Selasa, 25 Jun 2013

Index Pencemaran Udara (IPU) dan Bacaan

Rata-rata bercerita mengenai permasalahan Jerebu dan penutupan sekolah-sekolah di kawasan yang mencatatkan Index Pencemara Udara (IPU) yang pada pasara sederhana sehingga berbahaya. Di Muar, Johor telah di takrifkan sebagai kecemasan pagi ini dengan bacaan IPU 746. Bacaan ini di anggap teruk dan dalam keadaan kritikal bagi kompilasi kesihatan bagi penduduk setempat.

Terdahulu pada tahun 1997 Sarawak mencatatkan IPU tertinggi dengan bacaan 800 dan sekali gus di isytiharkan sebagai darurat selama seminggu. Manakala pada tahun 2005 darurat juga di isytiharkan di Selangor dan Perlabuhan Klang masing mencatatkan 531 dan 539 bacaan IPU.

Bagaimana statistik ini dikira? dengan merujuk laman Jabatan Alam Sekitar anda dapat memahami bagaimana status Index pencemaran udara di labelkan. Contoh pengiraan adalah seperti berikut

Pengiraan IPU





Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU. 





APA YANG TERKANDUNG DALAM INDEX PENCEMARAN UDARA?




Faktor bahan pencemaran udara yang diambilkira dalam pengiraan IPU Malaysia adalah ozon (O3), karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida (NO2), sulfur dioksida (SO2) dan habuk alus (PM10)

Tiada ulasan: