Isnin, 24 Disember 2012

Nutritional Supplement

Hari ini makanan tambahan atau lebih dikenali sebagai Nutritional Supplement boleh didapati dengan banyaknya dipasaran. Ada pelbagai jenis Nutritional Supplement  yang dijual dipasaran di keluarkan oleh pelbagai pihak tidak kira dari dalam ataupun luar negara. Nutritional Supplement  atau dietary supplement juga dikenali food supplement adalah persediaan untuk membekalkan diet dengan nutrisi seperti vitamin, mineral, fiber (serat), asid lemak, ataupun asid amino yang hilang ataupun tidak dibekalkan secukupnya melalui pengambilan makanan harian kita. Sesetengah negara mngklasifikasikannya sebagai makanan dan sesetangah negara pula mengklasifikasikannya dibawah dadah.
Adakah pengambilan makanan tambahan ini baik untuk kesihatan seperti yang didakwa oleh pengeluar ataupun ia akan mendatangkan kesan sampingan kepada tubuh badan kita tanpa kita kerana telah dibohongi oleh pengeluar makanan tambahan ini. Jom kita bincangkan setakat yang mampu kerana kebanyakan di antara kita merupakan pengguna yang mengambil makanan ini setiap hari bukannya saintis atau penyelidik yang menyelidik pengeluaran. Kita sering dimomokkan dengan kebaikan-kebaikan yang diperolehi dengan pengambilan makanan tambahan ini, namun betulkah tubuh kita memerlukan makanan tambahan ini.
Tidak disangkal bahawa setiap makanan tambahan yang ada dipasaran pada hari ini melalui proses penyelidikan makmal dan dikeluarkan dalam skala besar. Ini bermakna setiap makanan tambahan adalah melalui proses pengeluaran secara chemical recreation (penghasilan semula secara kimia) yang mana setiap bahan kimia diolah untuk mencipta makanan tambahan. Penciptaan ini adalah untuk menghasilkan suatu bahan yang difikirkan perlu oleh tubuh badan kita (human being).
Mari kita tinjau adakah tubuh kita memerlukan setiap bahan makanan tambahan ini dalam bentuk asal (pure condition). Tidak, tubuh kita tidak memerlukan setiap bahan dan nutrisi dalam pure condition. Kita ambil contoh Magnesium mineral diperlukan oleh tubuh kita untuk mengekalkan otot dan fungsi saraf, mengekalkan sistem pertahanan yang sihat, mengekalkan denyutan jantung yang nomal, membina tulang yang sihat. Magnesium juga terlibat dalam lebih 300 biochemical reactions dalam badan. Kekurangan magnesium mengakibatkan otot menjadi lesu, penyakit berkaitan kardio, diabetes, tekanan darah tinggi, anxiety disorders, migraines, osteoporosis, and cerebral infarction. Tahukah kamu magnesium jika dalam keadaan pure condition boleh terbakar hanya dengan bersentuh air/ titisan air. Mungkin pengambilan magnesium secara semulajadi akan membakar organ dalaman kita tanpa kita sedari.
Secara logiknya, tubuh kita memerlukan zat-zat dan vitamin untuk mengekalkan organ berfungsi dengan betul, namun tubuh kita juga berupaya mengekstrak setiap makanan yang diambil kepada zat dan nutrisi yang diperlukan.
Kita sebenarnya telah dimomokkan oleh pengeluar makanan tambahan tentang kebaikan setiap produk yang dikeluarkan oleh mereka tentang kebaikan dan faedah yang diperolehi melalui pengambilan makanan tambahan ini tanpa kita sedari akan bahaya sampingan melaluinya.
Pharmaceutical companies (Pengeluar produk) telah melobi kerajaan-kerajaan di dunia untuk menggubal undang-undang mengenai dadah semulajadi (natural drug)sedangkan mereka menghasilkan dadah sintetik untuk dipasarkan. Ini adalah kerana sekiranya manusia boleh dengan mudahnya memperolehi natural drug dipasaran produk atau dadah sintetik keluaran Pharmaceutical companies ini tidak akan ada pasaran dan secara langsung membuatkan mereka kerugian.
Sebenarnya natural drug lebih baik berbanding sintetik drug yang dikeluarkan. Oleh itu, mereka inilah yang mengawal undang-undang penyelahgunaan dadah di mana-mana negara yang mereka ingin pasarkan produk mereka.
Oleh itu jadilah pengguna yang bijak, makanan tambahan ini hanya akan merugikan anda dan usah terpedaya dengan dakyah penghasil makanan tambahan ini. Sememangnya kita mahukan kehidupan yang sihat, tetapi dalam keadaan semulajadi seperti yang ditetapkan oleh pencipta kita. Ingatlah percaya kepada aturan yang telah ditetapkan oleh yang Maha.
Pengambilan makanan tambahan bukan hanya sekadar merugikan kita tetapi akan membawa keuntungan kepada Pharmaceutical companies dan mungkin keuntungan yang diperolehi itu disalurkan kepada badan tertentu dan digunakan untuk memusnahkan manusia lainnya. Sanggupkah kita menjadi pembunuh dan besekongkol dengan mereka atau lebih tepat bersubahat membunuh manusia lain yang merupakan ciptaan Allah jua.
Fikir dan renungkan kembali… jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan makanan tambahan… fikirkan penjimatan yang anda akan perolehi, kemanakah wang yang kita bazirkan itu disalurkan. Adakah ianya digunakan untuk memakmurkan lagi bumi Allah ini ataupun digunakan untuk membinasakan ciptaan Allah akhirnya…

Tiada ulasan: