Selasa, 29 November 2011

Al-Quran

Al-Quran, Kitab suci yang diturunkan sebagai panduan untuk ummat Islam seluruh alam. Al-Quran adalah satu panduan, petunjuk dan pedoman. Didalm Al-Quran dinyatakan pelbagai ilmu tentang kehidupan duniawi dan ukhrawi bagi mereka yang ingin memahami dan mengkajinya. Dewasan ini, Al-Quran cuma dijadikan perhiasan; dibeli dan disusun teratur di rak-rak masjid, surau-surau dan rumah-rumah. Tersusun rapi disebalik lapisan kaca lusinar.

Berapa ramaikah yang membaca Al-Quran pada hari ini. Itupun sekadar untuk khatam sahaja bukannya memahami isi kandungannya. Didalam Al-Quran terdapat petunjuk tentang ilmu sains, kesihatan dan sebagainya. Al-Quran merupakan kitab suci yang perlu difahami, dihayati dan dikaji dengan logik akal. Dengan itu kita akan menemui petunjuk yang terdapat didalamnya.

Sebagai contoh… Kita ambil surah Ya-Siin (Surah 36).. Ayat 2; Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, fahamilah terjemahan ayat berkenaan… Setiap apa yang dinyatakan di dalam kitab ini adalah benar dan setiap ayat-ayatnya tidak akan bertentangan dengan ayat-ayat yang lain dan saling membenarkan. Didalamnya dinyatakan kelebihan-kelebihan dan diajarkan ilmu-ilmu tentang kehidupan… manakala pada ayat 68; Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? Jelas disini dinyatakan bahawan sekiranya seseorang itu panjang usianya akan kembali kepada keadaan asal kejadiannya iaitu sepertimana seorang bayi yang baru lahir kedunia.

Oleh itu sekiranya ingin berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat, jadikanlah Al-Quran sebagai panduan dan pedoman hidup… Banyak yang diperolehi dengan mengkajinya..

Tiada ulasan: