 Kota Bharu - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz  Nik Mat menasihatkan orang Melayu tidak terlalu memberi tumpuan pada soal adat  dan budaya sehingga menyusahkan urusan perkahwinan termasuk "terpaksa  berhutang."
Kota Bharu - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz  Nik Mat menasihatkan orang Melayu tidak terlalu memberi tumpuan pada soal adat  dan budaya sehingga menyusahkan urusan perkahwinan termasuk "terpaksa  berhutang."Beliau yang juga Mursyidul Am Pas  berkata, urusan perkahwinan sepatutnya dipermudahkan dan tidak wajar membiarkan  diri dibebani pelbagai 'gangguan' budaya Melayu.
“Soal nikah kahwin dalam Islam adalah  perkara yang amat digalakkan dan boleh disempurnakan walaupun hanya dengan mas  kahwin 'cincin besi'.
“Malangnya, pengaruh masyarakat yang mahukan keindahan budaya Melayu ditonjolkan yang menjurus kepada kemewahan dan pembaziran menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut,” katanya.
“Malangnya, pengaruh masyarakat yang mahukan keindahan budaya Melayu ditonjolkan yang menjurus kepada kemewahan dan pembaziran menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut,” katanya.
Nik Abdul Aziz berkata, bakal  pengantin dan keluarga sepatutnya hanya memikirkan belanja mas kahwin dan jamuan  untuk tetamu sahaja.
Budaya Melayu yang mahu ditonjolkan  katanya, menunjukkan banyak duit tapi pada hakikatnya banyak antara masyarakat  yang terpaksa berhutang.
"Kita lihat banyak pameran perhiasan,  pintu gerbang perkahwinan yang sengaja dibuat-buat sedangkan ia memakan banyak  belanja," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini,  hari ini.
Beliau berkata, jika tidak kena  caranya, si suami mungkin terpaksa mengambil semula mas kahwin dan berhutang  dengan isteri kerana mahu melangsaikan pinjaman persiapan majlis  perkahwinan.
"Padahal mas kahwin itu seratus peratus milik isteri, tetapi akhirnya habis di tangan suami dek kerana hutang yang banyak," katanya.
"Padahal mas kahwin itu seratus peratus milik isteri, tetapi akhirnya habis di tangan suami dek kerana hutang yang banyak," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nik Abdul  Aziz menyelar pihak yang mendakwa Kelantan sebagai negeri termiskin di negara  ini.
Katanya, sindiran sedemikian tidak  sepatutnya timbul kerana Kelantan juga negeri dalam persekutuan Malaysia yang  sepatutnya dilayan serupa dengan negeri-negeri lain.
"Kalau kita berkereta ke sempadan  Terengganu di Bukit Yong, Pasir Puteh, kita dapat lihat dengan jelas perbezaan  keadaan jalan antara dua negeri. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku  kerana duit yang dibelanjakan kerajaan persekutuan bukannya milik 'mak bapak'  mereka.
"Sebab tu saya tidak akan halalkan  sedikitpun harta Kelantan seperti royalti minyak yang dinafikan sekian lama,  saya tidak akan halal sesenpun dan mengajak semua rakyat menuntutnya di hadapan  Allah di akhirat nanti," katanya. –SH
Ulasan GB
GB amat bersetuju dengan teguran TG Nik Aziz.
GB amat bersetuju dengan teguran TG Nik Aziz.
“Malangnya, pengaruh masyarakat yang mahukan keindahan budaya Melayu ditonjolkan yang menjurus kepada kemewahan dan pembaziran menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut,”
Malah bukan sahaja "menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut" lebih teruk dari itu, pasangan boleh terjebak dengan perbuatan maksiat apabila gagal untuk menempuh lautan kesabaran apabila dilanda ombak percintaan dan gelora nafsu.
Itu sebab mengapa Rasulullah pernah  bersabda:
Yassiru wa la tu 'assiru
Bashiru wa la tu naffiru
Permudahkan dan jangan  dipersusahkan
Gembirakan dan jangan menakutkan.  Sahih Bukhari & Muslim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan