Dalang; apakah yang dimaksudkan dengan DALANG mengikut Kamus Dewan Bahasa adalah orang yg merancang, mengatur, memimpin dsb sesuatu kegiatan(politik, pentadbiran, seni dsb) secara sulit atau tersembunyi. Sebagai contoh individu yang memainkan Wayang Kulit (satu permainan/hiburan tradisional berasaskan epik mahabrata dan ramayana pada satu ketika dahulu biasanya dikaitkan dengan Negeri Kelantan dan Kedah) dikenali sebagai Tok Dalang. Adakah anda sudah memahami apa yang cuba saya maksudkan. Selalunya dalang dianggap sebagai individu, kumpulan, persatuan yang mempunyai motif jahat terhadap sesebuah aktiviti. Tetapi dalang bukanlah begitu maksudnya. Itu adalah Petualang
Begitu jugalah dengan dengan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara, mestilah ada dalangnya untuk membangunkan sesebuah negara. Kemajuan sesebuah negara itu ditentukan oleh keupayaan dalang yang memainkan peranannya.
Dalang merupakan satu entiti yang paling penting dalam menjayakan sesuatu agenda. Dalang seharusnya menjalankan kerjanya dengan sebaiknya untuk membuktikan keupayaannya dalam sesuatu aktiviti. Dalang yang baik adalah yang mampu menerima nasihat dan kritikan yang membina dan melihat dan mengambilnya sebagai sesuatu yang positif bukannya negatif. Setiap nasihat, kritikan, cemuhan dan penghinaan yang diterimanya ditukarkan menjadi item/idea/hasil yang membawa manfaat kepada aktiviti yang dilakukannya. Penambahbaikan secara berterusan (kaizen) perlu dilakukan untuk menambahbaik produk yang dihasilkan.
Minda dan mata hati dalang haruslah jelas akan matlamat dan objektif yang ingin dicapainya. Sekiranya matlamat dan objektif yang ingin dicapainya tidak jelas akan mengundang keburukan dan kerosakan kepada aktiviti yang dijalankan. Sekiranya ini berlaku, satu entiti yang berniat jahat akan mudah meresapi kedalam aktiviti yang dijalankan.
Untuk menjadi dalang yang baik, perlukan usaha secara baik iaitu usaha secara telus dan diperakui bukannya menggunakan pintu atau jalan belakang atau jalan pintas. Sekiranya ini yang berlaku, satu entiti yang digunakan untuk mendapatkan kuasa akan mengambil alih tugas yang sepatutnya dilakukan oleh dalang berkenaan. Entiti ini selalunya akan membonekakan dalang kerana terdapat niat tersembunyi disebalik pertolongan dan bantuan yang diberikan selama ini. Ini boleh dijadikan iktibar melalui beberapa kejadian sejarah dalam negara. Antaranya adalah Pendudukan Pulau Pinang oleh Francis Light pada tahun 1876 dan banyak lagi.
Begitulah dengan apa yang berlaku kepada Negara Mesir, Hosni Mubarak merupakan Presiden yang telah lama menjadi boneka kepada kuasa besar dunia. Setelah sekian lama menjadi boneka, akhirnya HM cuba untuk menentang kembali, namun untuk menjatuhkan HM, satu propaganda telah disebarkan melalui kemajuan teknologi komunikasi kepada rakyat negara berkenaan untuk menjadikan negara berkenaan tidak stabil dan huru hara atas perkataan Kebangkitan Rakyat. HM yang menyedari hakikat berkenaan bertindak dengan cara yang salah iaitu menutup/ menghalang capaian kepada komunikasi dan maklumat yang ada ini menambahkan lagi kemarahan yang sedia ada yang dibangkitkan dengan propaganda untuk menjatuhkan HM. Tindakan HM ini adalah bibit-bibit kemenangan awal untuk menjatuhkannya. Dalang disebalik kejadian ini, kononnya cuba menjadi hero untuk menenangkan keadaan… Tapi seperti kita semua tahu ia adalah satu taktik kotor yang terus menekan dan menekan kuasa pemerintahan Mesir sehinggakan seluruh Mesir bergolak.
Kejadian yang berlaku mengakibatkan HM terpaksa melepaskan kuasanya kepada tentera, namun akhir ini tentera yang mendapat kuasa masih belum melaksanakan kerajaan rakyat sepertimana yang dijanjikan. Ini adalah titik tolak kebangkitan kali kedua yang mengakibatkan Mesir sekali lagi bergolak. Pergolakan yang berlaku tidak akan berakhir sehinggakan kuasa pemerintahan sebenarnya yang diperolehi melalui satu pemilihan mengikut kehendak rakyat. Dan usaha yang berterusan oleh entiti berkenaan masih berlanjutan demi menuntut balas ke atas peperangan salib yang tidak pernah berakhir, cuma caranya sahaja yang berbeza.
Usaha-usaha yang dilakukan oleh entiti berkenaan bukannya demi mengaut keuntungan ekonomi, politik sahaja, tetapi merupakan satu peperangan terhadap Islam. Satu peperangan yang tidak pernah berakhir cuma ibarat satu gencatan bagi membolehkan mereka mengumpul kekuatan dan pembiayaan untuk memerangi Islam kerana tiada lagi kesepakatan dan persetujuan di antara ummat Islam diseluruh dunia akibat daripada konsep kepemimpinan yang pincang bukan lagi mengikut amalan Rasulullah s.a.w. Inilah matlamat mereka yang sebenanrnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan