Oleh itu, satu senarai kereta terpantas pada tahun 2013 sudah dikeluarkan oleh laman Total Car Score. Senarai ini disediakan oleh Karl Brauer, CEO dan ketua editorlaman maya tersebut. Senarai ini tidak memasukkan syarikat pembuat kereta yang mempunyai kurang daripada 20 cawangan di seluruh dunia atau menjual kurang daripada 20 model per tahun di seluruh dunia. Berikut adalah senarai kereta terpantas pada tahun 2013. Jom lihat gambar di bawah ini.
Khamis, 28 Mac 2013
Bengang dengan Ainan Tasneem
DALAM orang sibuk-sibuk menilik bila tarikh pilihan raya yang tak kunjung tiba, ada pula yang bawa cerita perihal seorang penyanyi baru yang cukup manis bertudung ini. Syed ingatkan cerita apa rupa-rupanya cerita pasal Ainan Tasneem yang khabarnya dah buat hal baru-baru ini.
Apa yang dah dia buat sampai tukang cerita naik hantu ni? Syed pelik juga sebab selama ini tak banyak pun cerita tak baik pasal Ainan tapi kali ini nada tukang sampai cerita ini cukup lain berbanding biasa.
Katanya Ainan mungkir janji baru-baru ini. Dia sepatutnya mengadakan persembahan di sebuah negeri di Pantai Timur telah membatalkan undangan tersebut tanpa alasan yang jelas.
Tup-tup pada hari yang sama khabarnya kelibat penyanyi ini kelihatan di selatan tanah air pula. Macam mana pula tu? Syed rasa inilah yang menambah bara di hati penganjur tersebut.
“Memang kami bengang gila dengan Ainan yang batalkan show last minute macam ni. Bukan apa, banner dan kain rentang semua dah ada gambar dia tup-tup dia tak jadi datang.
“Kalau betul dia sakit atau ada apa-apa keuzuran tu boleh juga kita tutup mata. Yang timbul persoalan ni macam mana dia boleh muncul dekat show tempat lain pula? Sekarang yang tanggung malu kami sebagai wakil pihak penganjur juga!
“Kalau nak tahu dia yang batalkan show. Padahal pihak penganjur dan bayar wang pendahuluan untuk show tersebut. Kalau dah dia yang batal kenapa tak pulang balik wang yang diberi tu?
“Paling tidak pun pulang sahajalah wang pendahuluan. Kalau penganjur yang batalkan mungkinlah dia boleh ambil wang itu terus. Tak gitu?" kata wakil penganjur ini lagi.
Pembangkang tidak minat perintah negara, hanya penuhi agenda peribadi
KUALA LUMPUR 27 Mac - Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa, pembangkang tidak berminat memerintah negara demi rakyat tetapi hanya mahu menjadi pemerintah demi memenuhi 'nafsu' segelintir pemimpin politik mereka.
Tunku Abdul Aziz mendakwa, beliau juga melihat pembangkang hanya berminat memporak-perandakan negara supaya agenda ke Putrajaya tercapai.
"Rakyat perlu bijak dan pastikan pemimpin yang menerajui Malaysia mempunyai rekod baik dan mampu menjaga kita. Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) khususnya, tiada pelan jangka panjang, hanya 'gila' mahu ke Putrajaya. Jangan lupa dengan rekod moralnya," katanya di hadapan lebih 300 penduduk Taman Sri Keramat Tengah dalam sesi ceramah di sini malam ini.
Ceramah itu dianjurkan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) bertemakan Lahad Datu: Negara Terjajah dan Rakyat Tergadai. - UTUSAN
Mengundi itu wajib, pilihan hak pengundi
KAJANG - Mengundi itu wajib hukumnya, namun ia bukan satu kefarduan bagi setiap umat Islam kerana langkah itu bagaikan satu kesaksian syahadah, demikian menurut Pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mohammad Kamil Abdul Majid. Sehubungan itu kata beliau, bukan setakat mengundi bahkan menyertai pilihan raya dan bertanding untuk membentuk kerajaan juga adalah wajib.
"... mencari pemimpin berkualiti itu mestilah seseorang amanah dan mempunyai rohani dan jasmani yang kuat," kata beliau pada Wacana PRU13: Aplikasinya Menurut Fiqh Politik Islam di Kolej Dar Al-Hikmah, di sini, malam tadi.
Kamil juga menggariskan 20 ciri utama yang perlu diberi perhatian oleh pengundi Islam bagi memilih bakal pemimpin yang akan membentuk kerajaan baru nanti.
"Pemimpin yang nak dipilih mestilah berakal, bijaksana, berani, bersih, pemurah, berlapang dada, bukan pemarah, seorang yang pemaaf bukan dendam, lemah-lembut dan budiman, menepati janji dan jujur.
"... selain boleh menyimpan rahsia, cekal hati, strategi, pandai tawar-menawar, bukan hasad dengki, bersyukur, bukan bernafsu, tidak menjadikan orang kafir sebagai penasihat, bertujuan berpolitik bukan cari keuntungan dan kemudahan diri sendiri serta jaga keadilan dan kebenaran," katanya lagi.
Tegasnya, seseorang pemimpin yang mahu dipilih nanti perlu menjaga agamanya daripada diperlekehkan, mempertahankan diri dan nyawa supaya tidak melayang begitu sahaja, berkeupayaan menjaga harta benda dan membelanjakannya secara halal dan memelihara maruah nasab keturunan umat Islam. Sementara itu, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil menyifatkan arena politik mula berubah kepada sistem dua parti sejak 2008.
"Orang undi berkirakan aspek 'public versus', tak terikat kepada politik perkauman.
"... rakyat mahukan politik integriti, politik berprinsip, politik idealisme, politik nilai dan bukan politik perkauman," katanya.
Malah katanya, tindakan Barisan Nasional (BN) tidak wajar mempersoalkan rakyat untuk menukar kerajaan hingga mereka takut untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya.
"Tukar atau tidak kerajaan itu, ia urusan pengundi, bukan Umno-BN," katanya sambil menyifatkan peralihan kuasa akan berlaku dengan aman dan damai Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya nanti.
Umno-BN tegasnya, perlu menghormati hak rakyat untuk memberi mandat kepada kerajaan baru yang akan dibentuk menerusi pilihan raya.
"Sistem pilihan raya adalah jaminan peralihan kuasa dengan aman dan damai.
"... tiada pertumpahan darah di empat negeri," jelasnya.
Dalam pada itu, Presiden Multaqa Asatizah & Du’at (Murshid), Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, seseorang pemimpin negara yang hendak dipilih bukan sahaja baik agama dan solatnya malah kemahiran mentadbir dan mewujudkan hubungan dengan rakyat juga perlu dimiliki jika ingin terus terlibat dalam politik.
"Orang Cina pun tengok wibawa, orang Melayu pula tengok parti. Tak kira teruk mana pun Melayu itu, mereka tetap pangkah," katanya sambil tahap pendidikan tidak menjamin kejayaan bagi sesesorang ahli politik itu.
"Kalau tak tahan maki, jangan masuk politik di Malaysia," katanya.
Detik Bersejarah - Dun Pertama Terbubar
Sejarah Pilihanraya
Seremban: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan bubar secara automatik sejurus selepas tengah malam tadi dan kini ditadbir kerajaan negeri sementara yang diterajui Datuk Seri Mohamad Hasan.
Semalam, Menteri Besar mengadakan mesyuarat EXCO terakhir di Wisma Negeri di sini.
“Pentadbiran negeri akan diteruskan seperti biasa untuk kesejahteraan rakyat,” kata Mohamad pada sidang media selepas mesyuarat itu.
Mengenai tempoh lima tahun pentadbiran kerajaan negeri, beliau berpuas hati dengan prestasi EXCO yang bertanggungjawab memastikan dasar dilaksanakan dengan baik.
Rabu, 27 Mac 2013
'Ter' atau 'Di' BUBAR
Parlimen, iaitu Kuasa Perundangan bagi Malaysia, berperanan menggubal undang-undang untuk dikuatkuasakan di negara ini.
Parlimen berkuasa meluluskan undang-undang di peringkat Persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang sedia ada, menyemak dasar-dasar Kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan cukai-cukai baru.
Parlimen juga adalah wadah untuk perbahasan dan perbincangan; dan merupakan saluran bagi mengutarakan suara orang ramai dalam hal-ehwal negara.
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen iaitu:
- Yang di-Pertuan Agong
- Dewan Negara
- Dewan Rakyat
Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah Ketua Negara yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan. Gelaran rasmi yang penuh bagi baginda adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Baginda menjalankan tugas-tugas seperti diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Sebagai Ketua Tertinggi Negara, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong dilantik setiap lima tahun mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja.
Dewan Negara terdiri daripada 70 orang ahli – 44 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. 26 ahli yang selebihnya dipilih oleh 13 Dewan Undangan Negeri, di mana setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli.
Dewan Rakyat mempunyai seramai 219 orang ahli yang dipilih melalui pilihan raya, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Yang Di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia.
Tarikh Pembubaran Automatik (Dun dan Parlimen) | |
Seorang pemimpin yang bermaruah dan berani akan membubarkan parlimen terlebih dahulu sebelum tempoh mandat terbubar dengan sendirinya. Kepercayaan rakyat terhadap seorang pemimpin menjadi lebih dan ini akan meningkatkan kredibiliti pemimpin berkenaan.
Anwar Tak Perlu Nasihat Daim
SIAPA tidak kenal dengan Tun Daim Zainuddin, antara hartawan dan bilionwan Melayu yang lebih gemar hidup dibawah radar keglamoran dan populariti. Tak seperti orang kaya lain seperti dia, Daim kurang memperkatakan mengenai kekayaannya melainkan cerita mulut ke mulut tentang bagaimana dia membelanjakan kekayaannya itu.
Antaranya, memandu kereta mewah Porsche miliknya sepanjang lebuhraya Utara Selatan dengan kelajuan tinggi dan kemudian membayar penuh semua saman yang diperolehinya sepanjang perjalanan tersebut.
Malah ada yang kata, dialah sebenarnya orang terkaya di negara ini, mengatasi semua billionaire dalam negara kita, termasuk Robert Kuok yang nilai kekayaannya sebanyak berpuluh billion dollar.
Semua ini bukan cerita baru, ia telah didendang di halwa telinga kita zaman berzaman terutama sejak kemunculan Daim dalam bidang politik, tapi bukan itu yang menjadi perhatian suarapakatanrakyat.com hari ini.
Perhatian kami lebih terarah kepada isi kandungan temuramahnya dengan akhbar NST yang disiarkan selama 2 hari berturut-turut sejak Ahad lepas hingga Isnin mengenai pilihanraya, ekonomi, politik, Anwar dan Najib.
Seperti dijangka, sesi temubual itu penuh dengan kritikan dan kecaman terhadap peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dulu hinggalah sekarang. Dari bagaimana Anwar naik mendadak dalam politik dan kerajaan, tersungkur jatuh akibat fitnah dan dendam, sehinggalah naik semula di atas platform Pakatan Rakyat.
Tidak ada apa yang terlepas.
Kebanyakan yang dibincangkan itu bukan perkara baru dan kami tidak berminat nak mengulas, cuma yang agak menarik ialah, dakwaan lisan kononnya, Daimlah sebenarnya yang memujuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad supaya melantik Anwar sebagai Menteri Kewangan pada 1991.
Kononnya ada 3 calon pilihan untuk dilantik menjadi Menteri Kewangan pada ketika itu, dengan Anwar di pilihan terakhir kerana kelulusannya (Ijazah dalam Pengajuan Melayu). Tapi kerana Daim berbisik ke telinga Mahathir, Anwar tetap dilantik sebagai Menteri Kewangan mengganti dia sendiri yang pada wakitu mahu bersara.
Kami dah nak gelak, tapi boleh tahan lagi.
Bagaimanapun, sebaik membaca dakwaan Daim bahawa Anwar selalu berkunjung ke rumahnnya untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai ekonomi negara, maka ketawa itu tidak boleh ditahan sama sekali, terlepas juga.
Rasa mual nak mengulas panjang tapi rakyat boleh membuat perbandingan sendiri antara kejayaan Anwar menguruskan ekonomi negara sepanjang menjadi Menteri Kewangan, berbanding dengan Daim. Anwar bijak menguruskan ekonomi sehingga negara mencapai KDNK sebanyak 8% hampir 5 tahun berturut-turut.
Walaupun ia seiring dengan kebangkitan ekonomi Asia pada waktu itu, yang penting negara tidak bankrap dibawah pengurusan kewangan Anwar. Kalau tidak kerana masalah krisis kewangan serantau pada 1997, rekod Anwar dalam mencapai pencapaian KDNK 8% secara berturut-turut, akan menjadi terlalu sukar untuk diatasi sesiapa.
Kejayaan itu disambung sehingga sekarang, apabila beliau dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Selangor pada 2008. Banyak kejayaan yang telah dicapai di negeri tersebut, kemiskinan hampir dihapuskan, taraf hidup meningkat dan rakyat semakin makmur.
Rekod kewangan negeri juga bertambah baik dengan rizab tunai kerajaan negeri mencecah RM 2 billion, berbanding semasa mengambil alih, iaitu sekitar RM 500 juta sahaja.
Ingat, semua ini berlaku hanya dalam penggal pertama pemerintahan Pakatan Rakyat!!
Kesimpulannya, Anwar tidak perlukan Daim mengajarnya bagaimana untuk menguruskan ekonomi negara dengan baik, semua itu bohong. Anwar ternyata mampu menguruskan perkara tersebut sendiri.
Lagipun, kelebihan Daim adalah lebih kepada memulihkan semula ekonomi yang rosak, sementara kemahiran Anwar ialah menguruskan ekonomi supaya kekal baik sepanjang masa.
Mana lebih baik? Sudah tentu kebolehan yang dimiliki Anwar. – SuaraPakatanRakyat
“Menutup VS Membalut” AURAT
Maafkan bukan bermaksud kasar apalagi kepada saudari yang berhati sensitif, Rasulullah SAW adalah manusia penyayang nomor satu, kalo ada yang klaim bukan beliau, mendingan gak usah didengarkan. Diantaranya sifat penyayangnya, beliau pun mengabarkan kepada kita sekalian, bahwa Nabi hanyalah pemberi peringatan kepada umatnya, kenapa ? agar kita selamat dari derita abadi dan azab yg pedih, kalo disimpen dalilnya karena enggak enak, ntar malah berabe ketemu Rosulullah SAW diakhirat, salah-salah kita ikutan dosa karena gak bilangin sesama sodara seiman. Na'udzubillah. Marilah kita simak pemaparannya sbb:
Wahai para wanita...tahukah anda bahwa:
- Semakin banyak pandangan lelaki yang tergiur denganmu semakin bertumpuk pula dosa-dosamu.
- Semakin sang lelaki menghayalkanmu...semakin berhasrat denganmu maka semakin bertumpuk pula dosa-dosamu
- Janganlah anda menyangka senyumanmu yang kau tebarkan secara sembarangan tidak akan ada pertanggungjawabannya kelak..!. Bisa jadi senyumanmu sekejap menjadi bahan lamunan seorang lelaki yang tidak halal bagimu selama berhari-hari..
- Bayangkanlah... betapa bertumpuk dosa-dosa para artis dan penyanyi yang aurotnya diumbar di hadapan ribuan...bahkan jutaan para lelaki??
- Jika anda menjaga kecantikanmu dan kemolekan tubuhmu hanya untuk suamimu...maka anda kelak akan semakin cantik dan semakin molek di surga Allah...
- Akan tetapi jika anda umbar kecantikanmu dan kemolekanmu maka ingatlah itu semua akan sirna dan akan lebur di dalam liang lahad menjadi santapan cacing dan ulat...dan di akhirat kelak...bisa jadi berubah menjadi bahan bakar neraka ! Naudzubillah
Allah Subhannahu wa Ta'ala Berfirman, Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh dia telah sesat, sesat yang nyata. (Al-Ahzab :36).
Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda, Setiap umatku yang bersalah akan dimaafkan, kecuali orang yang secara terang-terangan berbuat maksiat ( HR-Bukhari Dan Muslim )
Dari Abu Musa al-Asyari berkata: Rasulullah Saw bersabda: Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian keluar rumah dan berjalan melewati satu kaum sehingga mereka dapat mencium baunya, maka ia adalah wanita PEZINA. (H.R. an-NasaI)
Rasulullah Saw bersabda:
Perempuan yang berpakaian tetapi TELANJANG, berlenggang-lenggok waktu berjalan. Menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Golongan ini TIDAK AKAN masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah dapat dicium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya. (HR-Muslim)
Semoga mereka saudari kita yang belum berjilbab, dibukain pintu hatinya dan mau kejalan yang benar dengan berjilbab, sama-sama kita doain dengan kesungguhan hati. Dunia mah gak sampe 100th, sedangkan diakhirat saja bediri dipengadilan Allah bisa sampe 50.000 tahun. Mari kita upayakan kesungguhan kita dan terus berdoa memohon pertolongan-Nya.
Perjalanan Terakhir
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku Terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:
"Demi Allah, wahai orang Yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan:
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya Kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah,roh Pula berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,Jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah Kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku".
"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Risiko Perokok
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).
Keluarga Wira Negara di’HINA’
Nurul Izzah
Permohonan Biasiswa Tajaan JPA 2013 Lepasan SPM
Syarat Permohonan Biasiswa JPA 2013 Lepasan SPM
- Pelajar lepasan SPM tahun 2012
- Warganegara Malaysia
- Berumur kurang 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan)
- Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
- Program Khas Jerman
- Program Khas Perancis
- Program Khas Jepun
- Program Khas Korea
Permohonan boleh dibuat di laman http://esilav2.jpa.gov.my/
Tarikh Permohonan Dibuka (Pengumuman Dari Laman JPA)
Tarikh rasmi permohonan dibuka bagi Biasiswa sesi 2013 akan diumumkan kelak dan akan diumumkan pada masa yang terdekat.
Selasa, 26 Mac 2013
Dimanakah anda?
Assalamualaikum, tepuk dada tanya iman, agaknya ‘nafsu’ kita berada di peringkat ke berapa?
Kekasih Pemarah
Setiap pasangan memiliki karakter yg berbeza. Mungkin ada yang penyabar dan pemarah. Apabila seseorang memiliki pasangan yang penyabar dia dikatakan beruntung tetapi bagaimana jika sebaliknya? Jika kamu kebetulan memiliki pasangan yang pemarah, mungkin tips ini boleh membantu.
Kenali sifat pasangan.
Jika pasangan kamu seorang yang pemarah, ada baiknya kamu berusaha mengenali dengan baik sifat pasangan kamu ini. Jika kamu saling memahami antara satu sama lain, kamu akan lebih mudah menghadapainya. Dengan demikian, kemungkinan pasangan kamu akan jarang menunjukkan sifat marahnya.
Hindari melakukan sesuatu yang dia tidak suka.
Setelah kamu benar-benar memahami sifat dan watak pasangan kamu, cubalah hindari melakukan sesuatu yang dia tidak suka. Tetapi apabila hal tersebut terpaksa juga dilaksanakan, lakukan tanpa pengetahuan pasangan kamu. Namun perkara itu mestilah perkara yang baik sahaja.
Jangan campuri urusannya.
Jika kamu tidak diminta, jangan sekali mencampuri urusannya. Belum tentu pasangan kamu suka pada bantuan kamu. Sekiranyakamu masih ingin berbuat demikian walaupun dilarang, maka hal ini boleh menimbulkan kemarahannnya.
Jangan suka menasihati.
Mungkin banyak maksud baik terselit di dalamnya. Akan tetapi jika hal tersebut tidak penting untuk dinasihati, lebih baik elakkan. Hal ini perlu dilakukan untuk menghindari terjadinya salah faham sekaligus membuat pasangan kamu marah.
Bersifat terbuka.
Apabila si dia member pandangan yang agak keras, kamu perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk kamu. Ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemahan diri kamu. Jangan beremosi dengan kata-kata si dia. Jadi terima sahaja dengan hati terbuka.
Berterus – terang.
Si dia yang pemarah lebih suka berteru – terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada si dia yang panas baran ataupun pemarah ialah sikap berterus – terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Cuma mereka mengungkapkan dengan kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti merahsikan sesuatu daripadanya.
Tip Menjimatkan Petrol
Tips-tips penjimatan minyak adalah penting untuk kita semua. Tambah-tambah lagi sekarang ni, paling kurang 2 biji kereta untuk sebuah rumah. Walaupun tips-tips di bawah ni mungkin hanya mengurangkan penggunaan minyak 10-20% (maybe more or less), sekurang-kurangnya kita dapat juga menjimatkan petrol dan juga duit poket masing-masing. Now let's look at top gear top tips!
Sebelum memulakan perjalanan :
1) Perancangan perjalanan perlulah bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik atau pusingan yang jauh. Jauhi jalan yang berbukit atau berlopak-lopak
2) Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak
3) Kurangkan perjalanan jarak dekat. Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta
4) Pastikan tekanan tayar anda berada pada ukuran yang betul. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
5) Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung
6) Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa. Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda. Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.
Semasa sedang memandu :
1) Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.
2) Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda tidak perlu berhent
3) Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak.
4) Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa pendingin udara.
5) Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan.
6) Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.
7) Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan. Isikan minyak sehingga tangki penuh. Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.
Sebagai kesimpulan, kawal nafsu untuk menekan pedal, memandu dalam keadaan tenang ( marah-marah kawan syaitoon ) and kereta perlu dalam keadaan tip-top! that's it for Top gear top-tip!
Toyota Vios 2013
Gambar Model Terbaru Toyota Vios 2013 lebih gempak !!
inilah gambar model tebaru toyota vios 2013, bila kita lihat pada gambar terdapat banyak perubahan kosmetik pada Toyota Vios 2013 ini,.lebih ekstrem dan elegan berbanding 2 keluaran sebelumnya, keluaran vios baru ini adalah sebagai persaingan kepada pengeluar jenama lain seperti Honda City,Kia Forte,Mazda 3 dan Proton Preve..
Lihat saja design depan. Lampu dan bumper kemasan model terbaru, membuatkan model Vios 2013 ini sangan berbeza dengan model Vios sebelumnya. Rekaan bumper belakang, tak jauh beza tetapi masih ada ciri-ciri baru terutama pada rekaan lampu.
Ruang interior dalaman tak da pulak dikongsi dan masih belum ada gambaran sebenar. Yang pasti ciri-ciri terbaru semestinya ada pada Toyota Vios 2013 ini.
Sesiapa yang bercadang nak tukar kereta dengan anggaran budget harga sekitar RM70,000 sehingga RM90,000, apa kata tunggu pihak Toyota umumkan perlancaran model kereta Toyota Vios 2013 ini. Yang pasti, ia akan menjadi salah satu model yang cantik dengan harga Toyota Vios yang mampu milik :).
Najib Nazak Rayu Lagi 5 Tahun
Berdasarkan sejarah pasca Pilihanraya Umum ke 12 tahun 2008, Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) gagal hanya mendapatkan 2/3 majoriti pun dipaksa undur daripada menjawat jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) sekaligus melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Itu baru hilang 2/3 majoriti. Inikan pula…..
Inikan pula andaikata Barisan Nasional (BN) kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13. Walaupun, pelbagai program sudah pun diumumkan dan diagihkan termausklah KR1M, LR1M, BR1M, DR1M dan pelbagai lagi produk 1Malaysia adan agenda Transformasi sepanjang Datuk Najib Razak memimpin kerajaan Malaysia sepanjang tempoh 5 tahun lamanya. Ya…. pertama kali dalam sejarah politik Malaysia….
Terbaru Datuk Seri Najib merayu anda semua, rakyat Malaysia supaya memilih parti Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak :
“Beri kita mandat lima tahun lagi untuk lakukan yang lebih hebat. Kita janji akan bekerja bersungguh-sungguh. Insya-ALLAH, lima tahun lagi Malaysia akan bersinar sebagai negara yang berjaya dan keunggulan Malaysia akan terserlah,” katanya.
Jikalau kerja dengan syarikat swasta contohnya di syarikat yang pernah antara kami bertugas bertugas sebelum ini, cukup 3 bulan tidak menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi, siap sedia untuk dibuang kerja.
Dalam kes ini, ia melibatkan adalah tempoh selang masa 5 tahun yang mana berkisar mengenai landskap politik Malaysia sekarang ini bagi memilih kepimpinan yang boleh mencorakkan Malaysia untuk tempoh 5 tahun seterusnya, samada daripada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
“Pilihan di tangan anda”
Anda, anda semua di sini ibarat seperti adalah lembaga pengarah syarikat bagi syarikat yang bernama “Malaysia Tercinta” dan pemimpin politik yang ada sekarang ini hanya seorang pengarah syarikat sahaja. Jadi tempat dan kedudukan rakyat Malaysia sebenarnya sangat tinggi menjelang Pilihanraya Umum ke 13 untuk menentukan nasib anda dan halatuju syarikat anda selepas ini. Samada pengarah yang sedia ada dikekalkan atau disingkirkan…..
Undi ditangan anda….
Cuma harapan kami, dan mungkin juga harapan sebahagian rakyat Malaysia sebenarnya. Tindakan berdiam diri mengenai tarikh pembubaran parlimen yang sehingga kini masih lagi tidak diumumkan sejak “semboyan” Pilihanraya Umum ke 13 sudah mula dipukul sejak pertengahan tahun 2012 lagi telah menyebabkan segala perancangan rakyat Malaysia tergendala & tidak lupa juga kepada sektor perniagaan. Pelabur-pelabur luar pula terpaksa tunggu dan lihat apabila suasana politik Malaysia yang tidak menentu dek kerana Pilihanraya Umum ke 13 terus menjadi tanda-tanya.
Apatah lagi “mood” rakyat Malaysia untuk mengundi kali ini, cukup-cukup tinggi. Tetapi malangnya tarikh pilihanraya Umum ke 13 masih tidak kunjung tiba”
Samada mandat dan undi adalah perkara kedua, yang penting sekarang ini diharap Datuk Seri Najib Razak umumkan sesegera mungkin tarikh Pilihanraya Umum ke 13
Bagi menghangatkan suasana pilihanraya Umum ke 13, Berita Semasa membuka ruang dan peluang kepada, adakah anda akan memberikan mandat 5 tahun lagi kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihanraya Umum ke 13? Mengapa pilihan anda sebegitu rupa?
Mencari Solehah
Wanita sholehah itu aurat dijaga
Pergaulan dipagari
Sifat malu pengikat diri
Seindah hiasan di dunia ini
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajahnya
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pada kemanjaannya
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali ...
Kepetahan wanita solehah
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai ....
Wahai wanita
jangan dibangga dengan kecantikan luaran
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi
Wahai wanita
jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai
Kerna ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu
Wahai wanita
jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu
Kerna ada lagi insan yang lebih malang darimu
Wahai wanita sholehah
jangan dirisau akan jodohmu
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya
Bersyukurlah Diatas Apa Yang Ada ......
Adab Buang Air
Segala amal perbuatan tanpa didasari ilmu, maka semuanya menjadi tidak ada faedahnya, begitu pula sebaliknya. Nah, Islam mengajarkan banyak adab-adab penting untuk umatnya, semuany demi kebahagiaan manusia itu sendiri.
Islam adalah agama yang mengatur semua aspek kehidupan manusia tanpa terkecuali, sehingga seorang akan merasa kagum dan bergemah dalam hatinya ketika melihat keindahan dan kerapian yang diajarkan oleh Islam. Islam mengajarkan kaum muslimin hidup di atas kesucian, tidak seperti opini yang dituduhkan oleh orang-orang kafir dan munafik di zaman sekarang, bahwa Islam itu jorok, kotor dan tidak menjaga kebersihan. Untuk menyangga tuduhan miring tentang adab-adab Buang Air.
Betapa indahnya Syari’ah Islam yang maha lengkap ini.
Inilah 9 adab buang air yang sesuai Sunnah Rasul:
1. Menjauh Dan Menutup Aurat Dari Manusia
عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا ذَهَبَ الْمَذْهَبَ أَبْعَدَ
Dari Al-Mughirah bin Syu’bah berkata bahwasanya,
"Nabi saw apabila pergi ke tempat pembuangan air, maka beliau menjauh."
[HR. Abu Dawud: 1/3,An-Nasa’iy: 1/34, dan Ibnu Majah: 1/397. Dishohihkan Al-Albaniy dalam Shohih Al-Jami’: 4724]
2. Tidak Buang Air Pada Genangan Air (tempat air bertakung)
وَعَنْ جَابِرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { أَنَّهُ نَهَى أَنْ يُبَالَ فِي الْمَاءِ الرَّاكِدِ } . رَوَاهُ أَحْمَدُ وَمُسْلِمٌ وَالنَّسَائِيُّ وَابْنُ مَاجَهْ
Dan dari Jabir dari Nabi Muhammad SAW,
"Bahwasanya beliau melarang kencing pada air yang tergenang."
[HR. Ahmad, Muslim, Nasa’ie dan Ibnu Majah]
3. Berdo’a Sebelum Masuk ke Tempat Pembuangan Air
عَنْ أَنَسِ بْن مَالِكٍ قَالَ : { كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ قَالَ : اللَّهُمَّ إنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِثِ } رَوَاهُ الْجَمَاعَةُ
Anas ra berkata,
"Dulu Rasulullah saw jika hendak masuk ke tempat pembuangan air, maka beliau berkata (berdo’a): "Allahumma inniy audzubika minal khubtsi wal khobaaits"
Artinya:(Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari para setan laki-laki, dan perempuan).
[HR Jama’ah]
Doa ini dibaca ketika hendak masuk khola’ (tempat buang air, kamar mandi/WC) sebagaimana yang dijelaskan oleh Bukhori dalam kitab Adabul Mufrod, dia berdalil dengan hadits Anas bahwa:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا أَرَادَ أَنْ يَدْخُلَ الْخَلَاءَ قَالَ
"Adalah Nabi saw apabila hendak masuk khola’ (tempat buang air) beliau berdoa (doa diatas)"
Dan pendapat ini yang dipakai oleh kebanyakan ulama.
[Nailul Author:1/183]
4. Tidak Menghadap Ke Arah Kiblat Atau Membelakanginya
وَعَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ عَنْ النَّبِيِّ قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إذَا أَتَيْتُمُ الْغَائِطَ فَلَا تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ وَلَا تَسْتَدْبِرُوهَا وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا. رواه البخاري
Dan dari Abu Ayub al-Anshori, dari Nabi saw beliau bersabda :
"Jika kalian mendatangi tempat pembuangan air (untuk buang air), maka janganlah menghadap kiblat, dan jangan pula membelakanginya saat kencing, maupun berak."
[HR. Bukhori: 380]
Namun hadits ini berlaku apabila tempat buang air itu tidak ada satrah atau tabir untuk pelindung diri dari manusia, apabila ada tabir atau tutup untuk melindungi diri dari manusia maka tidak mengapa menghadap kiblat, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra:
رَقِيتُ يَوْمًا عَلَى بَيْتِ حَفْصَةَ فَرَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى حَاجَتِهِ مُسْتَقْبِلَ الشَّامِ مُسْتَدْبِرَ الْكَعْبَةِ .رَوَاهُ الْجَمَاعَة
"Aku menginap semalam di rumah Khafsho, maka aku melihat Nabi saw pada hajatnya menghadap ke arah Syam dan membelakangi Ka’bah".
[telah meriwayatkannya Jama’ah: 1/204]
5. Menjaga Badan Dan Pakaian Dari Najis Tinja Dan Kencing
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى قَبْرَيْنِ فَقَالَ أَمَا إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ
Dari Ibnu Abbas dia berkata, Rasulullah saw pernah melewati dua kuburan seraya bersabda: "Sesungguhnya kedua (penghuni)nya disiksa, sedang ia tak disiksa karena perkara besar (menurut sangkaanya). Bahkan itu (sebenarnya) adalah perkara besar. Adapun salah satu diantaranya, ia melakukan adu domba. Adapun yang kedua, ia tidak berlindung dari (percikan) kencingnya."
[HR. Muslim: 2/147/439]
Oleh karena itu jangan sampai perkara yang kelihatannya sepele ini bisa menyebabkan kita mendapat siksa kubur, namun sangat menyedihkan hingga pada hari ini masih banyak saudara-saudara kita yang menyepelekan hal ini.
6. Tidak Istinja’ (Cebok) Dengan Tangan Kanan
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْيُمْنَى لِطُهُورِهِ وَطَعَامِهِ وَكَانَتْ يَدُهُ الْيُسْرَى لِخَلَائِهِ وَمَا كَانَ مِنْ أَذًى
Dari ‘Aisyah dia berkata:
"Adalah tangan kanan Rasulullah -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- untuk wudhunya dan makannya; tangan kirinya untuk cebok, dan sesuatu yang kotor."
[HR. Abu Dawud dalam Sunan-nya: 1/50]
Jadi tangan kanan digunakan untuk sesuatu yang baik seperti makan dan minum dan tangan kiri untuk cebok dan sesuatu yang bersifat kotor. Tidak seperti orang yang jahil, mereka makan dan minum dengan tangan kiri dan bercebok dengan tangan kanan.
7. Beristinja’ (Cebok) Dengan Air
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْخُلُ الْخَلَاءَ فَأَحْمِلُ أَنَا وَغُلَامٌ نَحْوِي إدَاوَةً مِنْ مَاءٍ وَعَنَزَةً فَيَسْتَنْجِي بِالْمَاءِ . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari Anas bin Malik dia berkata,
"Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- pernah memasuki tempat pembuangan air. Maka aku pun dan seorang bocah sebaya denganku datang membawa seember air dan tombak kecil, lalu beliau pun ber-istinja’ (cebok) dengan air."
[HR Bukhori dan Muslim]
Akan tetapi jika tidak mendapati air maka diperbolehkan menggunakan tiga buah batu atau yang lainnya sebagaimana hadits dari ‘Aisyah:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إذَا ذَهَبَ أَحَدُكُمْ إلَى الْغَائِطِ فَلْيَسْتَطِبْ بِثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ فَإِنَّهَا تَجْزِي عَنْهُ .رَوَاهُ أَحْمَدُ وَالنَّسَائِيُّ وَأَبُو دَاوُد وَالدَّارَقُطْنِيّ وَقَالَ : إسْنَادُهُ صَحِيحٌ حَسَنٌ
Bahwasanya Rasulullah saw bersabda:
"Jika seorang diantara kalian pergi buang air, maka hendaknya ia membawa tiga batu yang dipakai untuk istinja’, karena (tiga) batu tersebut mencukupi baginya (untuk cebok)."
[HR. Ahmad, Nasa’ie, Abu Dawud, Ad-Daraqutniy dan dia mengatakan hadits ini shohih hasan]
Namun ada benda-benda yang dilarang oleh Rasulullah saw untuk digunakan bercebok yaitu tulang dan kotoran binatang.
لَا تَسْتَنْجُوا بِالرَّوْثِ وَلَا بِالْعِظَامِ فَإِنَّهُ زَادُ إِخْوَانِكُمْ مِنْ الْجِنِّ
"Janganlah beristinja’ (cebok) dengan menggunakan kotoran binatang, dan tulang-belulang, karena itu adalah makanan saudara-saudara kalian dari kalangan jin."
[HR. At-Tirmidzi]
8. Membersihkan Tangan Seusai Istinja’ (bercebok)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَى الْخَلَاءَ أَتَيْتُهُ بِمَاءٍ فِي تَوْرٍ أَوْ رَكْوَةٍ فَاسْتَنْجَى قَالَ أَبُو دَاوُد فِي حَدِيثِ وَكِيعٍ ثُمَّ مَسَحَ يَدَهُ عَلَى الْأَرْضِ ثُمَّ أَتَيْتُهُ بِإِنَاءٍ آخَرَ فَتَوَضَّأَ
Dan dari Abu Hurairah, "adalah Nabi saw jika mau buang air, maka aku bawakan air dalam bejana atau timba kecil. Lalu beliau beristinja’, kemudian menggosokkan tangannya pada tanah. Lalu aku bawakan bejana lain, kemudian beliau berwudhu’."
[HR. Abu Dawud : 41]
Membersihkan tangan seusai istinjak (bercebok) ini tidak harus dengan tanah, apabila ada sesuatu yang bisa untuk penggantinya sebagai penghilang bau seperti sabun atau semisalnya maka tidak mengapa.
9. Berdoa Ketika Keluar Dari WC
وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا خَرَجَ مِنْ الْخَلَاءِ قَالَ :” غُفْرَانَكَ” . رَوَاهُ الْخَمْسَةُ إلَّا النَّسَائِيّ
Dan dari ‘Aisyah ra berkata:
"Adalah Nabi saw Jika keluar dari WC, maka beliau berdo'a, GHUFROONAKA (Aku memohon ampunan-Mu)."
[HR. Imam Lima kecuali Nasa’ie, Nailul Author: 1/185]
Demikian aturan-aturan dalam Islam dalam masalah buang air, semoga buletin ini bermanfaat bagi para pembaca dan semoga dalam penulisan ini hanya semata-mata diniatkan untuk mencari ridho Allah Ta’lah. Amien
Min Spec–Isteri
Seorang gadis itu adalah layak dinikahi sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut:
- Solat fardhu cukup 5 waktu bila tidak uzur.
- Istiqamah (konsisten) baca al-Quran sekurang-kurangnya satu muka surat sehari. Baca al-Quran ni boleh tenangkan diri bagi perempuan yang emosi dia cepat marah or cepat berleter.
- Menutup aurat. At least perlahan-perlahan ke arah tutup aurat dengan sempurna. Dari tudung singkat ke tudung tutup dada dan seterusnya. Dalam hati seorang lelaki yang baik sebenarnya suka yang bertudung labuh atau berpurdah walaupun dorang tak bgtau directly.
- Dia mungkin tak belajar tinggi-tinggi sampai Master, PhD. Tapi dia cintakan ilmu.
- Tak perlu sangat pandai. Matang lebih perlu supaya dapat buat pertimbangan dengan baik. Tidak ramai lelaki suka isterinya lebih pandai dari suami. Jadi, kalau anda pandai, jangan menunjuk-nunjuk meninggi diri depan suami lak. Lelaki tercabar kelakian bila kamu bersikap demikian.
- Lemah lembut, sopan. Garang pada tempatnya. Tegas pada tempatnya. Lelaki tak suka perempuan berlembut tiap waktu. Kena garang gak barulah lelaki hormat.
- Boleh memasak. Ciri ni perlu ada walaupun dia hanya pandai masak air, nasi, goreng telur mata kerbau je. Tak cun takpe, janji masak boleh. Kalau cun, masak failed watpe. Lelaki kahwin bukan nak jadikan u perhiasan je kat umah.
- Muka natural. Make-up tu boleh. Tapi sebenarnya lelaki tak gemar perempuan make-up tebal2. Ala kadar je dah la. Make-up tebal kat mata memang kurang diminati.
- Tang pakaian pula. Tak kisah fesyen jenis apa, janji tutup aurat. Lelaki Melayu suka wanita berbaju kurung sebab nampak ayu je. Mungkin ada juga yang suka perempuan tu pakai jeans dan shirt, tapi dia tengok sekali je pun. Kalau pakai jubah or baju kurung, konfem dia tengok banyak kali.
- Wajah. Wajah tak perlu sangat cantik. Cantik budi pekerti tu lagi perlu. Sekurang-kurangnya mulut tu tak laser, tak mengata orang ikut suka hati dia je. Memang lelaki suka perempuan cantik, tapi kalau perangai tak elok dan menyakitkan hati, baik dia pilih yang sederhana je tapi boleh buat hati tenang. Kahwin ni nak cari ketenangan, bukan nak serabutkan otak dengan perangai2 entah pape kau.
- Wanita materialistik dan cinta wang dibenci lelaki. Lelaki juga tak suka wanita yang kuat mengongkong, tuduh bukan-bukan, tidak percayakan pasangan, cepat prasangka. Sportingla sket.
- Suka budak-budak. Ciri-ciri keibuan terserlah bila tengok budak, dia nak dukunglah ribalah.
- Pandai al-Quran walaupun takdelah pandai sangat. Sekurang-kurangnya dia boleh ngajar alif-ba-ta dan surah-surah lazim anak-anak nanti. Penting sebab ibulah guru pertama dalam keluarga. Ayah boleh ngajar, tapi garanglah.
- Boleh hidup susah. Contohnya kahwin dengan lelaki miskin, walaupun perempuan ni dari kalangan orang senang, tapi dia boleh membiasakan dengan hidup susah bersama-sama suami. Oh sangat sweet hidup susah senang bersama-sama ni tanpa merungut-rungut tak boleh tahan dengan kemiskinan hidup.
- Dia tak suka cakap yang tidak baik tentang lelaki dia dan cerita pula pada kawan-kawan dia. Andai suami dia tak baik sekalipun, dia bersyukur dia ada suami. Ramai kot yang tak dapat kahwin kat luar sana tu.
- Suka bagi semangat. Sekurang-kurangnya dia cuba senyum walaupun hatinya sedih. Lelaki tak perlu hadiah2 segala bagai pun, cukuplah dengan satu senyuman dah orait dah pun.
- Cinta. Bila dia cinta, selama-lamanya dia cinta selagi laki tu tak curang.
- Boleh berkongsi masalah. Walaupun tidak mampu selesaikan masalah, at least dia boleh jadi good listener dan tenangkan hati suami.
- Ingat hari-hari penting. Contoh ingat tarikh perkahwinan, birthday dll yang penting. Tapi, kalau nak lagi cantik, ingat juga hari-hari penting dlm Islam. Cthnya, ingatkan hari Isnin dan Khamis untuk puasa bersama-sama.
- Sikap malas memang ada, sampai terlupa buat segala kerja umah. Tapi bila suami pulang, dia tak segan untuk cium tangan suami dan minta maaf atas kemalasan beliau. Sekali-sekala malas tu boleh, tapi kalau hari-hari malas memang nak kena hantar masuk PLKN ni.
- Hormat orang tua walaupun mertua wat tak mesra dengan dia. Cuba gak amik ati orang tua walaupun tak reti.
- Boleh ingatkan suami supaya jaga solat, ingatkan anak-anak suruh solat. Kalau suami ada kekurangan, dia tolong cover dan juga sebaliknya. Tak salah isteri ingatkan suami tanggungjawab2 seorang suami. Bantu suami jaga keluarga supaya dapat masuk syurga satu famili.
- Ingatkan awal-awal lagi anak-anak perempuan tentang aurat supaya tak berulang kes kejahilan yang sama seperti dirinya masa muda-muda dulu.
- Sedia maafkan suami kalau suami ada wat salah. Pandai wat-wat majuk tapi jangan over majuk plak. Kalau suami nak cari lain, tanya dulu apa kekurangan diri. Kalau kurang, nak perbetulkan. Tapi, kalau suami nak kahwin lain gak, bincang elok-elok dulu sblm pasrah.
- Kadang-kadang bangun malam dan doakan untuk pasangan dia panjang umur, bahagia dan tua bersama-sama sampai mati dan bersambung lagi bahagia di syurga nanti. Juga doa anak-anak jadi soleh dan solehah. Mungkin dia bukan seorang yang sangat baik, tapi dia ada impian punya suami dan anak-anak yang baik dan beragama. "Doaku Untukmu sayang - Wali Band" gitu.
- Ada di sisi tika suami sakit, letih, stress. Bolehlah picit2 pale suami tu.
- Dia redha, terima seadanya pasangannya itu. Tapi bukan awal-awal dah terima pasangan yang enggan ubah sikap buruk sebelum nikah.
- Senyum selalu adalah ubat terbaik hati lara lelaki. Senyum itu sedekah :)
- Malu. Antara ciri penting. Dia mungkin garang, tapi dia pemalu. Dia mungkin cakap banyak dengan kawan2 perempuan dia, tapi dia malu dengan lelaki. Yang terbaik, dia bukan saja malu dengan manusia pada tempatnya, tapi malu pada Allah.
- Akhir sekali (kot) dan yang penting sekali, Dia sanggup bermadu…. (tiada lelaki diluar sana jika diberi peluang menolak untuk bermadu)… kerana ini lebih baik daripada menduakan isteri….
Manifesto Pakatan Rakyat [sambungan…]
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Harga Minyak Turun
Negara Malaysia adalah pengeluar petroleum dan pengeksport minyak. Harga minyak mentah yang tinggi sehingga mencecah purata RM300 setong melonjakkan pendapatan negara dari hasil minyak. Pakatan Rakyat percaya laba dari pendapatan minyak ini wajar dikongsi dengan rakyat Oleh itu, Pakatan Rakyat merancang mengurangkan sedikit pendapatan minyak negara Malaysia setiap tahun dengan cara menurunkan harga petrol dan diesel untuk kegunaan & kemudahan bersama majoriti rakyat Malaysia Berapa harga petrol dan disesel yang bakal turun oleh Pakatan Rakyat? Kami tidak pasti…..
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Tarif Elektrik Turun & Lebih Rendah
Setiap tahun, negara kehilangan wang berjumlah RM25 bilion dalam bentuk subsidi gas yang diberikan kepada syarikat besar yang mengendalikan penjana bebas dan subsidi gas kepada industri. Walaupun mendapat subsidi negara, mereka menjual elektrik kepada TNB pada harga yang tinggi. Untung penjana bebas mencecah ribuan juta ringgit setiap tahun, sedang caj elektrik semakin naik. Taikun IPP untung besar, rakyat terpaksa tanggung tarif elektrik yang tinggi Oleh itu, Pakatan Rakyat akan menyalurkan semula subsidi berjumlah RM25 bilion ini terus kepada rakyat sekaligus bakal membantu usaha untuk menurunkan bebanan tarif elektrik yang ditanggung rakyat Malaysia sekarang
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Tarif Air Turun
Ketika ini, konsesi air dikendalikan oleh syarikat swasta yang telah mengakitbatkan tarif air tinggi. Oleh sebab itu, konsesi air seperti ini akan dihentikan terus. Pakatan Rakyat akan memastikan kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama ke arah menurunkan caj air dengan jaminan rakyat hanya perlu membayar kos pengendalian yang berpatutan. Kawal selia ke atas caj air yang rendah akan meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung rakyat.
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Tol
Seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat akan mengambil alih lebuhraya secara berperingkat bagi tujuan menghapuskan tol. Pembiayaan operasi lebuhraya mampu ditampung menggunakan dana RM5 bilion yang selama ini dibayar sebagai pampasan kepada pemegang konsesi. Penghapusan tol akan membantu menurunkan harga barang.
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Monopoli
Monopoli yang dipegang oleh beberapa orang kroni yang rapat dengan penguasa menyebabkan harga barang-barang dikawal mereka. Oleh sebab itu, monopoli merupakan faktor utama yang menyebabkan harga barang naik di negara ini. Monopoli wujud dalam kebanyakan sektor utama negara – dari telekomunikasi sehingga ASTRO, dari harga beras kepada harga gula. Pakatan Rakyat akan menghapuskan monopoli untuk meningkatkan persaingan di dalam ekonomi yang seterusnya boleh menurunkan harga barang.
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Harga kereta Turun Serendah RM25,000
Harga kereta di Malaysia berbanding pendapatan purata isi rumah rakyatnya boleh disifatkan antara tertinggi di dunia. Ketiadaan kemudahan pengangkutan awam yang berkesan menyebabkan rakyat tidak ada pilihan lain kecuali membeli kereta persendirian. Akibatnya, hutang kereta menjadi bebanan kewangan utama yang ditanggung setiap keluarga. Setiap bulan, sejumlah besar pendapatan dihabiskan untuk membayar hutang kereta.
Cukai eksais kereta yang dikenakan secara melampau iaitu pada kadar 70% ke atas melonjakkan harga kereta. Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebihberdaya saing. Liberalisasi industri automotif negara untuk memastikan daya saing dan nilai tambah kepada rakyat. Pakatan Rakyat percaya industri automotif negara yang benar-benar berdaya saing boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Hapus Saman AES, Batal Saman AES
Pakatan Rakyat akan menghentikan serta merta konsesi dan pelaksanaan AES yang mempertaruhkan keselamatan rakyat di jalan raya sebagai sumber kekayaan kroni. Sebarang saman yang telah dikeluarkan sebelum ini akan dibatalkan. Langkah keselamatan jalan raya akan menitikberatkan infrastruktur jalan yang lebih selamat, pendekatan pendidikan dan amaran, bukannya pendekatan menghukum seperti sedia ada.
Manifesto PR (Pakatan Rakyat) PRU 13 : Pendidkan Percuma Untuk Semua & Hapus PTPTN
Yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi milik awam akan ditanggung kerajaan. Pelajar di institusi swasta akan diberikan subsidi yuran yang setara dengan kos tanggungan kerajaan di institusi awam. Semua pelajar di institusi milik awam akan diberikan elaun sara hidup untuk menampung kos kediaman, makan dan minum, buku dan pengangkutan kecuali bagi mereka yang benarbenar kaya. Pelajar di institusi swasta boleh meminjam dari satu dana khas untuk menampung kos sara hidup sepanjang kursus pengajian. PTPTN akan dihapuskan kerana ia sebahagian dari mekanisme yang menyebabkan pergantungan kepada pihak swasta untuk menyediakan tempat-tempat pengajian awam. PTPTN tidak diperlukan lagi apabila pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada rakyat. Mekanisme khusus untuk menangani masalah keberhutangan pelajar akibat PTPTN akan diperkenalkan agar kebajikan setiap pelajar dijaga.
Manifesto PR (Pakaran Rakyat) PRU 13 : 150,000 Rumah Mampu Milik
150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat. Perbadanan Perumahan Negara akan ditubuhkan sebagai badan induk yang membina, mengawalselia dan mengusahakan rumah mampu milik rakyat. PPN akan memikul tanggungjawab membina rumah rakyat bertujuan mengimbangi harga rumah sektor swasta yang melonjak tinggi . Ia juga akan berfungsi memastikan kemampanan industri perumahan negara dengan menjamin keadilan kepada pembeli dan pengusaha, termasuk melaksanakan konsep “bina dan jual” dengan lebih meluas. Pakatan Rakyat akan melabur RM5 bilion dalam tahun pertama untuk membina rumah mampu milik, diikuti dengan peruntukan RM2 bilion setiap tahun dari tahun kedua hingga kelima.