Selasa, 18 Oktober 2011

Tudung.

Pemakaian tudang pada asasnya adalah bertujuan untuk menutup rambut dan leher yang merupakan sebahagian daripada aurat wanita yang wajib ditutup; dilindungi dari pandangan bukan muhrim (yang haram dinikahkan). Namun pada hari ini, pemakaian tudung dijadikan fesyen selari dengan perkembangan zaman. Pada hakikatnya perkembangan fesyen pemakaian tudung ini telah terpesong dari tujuan asal pemakaian tudung iaitu menutup aurat wanita. Coretan ini bukan bertujuan untuk berceloteh tentang aurat tetapi kesedaran menutup aurat dan mempersendakan aurat, hukum yang telah ditetapkan dalam Islam.

Pada hari ini, pemakaian tudung telah dipengaruhi oleh perkembangan dan peredaran fesyen yang cuba mengeksploitasi dan memesongkan akidah Ummat Islam dewasa ini. Ini adalah antara dakyah dan jarum halus dalam usaha untuk memenangi peperangan melalui cara yang tidak disedari oleh ummat Islam diseluruh dunia. Peperangan ini bermula sejak Perang Salib dan masih belum berakhir sehingga ke hari ini kerana peperangan ini bukannya melalui peperangan zahir tetapi peperangan minda.

Dalam Islam, bertudung bererti menutp aurat, sekiranya kita bertudung tetapi masih memperlihatkan aurat (rambut, leher, tangan, tubuh dan sebagainya) kita sebenarnya seperti mempersendakan Islam agama yang benar dari yang Maha Esa. Sekiranya kita mempersendakan hukum yang telah ditetapkan kita seolah mempersendakan Maha Pencipta  tanpa disedari. Kelemahan inilah yang akan digunakan oleh musuh Islam untuk mengalahkan Islam.

Sebenarnya perkara kecil dan remeh inilah yang akan membuatkan pegangan akidah Ummat Islam terpesong, tidak perlu usaha seperti Ayah Pin ataupun mana-mana nabi palsu atau ajaran sesat untuk memesongkan Ummat Islam.

Antara contoh-contoh pemakaian tudung yang tidak mengikut syarak iaitu tidak menutup aurat:

 

 

 

 

info lanjut: http://affanruslan.com/pemakaian-tudung-bagaimana-ianya-boleh-jadi-haram/, http://akuislam.com/blog/renungan/kesalahan-bertudung/, http://ohislam.com/trend-tudung-yang-dilarang/, http://abutaufiq.blogspot.com/2011/01/perempuan-bertudung-vs-perempuan-tak.html, http://iniwootwoot.com/saya-akan-bertudung-bila-saya-dapat-hidayah-nanti-erkk/, http://www.facebook.com/note.php?note_id=172687606084914, http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=11&ved=0CB0QFjAAOAo&url=http%3A%2F%2Fwww.izamirridzwan.com%2F2011%2F04%2Fwanita-islam-bertudung-cepat-masuk-baca-anda-mungkin-terancam%2F&rct=j&q=bertudung%20tidak%20sempurna&ei=ZP6cTsX6HsnorAe829W2CQ&usg=AFQjCNEhCA_7MI47yTQj1dn_MSoFVsNXAQ&cad=rja, http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=12&ved=0CCUQFjABOAo&url=http%3A%2F%2Fluthtextile.com%2Fblog%2Fagama%2F8-kesalahan-wanita-ketika-bertudung&rct=j&q=bertudung%20tidak%20sempurna&ei=ZP6cTsX6HsnorAe829W2CQ&usg=AFQjCNFLYvihQn4rTudDPwYCGvtmVvDHow&cad=rja,

Tiada ulasan: