Perancangan yang menyeluruh adalah penting untuk memudahkan anda  mengelak atau mengatasi masalah-masalah yang berkemungkinan timbul bila  anda mula menjalankan perniagaan. Perancangan anda harus  berkisar kepada satu kerangka asas yang merangkumi semua fasa operasi  dan menyediakan jawapan kepada segala isu sebelum operasi bermula. Halaman ini menyediakan panduan bagi anda dalam merancang perniagaan anda. Anda  akan melihat sepintas lalu iklim ekonomi dan persekitaran perniagaan di  Malaysia serta maklumat asas yang anda perlu ketahui sebelum memulakan  perniagaan.
 Perniagaan di Malaysia 
 Perniagaan mungkin merupakan salah satu sumber rezeki yang paling mendatangkan kepuasan. Apatah lagi di sebuah negara seperti Malaysia yang rata-rata rakyatnya menikmati taraf kehidupan yang baik. Dengan ekonomi yang berkembang pesat, Malaysia menawarkan pulangan menarik kepada para usahawan dan peniaga. 
 Klik pada pautan-pautan di bawah untuk mengetahui sekilas pandang  ekonomi Malaysia serta statistik-statistik perdagangan dan pelaburan: 
Ekonomi Malaysia 2005Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) (Bahasa Inggeris sahaja) Statistik Perdagangan di Malaysia (Bahasa Inggeris sahaja) Senarai Projek-projek Diluluskan dalam Sektor Pembuatan di Malaysia (Bahasa Inggeris sahaja)
1.1.1 Sebelum Memulakan Perniagaan 
 Kerajaan Malaysia menggalakkan penyertaan segenap lapisan masyarakat  dalam pembangunan ekonomi, dan telah menyediakan struktur sokongan yang  berupaya membantu para usahawan – dari membantu dalam penubuhan syarikat  hingga menyediakan bantuan pembiayaan, pengurusan dan pembangunan  perniagaan. Banyak syarikat di Malaysia yang besar dan berjaya hari ini bermula sebagai perniagaan kecil. Oleh  itu jika anda telah membuat keputusan untuk membuka perniagaan, ini  mungkin merupakan permulaan kepada satu perjalanan yang penuh cabaran  tetapi menyeronokkan. Sebelum  anda memulakan perniagaan, ada beberapa persoalan penting yang anda  perlu fikirkan, di antaranya adalah matlamat hidup anda sendiri,  perancangan perniagaan dan matlamat kerjaya jangka panjang anda. 
Agensi-agensi kerajaan berikut menyediakan bantuan dan panduan kepada para usahawan dan bakal usahawan: 
Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) (Bahasa Inggeris sahaja)
Program Pembangunan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) oleh SMIDECMSC Technopreneur Development (Bahasa Inggeris sahaja) Bahagian Latihan Keusahawanan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan KoperasiBahagian Pembangunan Usahawan, Kementerian Kerja RayaBahagian Pembangunan Usahawan MARAPejabat MARA Negeri
Program Pembangunan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) oleh SMIDECMSC Technopreneur Development (Bahasa Inggeris sahaja) Bahagian Latihan Keusahawanan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan KoperasiBahagian Pembangunan Usahawan, Kementerian Kerja RayaBahagian Pembangunan Usahawan MARAPejabat MARA Negeri
1.2 Bentuk-bentuk perniagaan 
 Selepas menetapkan hala tuju dan menjalankan kajian serta perancangan  berkaitan, anda mungkin mendapat gambaran yang lebih jelas tentang  bentuk usaha niaga yang anda bakal jalankan. Di Malaysia, sesebuah perniagaan boleh beroperasi dalam tiga bentuk iaitu: 
- Keempunyaan tunggal
- Perkongsian
- Syarikat
1.2.1 Keempunyaan tunggal 
Keempunyaan tunggal adalah bentuk perniagaan yang paling mudah. Ia dimiliki oleh seorang pemilik, tetapi tidak semestinya dijalankan oleh anda seorang. Malah, perniagaan Keempunyaan Tunggal boleh menggaji ramai kakitangan. 
Kelebihan Keempunyaan Tunggal 
- Sebagai pemilik tunggal, anda adalah ketua yang mempunyai kebebasan mutlak dalam membuat keputusan. Sebarang kejayaan juga biasanya amat memberikan kepuasan.
- Perniagaan Keempunyaan Tunggal boleh dimulakan dengan beberapa langkah yang mudah tanpa memerlukan modal yang besar.
- Anda tidak perlu menyediakan laporan akaun, dan segala hal-ehwal operasi perniagaan adalah urusan peribadi anda.
- Sebagai pemilik tunggal, anda boleh menjalin dan mengekalkan hubungan baik dengan para pelanggan tanpa terikat kepada had-had “perhubungan perniagaan”.
Keburukan Keempunyaan Tunggal 
- Anda memikul tanggungjawab penuh ke atas semua hutang dan risiko perniagaan.
- Anda memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam banyak bidang, dan mungkin perlu mendapatkan nasihat dari pakar dalam bidang-bidang lain seperti pemasaran atau sistem komputer.
- Dana anda mungkin terhad.
- Anda mungkin terpaksa bekerja lebih masa dan mungkin tidak boleh mengambil cuti.
- Perniagaan terpaksa ditutup jika anda meninggal dunia.
1.2.2 Perkongsian 
 Perniagaan secara Perkongsian adalah bila mana anda menggabungkan modal  dan bekerjasama dengan sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi. Dalam  usaha niaga bentuk ini, anda dan rakan kongsi anda adalah pemilik  bersama yang akan berkongsi agihan keuntungan atau risiko.
Kebaikan perkongsian 
- Perkongsian bermakna anda berkongsi kerja dan mempunyai teman berbincang jika perniagaan melalui kesusahan atau masalah
- Perkongsian bermakna mempunyai sumber kewangan yang lebih
- Perkongsian bermakna gabungan pengetahuan, kemahiran, buah fikiran dan sumber-sumber daya yang lain.
Keburukan perkongsian 
- Anda bertanggungjawab ke atas hutang-hutang perniagaan sekalipun ia berpunca dari tindakan rakan kongsi anda. Dengan kewajipan tidak terhad, setiap rakan kongsi juga bertanggungjawab menggunakan sumber-sumber sendiri untuk melunaskan hutang-hutang rakan-rakan kongsinya.
- Potensi perkembangan perniagaan terhad
- Perselisihan faham dan pertikaian mungkin berlaku di kalangan rakan-rakan kongsi
- Perkongsian berakhir bila salah seorang daripada rakan kongsi menarik diri atau meninggal dunia.
1.2.3 Syarikat 
Satu lagi bentuk perniagaan ialah dengan menubuhkan syarikat. Syarikat  adalah entiti berdaftar yang ditubuhkan oleh sekurang-kurangnya dua  orang, yang boleh memiliki harta, merangka kontrak perjanjian dan  menggaji kakitangan. Semua syarikat di Malaysia tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965.
Kebaikan Syarikat 
- Ahli-ahli (pemegang saham) syarikat tidak terikat kepada pemilik syarikat.
- Pemegang saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
- Sekiranya perniagaan gagal, pemegang saham dilindungi oleh tata perundangan.
- Syarikat mempunyai potensi perkembangan yang lebih tinggi jika dibandingkan perniagaan Keempunyaan Tunggal atau Perkongsian.
Keburukan Syarikat 
- Proses penubuhan melibatkan tatacara perundangan yang panjang lebar dan perbelanjaan yang tinggi. Ini termasuk kos menerbitkan pelbagai laporan kewangan syarikat.
- Syarikat kecil mempunyai liabiliti (tanggungjawab) terhad, maka bank-bank dan syarikat-syarikat kewangan mungkin tidak dapat memulihkan dana sekiranya perniagaan gagal. Dengan itu syarikat mungkin sukar untuk meminjam sebanyak yang diinginkan.
- Perkembangan syarikat Sendirian Berhad mungkin terhad kerana ia tidak boleh menjual saham kepada awam. Ini juga bermakna kerugian ditanggung sepenuhnya oleh pemilik syarikat.
1.3 Francais 
 Satu kaedah alternatif dalam memiliki perniagaan sendiri tanpa bermula  dari bawah ialah dengan menyertai perniagaan secara francais. Francais  bukanlah satu “bentuk” perniagaan, tetapi merupakan kaedah atau sistem  usaha niaga di mana sesuatu perusahaan (francaisi) diberikan hak untuk  menjalankan perniagaan menurut perjanjian khas dengan syarikat induk  (francaisor). Oleh kerana francaisi  menjalankan perniagaan di bawah nama atau cap dagang yang sudah  dikenali, dan menggunakan kaedah atau konsep pemasaran yang telah  terbukti, francais menjanjikan laluan yang lebih selamat bagi anda  memulakan perniagaan sendiri – pada masa yang sama anda tidak berniaga  bersendirian. Francais terkemuka termasuklah  restoran-restoran makanan segera, rantaian hotel, kedai foto, stesen  minyak, bengkel kereta dan pusat kecantikan, tetapi terdapat peluang  francais dalam hampir semua bidang perniagaan di Malaysia. 
Juga klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang memulakan perniagaan secara francais. 
Franchise Investment and Financing Scheme (Bahasa Inggeris sahaja)
Malaysian Franchise Association (Bahasa Inggeris sahaja)
1.4 Membiayai Perniagaan Anda 
 Untuk membantu bakal-bakal usahawan memulakan perniagaan, kerajaan menyediakan pelbagai skim dan dana kewangan. Skim-skim dan dana-dana ini, yang ditawarkan dalam bentuk geran peruntukan, pinjaman dan insentif, disediakan untuk pelbagai sektor dan perusahaan. 
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut mengenai skim pembiayaan perniagaan: 
Geran dan Insentif Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) Skim Pinjaman Institusi Kewangan Kerajaan Pinjaman Bank Negara untuk EKS (Bahasa Inggeris) Skim Kewangan bagi EKS dikendalikan MITI (Bahasa Inggeris) Skim Pelaburan dan Pembiayaan Francais PNS (Bahasa Inggeris) Skim Pembiayaan MARA untuk Usahawan Bumiputera 
Pembiayaan juga boleh diperolehi daripada pelbagai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi seperti MARA dan Perbadanan Ekonomi Negeri. 
Kerajaan  juga telah mengumumkan penubuhan bank pembangunan khas bagi Perusahaan  Kecil dan Sederhana (PKS) pada 2005 untuk membantu para usahawan PKS  dalam menerima bantuan pembiayaan. Maklumat lanjut boleh didapati di sini tidak lama lagi.
1. 5 Undang-undang dan dasar 
 Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran dan ekonomi terbuka, dengan  dasar-dasar pelaburan (Bahasa Inggeris) yang menarik dan pelbagai  insentif bagi para pelabur.
1.6 Berurus Niaga dengan Kerajaan 
 Membekalkan barangan atau perkhidmatan kepada agensi-agensi kerajaan  merupakan salah satu aktiviti paling selamat bagi perniagaan anda. Untuk berurus niaga dengan kerajaan, sama ada sebagai pembekal atau perunding, perusahaan anda mesti berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Perusahaan-perusahaan  yang berminat untuk mendaftar dengan Kementerian Kewangan disyaratkan  mendaftar secara dalam talian dengan ePerolehan, kemudahan sistem perolehan elektronik yang disediakan oleh Kerajaan.
1.7 Peluang Perniagaan 
 Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber alam semua jadi dan sentiasa menawarkan peluang-peluang pelaburan dalam pelbagai bidang. Terdapat  sekurang-kurangnya 15 sektor terpilih dengan pelbagai sub-sektor  termasuk sektor peruncitan beraneka barangan, serta sektor perkhidmatan  yang melibatkan banyak bidang kepakaran. Seiring dengan sistem perolehan elektronik ePerolehan, satu sistem pemakluman tender yang dipanggil Tender2U juga  telah dilaksanakan. Dengan kemudahan ini anda boleh mencari  tender-tender yang ditawarkan menurut pilihan anda (mengikut industri,  lokasi atau bidang kerja), dan memilih untuk dimaklumkan melalui SMS,  faksimili, e-mel atau melalui laman web. 
 Anda juga boleh merisik peluang-peluang perniagaan menerusi laman web kementerian-kementerian Kerajaan Persekutuan atau Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. Kerajaan,  melalui kementerian-kementerian dan pelbagai agensinya, juga  menganjurkan ekspo perdagangan, persidangan dan lawatan perniagaan di  mana para usahawan dapat bertemu dan meninjau peluang-peluang perniagaan  atau usaha sama. 
Kunjungi laman web agensi-agensi berikut untuk melihat kalendar aktiviti-aktiviti tersebut: 
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) (Bahasa Inggeris) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 
Kementerian Pelancongan Kementerian Kerja Raya
Kementerian Pelancongan Kementerian Kerja Raya
1. 8 Pelaburan Asing 
 Jika anda adalah seorang warga asing yang sedang mencari peluang  pelaburan, anda sedang melihat salah sebuah pasaran yang terbaik di  Asia. Malah, hari ini Malaysia merupakan salah sebuah pasaran baru paling menarik di dunia. Malaysia menawarkan pelbagai kelebihan (Bahasa Inggeris) sebagai lokasi pilihan bagi pelaburan terus asing. 
 Agensi kerajaan utama yang menyelaraskan aktiviti penggalakan pembangunan industri di Malaysia ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) (Bahasa Inggeris dan Jepun). Agensi  ini bertindak sebagai pusat perhubungan pertama bagi para pelabur yang  berminat memulakan aktiviti pelaburan di Malaysia dalam sektor pembuatan  dan sektor-sektor khidmat sokongan yang berkaitan. Pelabur-pelabur asing boleh menghubungi MIDA untuk mendapatkan bantuan bagi mengadakan kunjungan mengumpul fakta ke Malaysia. 
 Para pelabur boleh mengunjungi Pusat Maklumat Perniagaan MIDA di mana  terdapat maklumat bercetak mengenai peluang-peluang pelaburan,  perdagangan, pembiayaan dan produktiviti di sektor pembuatan dan  sektor-sektor khidmat sokongan yang berkaitan. Pelabur asing di Koridor Raya Multimedia (MSC)  layak menerima pelepasan cukai dan pelbagai pengecualian sebagai  pertukaran kepada pemindahan teknologi kepada pembangunan ekonomi  tempatan. 
Klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan membuat pelaburan di Malaysia: 
Panduan Pelabur oleh MIDA (Bahasa Inggeris sahaja) 
2. Memulakan Perniagaan
2.1 Mendaftarkan perniagaan 
 Anda dikehendaki mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengikut peruntukan perundangan yang digariskan iaitu Akta Syarikat 1965 (Bahasa Inggeris) 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan