Jumaat, 12 Julai 2013

Berhenti jadi tali barut CIA

Caracas: Seorang menteri kerajaan Venezuela semalam menggesa rakyat negara itu menutup akaun Facebook bagi mengelak secara tidak langsung menjadi pemberi maklumat kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).

Ini berikutan pendedahan mengenai program pemantauan Amerika Syarikat menerusi internet oleh Edward Snowden, bekas kontraktor agensi Perisikan Kebangsaan (NSA) Amerika.

Dia terkandas di sebuah lapangan terbang Moscow kerana mengelak daripada ditahan pihak berkuasa Amerika.

Bulan lalu, dia membocorkan maklumat mengenai aktiviti agensi risikan Amerika itu yang memperoleh maklumat daripada laman web popular termasuk Facebook. Rakan-rakan sekalian, batalkan akaun Facebook anda, anda bekerja secara percuma sebagai pemberi maklumat CIA.

Kaji semula kes Snowden! tulis Menteri Penjara, Iris Varela melalui akaun Twitter beliau. Venezuela menawarkan perlindungan untuk Snowden tetapi warga Amerika itu tidak memberi sebarang maklum balas dan tidak dapat meninggalkan zon transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo.

Dia mendedahkan sebuah program sulit dikenali sebagai Prism yang menerima data pelanggan yang dibekalkan oleh syarikat teknologi utama.

REUTERS

1 ulasan:

Arpit berkata...

Hi DUDE This is Great article Thanks for This Thanks for sharing this premium knowledge for free of cost thanks i really like your article dude thank you very much Dude thanks