Jumaat, 1 Mac 2013

CBU - Mansuh cukai import

Putrajaya: Kerajaan tidak akan mengenakan cukai import kepada kenderaan yang dipasang sepenuhnya (CBU) dari Jepun, mulai 2016.
Ia adalah hasil daripada pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang dimeterai antara Malaysia dan Jepun bermula 2006.

Bermula tahun ini, cukai import CBU dari Jepun diturunkan kepada 15 peratus daripada 30 peratus ketika ini, sebelum dikurangkan lagi kepada 10 peratus pada 2014 dan kepada lima peratus pada 2015.

Jika dilaksanakan kelak, ia akan dilakukan secara berperingkat supaya tidak menjejaskan semua pihak, khususnya hasil kerajaan yang berjumlah RM7 bilion yang diperoleh daripada pelaksanaan cukai terhadap industri automotif," Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Mengumumkan langkah itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, bagaimanapun berkata, kesan penurunan harga kereta sebenar masih belum dapat ditentukan berikutan syarikat kereta perlu membuat perkiraan kos sebelum boleh mengumumkannya.
Beliau berkata, selain cukai import, harga sebenar kereta turut ditentukan oleh dua komponen utama lain iaitu cukai eksais dan cukai jualan.

“Dalam menentukan harga sebenar kereta, cukai eksais memainkan peranan utama yang mana pada masa kini kadarnya ditetapkan dari 60 peratus sehingga 105 peratus.
“Kerajaan kini sedang melaksanakan kajian daya maju untuk menilai semula kadarnya.

Laksana berperingkat

“Namun, jika dilaksanakan kelak, ia akan dilakukan secara berperingkat supaya tidak menjejaskan semua pihak, khususnya hasil kerajaan yang berjumlah RM7 bilion yang diperoleh daripada pelaksanaan cukai terhadap industri automotif,” katanya pada sidang media ‘Pelan Penurunan Harga Kereta’ di sini semalam.

Selain Jepun, Mustapa berkata, cukai import CBU dari Australia yang kini dikenakan pada kadar 13.6 peratus, juga diturunkan kepada 9.1 peratus pada 2014, 4.6 peratus (2015), dan sifar (2016) hasil daripada pelaksanaan FTA dengan negara terbabit.
Beliau berkata, sejak tiga tahun lalu, kerajaan sudah pun berunding dengan semua syarikat kereta untuk mencari jalan bagaimana dapat mengurangkan harga kenderaan di negara ini tanpa menjejaskan industri secara keseluruhan.

“Kebanyakan syarikat kereta sudah pun menurunkan harga sebanyak tiga hingga lima peratus antara RM2,200 hingga RM17,000 seunit,” katanya.

Tiada ulasan: