
New  York : Seorang remaja lembam berusia 15 tahun dirogol di bawah meja di  dalam kelasnya, biarpun ketika kejadian gurunya hanya berada beberapa  kaki daripada tempat tersebut.
Remaja yang hanya  dikenali sebagai KJ itu didakwa telah dirogol selama 10 minit ketika  guru sains sedang mengajar di dalam kelas di Akademi Martin De Porres di  Elmont.
 Biarpun dia meronta untuk melepaskan diri, namun setiap kali berbuat demikian, seorang pelajar lain akan memukul kepalanya.
Biarpun dia meronta untuk melepaskan diri, namun setiap kali berbuat demikian, seorang pelajar lain akan memukul kepalanya.KJ  yang mempunyai IQ 60 itu merupakan satu-satunya pelajar perempuan  daripada 13 pelajar yang mengikuti pelajaran di kelas berkenaan.
Meskipun  dia memaklumkan kejadian itu kepada pekerja sekolah, namun pengurusan  sekolah gagal membuat laporan berhubung jenayah tersebut.
Sususlan  itu, ibu remaja tersebut telah mengemukakan tuntutan saman mendakwa  guru kelas itu tidak mempedulikan anaknya ketika serangan berlaku.
Malah, ketika kejadian juga, salah seorang suspek menari-nari di atas meja manakala yang lain pula cuba mencabul KJ.
Menurut  ibu mangsa, dia tidak berupaya untuk memindahkan anaknya daripada  sekolah tersebut dengan segera, hingga menyebabkan remaja tersebut  dibuli selama beberapa bulan sebelum ini.
Dalam pada itu, pengarah eksekutif sekolah itu, Ed Dana melahirkan rasa sedih denbgan insiden tersebut.
Jelasnya,  satu siasatan dalaman telah dijalankan sebaik sahaja pihak sekolah  mendengar mengenai kes berkenaan dan turut memecat guru terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan