Jumaat, 8 Mac 2013

Mulakan bisnes secara kecil-kecilan

Tip menceburi bidang bisnes. Mulakan bisnes secara kecil-kecilan dahulu, supaya kita dapat membiasakan diri dengan selok belok dunia bisnes. Elakkan melabur untuk 'fixed asset' begitu juga dengan perabut pejabat dan ubahsuaian.
Apabila sudah maju sedikit, kita boleh dapatkan staf secara kos yang lebih murah dengan memberikan pengalaman kerja kepada staf yang melakukan praktikal. Tuan dan cik puan boleh dapatkan pelajar universiti yang ingin melakukan latihan industri bagi membantu tuan dan cik puan membuat kerja penting seperti akaun, hal ehwal sumber manusia ataupun pemasaran.
Mengambil pekerja sepenuh masa diperingkat awal, membebankan kepada sebahagian usahawan yang belum stabil. Secara puratanya kita tidak mengunakan sepenuhnya kepakaran staf di peringkat awal menjalankan bisnes.
Bisnes seperti restoran memerlukan masa antara 6 bulan sehingga 1 tahun, sebelum jumlah jualan bulanan melepasi jumlah kos bulanan. Ada juga restoran yang dibuka terus membuat untung sebaik sahaja bulan pertama dibuka.
Bagaimana sekiranya restoran kita itu memerlukan masa 6 bulan sebelum bertukar dari rugi kepada untung? Adakah kita mempunyai duit bekalan bagi menyokong operasi bisnes harian supaya bertahan sehingga 6 bulan?
Bisnes bukannya perjudian, oleh itu masuk bisnes dengan persiapan termasuk ilmu yang lebih lengkap, bagi mengelakkan kita tersalah langkah.

 

Shamsuddin Kadir

Tiada ulasan: