Isnin, 24 Jun 2013

Kenapa Wanita LEBIH SUKA Suami Orang

Pada kali ini saya ingin berkongsi pendapat tentang kenapa wanita kini lebih suka kepada suami orang. Saya tidak kata semua tetapi segelintir. Berapa pun jumlah mereka itu tidak penting tetapi yang paling penting ialah "Kenapa?, Mengapa?".

Walaupun pihak lelaki memiliki kuota yang secukupnya untuk mengawini wanita sebanyak 4 orang tetapi perlu memenuhi segala keperluan sebelum layak mendapatkannya.

Mungkin ramai wanita berkata "Aku tidak akan tertarik kepada suami orang" atau "Buat apa suami orang, orang bujang kan ada". Betulkan? Tetapi hakikatnya ada segilintir wanita yang lebih menyukai seseorang yang sudah berumahtangga dan mempunyai isteri. Kenapa?

Disini ada beberapa sebab mengapa wanita lebih menyukai suami orang berbanding lelaki bujang. Setelah beberapa sebab yang banyak dan melalui beberapa "tapisan", hanya 10 sebab yang utama dipilih dan relevan tentang sebab wanita memilih suami orang.

Lebih Matang

Lelaki yang sudah berkahwin dan sudah melalui cabaran dan dugaan dalam alam perkahwinan sememangnya memiliki pengalaman dan pengajaran yang berguna untuk memikat hati gadis-gadis "perawan". Tidak ada perangai keanak-anakan, membuat keputusan melulu, merancang kehidupan dan banyak lagi membuat para gadis tertutup hati untuk mencari lelaki bujang. Dek kerana kematangannya, wanita lupa tentang status lelaki tersebut dan berpendirian status tidak membawa apa-apa makna dalam percintaan.

Berkerjaya

Kebanyakkan lelaki yang berstatus suami orang memiliki kerjaya yang stabil dan tetap berbanding lelaki bujang yang masih tercari-cari kerjaya yang mampu menjamin masa hadapan. Tidak kira apapun kerjaya lelaki tersebut, mereka telah memahami keperluan memiliki kerjaya untuk menyara keluarga. Sebab inilah juga membuatkan wanita berasa diri akan terjamin "dijamin" pada masa akan datang walaupun mereka sendiri sudah memiliki kerjaya.

Lebih romantis

Mungkin lelaki yang romantis tidak menjadi pilihan utama tetapi hakikatnya mereka ini lebih pandai bermain kata-kata untuk menyakinkan wanita memilihnya. Susunan kata-kata yang sering digunakan kepada isterinya boleh digunakan sebaiknya untuk membuatkan wanita terpaut dek kerana kata-katanya.

Lebih bertanggungjawab

Lelaki yang sudah berumahtangga juga mempunyai sifat lebih bertanggungjawab kerana pengalamannya dan kemampuannya berfikir tentang kehidupan alam percintaan dan perkahwinan melebihi lelaki bujang. Sifat semulajadi yang terbentuk melalui perkahwina terdahulu mampu membuatkan mereka ini lebih digemari oleh wanita. Setiap tindakan yang dibuat mempunyai sebab-sebab tertentu yang "masuk akal" bagi fikiran wanita.

Lebih memahami

Tentunya suami orang lebih memahami keperluan wanita dan perasaannya. Masakan tidak kerana mereka telah mendalami wanita serapat mungkin di bilik tidur. Segala hal-hal berkenaan wanita pasti "dikuasai" oleh mereka. Wanita mempunyai sifat yang sama dan apabila mereka berjaya "mematahkan" sifat tersirat kelembutan wanita, maka layulah wanita kepada mereka.

Bijak mengambil hati

Mereka lebih memahami dan mereka lebih mengetahui sifat wanita. Pandai menangani sifat merajuk, keanak-anakan, marah, sedih, ego dan sebagainya membuat lelaki yang bergelar suami orang mampu melembutkan hati wanita untuk menerimanya.

Lebih menghormati wanita

Wanita ingin dirinya sentiasa dipuji, dihargai dan dibelai dengan kasih sayang dan bukannya sentuhan berahi jika hati belum benar-benar "diserahkan" kepada lelaki. Mereka tidak akan akan teragak-agak menolak suami orang yang tidak pandai menghormati mereka apatah lagi dengan permintaan keterlaluan yang pastinya membuatkan hatinya tertutup. Suami orang pandai bermain masa dan sanggup menunggu lebih lama untuk mendapatkan apa yang diinginkan.

Berasa Selesa

Sebab utama yang membuatkan wanita terpaut kepada suami orang adalah kerana berasa selesa dengan lelaki itu. Sebagai tempat meluahkan perasaan, merungkai persoalan, mendapatkan pendapat bernas, komunikasi berkualiti, pendorong hidup, kemesraan bertempat dan lain-lain mampu membuatkan wanita berasa selesa berkawan dengan suami orang.

Lebih Stabil

Lelaki yang "mahu" menambahkan cawangannya pasti mempunyai kemampuan kewangan yang kukuh kerana selain daripada perbelanjaan rumahtangga bersama isteri, mereka juga mampu mengeluarkan modal untuk memikat wanita lain. Jika setiap kali keluar wanita itu yang akan mengeluarkan duit, pastinya lelaki itu bukan pilihan utamanya mengisi kekosongan hatinya. Suami orang yang lebih stabil dari segi kewangannya dilihat mempunyai potensi memiliki lebih daripada 1 bidadari dunianya.

Lebih hebat diranjang

Perkara yang terakhir adalah sebab yang subjektif. Sama ada wanita telah mendahului langkah memperolehinya atau sekadar imaginasi tidurnya, tanggapan positif mengesahkan bahawa anggapan wanita terhadap perkara ini adalah tepat. Selain daripada berpengalaman mereka pandai menggunakan pelbagai cara untuk memuaskan hati wanita kecuali mereka "mati pucuk".

Walau apapun sebabnya kebanyakkan wanita tidak mahu berkongsi kasih dengan orang lain dan jika itu berlaku kepada isteri pertama, tidak mustahil isteri kedua akan mendapat "skandal" yang baru untuk menjadi isteri ketiga lelaki tersebut. Dunia umpama roda yang berputar.

Tiada ulasan: