Tahukah anda air mani @ sperma boleh dijadikan penawar pelbagai penyakit? Baca kat bawah ni..
1. Penyakit Diabetes.
Kajian ini telah dipelopori oleh para penyelidik daripada Georgetown  University Medical Centre di Washington DC, Amerika Syarikat. Semasa di  ujikaji, teknologi ini ternyata berjaya dan diharap dapat digunakan  kepada manusia.
Seperti yang dikutip dari Healthday, Isnin (20/12/2010), penggunaan sel  penghasil sperma mempunyai banyak kelebihan berbanding penggunaan sel  pankreas. Sel penghasil sperma diambil daripada testis penderma itu  sendiri dan tidak akan ada risiko penolakkan sel seperti yang di alami  oleh penderma sel pankreas.
Selain menghasilkan hasil yang cukup memberangsangkan, terapi ini juga  menjadi sangat terkenal kerana mampu mengubah fungsi sel penderma sperma  menjadi insulin. Dalam hal ini, bukan sel penderma sperma sahaja yang  boleh digunakan dalam terapi malah cairan sperma itu sendiri juga boleh  digunakan.
2. Penyakit Kemurungan.
Terjawab pada tahun 2002 iaitu pada tahun yang sama ia diterbitkan di  dalam jurnal Archives of Sexual Behavior. Kajian yang dilakukan oleh  para saintis di State University of New York telah mengungkap manfaat  sperma untuk mengubati penyakit kemurungan pada orang perempuan.
Manfaat ini diperolehi ketika perempuan yang mengalami kemurungan  melakukan hubungan seks dengan pasangannya tanpa menggunakan kondom dan  membiarkan ejakulasi terjadi di dalam vagina. Secara tidak langsung,  lebihan sperma yang masih berada di dinding vagina akan diserap ke dalam  pembuluh darah yang berada di sekeliling vagina dan diyakini akan  memberi kesan yang menenangkan kepada wanita tersebut.
3. Masalah Jerawat.
Kegunaan lain sperma juga pernah digunakan untuk mengubati masalah  jerawat, meskipun secara klinikalnya belum ada kajian khusus yang  membuktikan keberkesanannya. Namun secara teori, proses perubatan  tersebut dinilai sebagai cukup berkesan kerana sperma mengandungi  sejumlah khasiat yang bermanfaat untuk rawatan kulit.
Seperti yang dikutip dari Bestacnetreatmentstips.com, kandungan khasiat  di dalam sperma yang boleh melawan jerawat adalah Vitamin C. Hal ini  kerana ia merupakan bahan anti-oksidan yang boleh menyah-toksin atau  menyingkirkan bahan asing dan kotor yang ada di sekitar permukaan kulit.
4. Masalah Kulit Berkedut.
Selain itu, dengan adanya kandungan anti-oksidan pada sperma juga  memberi jaminan bahawa sperma bebas daripada bahan yang boleh  menyebabkan kulit kusam dan cepat berkedut. Kandungan yang sama juga  boleh ditemui di dalam produk-produk anti penuaan seperti yang dijual di  pasaran.
Please jangan buang merata-rata air mani tu (terutama yang selalu melakukan ONANI) 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan