Inilah yang sering kali berlegar  dalam benak fikiran manusia yang masih menanti siapa pasangan hidupnya di dunia  ini.
Jodoh itu di tangan Tuhan.Tiada  sedikitpun kuasa dari tangan manusia untuk menetapkan siapa yang bakal kita  kahwini kelak.
Barangkali ramai yang menyangka  bahawasanya jodoh itu mampu di rancang mengikut kebahagiaan diri sendiri,namun  kenyataannya adalah tidak.Jodoh itu merupakan ketetapan Tuhan yang tidak berubah  biarpun sedikit.
Bila sudah punya kekasih hati yang  cantik/kacak,jangan terlalu takbur.Usah kita berlagak seolah-olah kita memang  tahu orang yang kita cintai selama beberapa tahun itu adalah jodoh yang terbaik  buat kita.Maksudnya,apabila kita jatuh cinta dan cinta kita berbalas,usah  berlagak seperti kita tahu orang yang kita cintai dan mencintai kita itu adalah  jodoh kita,kerana jodoh itu adalah salah satu dari rahsia Allah.
Zaman ini,sudah berapa banyak kes  manusia yang bercinta bertahun lamanya,seakan sudah yakin mengenali antara satu  sama lain tapi pengakhirannya cinta mereka putus di tengah jalan.Justeru,cinta  yang di anyam selama ini atas dasar apa? 
Kerana rupa?Harta?Nafsu?
Kerana itu hati masing-masing mula  berubah?
Ada yang beranggapan bahawa bercinta  dahulu sebelum bernikah itu penting kerana mahu mengenali terlebih dahulu hati  budi seseorang yang bakal kita habiskan sisa-sisa umur bersamanya.
Dari situ akan bermulanya istilah  'couple' - dating setiap hari,bermadah cinta setiap detik.
Dan bila sampai waktunya untuk akad  nikah,sudah hilang rasa keterujaan,perasaan berdebar-debar terhadap  pasangan.Kerana apa? Kerana kita sudah biasa lakukannya sebelum  bernikah.Barangkali perasaan bosan juga mula menguasai diri.
Maka,tidak hairanlah kalau ada  pasangan yang baru sahaja beberapa bulan mendirikan rumah tangga sudah mula  menampakkan diri di mahkamah syariah.Sudah lali fenomena tersebut pada masa  kini.
Pernikahan yang di dirikan atas dasar  nafsu dan cinta semata-mata tidak akan kekal.Perasaan cinta itu akan ada pasang  surutnya.Nafsu juga akan pudar.Justeru,andai kedua-duanya sudah hilang,apa lagi  yang tinggal untuk mengukuhkan institusi rumah tangga?
“Bernikahlah kerana Allah Taala.Jadikan gerbang perkahwinan itu sebagai satu ibadah.Kerana dalam dunia rumah tangga itu,masing-masing punya tanggungjawab yang perlu di tunaikan.Alangkah indahnya jika di saat si suami mengimamkan solat,isteri dan anak-anak turut serta menjadi makmum di belakang serta mengaminkan segala doa yang di panjatkan.Itulah nikmat yang bakal di perolehi andai semua yang kita lakukan kerana Allah.”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan