Sempena Hari Aksi Blog (Blog Action Day) yang juga secara kebetulan jatuh pada Hari Makanan Sedunia (World Food Day) saya ada sebuah kisah untuk dikongsikan bersama dengan semua pembaca. Seperti sedia maklum Hari Makanan Sedunia adalah satu hari untuk memperingati tentang makanan di mana ada negara yang rakyatnya tidak pernah hidup dengan perut yang kenyang. Setiap cebisan makanan malahan peninggalan binatangpun akan mereka makan demi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mereka ini tidak pernah cukup zat untuk tumbesaran. Kanak-kanak dan bayi ada yang mati akibat ketiadaan makanan. Mereka mendapatkan makanan dari sisa-sisa makanan walaupun di dalam tong sampah.
Sebagai sebuah negara yang aman dan merdeka, Kita di Malaysia pula lain halnya. Kita tidak pernah belajar erti bersyukur malahan kita membazirkan makanan setiap hari. Lebihan makanan yang tidak dapat dihabiskan dibuang ke dalam tong sampah begitu sahaja. Bagi kita sisa-sisa makanan adalah jijik untuk dimakan walaupun daripada bekas tangan ahli keluarga sendiri, lebih menyedihkan lagi makanan lebihan anak, ibu atau ayah kita sendiri pun jijik bagi kita. Kita lebih suka membuang makanan yang tidak dapat dihabiskan ke dalam tong sampah.
Dimanakah rasa tanggungjawab dan kewajiban kita terhadap makanan. Sesungguhnya kita banyak membazir makanan berbanding di negara-negara yang huru hara dan tidak stabil. Alangkah bertuahnya hidup di Malaysia, namun tanpa rasa syukur dan pengorbanan yang harus dilakukan kita mungkin akan mewariskan kepada generasi akan datang sebuah negara yang kucar-kacir dan hidup dalam ketakutan. Jangan biarkan generasi kita mewarisi negara yang tidak tentu keadaannya.
Kita di Malaysia mati kerana terlebih makan, apa tidaknya kita rakyat Malaysia ramai yang mati akibat penyakit kencing manis, darah tinggi, serangan penyakit jantung. Semua penyakit ini berpunca dari makanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan