Isnin, 3 Jun 2013

Final Piala FA di Bukit Jalil

Foto

FotoPemain Johor DT meraikan kejayaan ke final Piala FA selepas menewaskan Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Kuala Lumpur: Final Piala FA antara Johor Darul Takzim (DT) dan juara bertahan, Kelantan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 29 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata pemilihan Stadium Nasional untuk aksi final sememangnya sudah pun ditetapkan.

Gembar-gembur yang mengatakan final Piala FA berlangsung di Stadium Shah Alam adalah tidak benar.

Tiket diberi sama rata

Jadi kami akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat termasuk dalam menentukan soal pengagihan tiket. Seperti kebiasaan, sejumlah tiket akan diberi sama rata untuk dijual kedua-dua persatuan dan baki daripada jumlah itu akan dijual di Stadium Nasional untuk peminat di Lembah Klang, katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, Kelantan dan Johor DT tetap perlu beraksi pada perlawanan ke-20 Liga Super, 26 Jun ini meskipun jaraknya hanya empat hari menjelang final Piala FA kerana tiada ruang lagi untuk ia dipinda.

Setakat ini belum ada permohonan daripada kedua-dua pasukan, tetapi saya rasa untuk mengubahnya agak sukar kerana Liga Super tetap perlu dihabiskan pada 6 Julai kerana umat Islam mula berpuasa pada 10 Julai, katanya.

Tiada ulasan: