Isnin, 21 Januari 2013

Mendidik Anak

Bismillah. Seorang sifu saya diberi nasihat oleh ibu mertuanya yang merupakan seorang penoreh getah di Tanah Merah, Kelantan, bahawa jangan beri anak kita kenal perkara tidak baik terutama dalam masa kritikal. Masa kritikal iaitu dari lahir sehingga anak itu Akil Baligh.
Emak mertuanya berpesan lagi kepada beliau "Jangan membawa anak-anak ke pasaraya moden, nanti apa yang dilihatnya menjadi prinsipnya. Contohnya, apabila kita membawa ke pasaraya yang moden, anak-anak kita terdedah kepada cara orang berpakaian yang seksi, cara bersosial orang lain yang mungkin ada yang tidak syariah compliant. Anak-anak yang belum akil baligh, menjadikan apa yang dilihat dan didengarnya itu sebagai prinsip hidup. Sebaik sahaja yang buruk itu dijadikan sebagai prinsip hidup, maka rosaklah anak itu". Pesan Ibu mertuanya lagi.
Sifu saya itu, tidak membawa anak-anaknya makan di makanan segera, sebaliknya membawa balik makanan segera itu bagi dinikmati oleh anak-anaknya di rumah. Ini bagi memastikan anak-anaknya yang masih belum baligh dapat dihindarkan dari melihat orang-orang yang berkelakuan tidak halal yang berkemungkinan ada di dalam restoran makanan segera.
Akil Baligh adalah ketetapan prinsip hidup yang dibuat oleh seorang anak. Sekiranya perjalanan hidupnya sebelum baligh itu dicorakkan dengan yang baik oleh ibu bapanya insyaa Allah, prinsip hidup yang dibawa oleh anak itu adalah baik.
Lain sekolah, lain pula ajaran untuk anak-anaknya yang belum akil baligh.

https://www.facebook.com/ShamsuddinKadir

Tiada ulasan: