Rabu, 26 Jun 2013

Hujan Dijangka Berlarutan

Kuala Lumpur: Hujan di beberapa negeri yang dijangka berlanjutan sehingga Jumaat ini, membantu meredakan masalah jerebu di sesetengah kawasan, semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Che Gayah Ismail, berkata jerebu berpunca daripada debu kecil yang terampai di udara dan hujan menyebabkan debu turun ke permukaan bumi.

“Bagaimanapun, hujan tidak menghilangkan 100 peratus jerebu berikutan sumber membentuk masalah itu masih ada. “

Hujan dijangka petang

“Berdasarkan rekod JMM, hujan akan turun pada waktu petang mulai 24 Jun lalu hingga Jumaat ini,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Che Gayah berkata, hujan semalam berpunca daripada penolakan angin lemah secara rawak, namun ia tidak turun di setiap kawasan, sebaliknya lebih tertumpu di kawasan yang mempunyai awan perolakan, selain turun dalam taburan tidak lebat dan tidak diiringi kilat.

INFO: Kawasan dilanda hujan semalam

Selangor - Pelabuhan Klang, Shah Alam, Sabak Bernam, Bangi, Petaling Jaya, Kajang, Semenyih, Subang Jaya, Damansara, Sabak Bernam, Putrajaya, Salak Tinggi, Kepong.
Johor - Johor Bharu, Pontian, Batu Pahat, Kluang, Muar, Segamat, Pasir Gudang.
Perak - Ipoh, Sri Iskandar, Bota, Batu Gajah, Tanjung Malim, Slim River, Taiping, Selama, Teluk Intan, Grik.
Kelantan - Kota Bharu, Tanah Merah.
Pulau Pinang - Georgetown (pagi), Seberang Jaya (pagi).
Sarawak - Kuching (Subuh).
Negeri Sembilan - Seremban (malam).

Tiada ulasan: