Jumaat, 18 November 2011

NEW BLOG… WHO AM I, FAMILY.

Kepada semua pembaca dan pengunjung blog yang dihormati sekalian, saya akan memperkenalkan satu blog baru WHO AM I, FAMILY. sebuah blog yang berkisarkan kepada pembinaan sebuah keluarga yang berjaya dan bahagia. Dipohon kepada blogger-blogger diluar sana yang sudi untuk turut serta menyumbangkan idea dan buah fikiran serta berkongsi pengalaman untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada semua pembaca bagi mengelakkan keruntuhan akhlak dalam masyarakat pada hari ini.

Saya percaya setiap kaum, bangsa dan agama mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mewujudkan sebuah keluarga yang berjaya dan bahagia yang mampu hidup secara harmoni dalam masyarakat berbilang agama, kaum dan keturunan.

Ini merupakan satu medium, untuk mendidik dan membimbing semua supaya hidup lebih harmoni dan saling menghormati. Mengurangkan lagi masalah sosial dalam negara yang menyumbangkan kepada aktiviti tidak bermoral dan merugikan agama, bangsa dan negara.

Jom bersama jayakan misi yang amat berat untuk dipikul oleh saya seorang. Bersamalah kita menyumbangkan apa yang kita fikirkan perlu demi menyelamatkan agama, bangsa dan negara yang kita Cintai… Kita harus memainkan peranan walaupun sedikit namun peranan kita adalah amat penting kepada agama, bangsa dan negara. Tiada sumbangan yang dianggap kecil, semuanya adalah penting kerana proses pembentukan masyarakat dan negara bermula dari individu seterusnya keluarga dan membesar menjadi satu kumpulan, komuniti, masyarakat dan negara.

Tiada ulasan: