Khamis, 27 Jun 2013

Peperiksaan Khas Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 Tahun 2013

Alhamdulillah, peperiksaan Khas Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 Tahun 2013 telahpun berakhir hari ini (27 Jun 2013). Peperiksaan ini di adakan selama tiga hari berturut-turut bermula pada hari Selasa (25 Jun 2013), Rabu (26 Jun 2013) dan berakhir pada hari ini Khamis (27 Jun 2013).

Semoga para calon yang menduduki peperiksaan ini tidak tertekan dengan peperiksaan ini. Ini semua adalah ujian dan dugaan yang harus ditempuhi dalam perkhidmatan awam bagi melangkah sekatan Skim Perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan berkenaan. Untuk pepriksaan ini, pegawai-pegawai yang berada di skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak menduduki peperiksaan ini untuk ke Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir sebagaimana di peruntukkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

“Pegawai sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:- mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau (ii) lulus Peperiksaan Khas [inilah peperiksaan yang dimaksudkan]; dan (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.”

Peperiksaan ini terbahagi kepada 3 (tiga) bahagian iaitu Bahagian A(Perintah Am, Arahan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor), Bahagian B(Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam) dan Bahagian C(Undang-Undang Umum).

Sebenarnya peperiksaan ini berupakan Openbook Test di mana calon boleh dan dibenarkan merujuk kepada buku-buku peperiksaan yang tersebut di atas. Oleh itu, ianya terpulang kepada kemahiran berfikir calon untuk mencari dan mendapatkan jawaban dari buku-buku tersebut dan ayat serta struktur ayat hendaklah sama seperti apa yang tertulis di dalam buku yang dirujuk tidak boleh dipinda/ diubah diringkaskan sama sekali kerana ia merupakan klausa perundangan seperti mana yang diterangkan dalam buku tersebut. Ianya bertujuan memelihara maksud dan tujuan klausa berkenaan bagi mengelakkan sebarang salah faham proses perundangan. Sebagai contoh memo-memo arahan dan pentadbiran juga menggunakan setiap ayat tanpa sebarang pindaan bagi menjelaskan maksud yang tersebut.

Calon-calon yang telah lulus ketiga-tiga bahagian dalam peperiksaan berkenaan juga perlu menghadiri temuduga yang diadakan oleh Pihak Berkuasa Melantik yang berkenaan untuk mengisi Jawatan Penolong Pegawai Tadbir.. dan calon perlu bersaing untuk menjadi yang terbaik untuk terpilih.

Tiada ulasan: