teres di Lembah Klang bakal mencecah RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pengarah Urusan WTW, Sr. Foo Gee Jen memberitahu, harga rumah teres di pinggir bandar bakal menjadi lebih kompetitif berikutan kenaikan harga rumah di pusat bandar Kuala Lumpur.         Katanya, untuk memiliki sebuah rumah teres pada tahun 2020 sekurang-kurangnya sebuah isi rumah perlu mempunyai pendapatan sebanyak RM12,000 sebulan.         Jika perkara itu benar, Selangor sebagai yang berada dalam lingkungan Lembah Klang pastinya menerima kesan kenaikan mendadak harga rumah.

Dalam isu ini, nampaknya golongan yang semakin tersepit dan terhimpit adalah golongan berpendapatan sederhana dan pertengahan. Ini kerana, bagi golongan berpendapatan rendah, mereka dibela dengan penyediaan rumah mampu milik kerajaan negeri dan PPR/PPA.

Dilemanya kini ditanggung oleh golongan pertengahan, golongan  berpendapatan RM6,000 ke bawah jika harga rumah semakin naik mendadak saban hari.

Kerajaan Pusat turut merancang strategi holistik untuk menangani isu harga rumah tinggi dengan mengumumkan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia, namun program ini masih belum cukup untuk menangani isu ini secara menyeluruh.

Persoalannya, apakah punca peningkatan harga rumah yang semakin mendadak di Selangor sehingga ia membebankan sekali gus menguburkan impian majoriti rakyat di negeri ini untuk memiliki rumah.
Apakah langkah yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menangani isu ini agar harga rumah yang ditawarkan selari dengan pendapatan majoriti rakyat?. Adakah skim rumah mampu milik yang disediakan kerajaan negeri mencapai matlamat?.

Jika kenaikan harga rumah disebabkan kos pembinaan seperti pasir yang meningkat, apakah langkah kerajaan negeri untuk membantu. Adakah rumah mampu milik yang disediakan Kerajaan Negeri mampu menampung kira-kira 5.2 juta penduduk Selangor yang mana kira-kira 1. 56 juta penduduk adalah miskin dan 1.36 juta penduduk adalah miskin bandar sebagaimana data yang dikeluarkan oleh Paras Garis Kemiskinan Selangor terdahulu.

Apakah strategi holistik pihak kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk mengawal kenaikan harga rumah?. Wajarkah menjadikan harga barangan binaan sebagai harga kawalan? Bagaimana pula dengan kawalan harga tanah oleh pihak kerajaan negeri agar ia tidak dimanipulasi menyebabkan kenaikan tidak masuk akal rumah yang dibina?. Semua ini perlu diselesaikan oleh pemimpin yang dipilih rakyat agar majoriti rakyat di negeri ini khasnya dapat menikmati kehidupan selesa, bukannya menumpang di negeri sendiri.

Berhenti jadi tali barut CIA

Caracas: Seorang menteri kerajaan Venezuela semalam menggesa rakyat negara itu menutup akaun Facebook bagi mengelak secara tidak langsung menjadi pemberi maklumat kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).

Ini berikutan pendedahan mengenai program pemantauan Amerika Syarikat menerusi internet oleh Edward Snowden, bekas kontraktor agensi Perisikan Kebangsaan (NSA) Amerika.

Dia terkandas di sebuah lapangan terbang Moscow kerana mengelak daripada ditahan pihak berkuasa Amerika.

Bulan lalu, dia membocorkan maklumat mengenai aktiviti agensi risikan Amerika itu yang memperoleh maklumat daripada laman web popular termasuk Facebook. Rakan-rakan sekalian, batalkan akaun Facebook anda, anda bekerja secara percuma sebagai pemberi maklumat CIA.

Kaji semula kes Snowden! tulis Menteri Penjara, Iris Varela melalui akaun Twitter beliau. Venezuela menawarkan perlindungan untuk Snowden tetapi warga Amerika itu tidak memberi sebarang maklum balas dan tidak dapat meninggalkan zon transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo.

Dia mendedahkan sebuah program sulit dikenali sebagai Prism yang menerima data pelanggan yang dibekalkan oleh syarikat teknologi utama.

REUTERS