Isnin, 20 Mei 2013

Star Trek Into Darkness

LAYAR PERAK pada minggu ini menampilkan sebuah filem francais Star Trek Into Darkness lakonan mantap Chris Pine, Zachary Quinto dan Benedict Cumberbatch.

Misi kali ini menyaksikan seorang anak kapal muda, James T. Kirk perlu menghalang kejahatan yang dilakukan oleh John Harrison.

Demi menyempurnakan misi tersebut, Kirk harus bergabung dengan Spock untuk menumpaskan kejahatan yang bermaharajalela.

Dalam pada itu, karisma pelakon kacak Leonardo DiCaprio teruji sekali lagi menerusi sebuah filem berlatarbelakangkan tahun 1920-an berjudul The Great Gatsby.

Filem arahan Baz Luhrmann itu menceritakan perjalanan Nick Carraway (Tobey Maguire) yang mencari kekayaan di kota New York. Bagaimanapun, takdir telah mengubah landskap hidupnya.

Penonton yang dahagakan filem aksi hasil lakonan lincah Jason Statham boleh memilih filem Hummingbird yang turut menjenguk pawagam pada minggu ini.

Selain itu, sebuah filem komedi tempatan berjudul Oh Mak Kau! barangkali menjadi santapan terbaik sempena sambutan Hari Ibu.

SALAH satu babak dalam filem Star Trek Into Darkness.

Star Trek Into Darkness

Tarikh tayangan: 16 Mei 2013

Genre: Sains fiksyen

Durasi: 2 jam 12 minit

Pengarah: J. J Abrams

Pelakon: Chris Pine, Zachary Quinto, Benedict Cumberbatch, Karl Urban, Zoe Saldana, Simon Pegg, John Cho dan Anton Yelchin

Sinopsis: Star Trek Into Darkness mengisahkan satu perjalanan hebat Kapten Krik (Chris Pine) yang berhempas pulas cuba menyelamatkan penduduk orang asli di sebuah planet daripada ancaman kejahatan. Dalam misi itu, Krik telah bertengkar dengan pegawai kanannya, Spock (Zachary Quinto) kerana tiada sefahaman, namun mereka tetap bekerjasama menentang John Harrison (Benedict Cumberbatch). Kirk hampir dilucutkan jawatan, namun tragedi berdarah menyatukannya kembali bersama Spock.

Tiada ulasan: