Khamis, 31 Januari 2013

Malu payudara terlalu kecil

SAYA berumur 23 tahun dan haid saya datang tepat setiap bulan.
Saya berbadan kurus dengan berat 43 kilogram. Masalahnya, payudara saya terlalu kecil (rata) sehinggakan saya sangat malu.
Saya ada membaca mengenai hukum pembesaran payudara supaya mendapat bentuk yang normal digalakkan bagi mereka yang mengalami kecacatan seperti keadaannya terlalu kecil sehingga tidak dapat dibezakan perempuan atau lelaki. Apakah yang harus saya lakukan? Saya ada mengambil ubat untuk tujuan ini, tetapi tidak terlalu yakin. Saya kini takut untuk menghadapi alam perkahwinan kerana malu tidak mempunyai payudara seperti wanita lain.
Saya bersyukur dengan apa yang ada, tetapi saya ingin mencari ikhtiar bagi merawat masalah kewanitaan saya ini. Saya sangat tertekan dan berharap doktor dapat memberikan cadangan rawatan untuk menangani masalah ini.
Siti,
KUALA SELANGOR, SELANGOR
MUNGKIN anda boleh berjumpa dengan pakar sakit puan berdekatan. Pemeriksaan payudara serta pertanyaan lanjut mengenai diri anda dan ahli keluarga serta ujian berkaitan perlu sebelum doktor memberikan apa-apa ubatan kerana ia lazimnya mengandungi hormon. Hormon ini juga lazimnya diberikan bersama suatu hormon lagi untuk membantu mencegah kesan sampingan bahaya. Anda juga perlu faham sifat sesuatu ubat yang juga boleh memberikan kesan sampingan yang tidak diingini, oleh itu anda perlu datang untuk pemeriksaan susulan setelah mengambil ubat terbabit.
Ubat ini juga mungkin tidak sesuai diambil secara berpanjangan tanpa pengawasan atau pemeriksaan berkala oleh doktor.

Tiada ulasan: