Rabu, 28 September 2011

Duit Bukanlah Segalanya, Segalanya Duit.

Kehidupan ini adalah pinjaman dari Allah yang Maha Esa dan kekal abdi selama-lamanya. Tidak ada yang kekal melainkan Allah. Kita adalah makhluk yang baru, yang akan menemui ajal bukannya kita mampu untuk menongkat langit. Oleh itu berusahalah untuk menyiapkan diri dengan bekalan yang akan kita bawa kesana.

Hidup ini merupakan satu perhentian, satu persinggahan sebelum menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Dalam menjalani kehidupan pelbagai aspek perlu untuk hidup. Kebahagiaan hidup dan kerdhaan Allah adalah matlamat kehidupan ini. Ini semua tidak boleh dibeli dengan wang berjuta.

Duit atau wang merupakan satu bentuk nilai untuk sesuatu barangan. Tidak semua perkara boleh dibeli dengan wang/ duit.

Kita boleh membeli makanan yang lazat namun tidak dapat membeli selera.

Kita boleh membeli ubat-ubatan dan membayar pakar perubatan namun tidak dapat membeli kesihatan.

Kita boleh membeli tilam yang empuk namuntidak dapat membeli tidur yang lena.

Kita boleh mengupah pengawal peribadi namun bukannya keselamatan diri.

banyak perkara yang boleh kita lakukan dan beli dengan duit yang ada, ada juga perkara yang tidak dapat kita beli dengan duit. Duit bukanlah segalanya namun segalanya memerlukan duit. 

Kita tidak boleh membeli kebahagiaan, namun untuk memberikan kebahagiaan kita memerlukan duit. Bercakap tentang duit nie memang semua hal memerlukan duit. Buang air kecil sekalipun memerlukan duit, bukannya untuk membayar duit masuk tandas, namun untuk membayar bil air dan kos penyelenggaraannya.

Hanya buang angin sahaja tidak memerlukan duit, itupun kerana masih belum ada tandas yang dikhaskan untuk kegunaan tersebut. Mungkin suatu hari nanti, apabila tahap pencemaran udara mencapai tahap yang kritikal. Nak buang angin pun kena caj, siapa tahu…

Selasa, 27 September 2011

Perjalanan

Hidup ini adalah satu perjalanan, dari alam roh menuju alam BAQA’… iaitu alam yang kekal abadi. Dunia ini hanyalah satu persinggahan sementara untuk mengumpul bekalan untuk digunakan di alam BAQA’. Setiap insan pasti akan merasa saat perpisahan terakhir… meninggalkan jasad terbujur kaku tidak bernyawa, tidak berdaya. Hari itu pasti akan tiba dan destinasinya semakin hampir namun perjalanan yang dilalui tidak semestinya senang adakalanya penuh dengan rintangan dan dugaan. Janganlah sampai suatu hari nanti kita tersasar dari jalan yang sebenarnya kerana destinasinya berbeza. Setelah menyedari sekiranya anda tersesat kembalilah kepangkal jalan dan pilihlah jalan yang sebenarnya.

Bukan itu yang ingin aku coretkan disini. Apa yang sebenarnya ingin aku coretkan disini adalah perjalanan dengan kenderaan ke suatu destinasi yang jauh. Tahukah anda kenderaan anda dijana oleh enjin. Terdapat beberapa jenis enjin antaranya enjin elektrik, enjin petrol dan enjin diesel. Setiap enjin perlu sentiasa diselenggara untuk memastikan ianya berada dalam keadaan tip-top dan memberikan kuasa yang maksimum. Tentunya setiap pemilik kenderaan tidak mengabaikan penyelenggaraan enjin tetapi penyelenggaraan sahaja tidak mencukupi untuk memastikan ianya sentiasa memberikan kuasa maksimum. Ini yang jarang dititik berat oleh setiap pengguna kenderaan.

Seperti juga manusia dalam menempuh perjalanan yang jauh memerlukan rehat seperti tidur dan sebagainya. Begitu jugalah dengan enjin kenderaan anda. Tahukah anda enjin perlu dimatikan selama 15 ke 30 minit untuk perjalanan sejauh 200-250 kilometer atau 2 – 2.5 jam perjalanan yang mana terdahulu. Oleh kerana ingin tiba ke destinasi dengan segera kita tidak mengendahkan tip ini. Dengan berbuat demikian juga kita merehatkan diri. Ini disyorkan oleh mekanik kerana perjalanan sejauh 200 kilometer atau 2 jam perjalanan membuatkan minyak pelincir enjin terlalu panas dan mengurangkan kelikatan (iaitu kualiti kelancaran) dan boleh mengakibatkan enjin kenderaan tersangkut (jamned) kerana geseran.

Disamping itu juga, ianya dapat menyejukkan sistem brek kenderaan dan seterunsnya menjadikan kenderaan yang dinaiki itu lebih selamat.

Tidak kira kenderaan apakah yang anda gunakan, sekiranya anda mengamalkan tip ini nescaya jangkahayat enjin kenderaan anda akan bertambah.

Isnin, 26 September 2011

MyKad

Menyenangkan atau satu malapetaka.

MSC Malaysia berbangga untuk berkongsi dengan seluruh dunia ciptaan inovasi negara bagi meningkatkan kualiti dan gaya hidup melalui kecanggihan teknologi Kad Pintar Kerajaan atau dikenali sebagai MyKad.

MyKad merangkumi aplikasi utama 8+1 (dalam cip) dengan akses yang pantas dan selamat dalam menjalankan pelbagai transaksi elektronik seperti pengesahan identiti, kesihatan, pembayaran, pengaksesan, perniagaan dan servis peruncitan.

Ciri keselamatan termasuklah pengesahan menggunakan kekunci simetri kriptografi, sistem operasi pelbagai lapisan dengan ‘firewall’ serta landasan cip yang selamat. MyKad menggunakan menggunakan dua jenis teknologi biometrik bagi tujuan pengenalan diri. Biometrik yang digunakan adalah gambar berwarna pemegang kad dan Sijil Digital untuk pengesahan diri.

Sejauh manakan penggunaan MyKad ini membantu individu atau golongan yang memerlukan di saat ianya diperlukan. Sejauh manakah kualiti penghasilan MyKad.

Saya tertarik untuk mencoretkan beberapa cerita mengenai penggunaan MyKad ini. MyKad adalah dokumen pengenalan diri rasmi setiap warganegara Malaysia. MyKad memasukkan minutiae cap jari anda ke dalam cip dan ini membolehkan pengesahan cap jari dilakukan secara tepat dan terperinci dengan menggunakan alat pembaca MyKad. Maklumat lesen dalam cip seperti tarikh luput, jenis lesen dan kategori lesen pemilik dapat dibaca menggunakan alat pembaca MyKad yang dibenarkan seperti alat Pembaca Kad Mudahalih, Pembaca Kad Mini atau Kiosk. Penggunaan aplikasi ini boleh menggantikan sepenuhnya penggunaan lesen laminated sedia ada. Pihak penguatkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia telah dimaklumkan tentang aplikasi ini. Pembaharuan lesen memandu dalam MyKad boleh dibuat di seluruh cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara dan di cawangan Pejabat Pos* tertentu. Maklumat pasport seperti tarikh sah laku dan nombor siri pasport boleh dimasukkan ke dalam MyKad untuk urusan keluar dan masuk di pintu kawalan Imigresen Malaysia dengan menggunakan laluan “Autogate”. MyKad tidak menggantikan pasport sepenuhnya. Pasport masih perlu dibawa untuk perjalanan antarabangsa. Kemasukan oleh penduduk Semenanjung ke Sabah dan Sarawak juga telah dipermudahkan dengan menggunakan MyKad untuk tujuan pendaftaran masuk tanpa perlu mengisi borang.

Aplikasi Prasarana Kekunci Awam (PKI) memuatkan Sijil Digital dan Kekunci Per-sendirian di dalam MyKad. Sijil Digital ini membolehkan empat transaksi dilakukan secara elektronik seperti:
Pengesahan - orang lain tidak boleh menyamar sebagai anda
Pembuktian - tandatangan digital sebagai bukti sah transaksi
Sulit - Maklumat sulit boleh dienkrip sebagai sulit
Integriti - tiada pihak ketiga boleh mengubah sebarang maklumat
Sijil Digital boleh digunakan untuk urusniaga e-Dagang. Anda boleh menghubungi MSC Trustgate atau DigiCert bagi membolehkan MyKad berfungsi sebagai Sijil Digital. Antara agensi yang menggunakan aplikasi ini ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan e-Perolehan.

Aplikasi

Untuk menggunakan MyKad PKI, sila ikuti tiga langkah mudah berikut :-
1. Mohon MyKad di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara yang berhampiran.
2. a) Untuk mengaktifkan fungsi PKI, bawa bersama MyKad anda ke pihak berkuasa Pensijilan Berlesen (CA) atau pejabat pihak berkuasa ejen (AA) untuk memohon Sijil Digital anda, pembaca kad dan perisian PKI. Bayaran untuk mengaktifkan PKI akan dikenakan oleh CA dan AA.
atau
b) Laksanakan fungsi PKI anda melalui Internet. Jika anda telah mempunyai pembaca kad dan perisian PKI, anda boleh memohon Sijil Digital anda secara online di laman web mana-mana pihak berkuasa Pensijilan Berlesen (CA).

Kegunaan

Anda boleh menggunakan MyKad PKI untuk pelbagai aplikasi dengan selamat seperti :

1.E-mail

2.E-perbankan

3.E-bursa saham

4.E-pembayaran bil

5.E-berbelanja

6.E-perkhidmatan awam atau,

7.Kesemua perkhidmatan yang boleh menggunakan MyKad PKI

Daftarlah dengan laman web yang sesuai yang menerima MyKad PKI.

Sebaik sahaja berdaftar, anda boleh menggunakan MyKad PKI anda untuk enkripsi dan / atau menandatangan.

Soalan Lazim

1. Siapa layak untuk memohon MyKad PKI?

Semua pemegang kad yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai MyKad 64K.

2. Perlukah saya menukar MyKad yang sedia ada?

Tidak perlu jika anda pemegang MyKad 64K (tertera di belakang kad). Selain daripada 64K, anda perlu memohon MyKad yang baru di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara berhampiran. 

3. Apa yang saya perlukan sebelum menggunakan MyKad PKI?

•MyKad (Versi cip 64K)

•Sijil Digital

•PC/SC – Pembaca kad yang sah

•Perisian PKI (disediakan semasa anda memohon Sijil Digital)

•Talian Internet

4. Apa yang perlu saya lakukan jika MyKad hilang?

Anda mesti memohon kad gantian di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara berhampiran, dan melaporkan kepada pihak berkuasa Pensijilan Berlesen (CA) dimana anda membeli Sijil Digital anda.

5. Bagaimana untuk saya mendapatkan pembaca kad?

Hubungi mana-mana pihak berkuasa Pensijilan Berlesen (CA) atau pihak berkuasa ejen (AA).

Memang megah dan mengagumkan kerana beberapa aplikasi lain selain kad pengenalan telah dimasukkan kedalam satu kad pintar pelbagai guna MyKad, namun adakah ianya memberikan kemudahan kepada pengguna. Itulah persoalan yang perlu kita fikirkan. Malaysia telah mendahului negara-negara maju yang lain dengan aplikasi dan penggunaan MyKad.

Adakah setiap agensi atau pegawai penguatkuasa dibekalkan dengan pembaca kad Pintar ini. Sekiranya ada dan berkeupayaan untuk membekalkan peralatan untuk membaca kad Pintar ini, adakah ianya berkualiti dan mengikut piawai pembaca kad yang mampu membaca kad dalam setiap situasi dan keadaan. Tentulah tidak semua pembaca kad pintar adalah keluaran atau model produk yang sama, kerana setiap agensi atau institusi swasta akan membekalkan dan menyediakan pembaca kad pintar mengikut kemampuan dan kegunaan masing-masing. Dengan sebab itu jugalah, maka pelbagai komplikasi berlaku. Contohnya Kad Pintar tidak dapat dibaca bukannya disemua agensi atau institusi tetapi hanya disesetengah tempat sahaja. Contohnya, MyKad boleh dibaca di agensi kerajaan tetapi tidak boleh dibaca di institusi swasta. mengapakah ini berlaku, ini berlaku kerana penggunaan pembaca kad yang tidak seragam.

Ini akan merumitkan kepada pengguna MyKad, sekiranya mereka benar-benar memerlukan perkhidmatan yang menggunakan MyKad, namun kerana kekangan teknologi, mereka tidak mendapat faedah daripada teknologi yang dibangunkan malahan ini menyusahkan mereka.

Kepada pihak yang berkenaan silalah mengambil tindakan, bukan hanya membekalkan perisian untuk membaca kad Pintar sahaja namun, perlu menetapkan peralatan/ perkakasan yang sah untuk membaca kad Pintar. 1 smartcard reader for all agencies and institution and also private agencies…

Jumaat, 23 September 2011

Simpanan

Bukan niat di hati untuk bermegah dengan simpanan yang ada, tapi untuk sama-sama berpesan sesama insan. Tanggungjawab yang dipikul bukannya ringan, tak juga mudah untuk  digalas. Berapa banyakkah simpanan anda sempena menjelang usia emas (insyaAllah dipanjangkan usia dimurahkan rezeki).

Sebagai seorang manusia kita melalui beberapa peringkat umur yang dikategorikan sebagai bayi (0 – 3 atau 4 tahun), kanak-kanak (mumayyiz: 3 atau 4 tahun hingga baligh) remaja (baligh – 25 tahun), dewasa ( 25 – 45/55/56/60 tahun), dan usia emas (lebih dari 60 tahun: dikatakan juga sebagai umur subsidi).

Sewaktu berada diperingkat bayi, kita tidak peka dengan keadaan sekeliling dan tidak pernah peduli dengan apa yang berlaku dan menimpa diri, apa yang kita tahu cuma makan, minum, tidur, bermain dan buang air. Tidak pernah memikirkan bagaimanakah rasa makanan itu sedapkah, tidak sedapkah cuma boleh mengenyangkan perut sahaja. Kita juga tidak meminta untuk diberikan pakaian, permainan  dan hiburan cuma apa yang berlaku sekarang ini, ibu dan bapa yang berlebih-lebih untuk melihat bayi mereka kelihatan comel. Bukannya mereka pinta apa yang hendak dipakai, mereka masih belum ada kehendak dalam diri mereka.

Kanak-kanak; pada peringkat ini, individu atau insan itu lebih cerdik dan mula pandai untuk menilai persekitaran mereka, namun masih belum mampu untuk membuat keputusan tentang pa yang hendak mereka makan, pakai dan sebagainya. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula belajar apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Setiap perkara ada had dan batasannya. Sebagai ibubapa, kita seharusnya mendidik mereka ini mendorong kepada minat dan kebolehan terpendam mereka. Pada tahap ini juga keyakinan diri perlu dipupuk supaya mereka lebih yakin untuk berdepan dengan masyarakat di kemudian hari kelak.

Remaja merupakan zaman untuk bersukaria bagi setiap individu, sebagai ibu bapa inilah masa terbaik untuk mendidik dan mendisiplinkan diri mereka supaya mereka tidak lalai. Individu pada tahap ini mampu untuk berfikir dan bertindak. Teguran dan nasihat yang diberikan haruslah berhemah seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putusm tepung tidak berselerak. Ibu dan bapa hendaklah menjadi kawan. Janganlah memarahi mereka dikhalayak ramai kerana mereka sudah ada perasaan malu dan segan. Jangan sesekali membuat keputusan bagi mereka biarkan mereka membuat keputusan mereka, sebagai ibu bapa kita hendaklah memberikan petunjuk (hint) mengenai apa yang akan berlaku di atsa setiap keputusan yang dibuat. Biarkan mereka membuat keputusan tanpa ada halangan dan bantahan cuma didasari dengan klu-klu dan risiko terhadap setiap keputusan.

Setelah meningkat usia dewasa, kita hendaklah membuat keputusan dan bertanggungjawab diatas setiap keputusan yang kita ambil. Jika buruk keputusan yang diambil, buruklah balasannya yang akan kita terima. Apa yang kita berikan akan kita rasainya. Setiap keputusan yang dibuat adalah penentu kepada akibat yang akan kita terima.

Setelah berakhir usia dewasa kita akan memasuki tahap usia emas dimana, kita akan mula mendapat balasan di atas setiap keputusan yang telah kita buat dan ambil sewaktu dewasa. Jika banyak pelaburan yang kita laburkan maka, banyaklah keuntungannya, jika sedikit maka sedikitlah untungnya dan sekiranya kita tidak beringat sewaktu dewasa inilah waktunya kita menerima padahnya.

Setelah berakhir usia emas kita akan memasuki usia pra-kematian dimana segala pinjaman yang Allah berikan kepada kita mula ditarik balik-sedikit demi sedikit. 7 sifat Allah yang dipinjamkan kepada kita mula hilang dan beransur meninggalkan kita sehinggalah kita memasuki usia nyanyuk yang mana kita kembali kepada perangai kanak-kanak dan bayi secara berperingkat.

Pada usia nyanyuk pula, kita memerlukan perhatian dan belaian anak-anak kita. Kita mengharapkan agar mereka menilai kita seperti mana kita membelai dan menjaga mereka sewaktu kecil dahulu.

Semoga, coretan ini menjadikan kita sebagai seorang manusia yang tidak alpha dan lalai dalam menjalani kehidupan kita. Senantiasalah beringat dan berdoa agar sewaktu usia emas kita adalah seperti yang kita impikan dahulu. Saat dimana kita ingin bersenang lenang dengan setiap apa yang telah kita kerjakan dan usahakn sewaktu dewasa.

Semakin banyak simpanan kita semakin senanglah usia emas kita, jika tidak bersedialah untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang lebih dasyat dan buruk tidak seperti yang kita idamkan.

Hidup ini umpama roda, berputar dan terus berputar sehinggalah mencukupi putarannya dan pengakhirannya adalah kematian iaitu satu janji yang nyata cuma masa, tempat dan bagaimana sahaja yang membezakan kematian kita,

Usiaku

Alhamdulillah… dipanjatkan syukur kepada ilahi kerana sehingga saat ini, aku masih lagi mampu dan sempat untuk menyampaikan pesanan yang amat bermakna, yang mampu menyentuh jiwa dan mampu mengubah cara pemikiran kita. Terima kasih diucapkan kepada individu yang telah berkongsi denganku tentang perkara ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pembaca yang sudi membaca coretan yang tidak seberapa mutunya dari segi penggunaan bahasa, perkataan dan nahu.

Sebelum aku menulis lebih lanjut, ingin aku bertanyakan satu soalan kepada anda semua yang sudi membaca berapakah umur anda semua? Tentulah dengan mudah saudara dan saudari sekalian menjawab soalan ini, siapa yang tidak tahu umur sendiri. Tapi itu jika dijawab dalam tahun… betul kan. Pernah tak kita mengira umur kita dalam hari. Cuba kira berapakah usia anda dalam hari… kemudian kirakan berapakah usia anda dalam jam, minit dan saat.

Setelah mendapat angka tersebut.. Fikirkan berapa banyakkah masa yang digunakan untuk beribadah kepada Allah. Adakah anda mengambil masa 10 minit untuk menunaikan solat satu waktu? Wallahua’lam.

Katakan anda mengambil masa 10 minit satu waktu solat, dalam sehari ada 50 minit sahaja digunakan untuk menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T. dan berapa peratuskah masa daripada usia anda digunakan untuk menunaikan ibadah.

Marilah kita bersama-sama bermuhasabah akan diri kita akan perkara ini. Dalam satu hari tidak sampai 1 jam digunakan untuk beribadah kepada Allah. Mana perginya 23 jam dam 10 minit lagi. Apakah yang kita gunakan dalam kehidupan kita masa yang telah Allah berikan/ pinjamkan kepada kita.

Khamis, 22 September 2011

RASUAH.

Dalam usaha untuk mencapai salah satu NKRA iaitu Memerangi Rasuah. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah dipertanggungjawab untuk membenteras masalah rasuah yang berlaku di negara kita ini. Satu usaha yang perlu disokong dan dipuji demi kepentingan pembangunan negara. Diharapkan dengan terbenterasnya masalah rasuah ini hasil negara akan dapat dikecapi oleh setiap lapisan masyarakat dalam Malaysia. Untuk membenteras rasuah yang berlaku dalam negara kita sebagai rakyat Malaysia diwajibkan menyokong usaha yang murni dan suci itu. Namun begitu SPRM tidak mampu untuk membenteras masalah rasuah ini tanpa sokongan dan bantuan kita semua. Sebagai menyokong usaha yang murni ini marilah kita bersama berganding bahu dengan SPRM dan rakyat Malaysia yang lain.

Usaha pertama yang boleh kita lakukan adalah memberikan pendidikan dan kesedaran tentang Rasuah. Apa itu rasuah? Siapakah yang terlibat? Apakah Penyebab? Kenapakah Berlakunya Rasuah dan pelbagai lagi persoalan yang perlu kita jelaskan kepada rakyat Malaysia.

Apa itu Rasuah?

Rasuah adalah pemberian atau penerimaan seseuatu kerana melakukan sesuatu, mengarah sesuatu pekerjaan yang dilakukan yang mempunyai motif atau niat dan mempunyai kepentingan didalam setiap urusan yang dilakukan. Kebanyakkan antara kita tidak menyedari hakikat rasuah kerana menyangkakan hadiah atau pemberian yang diterima adalah kerana ikhlas. Kita juga gagal membezakan pengertian rasuah iaitu pemberian sesuatu perkara daripada pemberi kepada penerima kerana keliru yakni gagal mendefinisi dan mengklasifikasikan antara RASUAH, HADIAH, PENGHARGAAN dan Pemberian Ikhlas. Oleh itu marilah kita bersama mendifinisikan dan memperjelaskan lagi maksud dan penerangan serta penghuraian mengenainya. Tak kenal maka tak cinta. Kerana itulah ramai di antara kita terjerumus tanpa disedari melakukan rasuah.

HADIAH - Pemberian kepada seseorang di atas kejayaannya dan kemenangan dalam sesuatu perkerjaan/pertandingan.

PENGHARGAAN – Pemberian kepada seseorang di atas usaha yang dilakukannya.

Pemberian Ikhlas – Pemberian sesuatu kepada seseorang yang memerlukannya.

RASUAH – Kesemua di atas dan mempunyai niat untuk memperolehi kepentingan di sebalik pemberian itu contohnya Publicity (Nama), Perolehan (Aset dan Wang), Keselamatan dan Perlindungan, Memudahkan dan Mempercepatkan Urusan (Birokrasi dan Prosedur), dan lain-lain perkara berkaitan kepentingan dan niat.

Sekarang kita telah mengetahui bahawa sebarang bentuk pemberian, bantuan dan pertolongan adalah tergolong dalam RASUAH. Hanya yang membezakan itu semua adalah niat di hati yang sukar untuk ditafsir dan dibuktikan kerana apa yang berlaku di dalam hati tidak dapat disentuh, dilihat dan dirasa dan dibuktikan walaupun dengan kewujudan alat tercanggih sekalipun.

Kenapa Rasuah berlaku?

Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya Rasuah. Di antaranya adalah kerana Terpaksa, Dipaksa (Tekanan) dan Situasi Semasa.

Terpaksa. rasuah yang berlaku kerana terpaksa seperti kesempitan hidup, pendapatan tidak mencukupi, kos hidup yang meningkat, bebanan hutang, memudahkan dan mempercepatkan urusan dan beberapa lagi situasi lain yang melibatkan pernyataan jika tidak dilakukan maka aku akan mendapat susah/ menderita dan sebagainya. 

Dipaksa. ada juga yang melakukan rasuah kerana dipaksa. Ini berlaku kerana adanya tekanan dari pihak ketiga yang berkepentingan dan wujudnya ugutan terhadap pelaku. 

Situasi Semasa. Rasuah yang seperti ini berlaku kerana keruntuhan integriti dalam persekitaran dan budaya masyarakat setempat kerana kepincangan sistem pentadbiran dan politik serta ekonomi yang memaksa mereka melakukannya untuk meneruskan kehidupan. 

Bagaimana untuk menghapuskan rasuah.

Rasuah sememangnya sukar untuk dihapuskan dalam masyarakat kerana faktor definisi yang keliru, sistem pentadbiran yang pincang, ekonomi yang lemah, masyarakat yang berpecah-belah (mementingkan diri sendiri) dan asas agama yang longgar.

Untuk membenteras rasuah penguatkuasaan yang dijalankan seharusnya bermula dari atas kebawah bukannya sebaliknya kerana rasuah adalah sesuatu yang pelik. Sekiranya dilakukan dari bawah ke atas maka pihak yang berkepentingan yang berada di atas hierki akan membantu menggunakan pengaruh dan kuasa yang ada padanya untuk membebaskan downline di bawahnya. 

Pendidikan awal terhadap generasi yang akan meneruskan keturunan kita juga perlu di asingkan daripada unsur rasuah seperti upah, aiskrim dan sebagainya kerana ini adalah unsur-unsur rasuah pertama yang kita terapkan dalam mendidik generasi kita. Kita selalu manjakan anak-anak kita tanpa disedari menyelit unsur-unsur rasuah didalamnya. Tidak salah menyayangi anak kita tapi memang salah memanjakan mereka.

Kepercayaan kita (agama) yang kita anuti tidak kira apa agama sekalipun mengajak kita melakukan kebaikan. Sebagai seorang rakyat yang menyayangi negaranya usa berterusan daripada kita semua adalah perlu, dan janganlah kita mengenal erti penat, jemu dan muak dalam membenteras rasuah yang berlaku dinegara kita. Negara yang dibina bertahun lamanya boleh runtuh dengan sekelip mata akibat rasuah yang berleluasa. 

Akhir sekali, janganlah kita leka dibuai angin bayu yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Mengecapi nikmat sementara, menggadaikan maruah demi kesenangan di alam fana, dugaan dunia.

artikel ihsan; http://carecheck.blogspot.com

Harapkan Pagar

Harapkan Pagar, Pagar Makan padi, itulah antara ungkapan yang mampu diucapkan. Sebagai penjawat awam yang telah dilantik untuk berkhidmat kepada negara dan ditempatkan diantara Agensi yang paling berprestij dalam negara. Mana lagi kalau bukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Diharapkan mereka ini berupaya memungut hasil untuk negara tidak kiralah samada hasil cukai atau bukan cukai, tetapi apa yang dipungut oleh mereka tidak sepenuhnya diserahkan kepada kerajaan. Bayangkan jumlah kerugian yang timbul daripada aktiviti tidak bermoral ini merugikan negara. Sepatutnya jumlah pungutan itu boleh digunakan untuk membangunkan negara yang tercinta ini.

Dengan tindakan tidak bertanggungjawab mereka ini, pembangunan negara ini boleh musnah. Mereka telah dibayar gaji oleh kerajaan untuk menjalankan tanggungjawab itu tetapi mereka memungut untuk diri sendiri. Sedarlah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua.

Jumlah kerugian yang terkumpul mampu membayar bonus kepada penjawat awam seluruh Malaysia. Kepada Cuepac, jangan hanya meminta BONUS daripada kerajaan tetapi bersihkanlah dahulu penjawat awam yang tidak amanah. Andaikata ini boleh dilakukan, kerajaan dengan senang hati boleh memberikan baonus seperti yang dipinta.

Kepada Penjawat awam yang mengamalkan rasuah dah ler tue, hentikan perbuatan tidak bermoral itu kerana setiap apa yang anda terima itu diberikan kepada anak, isteri dan ibu-bapa dan digunakan untuk membeli makanan yang menjadi darah daging mereka. Yang haram tetap haram, tidak kira bagaimana caranya dilakukan. Tidak hairanlah dewasa ini kita sentiasa mendengar banyak berlakunya keruntuhan akhlak dalam masyarakat kita kerana apa yang haram akan menghasilkan output yang tidak baik. Apa yang masuk itulah yang akan keluar cuma bentuknya berbeza. Sama seperti bahan mentah dalam industri pembinaan, pembuatan dan berbagai lagi.

Sekiranya kita ingin membina sebuah masyarakat yang bersih maka kembalilah kepada sumber yang bersih dan halal.

Kepada SPRM, Tahniah diucapkan kerana berjaya membongkar kegiatan yang tidak bermoral di kalangan penjawat awam dalam negara. Kepada penjawat awam semua sekiranya anda tidak melakukannya, Syabas diucapkan dan jangan marahkan mereka kerana mereka gagal membezakan antara yang buruk dan yang baik. Berikan mereka pendidikan dan jadikan pengalaman mereka sebagai iktibar.

Integrasi memajukan negara.

Untuk maklumat lanjut berkaitan RASUAH sila layari http://www.sprm.gov.my

Pemandu Berhemah…

Sejauh manakah pemahaman pengguna-pengguna jalanraya terutama pemandu-pemandu yang memiliki lesen memandu yang sah dari segi undang-undang. Benarkah mereka memahami akan peraturan jalanraya yang ditetapkan oleh pihak berkuasa terbabit atau sekadar melengkapkan proses perundangan untuk mengesahkan mereka sebagai seorang pemandu yang memiliki kebenaran untuk mengendalikan kenderaan atau jentera di atas jalanraya di Malaysia. Adakah kurikulum yang diajarkan di Institut memandu cukup untuk menjadikan mereka seorang pemandu yang berhemah atau perlukah kurikulum diubah bersesuaian dengan peredaran zaman dan kompleksiti kenderaan dan jalanraya di Malaysia. Perlukah penyesuaian dibuat untuk membolehkan mereka ini menjadi lebih berhemah. Apakah pemahaman pengguna terhadap pemandu berhemah? Adakah mereka ini dikatakan berhemah sekiranya memandu tidak melebihi had kelajuan yang dibenarkan. Bagaimanakah pengukuran dibuat untuk memastikan pemandu yang memiliki kebenaran untuk memandu kenderaan dan jentera benar-benar berhemah menggunakan jalanraya. Untuk itu mari kita kupaskan satu persatu.

PEMANDU BERHEMAH. Apakah yang dimaksudkan dengan pemandu? Pemandu adalah individu atau sekumpulan individu yang berkebolehan untuk menggerakkan kenderaan atau jentera beroda/ berantai di jalanraya tidak semestinya memiliki kebenaran dari pihak yang bertanggungjawab. Berhemah pula bererti mampu menangani setiap situasi tanpa membahayakan diri sendiri dan juga pihak lain. Ibarat menarik rambut didalam tepung. Rambut tidak putus tepung tidak bertabur. Setiap kelakuan dan keputusan yang diambil atau dibuat tidak membahayakan individu lain. Dalam konteks ini PEMANDU BERHEMAH bererti individu atau sekumpulan individu yang berkebolehan untuk menggerakkan kenderaan darat tanpa membahayakan individu atau pihak lain dalam aspek pemanduan dan keputusan. Ianya adalah sikap dalam diri pemandu yang perlu diterapkan dengan konsep pemanduan selamat. Adakah ini mampu diterapkan dengan kurikulum sedia ada dalam ceramah pemanduan berhemah. Mungkin penambahbaikan perlu untuk memperbaiki mutu kurikulum ini agar kurikulum ini lebih berguna dan mampu mendatangkan hasil yang sepatutnya seperti yang diharapkan. Untuk menjadi seorang pemandu yang berhemah aspek kemahiran teknikal dan pemikiran harus bersatu didalam satu badan yang akan mengendalikan kenderaan atau jentera.

Setelah penerapan konsep pemanduan berhemah diterapkan dalam diri individu berkenaan, latihan praktikal perlu dijajarkan selaras dengan penambahbaikan kurikulum. Kemahiran mereka perlu digilap agar sejajar dengan matlamat untuk melahirkan pemandu yang berhemah. Tempoh masa pembelajaran adalah perlu ditambah untuk mengasah kemahiran teknikal pemanduan dan pemikiran dan disepadukan ke dalam diri pemandu. Cukupkah tempoh pembelajaran atau latihan jalanraya selama 10 jam untuk melahirkan pemandu berhemah, sudah semestinya tidak cukup. Tempoh yang ada cuma untuk mendapatkan kebenaran secara rasmi sahaja dari pihak berkuasa yang berkenaan memberikan mereka hak untuk menggunakan jalanraya. Sepatutnya sebelum diberikan lesen penuh daripada pihak berkenaan mereka yang memiliki lesen percubaan tidak dibenarkan menegendalikan kenderaan tanpa diawasi oleh individu lain yang memiliki lesen penuh sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 tahun. Ini akan mengasah kemahiran dan koordinasi menggunakan kenderaan dengan lebih cekap. Mereka ini perlu diperakukan keupayaan dalam mengendalikan kenderaan bukan dikawasan yang biasa dengan kehidupan mereka.

Situasi pembelajarn di akedemi atau institut memandu dengan keadaan sebenar jalanraya tidak sama kerana sewaktu belajar memandu mereka dibenarkan memandu di persekitaran yang telah biasa bagi mereka begitu juga dengan ujian yang diadakan dan aspek kelajuan cuma 40kmj. Sedangkan hakikatnya kenderaan yang ada mampu dipandu pada kelajuan minimum 80kmj. Nyata sekali ianya tidak sama dengan situasi pembelajaran dan praktikal di institut atau akademi memandu.

Pemandu Berhemah tidak semestinya mengikut ketetapan undang-undang tetapi mampu mengelakkan diri dan individu laian dari kemalangan dan bahaya. Memandu dengan kelajuan 40kmj di lebuhraya membahayakan orang lain bukannya berhemah, Berada dilorang tengah dan kanan dengan kelajuan 80kmj bukannya berhemah tetapi menyusahkan. Berhenti di lampu isyarat bukannya berhemah sekiranya terdapat arahan lain mengatakan “Laluan terus dari jam ke jam”, “Belok kiri sekiranya tiada kenderaan” dan sebagainya. Pemandu yang berhemah adalah pemandu yang mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan kemapuan diri serta kenderaan/ jentera. Mampu mengelakkan bahaya dalam setiap ketika. Berhenti sekiranya diperlukan berbuat demikian. Pemandu berhemah adalah pemandu yang mampu memahami akan kehendak pemandu dan pengguna jalanraya lain, tidak memntingkan diri dan tidak mengingatkan orang tersayang. Dalam mindanya hanyalah cool dan steady. Selagi diingatkan orang tersayang semakin mindanya dipengaruhi oleh emosi dan emosi inilah akan mengakibatakan mereka hilang pertimbangan dalam membuat keputusan dan mampu membahayakan pengguan yang lain.

Jumpa lagi…

Rabu, 21 September 2011

Menutup Tubuh Bukannya menutup Aurat…



Adakah ini dikatakan menutup aurat?
Busana Muslimah

Beberapa contoh pemakaian yang hanya menutup tubuh tetapi sebenarnya tidak menutup aurat. Tahukah anda berapa ramai diluar sana berfikir dengan hanya berpakaian sebegini mereka sebenarnya telah menutup aurat. Mereka ini sebenarnya hanya menutup tubuh bukannya menutup aurat. Ini merupakan antara dakyah-dakyah yang ditanam ke dalam diri Ummat Islam

untuk melemahkan akidah ummat islam agar mereka dapat memenangi peperangan ke atas ummat islam. Mereka menggunakan medium fesyen dan peredaran zaman untuk menanam dakyah dan membersihkan pemikiran (brain wash) ummat Islam. Mereka menggunakan konglomerat-konglomerat fesyen dan ikon-ikon yang mampu menarik perhatian kita untuk sekadar menutup tubuh bukannya menutup aurat. Mereka mengongkong kita dengan ide kebebasan berpakaian dan hak asasi manusia tanpa kita sedari. Mereka mempergunakan kita dengan mengeksploitasi setiap aset yang kita miliki. Aset yang tidak seharusnya dipertontonkan kepada yang bukan hak.
Bersamalah kita bergandingan menegakkan hak yang dimanahkan kepada kita untuk menjaganya. Usah lagi menjadi mangsa eksploitasi mereka yang mementingkan dunia. Mengeksploitasi setiap yang ada pada kita mengaut keuntungan dengan hasil pengorbanan kita yang terpaksa kita tanggung. Mereka me’LEVERAGE’ kita tanpa disedari. Dan kita menjadi model kepada produk mereka tanpa dibayar sesen pun tidak seperti model-model lain yang dibayar untuk setiap sessi peragaan. Sedarlah semua, bangkitlah dari tidur yang lena. Tidur itu sememangnya amat senang dan mudah ditambahlagi dengan kelekaan buaian mimpi-mimpi indah yang tidak berpenghujung. Sesekali bangkitlah, menempuh realiti kehidupan. Bebaskan diri anda dari dakyah mereka. Kembalilah ke alam realiti yang akan berakhir.

Perhubungan

Hidup ini ibarat roda, berputar dan terus berputar tanpa hentinya sehingga sampai ke destinasi yang dituju. Destinasi yang telah ditetapkan. Destinasi yang telah diketahui. Destinasi yang tidak pasti bilakah penghujungnya akan tiba tapi memang itulah penghujungnya dalam kehidupan ini iaitu kematian yang pasti akan menemui kita.

Apa yang ingin aku coretkan disini bukannya tentang kehidupan namun berkaitan dengan kehidupan iaitu perhubungan. Setiap yang hidup pasti akan menemui mati dan setiap individu bukannya hidup sendirian. Mereka memerlukan kawan dan teman. Ini sudah semestinya melibatkan perhubungan. Allah telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
Oleh itu adalah mustahil bagi individu yang normal untuk menjalani kehidupan ini secara bersendirian kecuali mereka itu adalah golongan yang menjalani hukuman dan disisihkan kerana sesuatu yang telah mereka lakukan.
Jelas dinyatakan disini bahawa Allah menjadikan manusia ini untuk saling lengkap-melengkapi, cukup-mencukupi antara satu sama lain kerana semulia-mulia ciptaan adalah Manusia yang dikurniakan akal untuk membuat keputusan.
Dalam kehidupan ini, terdapat beberapa jenis perhubungan antaranya Perhubungan Dengan Allah, Perhubungan Sesama Manusia, Perhubungan dengan makhluk lain dan sebagainya lagi. Sama seperti pokok dan tumbuh-tumbuhan, adakalanya hidup subur dan adakalanya suram, Perlu dibajai sentiasa agar senantiasa segar dan subur. Begitu jugalah dengan perhubungan ini perlu dibajai dan disirami agar senantiasa erat dan mesra serta harmoni.
Perhubungan ini perlu dibajai dan disirami dengan perasaan kasih dan sayang agar senantiasa teguh, bahagia dan harmoni. Pendekatan diplomatik (tolak ansur) kadangkala boleh digunakan dan kadangkala pendekatan berbentuk autokratik(ikut perintah) perlu dalam sesetengah perkara. Dalam sesetengah perkara pula pendekatan demokrasi(majoriti) perlu. Bab kata semua pendekatan boleh digunakan dalam sesuatu perkara yang perlu. Jika perkara yang berkaitan dengan keagamaan perlulah pendekatan diplomatik dan autokratik dan bagi perkara selain itu bolehlah menggunakan pendekatan demokrasi bagi mengelakkan pendekatan kuku besi menjadi budaya perhubungan.
Saya pernah mendengar pakar motivasi berkata;
“Dalam perhubungan ini sekiranya kita melayan Isteri kita seperti kita melayan rakan-rakan dan teman-teman ditempat kerja, aman bahagialah rumahtangga. Sekiranya kita melayan rakan-rakan dan teman-teman ditempat kerja seperti melayan isteri dirumah, maka rakan-rakan dan teman-teman ditempat kerja akan menjauhi kita.”
sekiranya tidak percaya boleh lah mencubanya.
Semoga coretan dan catatan yang tidak tersusun bahasa dan gaya penulisan ini boleh membimbing dan membantu mengukuhkan perhubungan yang telah terjalin, membina jalinan perhubungan yang baru. Dan sekiranya ingin memutuskan perhubungan sekalipun boleh juga digunakan.

Selasa, 20 September 2011

Pas vs BN

PAS sememangnya telah sinonim dengan kehidupan seharian kita. Boleh dikatakan dalam menjalani kehidupan kita memerlukan PAS, namun kenapakah, mengapa dan apakah yang menyebabkan BN masih memerintah dan memenangi setiap kali Pilihanraya Umum dijalankan. Tidakkah kita sedar kita memerlukan PAS, 1. PASsport untuk urusan perjalanan merentasi sempada. 2. PASsbook untuk urusan perbankkan. 3. PAS Pekerja, PAS lawatan sosial, dan bermacam macam lagi berkaitan dengan PAS. Boleh kata kalau tiada PAS kehidupan kita seperti kelam kabut dan dalam keadaan tidak terkawal.

Apa tidaknya kita mesti PASs dalam setiap ujian tidak kira ujian dalam pekerjaan, pelajaran, teknikal/ bakat dan sebagainya mesti PASs, Sekiranya tidak PASs kita tidak akan dapat memajukan diri kita apatah lagi untuk hidup dalam dunia yang semaking singkat ini.

Semuanya berkaitan dengan PAS…

Apple product…

Apple Inc merupakan sebuah kompeni teknologi yang mengeluarkan pelbagai gadget dan peralatan berteknologi menggunakan perisian sendiri tanpa bergantung kepada perisian pihak ketiga. Kita sudah tentunya biasa dengan produk keluaran Apple Inc seperti iPad, iPhone, iMac, iPod. Produk aatau gadget ini sering menjadi sebagai satu kegilaan dikalangan remaja dan juga dewasa pada hari ini.

Tahukah anda produk daripada Apple Inc ini tidak sempurna? Mungkin tidak ramai yang menyedari hakikat ini, tetapi pada hari ini ingin dijelaskan kepada pengguna yang memilih produk keluaran Apple Inc sebagai teman seharian mereka. Mereka ini mengganggap produk keluaran Apple Inc sebagai satu produk atau gadget yang terbaik dan the most innovation gadget.

Kita sebagai masyarakat melalu tentunya sinonim dengan pepatah, "Buah yang sudah ditebuk tupai. Pisang berbuah dua kali.” dan sebagainya yang menggambarkan akan ketidak sempurnaan atau kecacatan atau kerosakan serta kekecewaan kerana salah pilihan dalam membuat keputusan dan pemilikan sesuatu barangan dan keadaan serta peristiwa yang berlaku.

Begitulah juga dengan gadget dan produk yang kita gunakan seharian. Kita seharusnya memilih hanya yang sempurna atau hampir kepada kesempurnaan untuk digunakan dalam kehidupan seharian kita. Kita sememangnya telah diberitahu oleh Apple Inc tentang produk dan kualiti produk keluaran mereka, dan kerana ketidak sempurnaan inilah yang membuatkan Apple Inc senantiasa menjalankan kajian dan penyelidikan (R&D) menambahbaik produk demi untuk menyempurnakan ciptaan mereka. Mereka akan berusaha untuk menghasilkan produk yang lebih baik demi kesempurnaan produk dan kesempurnaan penggunaan oleh pengguna yang menjadikan produk keluaran Apple Inc satu kemestian untuk dimiliki oleh peminat yang mengikuti perkembangan teknologi.

Kerana itulah Apple Inc menggunakan lambang sebiji Apple yang telah digigit dan bukannya sebiji apple yang sempurna sebagai trademark mereka. Pengasas Apple Inc Steve Jobs, Steve Wozniac dan Ronald Wayne menyedari akan hakikat ini, bahawa setiap ciptaan mereka tidak akan sempurna memerlukan penyelidikan dan pembangunan untuk menghampiri kesempurnaan. Dengan hakikat inilah para penyelidik di Apple Inc, mengerah keringat dan pemikiran untuk menghampiri kesempurnaan ciptaan. Pengasas Apple sememangnya tahu akan hanya yang satu sahaja yang sempurna dan kerana itulah mereka memilih untuk menggunakan logo disebalah kiri.

Kepada pembaca sekalian terutama yang beragama Islam, sedarilah bahawa tidak ada satupun ciptaan dalam dunia yang sempurna, cuma menghampiri kesempurnaan. Oleh itu terimalah setiap pilihan atau keputusan dan setiap sesuatu yang berlaku dalam kehidupan ini sebagai satu cara untuk menghampiri kesempurnaan, dan bersyukurlah diatas setiap apa yang berlaku kepada kita dalam hidup ini. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada penyebab dan akibatnya. dan ianya berlaku mengikut turutan dan aturan (flow) yang telah ditentukan (sebab – kejadian – akibat) dan ditetapkan oleh Allah yang Maha Esa. Hanya yang bersyukur akan berasa tenang dan REDHA di atas setiap apa yang berlaku. Sesungguhnya dalam kehidupan ini keREDHAanNya yang kita cari, bukannya perkara atau ganjaran-ganjaran selain dari itu.

Semoga dengan titipan ini, menjadikan kita seorang manusia yang lebih bersyukur, menginsafi kejadian kita sebagai manusia yang lemah disisinya. Kerdil disisinya.

Hayatilah bacaan Qunut dan terjemahannya agar kita mengerti akan erti kehidupan ini.

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Khamis, 15 September 2011

Change Ur Mind…

Alangkah bosannya hidup seandainya… Kehidupan didunia ini baik semuanya, hanya putih-seputihnya. Setiap apa yang berlaku semuanya sama.

Atas sebab itulah Allah menjadikan dunia ini berwarna-warni dan harmoni. Setiap kejadian adalah untuk saling lengkap-melengkapi dan menyempurnakan setiap kecacatan yang ada. Sesungguhnya Allah telah berfirman yang bermaksud dijadikan makhluk berpuak-puak agar kamu saling kenal-mengenali dan melengkapi.

Kerana kejadian Allah inilah, dimana sahaja kita akan melihat ada kebaikan dan keburukan berlaku. Ada pro dan kontra. Inilah yang menyebabkan dunia ini lebih bermakna dan berseri.

Oleh itu janganlah, kita merasakan kecewa terhadap apa yang berlaku kepada kita. Bersyukurlah di atas kejadian yang menimpa kita. Fikirkanlah kebaikan yang kita perolehi, pandang sesuatu kecelakaan yang menimpa kita dari sudut positif.

Bersangka baiklah di atas setiap kejadian yang berlaku ke atas kita…

Malas

Malas adalah satu penyakit Psikologi, dimana pemikiran individu dibebankan dengan satu perasaan segalanya susah dan tidak menarik. Kebelakangan ini, perkembangan perkakasan dan peralatan atau Gadget yang berteknologi menambahkan lagi pengidap penyakit malas ini.

Sebenarnya penyakit Malas kini adalah satu pemangkin kepada perkembangan instrumen atau gadget bagi memudahkan urusan kerja seharian. Ianya harus dipandang sebagai satu usaha untuk meningkatkan kualiti hidup. Inventor-inventor yang berjaya pada hari ini menterjemahkan malas ini sebagai satu usaha dan dorongan untuk mencipta sesuatu alat bagi memudahkan, menyenangkan dan mempercepatkan kerja. Tetapi sekiranya ia dilihat dari sudut pandangan negatif, malas adalah satu penyakit yang merbahaya dan merosakkan masyarakat kerana masyarakat akan menjadi tidak terurus.

Bila berfikiran positif setiap perkara negatif akan bertukar menjadi indah. Begitulah juga dengan penyelesaian untuk penyakit Malas ini. Pertama sekali kita mesti melihat apakah penyebab malas ini. Penyakit ini sememangnya ada dalam diri setiap individu yang masih bernafas sehinggalah individu berkenaan meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Namun alternatif dan tindakan yang diambil yang menentukan mereka ini berjaya mengawal penyakit ini bukannya menyembuhkan penyakit ini.

Bagi setiap situasi, tentunya ada subjek yang menggalakkan penyakit malas ini berkembang dalam diri seperti individu, persekitaran dan sebagainya yang merangsang penyakit ini untuk hidup subur. Inaya adalah seperti baja yang menyuburkan tumbuh-tumbuhan dan tanaman dan makanan kepada ternakan. Sememangnya kita tidak boleh meracuninya dengan racun atau agen untuk mematikan penyakit ini tetapi sebagai usaha alternatif, kita perlu menyuburkan penyakit rajin yang ada dalam diri kita dengan galakan yang lebih kuat daripada subjek yang menyuburjkan penyakit malas itu sendiri. Contohnya individu yang boleh membuatkan kita hadir tidak kira apa keadaannya. Sebagai penjelasan lanjut sekiranya suasana/ pekerjaan yang kita hadiri itu tidak menyeronokkan carilah sesuatu yang menyeronokkan untuk kita menghadirinya. Sekiranya kerja yang dilakukan adalah sukar dan membosankan.. fikirkan mungkin ada awek atau gadis atau situasai yang menyeronokkan dalam situasi yang membosankan yang ingin kita lihat di sekolah, pejabat dan sebagainya. Jadikanlah ianya agen yang menyuburkan Penyakit Rajin.

Jangan mengambil mudah bahawa sesuatu yang membosankan itu adalah membosankan, tentu ada sekurang-kurangnya satu perkara yang menyeronokkan di situ.

Rabu, 14 September 2011

Perang Salib…

Perang Salib ialah beberapa siri kempen perang yang dipengaruhi isu keagamaan dan politik sekitar kurun ke-11 hingga ke-13 Masihi. Misi asal tentera salib adalah menawan Baitulmuqaddis dan kawasan sekitarnya daripada orang Islam selain dari matlamat sampingan seperti menawan Kota Constantinople (yang berjaya semasa Perang Salib Keempat).

Aku tak nak bercerita lanjut tentang Perang Salib, pembaca boleh mengikuti kisahnya di internet. Apa yang ingin aku bicarakan, adakah Perang Salib telah berakhir?

Perang Salib tidak pernah berakhir dan masih berterusan sehingga ke hari ini… (untuk makluman semua, pada masa anda membaca artikel ini peperangan masih berlangsung tanpa kita sedari), namun ianya berlaku dalam keadaan yang lebih halus dan sukar untuk diperangi.

Gerakan-gerakan untuk mengkristiankan masyarakat dunia yang dinaungi oleh Vatican berlaku di setiap pelusuk muka bumi Allah. Mereka berselindung disebalik program-program hak asasi manusia. Mubaligh (pendakwah) Kristian ini terdiri dari Doktor, Pendidik, Aktivis Sosial dan sebagainya. Mereka ini memasuki kawasan pedalaman dengan satu tujuan untuk menyebarkan ajaran Kristian. Segala usaha mereka ini dibantu oleh Vatican dari segi kewangan dan lain-lain bantuan. Peruntukan kewangan yang tidak terhad dari Vatican membolehkan mereka meneruskan usaha ini tanpa perlu menghadapi masalah kewangan dan bantuan lain yang diperlukan, Vatican akan cuba memenuhi setiap keperluan dan permintaan masyarakat setempat demi menjayakan misi berkenaan.

Ini adalah disebabkan Kristian memusatkan pentadbirannya kepada Vatican, setiap arahan adalah dari Vatican City maka dengan itu tidak akan ada arahan bercanggah antara setiap arahan yang dikeluarkan. Konsep pemusatan urusan pentadbiran ini sebenarnya diambil dari Islam… sewaktu zaman Rasulullah dan Khalifa Ar-Rasyidin… dimana konsep kepemimpinananya adalah UNIVERSAL (menyeluruh), hanya satu Khalifah bagi setiap ummat Islam di muka bumi Allah ini dan wakilnya disetiap wilayah atau kawasan. Untuk itu setiap wakil wilayah adalah mengikut arahan Khalifah.

Oleh kerana kepentingan peribadi dan ketamakan manusia, Konsep Kepemimpinan Islam yang universal telah hilang dan tidak diamalkan oleh Masyarakat Islam pada hari ini sejak dari zaman Raja Saud yang mengambil alih Tanah Arab dari Khalifah Islamiyah di Turki.

Sehingga ke hari ini, Masyarakt Islam di seluruh dunia masih belum bersatu untuk menentang gerakan kristinity ini iaitu Peperangan salib yang berlaku secara halus dan tanpa disedari oleh kita. Kita menyangka bahawa Peperangan Salib telah berakhir dan tujuannya semata-mata untuk menuntut Baitulmaqdis di Palestin yang mengatakan bahawa Baitulmaqdis dibina diatas tapak Kuil Nabi Sulaiman. Sebenarnya Peperangan Salib membawa misi yang lebih besar.

Semoga kita berhati-hati dalam setiap perkara yang kita lakukan seharian, mungkin ianya berkaitan dengan Perang Salib tanpa kita sedari. Kerana takutkan Islam bersatu Kristian dan Yahudi sanggup bersekutu memerangi Islam. Mereka bukan sahaja menjajah dan membunuh Umat Islam, mereka juga menjajah ekonomi dan minda Umat Islam. Mereka ini begitu baik dalam perancangan aktiviti sosial dan kerohanian tanpa kita sedari usaha mereka yang berterusan ini…

Apa yang baik itu dari ALLAh yang maha esa.. Apa yang buruk adalah dari kelemahan aku yang tidak sempurna kejadiannya…

Isnin, 12 September 2011

Bukit Kepong

Salam, bertemu lagi kita di pagi nan indah ini… Apa yang akau nak tuliskan disini mungkin akan membuatkan sesetengah pihak berasa kecewa dan sakit hati. Untuk itu aku mengambil kesempatan semperna bulan Syawal yang mulia ini memohon maaf andaikata tulisan ini menyakitkan hati sesetengah pihak.

Semalam dalam slot jam 10.00 malam di TV2, satu cerita yang berjudul Bukit Kepong. Cerita adalah adaptasi dari kejadian sebenar peristiwa dimana Bukit Kepong telah diserang oleh pengganas Komunis.. Tentunya kita semua tahu dimana kecekalan anggota Polis mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong sehingga ke akhir…

Tapi sebelum itu kita telah diprovokasikan dengan kata-kata Mat Sabu yang mempertahankan bahawa Mat Indera adalah pejuang bangsa… Terima kasih diucapkan kepada Mat Sabu dan seharusnya begitu jua diucapkan oleh para waris anggota polis yang gugur di Bukit Kepong kerana isu ini sudah lama tidak diutarakan. Terima kasih harus diucapkan kepada Mat Sabu kerana dengan isu yang diucapkan itu mengingatkan kembali kita kepada semua yang telah gugur. Tanpa kata-kata berbunyi provokasi itu sudah tentu mereka yang terkorban dilupakan begitu saja.

Pengajaran yang ingin saya tekankan disini bukannya untuk mempertahankan dan menegakkan kata-kata Mat Sabu atau mana-mana pihak, bukan untuk memenangkan individu tertentu atau kumpulan tertentu yang berkepentingan terhadap isu ini, cuma apa yang ingin saya tekankan disini adalah pandangan kita terhadap kata-kata yang diucapkan oleh individu-individu atau kumpulan. Pandangan mereka seharusnya dipandang secara positif, jangan hanya berfikiran negatif terhadap setiap apa jua kata-kata atau tulisan sesetengah pihak. Mungkin kita tidak tahu apa yang mereka faham dalam sesuatu isu tapi apa yang mereka ingin sampaikan adalah tidak sampai kerana di oleh olem media secara pemahaman negatif bukannya secara positif untuk menjaga kepentingan perpaduan dikalangan rakyat.

Media juga seharusnya tidak memprovokasikan sesuatu isu yang diutarakan mengikut pandangan negatif, seharusnya mereka cuba mempositifkan sesuatu perkara sebelum dikemukakan kepada masyarakat. Mereka ini lebih mahir menulis dan kepada editor dan ketua editor juga seharusnya membimbing mereka ini supaya menyampaikan kebenaran dan mempositifkan situasi bukannya bertindak membakar dan mengeruhkan lagi situasi. Mungkin wartawan muda itu tidak memahami apa yang difahami oleh individu yang menyampaikan pandangan tetapi terus menyerang dan mendapatkan pandangan negatif, kerana ianya akan mengundang perpecahan dan masalah perpaduan kaum di Malaysia.

Isu-isu sensitif dan membabitkan perpaduan kaum juga seharusnya dipositifkan oleh media melalui pandangan positif mereka itu, gunakanlah bakat dan peluang yang ada untuk memperbaiki perpaduan kaum di Malaysia bukannya untuk menghukum individu tertentu hanya kerana salah pemahaman.

Untuk itu juga mari kita kaji kembali peristiwa tersebut, yang mengorbankan Polis dan memusnahkan Balai Polis Bukit Kepong berkenaan diserang oleh Komunis.

Mari kita selidiki siapakah Komunis di Malaysia? Dari manakah mereka memperolehi senjata?

Komunis adalah sebuah parti dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) (kebanyakan ahlinya adalah bangsa Cina) yang memperjuangkan ideologi Komunis iaitu ideologi yang diperkenalkan oleh Marxism dan Vladimir Lenin. Sebuah parti yang diasaskan di Tanah Melayu (Sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini menentang penjajahan British. Sewaktu penjajahan Jepun di Tanah Melayu (15 Feb 1942 - 12 September 1945), PKM telah menubuhkan Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) satu sayap bersenjata dengan bantuan pihak British (membekalkan senjata) mereka bersekutu dengan pihak British menentang pendudukan Jepun kerana Jepun pernah menjajah Negara China. Namun setelah Jepun menyerah kalah, mereka tidak mengembalikan senjata yang diberikan oleh pihak British kepada mereka tetapi digunakan semula untuk menentang British yang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu. Pihak British yang menjadikan mereka bertambah kuat daripada sebelumnya.

Dalam konteks ini, kita tidak seharusnya mempersalahkan Mat Sabu dengan teorinya kerana, Pihak British yang menguatkan PKM sedangkan sebelum ini mereka hanya berjuang melalui propaganda dan ideologi semata-mata tidak melibatkan senjata, tetapi British yang telah membekalkan senjata kepada meraka dan kelebihan ini digunakan oleh mereka untuk menentang Tanah Melayu pada ketika itu.

Semoga tulisan ini, membuka mata para wartawan dan jurnalis untuk melihat sesuatu perkara dengan lebih bijak dan positif. Fahami apa yang ingin disampaikan bukan memahami apa yang disampaikan dan juga kepada editor agar lebih sensitif kerana ini boleh menggugat keharmonian perpaduan antara kaum di Malaysia.

Sebelum mengakhiri kiriman ini, saya sekali lagi memohon maaf dan ribuan ampun kepada mereka yang membaca artikel ini kiranya artikel ini membuatkan anda merasa marah dan kecewa dengan saya, namun seperti apa yang saya tekankan di sini. Pandang apa yang saya coretkan  ini sebagai sesuatu yang positif, mungkin apa yang ingin saya sampaikan tidak dapat disampaikan dengan sempurna cuma dapat difahami sekiranya dilihat melalui sudut pandangan yang positif…

Jumaat, 9 September 2011

Solat…

Salam semua, memandangkan hari ini adalah hari Jumaat; maka dikesempatan ini aku telah menunaikan Solat Fardhu Jumaat di sebuah Surau Jumaat terletak dalam Malaysia. Walaupun hanya bergelar Surau namun, kemudahan yang disediakan melebih masjid-masjid yang ada di kampung-kampung yang biasa aku lihat…       Apa tidaknya dilengkapi dengan penyaman udara, layar untuk skrin LCD dan juga TV LCD…

Alhamdulillah syukur kerana sebuah Surau memiliki kemudahan mengalahkan sebuah masjid… Itu bukannya isu yang ingin aku luahkan namun… terkilan kerana imamnya melaksanakan solat sunat hajat sempena peperiksaan sekolah yang bakal ditempuhi tak lama lagi tanpa menyudahkan do’a terlebih dahulu… Bukannya semua makmum ingin melaksanakan solat sunat; sepatutnya Imam kenalah menyudahkan solat Jumaat dan berdoa terlebih dahulu kemudian diikuti dengan solat Sunat Hajat berkenaan… Semoga pihak bertanggungjawab mengambil berat akan hal ini.

Lagi satu perkara yang biasa kita lihat tak kiralah di masjid ataupun surau ataupun mana-mana tempat yang disediakan untuk ummat Islam menunaikan Solat, mungkin kita menganggapnya sebagai suatu perkara biasa sebab kita dah terbiasa dengan perkara ini… Kita semua tahu bahawa dilarang sama sekali melintasi Muslim/Muslimah yang sedang menunaikan solat tidak kira apa solatnya walaupun dibatasi dengan dinding sebagai hijab/ pemisah… Yang menjadi masalahnya mereka ini suka menunaikan solat sunat dibelakang.. walhal pada ketika itu ramai lagi yang lain sedang lalu-lalang dihadapan mereka untuk mengambil tempat dan keluar dari tempat berkenaan. Siapa yang harus dipersalahkan…

Sepatutnya mereka ini yang ingin menunaikan solat sunat mengambil ruang di bahagian hadapan tempat berkenaan supaya tiada individu yang melintasi mereka sewaktu mereka melaksanakan solat… Takkan kerana hanya segelintir mereka menunaikan solat sunat individu lain terpaksa menunggu mereka sehingga mereka menyudahkan solat sunat sebelum keluar dari kawasan berkenaan… Mereka yang lain juga mempunyai tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan terhadap Negara, Bangsa dan Agama..

Semoga dengan paparan ini, akan membuatkan mereka peka akan situasi dan masalah yang dihadapi dan mengambil inisiatif yang betul dan tidak menggangu individu lain…

Talkin…

Tahukah anda apa itu TALKIN, Talkin adalah itu adalah satu bacaan dimana setelah dikebumikan si mati (muslim/muslimah yang meninggal dunia) untuk mengingatkan mereka akan tentang kematian mereka dan tentang azab kubur… serta soalan-2 yang sememangnya telah diketahui oleh kita sewaktu hidup. Tetapi mungkin tidak dapat dijawab oleh kita setelah meninggal dunia kerana ianya bukan lagi dibawah pengaruh akal yang sedar…

Ada sesetengah berpendapat bacaan Talkin adalah satu bidaah yang tidak seharusnya diamalkan kerana mereka berpendapat bahawa insan yang telah meninggal dunia tidak lagi dapat mendengar apa-apa yang berlaku didunia setelah dikebumikan… Wallahua’lam.

Namun begitu, tidakkah kita tahu bahawa setiap insan yang meninggal dunia akan diiringi oleh sanak saudara, sahabat handai dan kenalan serta jiran tetangga… Bukankah mereka itu masih hidup ketika Talkin dibacakan. Bacaan talkin itu bukan hanya untuk mereka yang telah meninggal dunia tetapi adalah peringatan kepada mereka yang masih hidup yang mendengar bacaan talkin.. Usah lagi kita bertentangan pendapat tentang hal ini, kerana sekiranya mereka yang telah meninggal dunia tidak mendengarnya Kita yang masih hidup boleh mendengarnya dan mengambil iktibar dan pengajaran untuk menjadikan diri kita lebih sempurna dan baik dari sebelumnya…

Maksud Bacaan Talkin….

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa  menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Binti IBU SAYA , wahai SAYA Binti IBU SAYA , wahai SAYA Binti IBU SAYA , hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Binti IBU SAYA , apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Binti IBU SAYA , bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,  mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Binti IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan  yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Binti IBU SAYA , bahawa senya mati ini adalah benar,

soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,

bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,

berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

"Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin."

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt,

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan    yang ingat-mengingati dengan kesabaran." …Surah Al-A’sr .

Semoga ini akan menjadikan kita seorang yang lebih insaf dan dekat kepadaNya…

Khamis, 8 September 2011

Kunci Syurga…

Untuk memasuki syurga, kita perlu melalui pintu-pintunya. Dikhabarkan bahawa syurga itu ada lapan pintunya seperti sabda Rasullullah SAW:

“Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik kemudian dia berkata,

Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abduhu wa rosuuluh, (maksudnya:Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah satu(Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya,) akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka.

Diketahui umum, setiap pintu mestilah mempunyai kunci tidak kiralah apa jenis dan pentuk kunci. Ada yang berbentuk elektronik seperti touch pad, scan pad dan bermacam lagi; Ada yang berbentuk kunci kawalan pusat seperti kunci pintu kereta dan bagunan berprofil tinggi. Ada juga jenis kunci tradisional jenis tombol dan mangga. Ada juga kunci melodi seperti kisah dalam Ali Baba bujang lapok dengan empat puluh pencuri.

Begitulah dengan pintu syurga, memiliki kuncinya tersendiri. Tahukah anda semua apakah pintu syurga? Bagaimanakah bentuknya? Dari apakah ia dibuat?…

Allah berfirman yang bermaksud :

"Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga."

Sebaik saja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.

Ada juga versi begini:

Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya. Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap.

Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, " ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini." Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun dengan memberikan jaminan bahawa mereka tidak mengapa-apakannya sekiranya dapat menjawab 50 yang akan ditujukan kepadanya oleh Ketua Paderi tersebut.Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

Ketua paderi berkata, "wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu."

Jawab Abu Yazid, "baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan."

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.

Pertanyaan Ketua Paderi. Dan Jawapan Abu Yazid Al-Bustami

1. Yang satu tidak ada duanya. Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.

2. Yang dua tiada tiganya. Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

3. Yang tiga tiada empatnya. Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.

4. Yang empat tiada limanya. Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

5. Yang lima tiada enamnya. Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

6. Yang enam tiada tujuhnya. Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

7. Yang tujuh tiada lapannya. Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

8. Yang lapan tiada sembilannya. Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu adalah lapan Malaikat.

9. Yang sembilan tiada sepuluh. Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

10. Sepuluh yang sempurna. Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

11. Yang sebelas. Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.

12. Yang dua belas. Bilangan bulan dalam setahun.

13. Yang tiga belas. Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Jumlahnya tiga belas.

14. Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga. Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

15. Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka. Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Ta'ala ( ertinya ) : telah berkata Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yang sebelumnya. Lantaran itu mereka menduduki neraka.

16. Tempat roh dalam badan manusia. Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

17. Al Zariyati Zarwa. Nama empat macam angin.

18. Al Hamilati Wakra. Awan gemawan di dada langit.

19. Al Jariyati Yusra. Perahu-perahu yang belayar di laut.

20. Al Mukassimati Amra. Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

21. Yang empat belas. Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, "kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat."

22. Kubur yang berjalan dengan penghuninya. Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

23. Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh. Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila ia terlepas.

24. Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi. Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda.

25. Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan. Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.

26. Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk. Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai

27. Darah yang mula-mula mengalir ke bumi. Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

28. Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat. Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.

29. Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh. Tongkat Nabi Musa Alaihissalam

30. Wanita yang paling utama. Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.

31. Gunung yang paling utama. Gunung Tursina

32. Binatang yang paling utama. Kuda.

33. Bulan yang paling utama. Bulan Ramadhan.

34. Malam yang paling utama. Lailatul Qadar.

35. Tentang Atta'mah. Hari Kiamat.

36. Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan. Pohon itu "tahun" yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat.

37. Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji. Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

38. Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu. Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

39. Nakir, fatil dan kitmir. Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

40. Sabid dan Labad. Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

41. Sam dan Ram. Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.

42. Maksud keldai Makwak. Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

43. Maksud anjing menyalak. Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

44. Maksud jeritan kuda. Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

45. Maksud jeritan unta. Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

46. Maksud nyanyian burung Bulbul. Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

47. Maksud bunyi katak. Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

48. Maksud kata-kata burung Nakus. Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?

49. Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat. Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih.

50. Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam. Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.

Kata Abu Yazid, "Saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?" Semua pendeta menjawab, "tidak ada lagi," Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka. "beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit." Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan. Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu. Katanya, "bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju dan membunuhku kerana jawabanku" Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka. "Bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah "LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARASULULLAH." Tegas ketua paderi. Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, "memang benar kata ketua kamu ini." Semua paderi memeluk Islam Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya. "Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu." "Dari mana tuan mengetahui perkara ini?" Tanya salah seorang paderi. "Dari ketua sebelum saya." Jelas ketua paderi. "Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar." Sambung ketua paderi itu. "Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!" Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid. Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

Rabu, 7 September 2011

Mencari Syurga…

Sebelum diceritakan dimanakah syurga itu berada, ingin aku menerangkan apa itu syurga. Syurga adalah janji Allah kepada Ummat Manusia, diatas sebagai balasan terhadap setiap amalan kebajikan dan kewajiban yang tertanggung keatasnya. Syurga adalah balasan diatas setiap pahala yang dikumpul oleh ummat manusia sepanjang hidupnya tanpa melanggar perintah Allah ke atas dirinya. Bagaimanakah untuk menjadi penghuni syurga, dan dimanakah syurga?

Untuk menjadi penghuni syurga ummat manusia wajib melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi larangannya. Begitu senangkan untuk menjadi penghuni syurga. Buat kebajikan dan tinggalkan kejahatan. Tapi untuk mencari syurga adalah suatu perkara yang berbeza. Dimana Syurga…? Bolehkah sesiapa menjawab pertanyaan ini?

Tidak kira berapa banyak ibadah yang dilakukan oleh kita selama hayat di dunia ini, kita tetap tidak akan memasuki dan mendiami Syurga Allah sekiranya kita tidak menemui syurga. Syurga itu bukan hanya ada selepas hari pembalasan, Namun syurga itu ada walaupun pada hari ini. Syurga boleh ditemui di dua tempat iaitu:

Seluruh ummat islam kecuali perempuan bertaraf Isteri. – Syurga boleh dijumpai dibawah TAPAK KAKI IBU, manakala bagi perempuan atau wanita islam yang bertaraf isteri syurganya adalah dibawah tapak kaki suami. Sungguh senang dan mudahkan. Cuma dibawah tapak kaki. Namun untuk itu banyak usaha yang perlu dilakukan untuk menemuinya. Bukan sekadar melihat dibawah tapak kaki. Pengertiannya yang perlu difahami oleh kita semua.

Dibawah Tapak Kaki membawa pengertian taat kepada… Ibu/ Suami. Oleh itu, untuk menjadi penghuni syurga bukanlah amalan-amalan sunat yang perlu diperbanyakkan, tetapi KEREDHAAN Ibu/ Suami yang perlu. Tiada gunanya sekiranya anda menunaikan solah sunat sepertiga malam tetapi tidak mentaati Ibu/ Suami. Amalan sunat hanya boleh dilakukan sekiranya dibenarkan dan diizinkan oleh Ibu/ Suami selagi mana Ibu/ Suami tidak membelakangkan ajaran Islam/ Perintah Allah yang dibawa oleh Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W…