Khamis, 6 Jun 2013

Blackpepper Lamb Chop...

ASSALAMUALAIKUM...
Melayan permintaan Cik Abe yg katanya dah lama K.Nor tak buat Lamb Chop.. erkkkk.. bukannya selalu buat sangat pun.. Tapi dah dia tu mmg suka makan menu kamben, anak dara tu pun dah mengikut citarasa ayahnya yg suka menu kamben.. Lagipun cuti sekolah ni, layan jer la kan.. Kalau nak buat time bertiga jer tak syok rasanya.. hati mesti teringat kat anak2 kalau buat something yg special sket kan..
Kali ni K.Nor tak buat Mashed Potato cuma goreng fries jer utk menggantikan Mashed Potato. Creamy Coleslaw pulak kurang sket ke'creamy'annya tu disebabkan kurang mayonis.. Takper la kurang creamy pun, sbb mlm tu coleslaw ni tetap licin.. hehe
Utk penyegar anak tekak K.Nor buat Jus Roselle.. Kiranya ngam la makan menu berlemak pastu digandingkan dgn jus masam2 manis kan..
Jom semak resipi.. Tuan rumah dah tak tau nak pot pet apa lg nih... ^___^
BLACKPEPPER LAMB CHOP
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan : 5 kpg daging kambing
5 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ yg baru ditumbuk
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula perang/madu
2 sudu besar minyak zaitun
Cara:
Gaul kesemua bahan kecuali daging kambing.
Lumurkan bahan perapan pada daging dgn rata.
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lama lama lagi baik)
Panaskan grill pan dgn api sederhana atau boleh juga guna non stick pan. (k.nor guna pemanggang ajaib)
Letakkan daging kambing dan panggang lebih kurang 8 - 10 min.
Kemudian balikkan dan panggang lagi sehingga masak. (jangan balik2kan banyak kali, cukup hanya sekali utk menghasilkan daging panggang yg lebih enak).
Angkat dan hidangkan dgn Sos Lada Hitam, Garlic Mashed Potato & Creamy Coleslaw.

Tiada ulasan: