Sejak dari pengumuman mengenainya dalam Belanjawan 2012, SBPA menjadi satu perkara yang dinanti-nati oleh hampir 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara. Apa yang diharapkan dari sistem saraan perkhidmatan awam adalah kurangnya jurang pemisah antara gred yang tinggi dan rendah. Satu peningkatan taraf hidup penjawat awam. Sebuah perubahan kepada sistem saraan yang akan merapatkan jurang pemisah yang sememangnya telah jauh. SBPA diharapkan adalah satu sistem saraan yang dibentuk dari asas yang kosong (zero based development) bukannya penambahbaikan, peningkatan dari sistem saraan yang sebelumnya tidak kira samada SSM, SSB, JKK1976 dan juga yang sebelumnya seperti Benham, Suffian, Harun dan sebagainya.
SBPA sepatutnya mengambilkira akan keperluan perkhidmatan awam dengan mengambilkira kualiti pendidikan dan perkhidmatan yang hendak diberikan, disampaikan dan dibangunkan. Sememangnya Malaysia merupakan sebuah negara yang pernah dijajah di bawah British dan banyak daripada peninggalan British masih menjadi teras perkhidmatan awam di Malaysia. SBPA sepatutnya melihat akan keperluan semasa dalam pelbagai bidang sosial, politik dan ekonomi.
Sejak dari DEB yang diperkenalkan, tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan jurang pemisah ekonomi diantara rakyat Malaysia di bandar dan diluar bandar. Dan setiap Rancangan Malaysia meneruskan tujuan tersebut, namun dengan pendedahan SBPA ianya jauh dari sasaran dan tujuan untuk mengurangkan jurang pemisah ekonomi. Kenapakah ini berlaku?
Mari kita lihat konsep ilmu. Ilmu itu milik Allah dan tidak ada satupun yang ada dimuka bumi ini bukan miliknya termasuk musuh kepada manusia iaitu iblis. Iblis juga dicipta oleh Allah kerana kekuasaan dan kebijaksanaanNya. Mampukah kita mencipta makhluk yang bernyawa. Tentulah tidak. Berbalik kepada itu, biarlah kita mengambil kesimpulan bahawa setiap perkara ada pakarnya. Adakah anda setuju dengan penyataan tersebut? Tentulah sekiranya anda adalah orang yang berilmu.
Namun, dari segi kajian yang dijalankan. Adakah pakar dari perkhidmatan berkenaan atau wakilnya dijemput bersama-sama untuk melihat dari sudut yang berbeza? Kebanyakannya adalah ketua perkhidmatan yang dijemput dan mereka ini terdiri daripada pakar dalam pengurusan sumber manusia bukannya perkhidmatan yang diwakilinya sebagai ketua perkhidmatan. Sebagai contoh, ketua perkhidmatan gunasama adalah JPA. Adakah mereka ini pakar dalam bidang yang diwakilinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan