Jumaat, 11 Januari 2013

Promosi SMO

Kota Bharu: Syarikat Muda Osman Sdn Bhd (SMO), rangkaian kedai buku dan alat tulis serba lengkap di Kelantan dan Terengganu menawarkan promosi istimewa diskaun sehingga 40 peratus kepada 80,000 pemegang kad ahlinya sempena Jualan Jom Ke Sekolah bermula 1 Januari lalu hingga 30 Januari ini.

Pengarah Urusannya, Ahmed Azim Othman berkata, promosi itu sempena sesi persekolahan yang baru bermula selain memenuhi keperluan murid dan pelajar mendapatkan pelbagai buku dan alat tulis dengan harga istimewa.

Katanya, semua 16 cawangan SMO di negeri ini dan di Jerteh, Terengganu terbabit dalam promosi itu.

“Promosi itu sudah bermula sejak 1 Januari lalu dan akan diteruskan sehingga 30 Januari ini di semua cawangan SMO termasuk di Kedai Buku Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa dan Jerteh.

“Kita menawarkan diskaun sehingga 40 peratus kepada pemegang kad keahlian SMO,” katanya ketika ditemui di Pejabat SMO, Padang Tembak, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

Menurut Ahmed Azim, selain murid dan pelajar sekolah, penuntut universiti juga boleh mendapatkan pelbagai kelengkapan keperluan bahan pengajian di semua cawangan SMO.

Sehingga kini, SMO mempunyai tujuh cawangan di Kota Bharu iaitu di Kok Lanas, Tesco, KB Mall, Buluh Kubu, KB-Suria, Wakaf Che Yeh dan Kubang Kerian, manakala satu lagi hasil kerjasama dengan koperasi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dikenali sebagai UMKPC di Pengkalan Chepa.

Selain itu, dua lagi cawangan terletak di di Pasir Mas, manakala satu di Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Rantau Panjang dan Kuala Krai.

SMO turut memiliki cawangan di luar Kelantan iaitu di Jerteh, Terengganu.

Tiada ulasan: