Selasa, 11 Jun 2013

Profil Kerjaya TAJMA

Pengarang TAJMA

Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Ninggal
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Profil Minat Kerjaya TAJMA merupakan satu set alat ukur psikologi yang dibina untuk mengukur 6 pola minat kerjaya iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Keusahawanan (Enterprising) dan Konvensional. Tiada had masa yang ditetapkan untuk mengambil alat ukur minat kerjaya ini. Walaubagaimanapun, purata masa yang digunakan untuk mengambil alat ukur ini ialah di antara 10 hingga 15 minit sahaja. Anda dikehendaki menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan jujur dan ikhlas memandangkan tiada jawapan yang “BETUL atau “SALAH" Anda sebaiknya memberikan jawapan yang pertama kali terlintas dalam fikiran.

Terdapat empat (4) kategori dalam soalan profil minat kerjaya ini iaitu; Kesukaan, Kecekapan, Pekerjaan dan Penilaian Kendiri.

SELAMAT MENCUBA!

Tiada ulasan: