Isnin, 14 November 2011

Tudung..

image
Alhamdulillah dipanjatkan syukur kepada yang Maha Kuasa kerana masih diberikan umur dan kudrat untuk menulis dan mencoretkan apa yang terlintas dibenak fikiran ini mengenai kita semua, ummat manusia. Kehidupan manusia yang singkat ini, akan digunakan sepenuhnya untuk berkongsi ilmu Allah sesama manusia.
Alhamdulillah pada hari ini, kesedaran untuk menutup aurat telah berkembang dengan begitu ketara di negara Malaysia yang kita sayangi. Ramai para pelakon telah terbuka hatinya untuk mengenakan tudung dalam kehidupan mereka. Tidak diketahui samada mereka bertudung hanya untuk berdepan dengan masyarakat, peminat atau pun siapa namun kita mengharapkan mereka yang berkenaan bertudung keranya syariat yang diajarkan oleh Allah melalui Islam.
Semoga dengan kesedaran dikalangan para artis ini akan menjadi ikutan peminat yang menyokong mereka. Dan diharapkan juga agar pemakaian tudung ini akan berkekalan selama hayat mereka bukannya seperti hangat-hangat tahi ayam, sekejap bertudung sekejap tidak kerana tudung dijadika fesyen bukannya cara hidup.
Kepada mereka di luar sana jadikan pemakaian tudung ini sebagai tuntutan syariat Islamiah, bukannya peredaran fesyen kerana sekiranya menjadikan tudung sebagai peredaran fesyen tidak akan membawa kita kemana-mana akhirnya tudung yang dibeli akan lusuh dan reput dalam gobok (almari) jua.

Tiada ulasan: